Saturday, April 30, 2011

perjalanan hidup my tomei.....

Assalamualaikum... ermph.... hari ni buka laptop lama kesayangan ku ini.. ermph.. dapat la tengok gambo gambo lama... phewww... terkenangkan perjalanan my baby... my tomei kini.... jom layan gambo kenangan terindah...  to my tomei... if u read this entry... mom always loved u dear... u ' r my sunshine... my world... my soul....

masa ni tomei mummy dah pandai meniarap... ni masa kat umah nenek... seronok sangat bila mom ambik gambo dia... baru lepas demam masa ni... masa kecik pun sayang mom sowang ni memang semangat... montel... kengkadang geram sangat tengok pipi dia.....

RaziQ, kadang kadang mom marah bukan kerana mom tak sayang.. tapi mom nak raziQ memperbaiki kesilapanmu sayang.... :) mom nak anak mom ni menjadi lebih baik dari hari ke hari.. 


masa ni pulak ngan atuk.... rindu saat saat ni... dulu mom ngan atuk rapat sangat.... atuk baik sangat... mom sayang atuk... walaupun hanya bapa mertua... mom dah anggap macam abah sendiri... walaupun jauh... tetap dekat dihati... hanya Allah yang maha mengetahui... segala yang berlaku mom redha.. mom harap perjalanan hidup raziQ tomei akan lebih baik dari mom k sayang..? ingatlah sayang... seandainya kamu di fitnah atau di aniaya satu hari nanti...seandainya dengan berdiam diri boleh menyelamatkan keadaan, berdiamlah sayang.. tak guna kamu melawan sayang... kerana Allah maha adil... Allah maha mengetahui...bangkai gajah kalau di tutup lama lama orang tau,nak.... biarkan saja... sakit memang menyakitkan.. anggaplah ia sebagai satu jalan Allah menguji hambaNya yang disayangi.... hanya orang orang terpilih yang akan mendapatkannya.. semakin berat dugaanNya.. maka semakin banyak rahmat yang ingin di berikanNya.. 


masa ni raziQ ngan dad.. daddy raziQ memang selalu sibuk... masa ni kita baru balik dari rumah mama ida... masa ni mama ida dok kat kondo bukit saujana... raziQ paling takut pada mama ida.. tapi sekarang tidak lagi kot.. atau mungkin dah kurang sikit perasaan takutnya.... mom harap satu hari nanti daddy raziQ akan mengurangkan aktivitinya..supaya dapat meluangkan banyak masa buat kita... daddy selalu sangat sibuk... kadang kadang dia terlepas peluang melihat tumbesaran anak mom ni..

sayang mummy raziQ sYahMi...mummy sayang sangat pada raziQ...kadang kadang mummy rasa rindu waktu membesarkan raziQ... rasanya baru semalam raziQ menyerikan hidup mummy... kehadiran raziQ memang mummy nantikan.tup tu dah besau dah anak mom ni... dah pandai berkata kata dan berfikir... 

mummy bangga sangat ngan anak mummy... bangga bila dia dah pandai berdikari... membantu mummy.... menunjukkan kasih sayang dia pada mummy.......

raziQ sentiasa di hati mummy... mummy sayang raziQ....


Thursday, April 28, 2011

Ringtones...


Assalamualaikum... tadi i kena tawe... hahahaa...kenapa...? kerana lagu ni....

Masa wat presentation kat sekolah tadi lupa nak silent kan phone... seperti biasa... lagu ni ditujukan khas buat aku la kononnya from my hubby... when mr hubby call kuar lagu ni.... lagu favorite my tomei actually... then lagu ni pun orait je halwa telinga ni menerimanya....

berbalik pasal citer kena ketawakan... gara gara this song... tengah hangat bercakap.. tetiba kuar lagu ni.. merah padam muka mak ngah... hahaha.... then cover line la gak tadi... bagitau... lagu ni membuatkan jiwa terasa muda dan sentiasa di sayangi... bole ke..? 

angkat la gak dengan izin cikgu cikgi yang ado... bukannya apa.. panggilan penting dari orang yang penting.... 

actually ringtones dalam my handphone memang lain lain.. untuk kawan kawan lain bunyinya... untuk klien lain bunyinya... untuk family lain bunyinya... dan untuk yang tersayang...of course le lain bunyinya... hahaha.....

so that kalau panggilan tak bape penting masa yang tak penting... bolehlah abaikan... hehehe.. :)

Konflik Rumahtangga

Rujukan dari : JAKIM
www.islam.my

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Tadi semasa membuat sesi taklimat di salah sebuah sekolah ada yang bertanya tentang konflik rumahtangga.. ermph.. jauh sekali soalan yang dikemukakan dengan tajuk taklimat hari ini..hehehe... anyway... jawapan yang aku berikan tak jauh dari apa yang aku dapatkan di dalam laman web berkaitan....

oleh itu, disini aku kongsikan apa yang aku fahami dan rumuskan tentang punca-punca yang menimbulkan Konflik Rumah Tangga.Punca-punca yang selalu menimbulkan  konflik rumah tangga yang sering diadukan ke mahkamah-mahkamah syariah ialah seperti:

i) Ketidakfahaman dan sikap cuai kedua suami isteri tentang tanggungjawab perkahwinan seperti perkahwinan ketika usia terlalu muda.

ii) Campur tangan mertua.

iii) Sikap suami yang bengis.

iv) Suami/isteri yang suka berpoya-poya.

v) Isteri yang terlalu cemburu.

vi) Suami mempunyai hubungan dengan wanita lain.

vii) Suami yang tidak mampu memberi nafkah.

viii) Perzinaan.

ix) Ketidakseimbangan dalam kemampuan seksual.

x) Isteri enggan dimadukan.

xi) Isteri mandul.



Berbanding dengan Masalah-masalah Rumah Tangga yang sering wujud ini boleh dibahagikan kepada empat bahagian yang besar seperti:

a) Ekonomi

b) Peribadi (emosi dan fizikal)

c) Seks

d) Sosial..

untuk mengetahui dengan lebih jelas, bolehlah rujuk ke laman yang berkaitan...

Kalau berkawan.....

