Wednesday, August 31, 2011

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum, sempena Syawal yang indah ini..Ampun maaf dipinta... bak kata orang..yang jauh itu WAKTU,yang dekat itu MATI,yang besar itu NAFSU,yang berat itu AMANAH,yang mudah itu BERBUAT DOSA,yang panjang itu AMAL,SOLEH yang indah itu SALING MEMAAFKAN”Salam aidilfitri maaf zahir dan batin”. Ermph..tahun ini seperti biasa, sambutan hari raya serba sederhana.... tiada ungkapan yang dapat diucapkan kecuali kegembiraan yang amat dirasakan...bersama seisi keluarga...

Jom layan sedikit gambo yang di upload.. yang lain, ermph..biarlah tersimpan di memori kami... hehehe... (sebenarnya malas nak upload, beratus ratus keping gambo...) 


on the way balik kampung... kampung skudai kiri.. hehehe.... bersama tomei n mr hubby... serius mr hubby tau... gambo ini di ambil selepas kami sekeluarga solat hari raya di masjid Saleng.. Tomei yang paling seronok kerana dapat bersama sama daddy ..ingatkan daddy dia tak balik.. coz mr hubby kerja malam raya... tiba kat rumah jam 6 pagi... kesian dia...anyway...a big clap to him coz masih terdaya walaupun tak tido...memang gagah perkasa buah hati saya ni...


saya dan mr hubby...thanks to my dearest sayang coz this year dia belikan saya cermin mata tu... my favorite brand... thanks once again to my mr hubby...sangat terharu coz this year dia belikan banyak sangat untuk saya dan tomei saya.....semoga murah rezeki kita setiap tahun ye sayang... bak kata tomei saya... mom.. this year kan best sangat... kita dapat keta baru..handphone baru... jam baru...handbag baru..wallet baru...kasut baru... baju baru.. gate baru...semuanyaaaa baru...bukan beli sekaligus la sayang..kita beli sikit sikit...lama lama jadi bukit la dik oi.. hehehe.....

Mata kadang salah melihat….
Mulut kadang salah berucap….
Hati kadang salah menduga…..
Maafkan segala kesilapan yang pasti ada...
yelah.. mungkin ada yang meluat membaca blog saya... bukan menunjuk nunjuk jauh sekali membangga diri, hanya sekadar ingin berkongsi kegembiraan yang saya ada..mungkin boleh memberi aspirasi kepada mereka yang lain...


taktala ini sangat sayu dan sedih sekali bila mr hubby memohon kemaafan dari mak dan abah saya...
Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf andainya selama ini…
Terkasar bahasa dalam bicara...
Tersilap bicara semasa bersama....
Termarah yang tak kena tempatnya....
Tertanya tak tentu hala....
Tersasul yang tak sengaja...
Terpukul kat mana-mana...
Terpekik kuat di telinga...
Terhantuk terketuk di kepala....
Terpinjam terambil harta & benda....
Termoody tak semena-mena....
Terumpat bila ada cerita...
Teremail benda yang tak sepatutnya.....
Termacam-macam yang kena-mengena.. 
Di hari yang mulia sepuluh jari ku hulurkan semua....
Memohon kemaafan atas segala dosa yang ada......
Kerana saya ini masih bernama manusia......
Pastinya tak lepas membuat dosa........
Semoga dimaafkan....


Gambar bersama mak, abah dan kami sekeluarga.... Saya sayang mereka semua...buat keluarga mertua saya..Meski wajah tidak bersua, tangan tak dapat saling berjabat, semoga ucapan ringkas  ini mampu menjadi jambatan pada hari kemenangan, dengan tulus ikhlas saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, mohon maaf zahir dan batin.


Seperti sebuah perjalanan hidup,
semua yang telah terjadi tak mungkin terulang..
Semua yang pernah terucap pun pasti berbekas..
hanya doa saya..semoga setiap kesalahan yang saya lakukan selama ini secara sengaja atau tidak diampuni oleh Nya...


gambar candid dari mr hubby... ketika adik lelaki bongsu saya yang lambat meminta maaf...mr hubby senang je ayat dia..
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir Dan Batin,
Kira kosong-kosong ya..
Duit raya claim ngan kak ima..
hehehe....sebab lambat... kena potong 30% hahaha.....


saya bersama kakak saya....walaupun saya lebih tinggi dari dia..saya tetap memendekkan diri saya..hehehe...gambar ini di ambil sebab nak tayang beg baru...hahahaha..tak adalah... masa ni dah nak gerak ke rumah atuk... mr hubby yang ambik gambar ni... 


dan gambar ini saya yang ambik... masa ni mr hubby tertidur masa tengah duduk... kepenatan dia... sangat sangat... tapi masih mampu melayan kerenah kami anak beranak... 

i LoVe yOu 4 eVeR sayang....

