Monday, November 29, 2010

anakku.... Muhammad RaziQ SyahMi....

Sedikit gambo yang ingin di upload..Melayan kerenah my tomei ketika attend kelas swimming.... enjoy k...


semasa kelas di jalankan...coach beri arahan... u must breath like this.. like that... so on.. and on... n raziQ... yes... ermph.. yes... can... hahahaha.....anak tomei i ni... kalau kat kelas... dia la best student.. coach selalu puji dia... fast learner.. harap harap berkekalan la sifatnya tuh... :)

seronok my tomei kalau dapat berendam dalam air... his passion... pantang jumpa air... nak berendam ajer.... biasalah dia... pernah dulu dia terjun jer bila nampak air.. nasib baik cepat... kalau tak.. mati lemas... hehehe... selepas dari kejadian itu la.. mummy decide untuk ambikkan dia swimming lesson.. takut... takut sesangat....
ni pula lepas abis kelas.. dia sambung lagi berenang.. ermph.. penat nak layan.. tapi itu lah dia kesayangan saya...

masa ni cousin dia ikut.. aleya... nak jugak mandi... 
main kejar kejar pulak tomei tomei i ni... kang jatuh baru tau.....
ni pula trisya akak n syaru akak.. my tomei panggil dia cam tuh.. hehehe.. ni kengkawan dia masa berenang... habis berenang dorang mesti gi sauna n Jacuzzi ... hahaha... kononnya nak cepat pecahkan lemak....


aleya takut takut nak masuk dalam ni.. coz dia takut tengok buih buih tu membuak buah.. hehehe...


dok dalam bilik ni.. bakar lemak jap tomei i.. tak lama lagi kuwus la tuh...


tadaaa.... besar sampai kecik... senada.. sewarna.. wakakakaka.....


dah tak takut... dah sedap.. tak nak kuar pula.... ish ish..cepattttt.....


my tomei with his uncle.... mr kumar... dr prema husband... he's very polite n kind... raziQ love them so much... big hug n big kiss for them... gonna miss them....


habis jer mandi manda... dorang gi kawasan sekitar nya pulak... siap naik kereta ni.....


wah... suka kan.. dah jadi itam ler anak mummy ni.. hehehee...


anak tomei mummy ni merajuk coz mummy kurang beri layanan pada dia hari tuh.. hehehe...


tengok tu.. sorang ke barat.. sorang ke timur... 


with his amma... dr prema... cantik kannn...


abis berenang gi makan makan pula.. kali ni dorang minta makan kat KFC.. one of the favorite my tomei...








Sunday, November 28, 2010

Ukuran Kejayaan Edisi 2

Assalamualaikum.. nak sambung citer pasal ukuran kejayaan ni.... untuk diri ini... pastinya... kejayaan yang aku ukur sekarang berdasarkan kepada berapa banyak ilmu yang ku terima dan mempraktiskannya dalam kehidupan sehari hari.... jom... layan....

Antara kursus yang telah dijalani......



Awareness Before Changes.....

Satu kursus yang memberi impak amat besar dalam perubahan hidupku.... aku amat amat bersyukur kerana dapat menghadiri kursus yang amat amat baik... yang mengubah 360 darjah kehidupanku..... seronok sangat... yang banyak mengubah diriku yang negatif ini kepada positif....

ABC versi MAA Takaful... seronok attend kursus ni.. rasa kalau boleh... masa tengah 'down' nak jerk pergi kursus ni.. sentiasa bermotivasi bila hadir kursus ni....

yang dahulunya selalu berfikiran negatif..tetapi kini banyak berfikiran positif...mencari jalan penyelesaian jika ditimpa masalah......seronok sangat bila kita dapat mencari solution dalam tiap masalah yang kita hadapi..... kursus yang di adakan di Janda Baik ini amatlah memberi kesannya dalam hidup aku.. :)

Awareness Before Change Part 2

Yang ini pula ABC sesi eTiQa Takaful... masa ni tengah sibuk dengan group presentation....seronok bila berjumpa dengan pelbagai orang dari pelbagai latar belakang...memberi kita pengalaman hidup yang amat manis....... :)

antara kumpulan yang didenda kerana melanggar undang undang dalam kursus.. kalau la kita bole implement dalam kehidupan seharian kita sekiranya kita gagal melaksanakan apa yang patut kita laksanakan dan didenda sebegini... pastinya kita akan cepat belajar dan boleh berubah untuk menjadi lebih baik dan dapat memajukan diri kita bukan..? 