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Hari ini kita buka topik berkenaan dengan berkawan... bersahabat atau berteman.. semunya membawa maksud yang sama... Pilihan di tangan kita.. andainya kita ingin berkawan..di bawah ini ada 3 jenis kawan... so.....pilihlah......

1.Kawan yang ada ilmu

Bila kita berkawan dengan dia, dia sentiasa bagi ilmu dan nasihat kepada kita. Imam Al-Ghazali kata jangan lepas kawan ini.

Berkawanlah kerana kebaikan yang banyak bakal diperolehi.
2.Kawan yang tidak ada ilmu tapi terima ilmu kita bagi.

Dia tidak berilmu tapi kita ada ilmu dan dia terima ilmu dan nasihat agama yang kita sampaikan kepada dia. Imam Al-Ghazali kata jangan lepas kawan ini.

Berkawanlah kerana dengan kita sampaikan ilmu dan nasihat kepada dia, dia dapat laksanakan perintah Allah.

3.Kawan yang tidak ada ilmu dan tidak mahu menerima ilmu.

Kita ada ilmu tapi bila kita bagi ilmu dan nasihat kepada dia, dia tak terima dan macam-macam lagi alasan iaitu dia menolak ilmu dan nasihat yang kita bagi.

Iman Al-Ghazali kata jangan kawan dengan orang macam ini kerana tiada bagi manafaat kepada kita dan dia. Dan takut-takut kita pula yang terikut cara dan tingkahlaku dia yang membawa kemaksiatan kepada Allah s.w.t




Nabi s.aw. bersabda...

"Seseorang itu akan ikut siapa yang dia kawan. Jika kamu berkawan dengan tukang jual minyak wangi dan kamu tidak mampu membeli minyak wangi itu tetapi setidak-tidaknya bau harum minyak wangi akan kena juga pada pakaian kamu DAN jika kamu berkawan dengan tukang ketuk besi, biarpun percikan api daripada ketukan tidak kena pada kamu tetapi bau asap api akan kena juga pada pakaian kamu "

Kesimpulan hadis: -

Umpama berkawan dengan tukang jual minyak wangi iaitu kita berkawan dengan orang yang baik-baik iaitu orang yang selalu ingat pada Allah, orang yang selalu pergi masjid, selalu ikut kuliah agama, selalu bagi nasihat dan ajak ke arah kebaikan. Jadi bila kita berkawan dengan orang macam ini kita akan ikut dia pergi masjid dan buat perkara-perkara yang disuruh oleh Allah dan tinggal perkara-perkara yang dilarang oleh Allah.
Umpama berkawan dengan tukang ketuk besi iaitu kita berkawan dengan orang yang tidak ingat kepada Allah, orang yang selalu buat maksiat dan selalu ajak kita ke arah kejahatan. Jadi bila kita berkawan dengan orang macam ini kita akan ikut cara dia. Kalau dia kaki karaoke, kita pun akan jadi kaki karaoke, kalau dia kaki perempuan kita pun akan jadi kaki perempuan dan sebagainya.

Oleh itu, ambillah iktibar, dan jangan tersilap pilih kawan di dunia ini.

Biskut vs Payung

Dlm berkawan... kita kena ingat... kawan tu banyak definasinya... 
Ermph.... ini ada sedikit perumpamaan yang dapat ku terjemahkan... 
Jom hayatinya....


Ada kawan yang hadir umpama B I S KU T . . .

Sekejap ada... kadang-kadang menghilang... 
Bila rangup... sedap dimakan... 
Bila dah lemau... kita pulak dibuang... 

Ingatlah teman... itu bukan kawan... tetapi lawan ! ... 


Ada juga kawan yang hadirnya ibarat SEKAKI P A Y UN G . . .

Yang setia memberi khidmat tak kira panas ataupun hujan... 
Ia hadir disaat kita benar-benar memerlukan... 
Melindungi kita dari terik sang mentari... 
Dan memayungi kita dari kebasahan... 
Sentiasa bersama tak kira suka mahupun duka... 
Walaupun adakalanya kita membiarkannya... 
Terperuk sendirian disaat dia tak diperlukan... 
Dan tanpa rajuk... dia sedia memaafkan... 
Dan sanggup membantu k i t a. . .

Ingatlah rakan... itu bukan k a w a n . . .Tetapi TEMAN ! ….

Teman yang sanggup berkorban demi sebuah PERSAHABATAN... 

Dimanakah kategori kita... BISKUT ker... atau SEKAKI PAYUNG...????? 

Persahabatan hanya dapat dibeli dengan persahabatan,

Seseorang mungkin menguasai oranglain, tetapi dia tidak akan memiliki hati mereka, jikalau dia tidak menjual hatinya terlebih d a h u l u. . .

hayatilah rangkap rangkap yang ada di dalam ayat di bawah ini....


atau juga yang ini... 


atau jadilah seperti ini....



Tuesday, April 26, 2011

he love me too.....



Assalamualaikum.. tadi lagu yang aku buka untuk mr hubby dengar... ni dia nyanyi live for me this song.... touching....... mr hubby love me... love you too dear.....

teringatkan sesi karaoke kitorang kat sutera mall.... salah satu lagu yang mr hubby nyanyikan ialah this song.... my mr hubby..great man  and great gift for me... thanks Allah give me this opportunity to be his side....all the time i pray to Allah..may Allah bless our relationship...

lately ni ada banyak gak entry untuk my story... why..? WHY...? coz... this month adalah bulan perkenalan aku dan mr hubby...  kenangan terindah aku dan mr hubby...

I miss u sayang........




Assalamualaikum..... mr hubby outstation... pergi ke pahang.... dia baru jerk lepas tipon.... sambil tipon i bukak la lagu ni untuk dia... hahaha... rindu sangat kat mr hubby terchenta.....

ermph... masa kerja tak terasa... tapi once balik umah... mesti terasa sunyi.... nasib baik wall paper handphone me n my tomei gambo mr hubby...me... n my tomei.... ermph.. gambo apa..? gambo ni...


tu yang kengkadang tak ler terasa sangat... tapi malam ni... windu... windu sangat kat dia... balik cepat ler sayang...  (*_*) 


Pesanan Buat diriku...Rahimah.....