Monday, August 22, 2011

Merancang dengan Bijak...

Malam ni nak citer pasal perancangan kewangan...boleh..? hehehe.. biasanya saya akan minta mereka rujuk di www.imahrahimah.com ..tetapi..malam ni nak tambah entry baru... hehehe....



Istilah "Perancangan Kewangan" lazimnya agak "menggerunkan" sesetengah orang, terutama mereka yang berfikir bahawa perancangan kewangan adalah untuk mereka yang berpendapatan tinggi dan kaya sahaja. Tetapi, benarkah begitu? Jika tidak, apa sebenarnya? Secara amnya, perancangan kewangan membabitkan pandangan menyeluruh mengenai kedudukan kewangan sendiri yang meliputi pelbagai sudut pengurusan kewangan dan harta, dan kemudian melalui proses langkah demi langkah untuk mengatasi masalah kewangan serta mencapai matlamat kewangan.

Apa yang Termasuk dalam Perancangan Kewangan?
Berikut ialah sebahagian elemen dalam perancangan kewangan:

Pengurusan Aliran Tunai
Yang akan membabitkan:
*Menilai nilai bersih kewangan yang ada sekarang (apa yang dimiliki ditolak hutang yang sedia ada).
Secara amnya akan menunjukkan kepada anda sama ada anda bakal menikmati kebebasan kewangan atau mengalami masalah kewangan.
* belanjawan
* menghapuskan hutang
* membuat tabungan.


Perancangan Pelaburan
Setelah anda menentukan jumlah wang yang ingin ditabung, anda patut menimbangkan pula di mana hendak melaburkan wang itu dengan matlamat untuk mendapat pulangan lebih tinggi dibandingkan dengan akaun simpanan yang biasa. Satu strategi pelaburan perlu dibentuk supaya anda mendapat kejayaan besar dalam mencapai matlamat kewangan anda.


Perancangan Insurans
Pastikan supaya semua aset dan keluarga anda dilindungi oleh insurans secukupnya.


Perancangan Cukai
Perancangan cukai membabitkan semua orang yang mempunyai pendapatan, namun ini yang selalu tidak diambil berat atau dilupakan oleh kebanyakan orang. Oleh itu, perancangan cukai membabitkan strategi untuk menikmati yang terbaik daripada pendapatan, saham, harta tanah dan harta lain yang anda miliki, bawah sistem cukai tempatan.


Perancangan Persaraan
Anda tidak akan bekerja sepanjang hayat. Apabila tanda-tanda usia meningkat sudah bermula atau anda telah mencapai usia mesti bersara, anda terpaksalah bersara. Oleh itu, amat mustahak mempunyai pelan kewangan.


Perancangan Harta
Mempunyai perancangan harta atau wasiat dapat memastikan kehendak anda terhadap kedudukan masa hadapan keluarga akan dilaksanakan. Selain itu, perancangan harta atau wasiat dapat menyediakan kedudukan kewangan yang kukuh untuk keluarga anda, memastikan harta anda terpelihara dan diberikan kepada waris-waris anda, serta mengelakkan perselisihan antara ahli keluarga.

Akhir sekali, pelan kewangan yang kukuh sepatutnya bukan sekadar membeli satu pelan insurans atau unit amanah sahaja, tetapi perlu merangkumi keempat-empat kunci utama membina kekayaan iaitu, pengumpulan harta, pengurusan harta, perlindungan harta dan pengagihan harta.

Nak tahu lebih lanjut? Berminat? hubungi saya ye..

Saturday, August 20, 2011

Bahagia atau kaya..?