Kenangan kenangan ini yang dapat membuatkan aku lebih kuat dan bersedia untuk menghadapi hari muka....




dan ini lah antara kejayaan yang kuperolehi setelah mempraktiskan apa yang ku belajar selama ini..... seronok juga hadir majlis seperti ini... kita di raikan dan diberikan motivasi untuk menjadi lebih baik dan bernilai dimata masyarakat.. dan diri kita sendiri...

bersama dengan lagenda insuran... Rizal Naidu.... tak rugi apabila sekali sekala kita luangkan masa untuk menghadiri kursus motivasi untuk memotivasikan diri kita... berjumpa dengan orang berjaya pasti kita sedikit sebanyak dapat aura kejayaan..hehehe.... 

bersama dengan kawan sejati.. Jamilah Parman dan idola dan sifu yang banyak membentuk dan mengubah diri aku from nothing to know everything... En.Zulkfle Abdul Galib.... ketika ni attend course untuk How To Be A Good Leader.. leadership class...

yang ini pula masa attend kursus Pensijilan Halal yang diadakan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor.. seronok sangat... dengan menghadiri kursus ni membuatkan aku berhati hati menjaga pemakanan aku khususnya... coz dari kursus ni buatkan kita menjadi orang2 yang menjaga kepentingan dalam pemakanan halal dan mengikut syara' dan undang undang islam....

yang ini pula kursus yang amat amat aku hargai.. kerana mr hubby sudi temankan aku attend this course... komunikasi dan khidmat pelanggan... uish.. memang memberi kenangan paling manis dalam hidupku ini....

yang ini pula masa menghadiri kursus produk pemakanan Islam iaitu HPA... walaupun bukan dalam bidang berkaitan modus operandinya... tapi aku menghadiri kursus ini untuk memahami kepentingan menjaga pemakanan kita sehari hari... 

Sebenarnya.. siapapun kita.. sekiranya kita sentiasa mengambil peluang untuk memperbaiki diri kita sudah cukup sebenarnya.....semua terletak pada hati... jika kita instruct hati kita mempercayainya... pasti  tubuh dan akal kita menggerakkan minda kita untuk mencapai apa yang kita fikirkan.... 


Ukuran Kejayaan

Assalamualaikum.. hari ni aku ingin berkongsi tentang sesuatu... ia berkenaan dengan ukuran kejayaan....Ukuran kejayaan seseorang boleh diukur dengan berbagai bagai cara.. ada yang mengukur kejayaan mereka dengan kereta... rumah..harta benda atau sebagainya.. tetapi.. buat diri aku secara peribadi.. ukuran kejayaan aku di ukur dengan kekuatan aku mempraktiskan apa yang aku syorkan kepada mereka diluar sana...

aku selalu berkongsi tentang kebaikan perancangan kewangan islam.. pada aku, setiap butir bicara yang keluar dari mulut ini akan dijadikan kayu ukur buat mereka diluar sana.... ada yang bertanya dan memperlekehkan penampilan aku... tapi pada aku.. aku tak peduli.. kerana aku tahu siapa aku... aku tahu sejauh mana kekuatan kewangan aku.. dan aku tahu menggunakan harta yang aku miliki kejalan yang benar...

dahulu.... aku mungkin mementingkan imej.. ingin memakai kereta mewah.. pada aku dengan memandu kereta mewah ini memberikan pandangan yang tinggi pada mereka.. tetapi.. setelah lama aku mengkaji dan mendalami tentang perancangan kewangan islam ini, akhirnya aku akur untuk mengubah gaya hidup mewahku itu kepada kehidupan yang sederhana...