Assalamualaikum.....Ada mata lihat, ada telinga dengar, ada hati rasa, ada akal fikir.Hakikatnya, umat manusia diakhir zaman yang didahulukan adalah:


1) Harta

Melalui harta kononnya manusia akan menjadi seorang penguasa yang dihormati. Tetapi pada hakikatnya, harta itu tidak akan membuatkan kamu menjadi seorang yang berkuasa seandainya tiada sedekah yang diberikan kepada orang-orang yang tidak berharta. Bagaimana boleh dikatakan kamu yang berharta dikatakan seorang yang berkuasa? Sedangkan apabila lahirnya seorang hartawan, maka lahirnya juga 1000 manusia yang berada di dalam kesusahan? Justeru, kenapa Allah menjadikan kamu seorang hartawan? Tugas kamu adalah untuk menjadi seorang dermawan. Sedarlah wahai Rahimah... andaikata kamu menjadi hartawan, jutawan satu hari nanti.. Tiada bekalan yang akan kamu bawa nanti untuk menempuh kesusahan kiamat melainkan sedikit harta yang telah kamu sedekahkan. 


2) Pangkat

Semua manusia mengejar pangkat. Untuk apakah pangkat itu kalau bukan kerana untuk menyenangkan hidup kaum kerabat dan sanak saudara. Sebagai contoh, adakah adil seorang insan yang berpendidikan tinggi, bermotivasi tinggi, berilmu tinggi dipinggirkan daripada mendapat jawatan yang sepatutnya layak untuknya hanya kerana ingin mengisikan jawatan tersebut pada kaum kerabatmu?

Mungkin juga pangkat itu digunakan untuk menambahkan pengikut-pengikut persatuan atau kelab-kelab kamu dengan menggunakan syarat tertentu untuk mencari calon untuk mengisi jawatan tersebut. Adilkah kamu sebagai manusia yang berpangkat? Sedarkah kamu, bahawa Allah itu sentiasa menilai hidup dan segala amalanmu? Satu penganiyaan telah kamu lakukan seandainya pangkat yang kamu ada digunakan untuk kepentingan kamu dan keluargamu sahaja. Boleh jadi orang yang memohon kerja itu adalah orang yang berlatarbelakangkan keluarga yang susah. Jadi, kamu telah menganiayanya serta keluarganya hanya untuk kepentingan keluargamu.

Ingatlah Rahimah...andaikata kamu dikurniakan pangkat, janganlah kamu lupa untuk membuka peluang dan ruang kepada mereka mereka yang memerlukan di luar sana....

3) Hiburan

Hiburan yang menyebabkan manusia semakin lalai dan alpa kepada Allah s.w.t. Hiburan yang menyebabkan terjadinya perbagai masalah sosial dikalangan anak remaja. Hiburan ini adalah yang menyesatkan manusia diakhir zaman.

Hiburan yang dituntut adalah zikrullah. Tiada satu pun hiburan didunia ini yang dapat menenangkan hati dan jiwa seseorang manusia melainkan bertasbih, bertahmid dan bertakbir kepada Allah s.w.t. Hiburan itu jugalah yang sama-sama dilakukan oleh para malaikat dan para Anbiya’. Tempat hiburan yang terindah adalah di atas sejadah-Nya bukan dikelab-kelab malam, juga bukan ditepi-tepi pantai dan sebagainya. Wahai manusia akhir zaman, sedarlah segera selagi masih ada pintu taubat untukmu.
Ingatlah Rahimah... walaupun kamu telah mengurangkan hiburan diri kamu, janganlah kamu alpa untuk membantu keluargamu yang lain agar tidak mengagung agungkan hiburan semata mata... 

4) Kekasih hati

”Apa yang penting adalah cinta hatiku. Parent tidak suka, tidak mengapalah. Aku yang akan berkahwin, bukan mereka”. Inilah ungkapan yang akan dikeluarkan oleh manusia yang telah mendahulukan kekasih hatinya daripada Ibu bapa sendiri. Sedarkah kamu, perkahwinan itu bukan antara kamu dan kekasihmu sahaja. Perkahwinan itu merangkumi seluruh keluarga dan sanak saudara kamu. Jika kamu mengenepikan ibu bapa mu dalam pencarian jodohmu, Allah juga akan mengenepikan doa-doa kamu untuk memperoleh kebahagiaan untuk kehidupan kamu berdua.
Kebahagiaan kamu di atas keredhaan ibubapamu. Maka, hormatilah mereka terlebih dahulu sebelum kamu menghormati pasangan kamu. Sesungguhnya tiada ibubapa yang ingin melihat anak-anak mereka hidup menderita. Jika ada halangan daripada mereka, fikirkan secara mendalam. Pasti ada sebabnya.
Ingatlah Rahimah... apa yang terjadi pada dirimu kini kerana dosa dosa masa silammu.. janganlah kamu menyesal dan menyalahkan takdir... muhasabah lah dirimu... akui kesalahanmu dan berusahalah untuk berubah... biarlah Allah yang menentukan segalanya...

Secara keseluruhannya, keempat-empat perkara ini, berpunca daripada satu. Iaitu NAFSU. Manusia akhir zaman, hanya memikirkan nafsu semata-mata. Itulah yang menolak kamu semua ke neraka. Semoga aku dan juga kalian semua yang sudi membaca ini terselamat daripada azab seksa api neraka .... Aminn.


Monday, April 25, 2011

Sukses..Sukses..



Assalamualaikum... jangan cepat mengalah.. dalam erti kata lain... jangan mengalah sebelum berjuang... berjuanglah sehingga ke titisan terakhir... tolong la dalami maksud yang ada di atas...

jangan jadi lembik... kita kena kuat... walaupun kita hanya perempuan... kekuatan seseorang bukan diukur melalui besar ototnya tetapi kepada kekuatan jiwanya melalui pelbagai dugaan dan cabaran hidup k...

mesej ini di tujukan kepada mereka yang sedang down grade diri sendiri.. namanya ..rahsia.... hehehe...

kenapa aku berblog..?

Assalamualaikum...

hahahahahahahahahahahahaha.......ketawa besar aku... bukannya apa..gelihati dengan soalan yang ditanyakan oleh seorang kawan....

