Monday, October 25, 2010

RaziQ oh RaziQ...

Assalamualaikum... hari ni aku ingin berkongsi tentang bujangku sorang yang amat amat manja... comel dan petah berkata kata... Muhammad RaziQ Syahmi...

Semalam, dia begitu teruja mengajak daddynya ke surau berhampiran... "Jomlah daddy... kita sembahyang maghrib kat surau...raziq suka tau ke surau...." memandangkan mr hubby baru balik umah... ditolak secara baik... "kita sembahyang kat umah je...kita makan dulu..daddy lapar ni..." lepas makan, mr hubby terus mandi sementara tu raziq mengadap tv... dah siap mandi terus mr hubby naik atas dan panggil raziq.. raziq naik atas dan solat jemaah...

ingatkan dah lupa pasal surau..turun bawah dia dok tanya lagi.."daddy...agak agak bila kita nak gi surau ni...?"  sampai daddy dia dah tak terkata dan tak terjawab soalan soalan yang keluar dari mulut anak kesayangan kami.. RaziQ Syahmi.... akhirnya...dia terdiam bila aku yang bersuara....

aku buka citer lain..citer pasal graduation day dia... komen dia menari..menyanyi dan masa dia berucap... excited betul dia bercerita... dari satu bab ke satu bab...

ni antara gambar yang sempat diupload masa dia tengah menari dan taekwando... maaf la shaking coz sambil ketawa terkekek kekek tengok dorang buat aksi... magi signal kat raziq.. minta dia senyum... dia kata tak bole... hahahaha....mana bole arabic dance tu kena garang garang.. taekwando pun sama...


.
.
.

.
.
.

.
.
.

.
.
.
.
.
.

.
.
.
ni antara gambo anak ku yang tomei masa graduation day dia... dan ni.. gambo sefamily....comel kan....
.
.
.
.
HAPPY FAMILY......

Hilang Arah

Assalamualaikum....
untuk beberapa ketika kadang kadang kita akan terasa yang kita tercari cari arah di dalam hidup kita... jiwa kita terasa kosong... tak tau apa yang kita cari dan fikirkan....

dan aku juga begitu juga... terasa diri amat lemah pada ketika itu.. tiada arah tujuan..semua benda yang nak dibuat banyak yang tak jadi...itu semua terjadi kerana kekuatan dalaman kita dan mindset kita juga terdorong ke arah yang sama...

apabila keadaan ini berlaku... cepat cepatlah kita bermuhasabah diri... tenangkan diri dan ambil sedikit masa untuk menenangkan minda kita...insyaAllah kita akan recover...

Saturday, October 23, 2010

My Son Graduation Day

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Semalam.. 22 Oktober 2010..hari yang bersejarah buat anakku yang tomei.. Muhammad RaziQ Syahmi.. hari penerimaan anugerah.. dia excited sangat dengan hari ni.....ada persembahan istimewa katanya.....arabic dance...taekwando... dan english speech.. wah.. tak sangka raziq mampu mengubah dirinya dari seorang yang pemalu kepada seorang yang mampu ke hadapan... mummy sangat bangga dengan raziq.. insyaAllah gambar dia akan di upload sedikit masa lagi...

Thursday, October 21, 2010

assalamualaikum

assalamualaikum... alhamdulillah... setelah beberapa ketika ini akhirnya aku berjaya juga merealisasikan impian untuk memiliki dan membangunkan laman web... diharap apa yang aku cuba kongsikan didalam laman web ini dapatlah memberikan manfaat... jom kita ke laman web yang aku bangunkan...

www.amalanharmoni.com dan www.imahrahimah.com

kedua dua laman ini banyak berkisar tentang sesuatu yang sangat sangat suka aku lakukan sehari hari... perniagaan yang aku jalankan selama ini....

dulu.. aku tercari cari apa yang aku inginkan dalam hidup... setiap hari merupakan proses pembelajaran buat buat aku... alhamdulillah... kini aku pasti dan yakin dengan apa yang aku lakukan ini dapat membantu mereka mereka yang berada dalam kesusahan....

inilah dia kerjaya pilihan aku... aku tak peduli movement aku selama ni dikategorikan sebagai slow oleh orang lain kerana aku tahu apa yang perlu aku lakukan... insyaAllah...Allah tahu apa yang aku inginkan...slow aku bukan kerana aku gagal...tetapi kerana aku ingin menjadi terhebat...didunia dan diakhirat...

ukuran kejayaan aku bukan daripada anugerah yang aku terima dari syarikat...tetapi ukuran kejayaan aku diukur dengan bilangan keluarga yang telah aku bantu selesaikan masalah mereka... aku puas... puas kerana membantu saudara seislamku menjadi kuat didalam persaingan ekonomi kepada bangsa lain...

Sunday, October 10, 2010

update my blog....

assalamualaikum... alhamdulillah... akhirnya laman web dan blog aku telah siap dibangunkan...walaupun baru bertatih dalam industri kecanggihan ni... aku berjaya juga..... Allah permudahkan segala urusan ku..... amin... 

sila silalah singgah ke : www.imahrahimah.com dan www.amalanharmoni.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...