Zaman mengukur kejayaan melalui kereta telah ku tinggalkan.. pada aku ia satu tabiat yang amat buruk.. nah inilah hasilnya... antara kereta yang pernah aku gunakan satu ketika dahulu...

memang bergaya memiliki kereta sederhana mewah ni.. tapi... ia bukanlah satu perancangan yang bijak sebenarnya... bukan aku bermegah diri.. tetapi pada aku, zaman untuk bermegah ni dah berlalu... memang aku minat giler kat kereta ni.. dan kebanyakan kereta yang aku miliki berwarna hitam... 

ford ranger ni pun warnanya hitam.....tomei aku suka sangat naik kereta ni... aku pun suka... tapi mr hubby tak suka.. penat katanya.... :)



dan kereta ini juga warnanya hitam.. kia optima.... kereta ni amat amat aku sukai.. kerana apa... amat selesa dipakai.. tetapi... risikonya tinggi... 2 kali dalam 2 minggu cermin kereta aku ini dipecah... satu semasa bawa kawan kawan, adik dan anak g bercuti ke gunung pulai... habis wallet adik aku dirompak.. kali kedua, seminggu selepas kejadian sedih di gunung pulai, cermin yang sama dipecah sekali lagi di Plaza Seni, Johor Bahru.. ketika melihat cermin aku pecah, aku jatuh rebah... dan pitam... hahahaha... tak boleh lupa kejadian semasa pakai kereta ni.. dahlah cerminnya mahal giler... cermin penumpang RM420... 



aku juga pernah menggunakan kereta ini juga... cuba teka kereta apa ni ye... betul... Alphard ..suka sangat dengan kereta ni... tapi pun tak lama aku pakai... setakat untuk membuktikan yang aku mampu untuk menggunakan kereta mewah... kerana ada mulut yang merendahkan aku apabila mereka melihat aku hanya memakai kereta buruk.. pada aku ukuran kejayaan bukan diukur melalui kereta, tetapi sekuat mana kewangan kita.... kalau la memakai kereta mewah tapi tak berduit, apa gunanya kan?

kereta ni berwarna biru.. cantik jugaklah... tapi besau....

dan kereta kereta ni semua dah jadi sejarah.. dah pun dijual... cuma kereta kereta dibawah ini yang masih tinggal dan masih digunakan... hutang dah abis... so.. senanglah sikit.... tak lah pening kepala nak fikirkan hutang piutang... boleh simpan duit lebih sikit... malu..? aku tak pernah malu pun.... malah aku berbangga kerana aku tak terus hanyut untuk mengubah kehidupan ini... menjadi lebih baik... :)

kereta ni mr hubby letak kat kampung... sebelum ni kereta ni aku pakai untuk bekerja... 

dan kereta ni kereta sejarah cinta aku dan mr hubby.. kereta pertama mr hubby berikan pada aku selepas perkahwinan kami.. toyota SE Limited Edition... JCC6898.. dari enjin standard ke twin cam dan memacam lagi... dan kereta ni dah 2 tahun tersadai dibengkel... 


ermph... cukuplah setakat gambo gambo ni.. kalau nak citer banyak lagi kereta buruk yang masih dalam simpanan.. tapi malas ler... untuk apa..? setakat untuk memberitahu kepada mereka mereka diluar sana... 
DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER... 
bukan kerana orang yang pakai kereta buruk ni mereka tak berduit wokey... kengkadang orang orang ni lebih berduit dari kamu kamu yang memakai kereta mewah.... 

dan ada lagi kereta yang malas untuk di update gambonya... antaranya proton saga.. wira dan sebagainya... kerana kereta buruk jerk.... alkamlumlah.....hehehe.....

dan kini, inilah kereta yang aku bawa... dan aku tak pernah malu... aku berbangga... bangga walaupun kereta buruk pada pandangan kamu semua... 