Ada yang bertanya.. kak, kenapa akak berblog..? ermph.. walaupun dah lama berblog..kenapa tak ramai yang follow my blog..?

hahahaha... aduhai dik oi..... itu bukan matlamat akak nak buat orang follow blog akak dik oi....

harapan akak... setelah akak meninggal esok lusa... mr hubby n my tomei yang tersayang dapat membaca la blog akak untuk menghilangkan kerinduan pada akak(kalau blog ni masih ada ler)... boleh gitu..?

dan andainya dengan blog akak ni dapatlah memberi kebaikan kepada oranglain... bukankah ianya bagus..? dan paling penting ialah membuat sesuatu yang kita suka.. i love to do so... dan salah satu kenapa akak berblog ialah kerana ini....


selain akak update www.imahrahimah.com akak tu... akak dapat melakukan aktiviti yang akak suka iaitu berkongsi kisah hidup akak kepada mereka yang sudi membaca dan menjengah blog akak... i don't want to be glamorous only... i just want to share my story to you all.... sharing is caring maaa... hahahahaha....

akhirnya ku terima....

Assalamualaikum... setelah berkali kali di pujuk dan di desak untuk mengambil kereta baru, akhirnya aku bersetuju juga... kerana apa..? ermph... aku rasa sekurang kurangnya dengan adanya satu hutang baru ini maka aku akan bekerja dengan lebih keras lagi.. dan aku akan pastikan yang aku tak mahu menggunakan duit yang ada.. aku nak gunakan source baru.. bole..? hehehe.. itulah cabaran yang aku kenakan untuk diri sendiri...

kereta apa..? ermph.. ni pun satu masalah jugak... kalau bole nak kereta yang paling murah... hahaha.... kenapa..? kerana aku dah ada wish list sebenarnya.....kereta ni jatuh ke tempat yang terakhir sekali.. priority aku ialah memasang impian untuk melangsaikan hutang rumah yang dalam masa terdekat.... ermph... nak pastikan sebelum umur 45 tahun hutang rumah settle already.. hehehe.... dan ingin mengambil second house yang lebih besau dari yang sedia ada... :) dan menyimpan 6 angka RM(rahsia)  dalam masa 6 tahun.... and i still work for it... besar harapanku... selepas target tercapai... insyaAllah ada benda yang ingin aku buat...

ingat... apa yang kita perolehi ini bukan untuk kita seorang..ada bahagian untuk oranglain... dan aku selalu ingat... kerana itulah aku bekerja seolah olah akan mati esok... bole gitu..?

kereta ni makin lama makin susut nilai... berbanding dengan rumah... semakin lama semakin tinggi regenya.. hehehe... sedangkan kereta ni makin lama menjadi liabiliti kita..

bole ke ambik keta ni..?



atau yang ini...?


atau yang ini..?


dan yang pasti jawapannya..... tunggu.....yang pastinya aku nak kereta yang paling murah... paling murah.... hahaha.... 

mr hubby cadangkan aku ambik semula kereta yang pernah aku gunakan dulu... dan satu yang menjadi favorite mr hubby at least kereta ini katanya.....


ermph... rasanya macam dah takde hati la...ermph.. selain dari perbezaan harga yang amat ketara.. aku rasa setelah impian tercapai, insyaAllah aku akan gunakan kereta yang lebih baik dari ini... pada aku.. as long as kereta itu boleh digunakan, maka tak perlulah aku mementingkan imej kot... walaupun mampu, aku rasa ia satu pembaziran... kereta ni fungsinya apa? bukankah ia membawa kita dari destinasi A ke destinasi B..?

pada mulanya aku nak beli kereta dengan cash jerk.. tapi sebagai orang yang sedang mempraktiskan perancangan kewangan , lebih baik aku buat good loan... this is not bad loan.... kenapa..? ermph.. duit itu aku laburkan at least dalam ASB dan ambik sikit sikit untuk langsaikan hutang.... disamping aku boleh membayar hutang tersebut, aku perolehi pulangan sedikit dividen... :) bukankah itu satu pelaburan bijak..?

aku bukan aku yang dulu wokey..? aku ialah new aku.. hahaha... yang sudah mengerti erti kehidupan bersederhana... bukan yang tahu bermewah mewah melampau tahap gaban seperti dolu dolu.......yang mementingkan diri sendiri...sekurang kurangnya apa yang aku perolehi ini aku dapat berkongsi bahagian yang ada untuk keluarga... untuk mak abah.. adik beradik dan saudara maraku yang terdekat dan saudara seislamku....

aku tak mahu hanya aku yang senang.. tapi keluargaku hidup merempat pula... kenapa aku berubah..? ermph.... bila teringatkan perkara ni.. selangkah kita melangkah menuju kematian... bukan menuju kehidupan... so... andaikata aku dipanggil pergi..hanya 3 perkara jerk yang aku bawa.... 1.doa anak yang soleh dan solehah... 2.sedekah jariah... dan 3...ilmu yang dimanfaatkan.....

so... fikir fikirkan.. dan selamat beramal... hahaha... :)

Friday, April 22, 2011

mr hubby macam tau erk....

assalamualaikum... semalam bercerita pasal mr hubby... tetiba kul 4 pagi tadi dia balik laks..thanks dear... macam tau tau jerk kita rindu.... alahai....

suka betul.........


masa mr hubby balik...my tomei terbangun... me pun sama.. dan dia terus jerk kata.. "daddy balik erk..? come.. come.. raziQ nak peluk...." dan aku pun sampuk.. "mummy pon nak..".... hahaha.... his dad terus jerk cakap... macam dah berpuluh tahun tak jumpa erk...?hehehehe....

bahagia bila kita menghargai dan dapat menikmati setiap saat bersama orang orang yang tersayang... dan kadang kadang kebahagiaan tu membawa maksud yang amat luas... aku rasa amat bersyukur kerana dikurniakan dua orang lelaki yang amat kusayangi....anakku dan suamiku.. dua anugerah terhebat yang Allah berikan padaku selama ni...



tapi.... pagi ini.... aku terpaksa pergi kerja meninggalkan dia pula....sabo erk sayang... sabo...


jap lagi ima balik... love u.. muaahhhhh...... 