Assalamualaikum.. ermph..malam ni nak citer sikit pasal BAHAGIA atau KAYA ...Dalam kepala otak saya selalu keluar macam-macam persoalan. Kali ini kita cerita tentang BAHAGIA dan KAYA. Adakah seorang yang kaya-raya bahagia? Adakah bahagia membuatkan kita kaya? Adakah kebahagian dan kekayaan bukan segaa-galanya? Itu yang sedang bermain main di fikiran saya ini.

Sesambil tengok citer di tv1 ni sangat best..membuka minda saya... tajuknya 100 hari.. perbezaan antara orang kaya dan orang miskin yang bakal menempuh alam kematian...


Tiba tiba teringatkan mr hubby...yang sibuk bekerja hingga berhari hari tak balik... ermph...selangkah kita melangkah menuju kematian...jadinya kita tak tau bila masanya kita dijemput ilahi.. jadi masa yang berlalu amatlah berharga..sebab tu bila mr hubby selalu tak balik, saya selalu mengingatkan dia...dunia di kejar, akhirat dijunjung... hidup bukan menongkat dunia...

Ada orang cakap family kami ni bahagia,walaupun mr hubby sibuk sentiasa.. Tapi adakah itu ditafsirkan sebagai bahagia? Kebahagiaan seseorang itu bagaimana hendak diukur?Bagi saya, kebahagiaan seseorang itu amat la subjektif. Ini kerana kebahagiaan yang diingini oleh seseorang itu adalah untuk memenuhi ruang kosong dalam hidup mereka.

Ada yang bertanya, bahagia ke saya hidup macam ni..? Berjauhan dengan mr hubby...ermph... actually, kita yang memilih dan tentukan...kebahagiaan milik kita..cara bagaimana kita mengubah situasi yang tegang menjadi situasi yang menyeronokkan...

dulu, saya seorang yang amat negatif, sehingga saya cuba mengubah hidup saya...Alhamdulillah..Allah lorongkan saya ke arah  yang lebih positif, dengan banyak membaca, ia juga menambah pengetahuan saya serta membantu saya mengubah situasi yang buruk kepada yang lebih baik...



Saya pernah mengusik mr hubby... "abang ni keje sampai tak balik balik, mesti nak kaya kan..? ermph.. bolehlah abang bagi ima duit banyak...kalau gitu, bolehlah abang gantikan masa dan ketiadaan abang selama ni dengan duit ye..?" ermph... merajuk mr hubby bila saya usik begitu...bila ditanya lebih mendalam, mr hubby tak mampu memberikan jawapan yang pasti... 



So, kebahagian yang dimiliki harus dijaga, tidak salah menginginkan sebuah kebahagian kerana ia adalah sebuah kekurangan yang ingin dipenuhi.Kebahagian bukan datang dari kekayaan tapi kebahagian itu datang dari ALLAH s.w.t dan kekayaan itu juga datang dari ALLAH s.w.t

perlu ke kita kaya untuk merasa bahagia..? ermph...persoalan ini biarlah kita sendiri yang menjawabnya....

Thursday, August 18, 2011

kelebihan ramadhan...

Assalamualaikum... hari hari dalam bulan ramadhan ni amat sibuk sekali.... ini kerana Ramadhan merupakan bulan untuk menggandakan pahala setiap amalan kita. Setiap perkara fardhu yang kita lakukan akan digandakan sehingga 70 kali gandaan. Perkara sunat pula mendapat ganjaran sebagaimana ganjaran perkara fardhu.

Di bawah merupakan 50 pintu kebaikan yang boleh kita laksanakan semasa bulan Ramadhan:-