 dulu pun kereta ni warna hitam juga... cuma tahun ni kereta ni dah di tukar cat warna putih... :) so kalau nampak kereta ni di jalan raya... itulah dia AKU... jangan cuba cuba nak ajak berlumba tau... kereta ni POWER.. nampak jerk buruk... mr hubby dah tukar enjin dia... so kalau setakat kereta yang tak bertauliah lupakan saja nak ushar ushar... hahahaha.....



hasilnya...setelah aku mengubah mengukur kejayaan dari menggunakan kereta demi mengubah gaya hidupku... aku kini berbahagia dan amat amat bersyukur kerana aku berjaya mengubah gaya hidupku yang dulu banyak membazir kepada amalan hidup sihat dan bersederhana...

so..  to u olz... janganlah mengekalkan keegoan anda untuk sesuatu yang tidak bermoral... gunakanlah di jalan yang baik dan memberikan kebaikan di dunia dan akhirat....

maaf jika anda terasa dengan ceritaku ini.. marilah kita bersama sama mengubah gaya hidup kita demi masa depan yang cemerlang.. gemilang dan terbilang... :)

Saturday, November 27, 2010

SUARA YANG DIDENGAR MAYAT

Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga hal iaitu;


1. Keluarga 

2. Hartanya 

3. Amalnya

Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya iaitu; 

1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali 

2. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.

Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad ... Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan.. 

- Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu 

- Apakah Kau Yang Telah Mengumpul Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Mengumpulmu 

- Apakah Kau Yang Telah Menumpu Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpu kepadamu 

- Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu."

Ketika Mayat diletak Akan Dimandikan ....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan... 

- Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Terkulai Lemah 

- Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara 

- Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa 

- Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini ghaibTak Bersuara" 


Ketika Mayat Siap Dikafan ...Suara Dari Langit Terdengar Memekik,"Wahai Fulan Anak Si Fulan 

- Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Redha 

- Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah 

- Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal 

- Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya 

- Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan."

Ketika MayatDiusung. ... Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan.. 

- Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan

- Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Taubat 

- Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat."

Ketika Mayat Siap Disolatkan ....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan.. 

- Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat 

- Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik 

- Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk."

Ketika MayatDibaringkan Di Liang Lahat .... terdengar Suara Memekik Dari Langit,"Wahai Fulan Anak Si Fulan... 

Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gulita Di Sini Wahai Fulan Anak Si Fulan... 

- Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis 

- Dahulu Kau Bergembira,Kini Dalam Perutku Kau Berduka 

- Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa."

Ketika Semua Manusia Meninggalkannya Sendirian... . Allah Berkata Kepadanya, "Wahai Hamba-Ku.... . 

Kini Kau Tinggal Seorang Diri 

Tiada Teman Dan Tiada Kerabat 

Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap.. 

Mereka Pergi Meninggalkanmu. . Seorang Diri 

Padahal, Kerana Mereka Kau Pernah Langgar PerintahKu 

Hari Ini,.... a
kan Kutunjukan Kepadamu Kasih Sayang-Ku Yang Akan Takjub Seisi Alam Aku Akan Menyayangimu Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya". 

Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman , "Wahai Jiwa Yang Tenang 

Kembalilah Kepada Tuhanmu 

Dengan Hati Yang Puas Lagi Diredhai-Nya 

Maka Masuklah Ke Dalam Jemaah Hamba-Hamba- Ku 

Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku" 

Friday, November 26, 2010

Renungkanlah......

Wahai Saudara saudaraku,

Marilah kita berfikir sejenak.

Adakah kita faham dan sedar kepentingan takaful dalam kehidupan?

Adakah kita sudah memenuhi tanggungjawab kita melalui Surah al-Baqarah Ayat 240?

Adakah hutang-hutang kita telah selesai?

Adakah kita mempunyai wang yang cukup untuk membayar kos rawatan?

Adakah kita telah menyediakan simpanan pendidikan untuk anak-anak kita agar terus boleh belajar?