Thursday, April 21, 2011

♥♥♥ i love u sayang ♥♥♥


Assalamualaikum.... hehehe... tadi tengah update fb..tetiba terlihat gambo ni..hahahaha.... kelakar betul kan...? kan..? kan...? ermph.. tapi itulah dia lelaki yang paling aku cintai....sayangi dan rindui setiap masa... ekekeke....

ermph..... malam ni terasa sunyi sangat ler pula...mr hubby outstation.... ermph.. tapi tetiba dapat mesej sayang bersayang dari dia.. adoyai.... lagi lar terasa rasa rindunya....hahaha... padahal baru jerk pagi tadi dia pergi......

bila takde terasa rindu.. bila depan mata... asyik berebut kasih jerk ngan my tomei.. hahaha... itulah dia dua lelaki yang bertakhta di hati ini....

Percayalah sayang..
Rindu ini kupendam hanya untukmu..
Jiwa ini kutanam juga hanya untukmu..
Percayamu ada dalam hatiku..
Cintamu kan selalu mengalir dalam darahku...
Pemergian mu tak akan membuatku mundur..
Untuk selalu mencintai dan menginginkanmu..
Selamanya hanya dirimu..

hahaha....jiwang jugak la malam malam ni.....bukannya apa... tetiba teringatkan dia... macam tau tau jerk kita ingatkan dia.. dia call... thanks dear... love u....

Kaya Harta tapi Miskin Jiwa vs Miskin Harta Tapi Kaya Jiwa


Ahad lepas, sewaktu melayan satu program TV yang meninjau kemewahan dan cara hidup pemilik kediaman mewah super-duper rich serta menampilkan gaya hidup dan cara hidup yang berlebih2 mereka. Koleksi handbag dan kasut berjenama hingga beribu2 pasang. Siap order order lagi.....

Rumah sebesar2 Alam dan deretan kereta2 mewah beratur di porch. Percutian confirm lah di luar negara aje. Dalam hati berkata gak, banyaknya duit orang2 nih, bukanlah business apa pun... naik meluat lak menengok gelagat orang2 yang terlalu taksub dengan harta kekayaan yang mereka miliki.

Hello, tau lah awak tu kaya tapi ingatlah berapa ramai lagi orang kat Malaysia ni, yang 'kais pagi makan pagi'..janganlah riak sangat, awak tu orang melayu yang beragama Islam. Simpati lah ngan orang yang kurang berada. Jangan ingat roda awak sentiasa di atas je. Bukan kah pembaziran tu sahabat syaitan. Mungkin Allah bagi kekayaan kat kau untuk share. Sharing is Caring kan. Agak2 lah..Tak takut ke laknat Allah... Kalau Allah nak tarik nikmat kekayaan dia tu, sekelip mata je..Ingat! Allah Maha Berkuasa..

Bukan cemburu, bagus citer tu..boleh jadi inspirasi kepada mereka di luar sana untuk menjadi kaya seperti mereka...tetapi bila cara dia cakap buat aku rasa meluat... Beyonce tak dapat beg itu kerana rekod pembelian handbag saya di LV melebihi Beyonce...wah.. kelas makcik tu.....kebanyakan handbag yang dia ada semuanya LIMITED EDITION.. hanya ada satu... dan ada yang makcik tuh belum guna pun.. beli setakat untuk kepuasan diri.... 

(bukan gambar sebenar)

Berbeza pula cerita akak 'cleaner' yang bekerja di sebuah syarikat yang aku selalu pergi... Dia 'breadwinner' in the family dan banyak tanggungan. Tak pernah berkeluh-kesah dan meminta-minta. Datang naik bas, balik pasti kena masak untuk anak2. Suami pulak terlantar di rumah akibat kemalangan dan mempunyai sepasang anak yang masih bersekolah menengah. Namun, terpaksa silih berganti menjaga bapa mereka yang terlantar. Tengok pada keikhlasan dan kejujuran dia, satu hari aku tanya dia berapa pendapatannya sebulan.

Dengan pantas dia menunjukkan payslipnya. Walaupun dia tak boleh bercakap tapi melalui pergerakan tangannya, dia mengatakan yang kehidupan dia ok lah walaupun gajinya cukup2 untuk menampung dia sekeluarga. Aku memang salute dengan kegigihan dia. Memang rajin. 

Walaupun dia dikehendaki mencuci banyak floor tapi Surau sentiasa tip-top dalam jagaannya. Memandangkan kawan aku committee surau, setiap bulan dia akan meminta izin kawan aku untuk mencuci semua telekung wakaf dalam surau. Sungguh murni jiwanya. Bayangkan dengan gaji yang tak sampai RM1K sebulan, tinggal di KL tapi rezeki yang Allah bagi untuk dia sungguh berkat. Walaupun banyak menerima pemberian orang tapi tetap bersikap 'reluctant'.

Itu yang aku tau. Sebenarnya aku mengingatkan diri ni gak bahawa kekayaan yang kekal hanya milik Allah:

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang bermaksud, “ Sesungguhnya bagi umat itu mempunyai ujian dan ujian bagi umat Ku adalah harta kekayaan”. - Riwayat at-Termizi.

Dari hadith itu jelas kepada kita bahawa ujian terbesar kepada umat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah ujian berupa harta benda dan kekayaan. Dengan harta benda dan kekayaanlah yang menyebabkan sebahagian di antara kita yang tergelincir daripada prinsip dan ajaran Islam serta tidak dapat mempertahankan diri sebagai muslim yang bermaruah tinggi dan maruah mulia.


Wednesday, April 20, 2011

Mengurangkan Berat Badan, Bagaimana Memulakannya?



Memang mengecewakan apabila segala usaha yang telah kita ambil untuk mengurangkan berat badan menemui kegagalan. Bukan kita tidak pernah cuba untuk mengurangkan berat badan, malah pelbagai cara telah kita lakukan untuk mencapai berat badan yang kita impikan.