1- Ikhlas dalam setiap perbuatan
2- Bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benarnya
3- Berdoa ketika melihat anak bulan
4- Qiam semasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan
5- Mendirikan qiam semasa malam lailatul qadar dengan penuh keimanan dan pengharapan
6- Bersungguh-sungguh beribadah dalam 10 malam terakhir
7- Iktikaf di masjid
8- Memberi makanan pada orang yang berbuka
9- Membaca Al-Quran
10-Banyakkan berzikir mengingati Allah
11-Lazimi istighfar
12-Mengambil wudu’ dan mengekalkannya
13-Solat sunat 2 rakaat selepas berwuduk (solat sunat wuduk)
14-Doa selepas azan
15-Berdoa antara azan dan iqamah (doa yg tidak tertolak)
16-Menjaga solat subuh dan Solat Asar
17-Membaca Surah Al-Kahfi paada hari Jumaat
18-Menjaga solat jemaah 5 waktu di masjid
19-Iltizam dengan saf pertama di masjid
20-Berterusan menunaikan Solat Dhuha setiap hari
21-Menjaga solat sunat rawatib (sebelum dan selepas solat fardhu)
22-Menunaikan solat sunat di rumah
23-Berusaha membiasakan anak-anak kita yang kecil dalam melazimi solat (ajarlah solat ketika mereka 7 tahun dan pukullah mereka apabila mereka 10 tahun jika tidak mahu solat)
24-Menjaga solat sunat terawih
25-Mensegerakan berbuka bila azan bergema
26-Berdoa sebelum waktu iftar
27-Berdoa ketika berbuka
28-Menunaikan zakat fitrah
29-Infaq di atas jalan Allah
30-Menghilangkan gangguan/halangan di atas jalan (kayu,batu besar dll yang menghalang laluan)
31-Berbuat baik kepada ibu bapa dan mentaati mereka
32-Berbuat baik kepada anak yatim
33-Membantu menyelesaikan hajat orang lain
34-Ziarah saudara, sahabat dan rakan2
35-Ziarah orang sakit
36-Menyambung kembali silaturrahim jika terputus
37-Bergembira dengan kegembiraan saudara semuslim
38-Membetulkan kesalahan orang lain
39-Lemah lembut dengan manusia
40-Duduk dengan orang yang soleh dan baik
41-Menjaga lisan dan kemaluan
42-Banyakkan bertahlil(Lailahaillah) dan bertasbih (subhanallah)
43-Banyakkan berselawat ke atas Nabi
44-Bersedaqah jariah
45-Bantu orang muslimin
46-Menjalin silaturrahim dengan kawan ibubapa kita dan berbuat baik kepada mereka
47-Berbuat baik pada jiran
48-Mendoakan untuk ibu bapa
49-Mendoakan saudara semuslim tanpa pengetahuannya
50-Berdoa untuk kaum muslimin dan meminta pengampunan untuk mereka

Moga kita mampu meraih taqwa tertinggi dengan kita mengamalkan 50 perkara ini

kerana itu jugalah dalam bulan ramadhan ini amat jarang online...cumanya hari ini saya mampu membawa tomei saya ke ioi Mall kerana jumpa my loyal client...

ok la... sangat penat...mengantuk dan sebagainya...masa untuk tidur....


Friday, August 12, 2011

Lepak itu nikmat...

Assalamualaikum... uish... 2 minggu ni saya amat amat sibuk... setiap hari ke benut... dan minggu ni pula..setiap hari ke kukup.... memang sangat lepak sehingga takde masa upload blog....

rutin harian bertukar kerana bulan puasa ni.. sampai ada yang bertanya...larat ke buat talk masa bulan puasa..? ermph.. rasanya takde beza pun... sama je.... cuma bezanya bila dah lama bercakap...suara makin tak serak dan akhirnya mula terputus putus..hehehehe...


dan ini adalah sekolah terakhir yang saya pergi..semalam la... hari ni saya ada kerja di pejabat pula... selamat... anyway...seronok sangat bila saya dapat berkongsi ilmu yang saya ada kepada mereka yang sudi mendengarnya....

Thursday, August 4, 2011

Tak Sabar.....

Assalamualaikum, puasa baru 4 hari...tapi tomei saya asyik tanya...bila nak ke terengganu and sabah,mom?...

Itulah, dah bagitau kat his dad jangan bagitau dia dulu..tapi his dad terlepas cakap...dia menghitung hari untuk ke terengganu..tak sabar nak ke pulau yang ada kat sana..teringatkan percutian kami di Pulau Pangkor la...teringat naik jet ski la...ada ada je toMei ni....

Lepas raya ni kami bercuti dua minggu, seminggu di Terengganu dan seminggu di Sabah....

Ke Terengganu kerana jemputan berceramah di sana, disamping itu saya bawa sekali tomei saya bercuti...

Ke Sabah pula memang dah plan dari awal tahun hari tu...memang setiap tahun masa cuti sekolah kami akan menghabiskan masa bersama...

Kerja, kerja juga.....cuti pun kenalah cuti sungguh sungguh...ekekeke..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...