Kami di sini hanya ingin membantu. Keputusan di tangan anda. Anda yang menentukan hala tuju hidup anda. Semoga kita sentiasa beringat-ingat dengan kesabaran kepada saudaranya.

Dengan menyimpan beberapa ringgit sehari anda telah menyimpan dan berlindung daripada pelbagai risiko.

Hubungilah saya dan rakan kami yang sentiasa bersedia membantu dan menyampaikan ilmu kepada anda.

SEMOGA KITA MENDAPAT KEBAHAGIAAN DI DUNIA DAN DI AKHIRAT INSYAALLAH. 

Wednesday, November 24, 2010

BACAAN KETIKA BANGUN DARI TIDUR


اَÙ„ْØ­َÙ…ْدُ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ الَّØ°ِÙŠْ Ø£َØ­ْÙŠَانَا بَعْدَ Ù…َا Ø£َÙ…َاتَÙ†َا ÙˆَØ¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ النُّØ´ُÙˆْرِ.

“Segala puji bagi Allah, yang membangunkan kami setelah ditidurkanNya dan kepadaNya kami dibangitkan.” (HR. Al-Bukhari dalam Fathul Baari 11/113, Muslim 4/2083.)

لاَ Ø¥ِÙ„َÙ‡َ Ø¥ِلاَّ اللهُ ÙˆَØ­ْدَÙ‡ُ لاَ Ø´َرِÙŠْÙƒَ Ù„َÙ‡ُ، Ù„َÙ‡ُ الْÙ…ُÙ„ْÙƒُ ÙˆَÙ„َÙ‡ُ الْØ­َÙ…ْدُ،
ÙˆَÙ‡ُÙˆَ عَÙ„َÙ‰ Ø¢ُÙ„ِّ Ø´َÙŠْØ¡ٍ Ù‚َدِÙŠْرٌ. سُبْØ­َانَ اللهِ، ÙˆَالْØ­َÙ…ْدُ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ، Ùˆَ لاَ
Ø¥ِÙ„َÙ‡َ Ø¥ِلاَّ اللهُ، Ùˆَاللهُ Ø£َØ¢ْبَرُ، Ùˆَلاَ Ø­َÙˆْÙ„َ Ùˆَلاَ Ù‚ُÙˆَّØ©َ Ø¥ِلاَّ بِاللهِ الْعَÙ„ِ ÙŠِّ
الْعَظِÙŠْÙ….

‘Tiada Tuhan yang haq selain Allah, Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya. BagiNya kerajaan dan pujian. Dia-lah Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu. Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan yang haq selain Allah, Allah Maha Besar, tiada daya dan kekuatan, kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha  Agung’. ‘Wahai, Tuhanku! Ampunilah dosaku’. (Barangsiapa mengucapkan demikian itu, maka dia diampuni. Apabila dia berdoa, akan dikabulkan. Lalu apabila dia berdiri dan berwudhu, kemudian melakukan shalat, maka shalatnya diterima (oleh Allah). HR. Imam Al-Bukhari dalam Fathul Baari 3/39, begitu juga imam hadits yang lain. Dan lafazh hadits tersebut menurut riwayat Ibnu Majah 2/335.)

PENGHASILAN PRODUK DARI BABI


Jagalah pemakanan kita.
Jangan terbeli atau membeli produk makan yang yang mengandungi unsur-unsur yang tidak halal.


BULU           HEMPEDU       PANKREAS
ORGAN       DAGING          LEMAK
DARAH/SERUM          TULANG
KULIT                          BULU

Gelatin untuk yogurt, aiskrim, mentega, jus, marjerin, minuman, sosej, vaksin, tablet, snek, kosmetik, mi, perasa tambahan, ham, pasta, burger, insulin, berus gigi, tepung berprotein tinggi, jaket bulu, beg tangan, dompet, kasut, kalogen untuk kosmetik dan sarung sosej, ubat gigi, dll.

Sumber: Persatuan Pengguna Islam Malaysia


Pastikan kita meneliti kod-kod ini sebelum membelinya.

WallahuAllam...