Akhirnya, impian hanya tinggal impian apabila setiap kali kita menjejakkan kaki ke atas penimbang, jarum itu tidak terhenti di tempat yang kita harapkan. Sedikit demi sedikit semangat kita mula luntur dan kita mula berputus asa. Dan akibatnya, kita dulu yang memakai saiz S, mungkin kini selesa dengan saiz XL atau XXL. Lama kelamaan kita mula selesa dengan keadaan itu dan kita tidak mempedulikan lagi dengan keadaan sekeliling.

Pernahkah kita renungkan secara mendalam kenapa usaha kita dalam menurunkan berat badan mencapai kegagalan ? Paling penting, adakah kita benar-benar serius dalam mengurangkan berat badan ? Mungkin anda tidak bersetuju dengan saya, tetapi kebanyakkan daripada kita tidak serius dalam mengurangkan berat badan. 

Kita mungkin hanya bersungguh-sungguh pada mulanya, tetapi lama-kelamaan semangat kita mula berkurangan. Ini ditambah lagi dengan godaan-godaan makanan yang enak di depan mata. Kita tidak berdaya untuk menahan nafsu makan. Kita tidak berdaya menolak makanan-makanan enak yang biasanya tinggi lemak serta tinggi kalori setiap kali perut meminta makanan. Malah, kadang-kadang kita makan bukan kerana kita lapar. Anehnya, walaupun kita sudah termengah-mengah kekenyangan, tapi bila melihat makanan di depan mata, kita masih lagi mampu mengunyah dan menelan makanan tersebut tanpa belas kasihan pada perut kita. Semuanya kerana kita tidak dapat menahan nafsu makan.

Ada juga yang mengambil pendekatan ”tak pe”. Tak pe lah badan macam ni pun suami sayang jugak. Tak pe badan macam ni pun isteri tak komplen. Inilah salahnya bila kita mula membuat sesuatu kerana orang lain, bukan kerana diri kita sendiri. Cuba tanamkan keazaman untuk mengurangkan berat badan kerana diri sendiri. Cuba fikirkan faedah dan kebaikan kepada kesihatan kita apabila kita berjaya mengurangkan berat badan. Pernah tak kita sedar bahawa berat badan yang berlebihan dan obesiti sebenarnya merupakan salah satu faktor risiko penyakit-penyakit kronik yang semakin menular di kalangan masyarakat kita. Kita seringkali mendengar saudara mara, sahabat handai serta jiran satu taman atau satu kampung yang meninggal kerana kencing manis, darah tinggi atau sakit jantung. Tapi, pernahkah kita sedar dengan berat badan yang berlebihan kita juga mungkin boleh menyumbang kepada statistik tersebut.

Bagi mereka yang serius untuk mengurangkan berat badan, di sini ada beberapa panduan mudah yang anda boleh jadikan asas permulaan untuk mengurangkan berat badan. Namun anda harus ingat, mengurangkan berat badan bukanlah sesuatu yang boleh dilakukan semalaman. Anda harus banyak bersabar dan konsisten dengan apa yang anda lakukan. Perlu di ingat, dengan mengambil jalan pintas anda mungkin tidak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Bagaimana bermula ?
Perhatikan saiz hidangan anda. Mungkin selama ini kita tidak sedar bahawa kita mengambil makanan secara berlebihan. Oleh itu, kurangkan sedikit kuantiti makanan yang anda makan daripada biasa.
Makan secara teratur dalam kuantiti yang kecil. Kunci untuk mengurangkan berat badan bukan berlapar sepanjang hari tetapi mengambil makanan secara teratur. Ini penting untuk meningkatkan kadar metabolisme asas badan anda.

Mulakan hari anda dengan sarapan yang berkhasiat. Sarapan yang seimbang bukan sahaja penting untuk tenaga sepanjang hari, tetapi juga untuk mengelakkan anda makan berlebihan di waktu malam.
Hadkan pengambilan makanan yang berlemak dan berminyak. Makanan ini biasanya tinggi kandungan kalori dan lemak walaupun dalam kuantiti yang sedikit.

Berhati-hati dengan karbohidrat ringkas. Makanan ini biasanya tinggi kandungan gula seperti gula-gula, kek, biskut berkrim, donut serta minuman manis seperti air bergas atau air kordial.

Minum banyak air kosong. Kurangkan pengambilan air manis terutama semasa waktu makan utama.
Elakkan makan lewat malam. Anda tidak memerlukan banyak tenaga untuk tidur.

Makan sayur dan buah pada setiap kali waktu makan utama. Elak pengambilan sayur-sayuran yang dimasak menggunakan santan.

Fikir dulu sebelum makan. Tanya diri anda ”Adakah makanan ini memberi faedah kebaikan atau memudaratkan saya ?”.

Bulatkan tekad, kuatkan azam. Cabar diri anda agar tidak mudah kalah dengan godaan nafsu makan.

Selamat Mencuba.

Artikel ini disediakan oleh
Bahagian Pemakanan
Kementerian Kesihatan Malaysia

Monday, April 18, 2011

Perbaiki diri bermula dari hati...

Aku akui sebagai manusia biasa tiada siapa pun yang sempurna.Usaha memperbaiki diri sentiasa ada.Aku sering mengingatkan diri aku sendiri carilah ketidaksempurnaan dalam diri sebelum menuding pada orang lain.Dari dulu hingga kini aku diuji dengan pelbagai dugaan yang menuntut aku bersabar.Adakala aku tewas pada rasa marah.Marah itu teman syaitan dan ketika rasa marah aku beristifar.Dari dulu aku ni jenis yang memendam bila terlalu dipendam kadangkala aku menangis untuk melegakan hati.Pesan mak selalu aku ingat,biarpun dengan siapa bahasa perlu kita jaga,fikir dulu sebelum melakukan sesuatu yang mungkin mengguris hati orang lain.Bukan semua orang boleh menerima teguran.

Allah maha mengetahui setiap sesuatu yang berlaku,mungkin hari ini kita berbuat sesuatu yang menyakitkan hati orang lain tapi perlu diingat dunia ibarat roda tidak selamanya kita di atas.Akan tiba masa lambat atau cepat kita kan merasai apa yang telah kita perlakukan pada orang.Orang kata sekarang semua perbuatan dibalas tunai,atas dunia lagi dah dapat pembalasan.Doa orang-orang teraniaya dimakbulkan tuhan.