Kebaikan zikir

·        Zikir dapat menjernihkan dan mententeramkan hati

·        Mendorong dan mengingatkan kita melakukan perintah Allah

·        Meningkatkan mutu iman dan ketakwaan

·        Mendapat ganjaran pahala yang besar

·        Menyembuhkan penyakit hati

·        Membentengkan diri dariapada bisikan syaitan

·        Dilimpahi keredhaan Allah

·        Membangkitkan aura sahsiah peribadi murni

·        Menjauhi sifat mazmumah

Hadis Riwayat ibnu Majah:

1/3 daripada pendapatan kamu hendaklah kamu guna, 1/3 simpan dan 1/3 sedekah.

Tuesday, November 23, 2010

UNTUK SI PEMAKAI CINCIN~!

Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je.. sunnah nabi jarang nak ikut ..

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari

1] jari manis 2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari 1] jari tengah 2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian


Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan jugasaudara- mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

DAH ABIS BACA TU SHARE LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU PUN DAPAT PAHALA GAK...



dipetik bulat bulat dari : Sebutir Mutiara Seindah Wanita 

Thursday, November 18, 2010

kek batik favorite my tomei......

assalamualaikum.. hari ni nak citer pasal kek batik... favorite tomei tomei i... raziQ n mr hubby.... dorang ni suka sangat makan.. tapi.... jarang jarang mummy dapat buatkan kek ni.. coz masa takde... dan... sibuk sentiasa.... tapi sempat la mummy buat kan....

buat ni tak la susah... senang sangat sangat... nak cuba... berikut ini adalah resepinya.... bole la korang cuba bila ada kelapangan... :)

Bahan-bahan:

Mentega 1 tin kecik
Susu pekat 1 tin sedang
Milo 1 tin sedang
Serbuk Koko 2 sudu (kalau tak moh pun takpe)
1 bungkus biskut meri
100 gm kacang tanah

Cara-cara:

1. hancurkan biskut meri
2. goreng kacang tanah sampai terkopek kulitnya dan goreng sangan sampai garing... dan tumbuk kacang tersebut

1. panaskan kuali dan cairkan mentega
2. setelah cair masukkan susu pekat n kacau sehingga sebati.
3. masukkan serbuk koko dan milo.
4. masukkan biskut meri dan kacang tanah.
5. kacau sehingga sebati dengan api sederhana...
6. matikan api gaul sehingga sebati dan masukkan ke dalam loyang...
7. tekan2 masakan tadi sehingga menjadi mampat dan biarkan selama setengah jam.
8.selepas tu bolehlah dihidang...tadaaaa.... inilah hasilnya....

kursus usahawan dan komunikasi khidmat pelanggan

Bertempat di crystal crown hotel.. 4 hari 3 malam...11-15 Oktober 2010.. walaupun dah lama.. baru nak upload...almaklumlah...takde masa... time cuti macam ni la baru menyempat nak buat sume ni... seronok sangat sangat.. teruja untuk mendalami dengan lebih mendalam tentang kursus lain yang ditawarkan...


ni bilik yang aku dapat kat crystal crown.. ermph.. selesa.. berhoneymoon sambil berkursus... bagus kannn...?? seronok sangat ikut kursus ni... menambah banyak ilmu pengetahuan... sambil mengenal hati budi suami terchenta... :)



lawo memang tempat ni.. walaupun tengah2 bandar... selesa sangat.. seronok bila tinggal berdua ngan mr hubby.. anak ku yang tomei..? ermph.. mujurlah.. mak nak jaga... ingat nak bawak dorang datang sini sekali.. tapi mak kata tak payah la... kacau daun jerk.. hahaha.... thanks to my mum... coz paham sangat ngan anakmu ini.. :)


ini pulak time tea break.. mr hubby gi merokok kat swimming pool.. then.. i tarik la tangan dia ajak bergambor... bukan senang nak gambo berdua ngan dia ni.. malu nak ambik gambo... tak peduli yang.. ima nak ambik gak gambo ngan abang tau... i love u bang.. thanks coz korbankan masa kerja abang semata mata nak temankan isteri abang ni gi berkurus... kita sama sama dapat manfaatnya kan sayang..?