Biarpun ada perkara lepas yang berbekas dihati aku tapi semua tu aku jadikan pengajaran tewasnya kesabaran aku pada sifat marah.Untuk sama-sama kita memperbaiki diri ke arah yang lebih baik,kenali sifat-sifat hati

Roh yang ada di dalam diri kita ini terlalu abstrak (seni). Sifatnya sensitif, selalu berubah- ubah, sekejap baik dan sekejap jahat. Perubahan ini berlaku terlalu cepat sekali sehingga susah untuk kita mengesannya. Ini menyebabkan banyak sifat-sifat yang baik telah terabai dan sifat-sifat yang buruk (jahat) dibiarkan bermaharajalela dalam diri sama ada disengaja atau tidak, disedari atau tidak.


Sifat-sifat roh terbahagi kepada dua iaitu:

1. Sifat-sifat mahmudah (sifat positif atau sifat-sifat yang baik)

2. Sifat-sifat mazmudah (sifat negatif atau sifat-sifat keji)


Pertama:
Sifat-sifat mahmudah, antaranya:
1. Jujur
2. ikhlas
3. tawadhuk
4. amanah
5. taubat
6. sangka baik
7. pemaaf
8. pemurah
9. syukur
10. zuhud
11. tolak ansur (timbang rasa)
12. sabar
13. redha
14. berani
15. lapang dada
16. lemah lembut
17. kasih sayang
18. selalu ingat mati
19. tawakal
20. takut Allah


Kedua:

Sifat-sifat mazmumah, di antaranya:
1. riak
2. ujub (merasakan dirinya lebih daripada orang lain seperti membanggakan dirinya lebih berilmu, lebih banyak ibadah dan sebagainya.
3. sum'ah (merupakan perbuatan baik/ibadah yang dilakukan di masa lampau kemudian diceritakan kembali kepada orang lain dengan maksud orang lain mengetahui amal/perbuatannya)
4. takabur dan sombong
5. hasad dengki
6. pemarah
7. dendam
8. bakhil
9. penakut
10. cinta dunia
11. gila pangkat
12. gila puji
13. jahat sangka
14. putus asa
15. tamak

Kajian terhadap sifat-sifat mahmudah dan mazmumah ini sangat penting kerana dengan adanya ilmu ini memudahkan seseorang itu mengenal hakikat dirinya.Yakni, kenal sungguh tentang sifat batinnya. Bila sifat baik dan sifat jahat sudah dikenal pasti ada dalam diri seseorang itu maka tindakan yang perlu dilakukan ialah:

1. Sifat-sifat yang terpuji (mahmudah) itu hendaklah kita pertahankan, suburkan, pertajamkan dan kekalkan kerana sifat-sifat ini dikehendaki dan diperintahkan oleh Allah dan Rasul serta digemari oleh manusia seluruhnya, yang mana itulah bunga diri pada seseorang.

2. Sifat-sifat yang terkeji (mazmumah) pula hendaklah ditumpaskan, dikikis, dibuang, dihapus dan dicabut. Ini perlu dilakukan melalui proses mujahadatun nafsi (melawan hawa nafsu). Yakni melalui latihan terus-menerus terhadap nafsu (riadatun nafsi). Wajib dicabut buang sifat-sifat keji ini kerana sifat-sifat ini sangat dibenci oleh Allah dan rasul serta dibenci oleh manusia seluruhnya. Untuk mendapat akhlak yang baik (terpuji) macamlah proses mendapatkan buah yang baik dan manis. Ia didapati setelah ditanam daripada benih-benih yang baik dan manis. Begitulah juga untuk melahirkan perbuatan dan tindakan yang baik serta akhlak yang baik itu adalah dengan menanam benih-benih yang baik di dalam roh (hati). Yakni benih-benih sifat-sifat mahmudah seperti kasih sayang, rasa simpati, rasa malu, sukakan ilmu pengetahuan, pemurah, pemaaf, sabar dan lain-lain lagi.

Buah yang masam adalah hasil ditanam benih yang masam.Begitulah perbuatan atau tindakan yang buruk atau akhlak yang buruk (keji) adalah berpunca daripada ditanam benih-benih yang keji (mazmumah) di dalam roh (hati). Adapun benih-benih mahmudah dan benih-benih mazmumah yang wujud dalam roh (hati) hanya dapat dikesan oleh mata hati yang dibantu oleh ilmu mengenainya. 

Bukan dengan mata kepala yang sifatnya tidak dapat menjangkau dan merasainya.Yakni roh melihat roh. Hanya roh yang dapat mengenali atau mengesan roh.Ini bererti, mengesan sifat-sifat roh ini mestilah melalui kepekaan pandangan mata hati serta dibantu oleh ilmu. Perjalanan roh ini laju dan sentiasa berubah-ubah, sensitif dan berbolak-balik dari detik ke detik. Kalau kita tidak peka dalam mengesannya setiap saat, kita akan rugi. Tidak peka dalam mengesan sifat-sifat yang baik bererti kita telah mengabaikan sifat-sifat roh yang baik atau perasaan-perasaan yang baik. Maka sifat baik tadi jadi tidak subur.

Macam menanam pokok tanpa disiram air, tanpa diberi baja, tanpa dijaga, walaupun pokok itu boleh tumbuh tetapi daunnya kuning, kering, akhirnya mungkin mati. Tidak peka dalam mengesan sifat-sifat mazmumah (jahat) bererti kita biarkan mazmumah itu berada dalam diri. Dari hari ke hari mazmumah itu kian subur bersama suburnya jasad lahir. Akhirnya ia menguasai diri dan kehidupan kita. 


Ketidakpekaan tadi menyebabkan mazmumah itu tetap bersarang di dalam hati (roh), tidak ditumpaskan, dikikisbuangkan dan dicabut. Akhirnya hati yang jahat itu mendorong untuk melakukan perbuatan atau tindakan-tindakan jahat atau akhlak-akhlak jahat. Yang kerananya akan merosakkan pergaulan dan menerjunkan kita ke Neraka.

Di sebalik musibah...