 ni gambar group kitorang.. mr hubby ni ambik gambo tak menyempat... tak sempat ima nak posing tau.. :) neway.. ima sayang sume dalam group kita ni.. dorang sporting sangat.. :)... dan untuk pengetahuan u olz.. i yang paling muda dalam ini group.. hahahaha.... 


ni salah sorang team member... manja sangat makcik ni.. hari hari dia cium saya... ehehee... dia kata suka sangat.. pa'kal jerk dah tawen... hahaha... kalau tak boleh jadikan menantu... feel.... ehehehe.....sayang betuul makcik ni... walaupun baru kenal.. tapi sayangnya......mengalahkan kawan lama... :)


ni pulak merpati dua sejoli.. hahaha.... kalau ikutkan suami isteri kena pecah group.. alhamdulillah.. kami dapat sama sama dalam group ni... chenta hati saya ni... seronok dapat ikut kursus ni... :) thanks to all.... walaupun mr hubby datang lambat.. tetap berikan komitmen 100%... thanks dear.... muaahhh....



dinner time...after maghrib... before a new class start... masa ni makan damai ngan mr hubby..ekekeke.......baju yang i pakai tuh pon baju mr hubby... tapi dia tak moh pakai.. dah jadi hak milik kekal i tau.. hahaha....


yang ini pula mr hubby... serius muka dia... nak tau nape..? coz dia kena paksa bangun... tengah2 syok tido.... tetiba kena kejut maghrib dan pastu mamam.. tu yang blur blur... tengok mata dia... kan bukti baru bangun tido... pastu diminta posing... hahaha... lagik la merem jerk mamat ni... sowi yang eh.. sekali sekala mengata depan depan takpe kan..? muahahaha.....


ni pula... ada satu kakak tu.. terlalu emosi.. coz nak balik... so... aku pula yang disuruh memujuk... pastu ada pulak paparazi yang ambik gambo i yang tengah tak bersedia... neway.. thanks to that paparazi eh... nice work.. nampak pulok kemontokan badan i kannn??


ni pulak kami kena jadi peserta pilihan juri.. ehehehe... almaklumlah... sentiasa berdua... baju pun ala ala senada... hahaha... ni kena tunjukkan aksi dan contoh kepada mereka yang lain... walaupun suami isteri... tapi mr hubby malu malu... coz dia tak biasa nak tunjukkan kasih sayangnya di khalayak ramai.. biasanya dia hanya romantik bila saat saat kami berdua saja..hahahaha... ni bila dia kena buat depan khalayak ramai.. menggigil katanya.... hahaha.... nampak la perubahan positifnya... :) selepas kursus ni... thanks dear coz implement what we learn... :)


this is the last day... seronok sangat dapat kawan kawan baru yang sporting morting ni... sentiasa ingat kamu semua.. sentiasa ada dalam hati saya .. :)


finally.. times to take our certificate... mr hubby ni tinggi sangat...no wonder la orang panggil dia panjang..... ambik gambo dia pun tak muat tau kamera.. hahaha... senyum yang.. senyum... :) susah nak tengok dia pakai formal lately ni... but now... ada jugaklah masa dia pakai ala ala macam ni.. maklumlah.. kontraktor... :) semoga rezeki abang sentiasa murah... ima sentiasa doakan abang tau... i love u dear.. 




dan ini ialah saya... suka kan... masa ni... tinggi jugak ler saya diantara mereka mereka tu... dan nampaknya yang terdemuk...muahahaha..... 


pemandangan dari bilik saya.. sayunya hati masa ni.. sesayu mendungnya hari tuh.. hehehe...maklumlah.... semua ni macam pantas jerk... sekejap jerk berlalu.. seronok nya kat sini.. :) thanks to mr hubby coz sudi menemani sayang awak ni.. :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...