Hidup ini ibarat roda. Adakalanya kita gembira, dan adakalanya kita bersedih. Bila kesedihan melanda, hati mula terasa pedih, semangat mula terpadam sedikit demi sedikit. Tiada lagi keghairahan untuk melakukan kerja. Tiada lagi kekuatan untuk meneruskan kehidupan. Tiada lagi senyuman yang terpancar di wajah. Semuanya tampak suram. Tiba-tiba dunia menjadi gelap. Sangat-sangat gelap untuk kita.Jangan bersedih, sahabatku..

Setiap musibah itu datangnya daripada Allah swt. Hakikatnya, Allah swt tidak mendatangkan musibah itu kerana Dia zalim kepada kita. Akan tetapi, Allah swt berikan kita sesuatu musibah kerana Dia CINTAkan kita. Dikatakan bahawa, Allah swt kasih kepada seorang manusia, 70 kali ganda melebihi daripada kasihnya seorang ibu kepada anaknya. Seandainya benar Allah swt kasih dan sayang kepada kita, sudah tentudi sebalik setiap musibah, ada tersimpan satu hikmah. Tiada siapa yang mengetahuinya, melainkan Allah swt. Namun apa yang pasti, setiap hikmah itu sangat berkait rapat dengan dasar CINTA Nya terhadap kita.

Hikmah 1: Allah swt sangat rindu pada kita. Dan Dia mahu kita lebih dekat denganNya.

Hikmah 2: Allah swt ingin menghapuskan dosa-dosa kita.

Hikmah 3: Allah swt ingin menambahkan pahala kita

Hikmah 4: Allah swt ingin meningkatkan iman kita kepadaNya

Apabila ditimpa musibah, dekatkanlah diri dengan Allah swt sebanyak mungkin. Banyakkan istighfar. Usahakan agar solat dikerjakan dengan penuh khusyu’ dan khudu’. Banyakkan berzikir kerana dengan mengingati Allah hati akan jadi tenang. Berzikirlah dengan penuh tawajuh dan sungguh-sungguh, nescaya Allah swt akan memberikan kekuatan kepada hati. Dan yang terakhir sekali, banyakkanlah berdoa. Terutamanya, pada waktu-waktu doa paling mustajab seperti di bahagian akhir malam. InsyaAllah, sedikit demi sedikit, Allah swt akan tunjukkan jalan keluar dan selesaikan masalah tersebut.

MasyaAllah! Indahnya CINTA Allah swt…Kita makhluk yang sangat lemah, sangat tidak mengerti apakah hikmah di sebalik setiap musibah. Hanya Allah swt sahaja yang Maha Mengetahuinya. Hakikatnya, Allah swt sentiasa menentukan apa yang TERBAIK buat kita kerana Dia sangat-sangat CINTA pada kita…

cubalah wahai saudaraku.. aku sudah mencubanya.. dan aku bersyukur teramat amat kepada Dia.. kerana Dia telah membuka hatiku ini untuk bersyukur dengan ujian dan musibah yang diberikan kepada diriku yang kerdil lagi hina... 


Bertudung atau tidak...?

Assalamualaikum ...Sharing is caring... ermph.. tengah sibuk buat keje tadi dapatlah mesej dari seorang kawan lama.... dan bila tengok mesejnya ada kebenaran... ermph...Sila tengok dan hayati gambar2 berikut, dan marilah kita bersama-sama mengambil iktibar.Bagi muslimah yang tidak bertudung, kembalilah ke pangkal jalan. Bagi muslimah yang bertudung seperti di bawah,kita ambil iktibar.Bagi semua muslimin dan muslimat, jangan malu malu untuk sebarkan maklumat ini kepada semua muslimin dan muslimat yang anda kenali..

Saya juga ingin mengingatkan diri saya.. itu yang utama.. disamping itu, bolehlah kita share yerk... :)











Marilah bersama sama kita saling nasihat menasihati sesama kita..  Islam itu Indah

Sunday, April 17, 2011

barang barang branded...

Assalamualaikum....ermph...lately ni  kengkawan dah start menggila ngan brand bawah ni... ermph.... sanggup perabis duit untuk membeli barang dari brand ini...



tapi pada aku... aku masih setia ngan brand ni... ermph.. dah 12 tahun kebanyakan barang aku dari brand ni... ermph.... entahlah.. maybe kualiti yang diberikan kot.. like my wallet... dah 8 tahun masih lagi di gunakan... memang tahan lama... my hubby pun sama... either this brand or camel brand....


kalau mr hubby laks... beg porch ke.. kasut ke... suka dari brand ini... ermph... maybe ada kesamaan dari segi kewujudan brand ini.. 1977... tahun kelahiran dia tu.. bila dia tanya kepada saya why bonia..? my answer very simple.. this it the first brand i know... my ex boss introduced me this brand... from that time... my handbag..my shoes...my watch from this brand... but now... bole la campur campur brand.. asalkan sedap mata memandang dan tahan lama... saya pakai jerk... 


but personally.. kalau especially shoes branding... i like this brand... nampak macam kuno... tapi kalau heel ke.. kasut keje ke..  saya sangat selesa dengan brand ini... orang nak kata macam orang tua ke apa... i don't care... as long as i like it very much... itu dah cukup... 

ermph..masa brand ni baru baru keluar dulu, suka la jugak guna kasut dia... ada la jugak 6 pasang dari brand ini... amat selesa walaupun ghupanya tak berapa... hahaha.... tapi kerana keselesaan.... ada 2 pasang dalam kategori selipar ni dah hampir 3 tahun dibuat basahan.. masih cantik dan boleh digunakan.... dan hingga hari ini saya masih menggunakan ia...



ada la jugak my shoes dari brand ini... kasut nya amat ler menarik... tapi boleh tahan untuk 3-6 bulan sahaja... ermph..tak tau la jangka hayat brand ini tak lama... tapi i like.... hehehe....


selain dari brand di atas... brand kat bawah ni juga menjadi favorite saya.... walaupun ada juga yang belikan i brand coach...tapi to me... if i don't like that things... cannot say anything.. hehehe.... 
well... my favorite branding idak ler mahal mana pun... pada saya, asalkan ia selesa saya akan pakai... alah membeli menang memakai....tak kira la apa brandingnya... as long as we like it... don't shame with yourself... i proud to be me... :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...