Monday, January 30, 2012

kelas buka minda..open your mind...


Assalamualaikum, ni pula anak sedara saya.... saya rasa sesuatu yang baik perlu diwar warkan dan dikongsi dengan orang ramai..... saya rasa berkongsi sesuatu yang baik dengan orang lain dapat memberikan kepuasan terhebat tau...

so, kalau nak kaya.. make sure kita kayakan saudara mara kita juga... kalau nak pandai, make sure anak anak saudara yang lain pun pandai juga... sharing is caring...

ingat..kita semua ni hidup bukan menongkat dunia.. kita ada perjuangan di alam barzakh nanti... hidup yang kekal abadi.. dunia ini sementara saja... so... sementara diberikan nyawa, janganlah kita lupa untuk berbakti... meninggal ni bawa 3 benda je..
1. doa anak yang soleh dan solehah
2.sedekah jariah
3.ilmu yang memberi manfaat..

so... fikir fikirkan dan selamat beramal...

raziQ with his open mind class...


Assalamualaikum... ermph... hari ni just nak share tentang kelas yang raziQ attend.... sangat bangga bila dia mampu untuk membaca tanpa melihat... wah.. bangga tau...bukannya riak.. riak dan bangga tu benda yang sangat berbeza...

tujuan saya menghantar tomei saya ni hanyalah semata mata dia kurang fokus tentang apa yang dia buat dan suka buat sesuatu dengan terburu buru.. so, harapnya dengan attend this course dia mampu implement ngan kehidupan sehari hari....

saya terlalu sayangkan anak saya yang sangat comel ni... so, saya sanggup buat apa sahaja untuk membahagiakan dia dan sanggup korbankan apa sahaja asalkan dia tersenyum...

memang sebagai ibu, kita inginkan sesuatu yang terbaik buat anak kita... dan saya ni hanya ada seorang saja anak... memang nak anak lagi, tapi Allah belum berikan rezekiNya... saya redha...saya pasrah... so, saya anggap anak yang dikurniakan buat saya ini harus di tatang bagai minyak dan penuh...

membazir? buat saya, kalau kita tak keluar duit kecil, maka tak datanglah duit besar tu... bukannya nak calculate investment akan datang, tetapi hanyalah menunaikan tanggungjawab saya sebagai ibu, memberikan yang terbaik buat anak saya...

apa lah salahnya melabur untuk sesuatu yang akan memberikan kebaikan buat anak kita masa hadapan? janganlah terlalu berkira... bukannya anak itu rezeki? saya sanggup tak makan asalkan keperluan anak saya lengkap...dia menepati masa attend class dia... bukannya berkira nak makan, kadang kadang dok kejar masa untuk anak dan kerjaya, sampai terlupa nak makan... bila dah siap semuanya, barulah sedar yang perut kita dah berkeroncong...

yelah.. mana taknya... jadual anak saya sangat padat... selain dari sekolah, banyak aktiviti yang dia kena attend... golf la.. swimming la.. art and drawing class la.. mengaji la.. dan kini dia minta nak music class, squash dan skaters... aduhai... rasa cam tak terlayan.. tetapi dah dia minat... nak sekat pun cam tak sampai hati.. biarlah dia aktif...badan dia kan chubby.. at least bila dia banyak aktiviti can reduce his weight...

kadang kadang mak abah saya marahkan saya... tapi sebenarnya itu bukan kehendak saya, kehendak anak saya... dia yang nak... macam tak sangka dia boleh fokus... so, saya tambah la satu lagi bagi dia maksimakan penggunaan otak tengah, kanan, kiri, depan dan belakang....

harapnya dia mampu untuk melakukan sesuatu yang memberikan kebaikan buat dirinya dan memberi manfaat kepada oranglain...insyaAllah...

Saturday, January 28, 2012

tak terduga...

Assalamualaikum, hari ni saya nak share sangat cerita saya kerana ianya mungkin boleh membantu anda sekiranya anda rasa sangat down dengan apa yang anda hadapi dan alami dalam hidup..

tak pernah terduga dengan kehidupan sekarang ini, saya dahulu hanyalah seorang budak biasa... tetapi dek kerana pergaulan saya dengan orang orang yang luar biasa, ia mendorong saya untuk menjadi sehebat mereka semua..

mak abah saya duduk setinggan, saya tak malu nak mengakuinya.. saya dulu duduk di skudai kiri.. duduk rumah usang... bilik air yang tak berbumbung, tetapi kerana kesungguhan ingin mengubah gaya hidup saya la, saya mampu memiliki apa yang saya ada hari ni...

tahap pendidikan saya hanyalah SPM sahaja.. tak mahu menyusahkan mak abah... tapi kerana saya rasa saya mampu belajar lagi, saya berusaha.. saya berusaha untuk melanjutkan pelajaran saya out campus...siang saya kerja,malam dan  weekend saya belajar...alhamdulillah....akhirnya Diploma Pengurusan Perniagaan yang saya ambil di EDI, dan sijilnya di keluarkan oleh ITM dalam genggaman saya ...takde majlis konvokesyen, takde gambar gambar yang di ambil, tapi saya tetap bersyukur...teringin nak pakai jubah konvo tu masih belum kesampaian...insyaAllah, satu hari nanti, niat saya akan tercapai...

dahulu makan gaji, akhirnya saya mengambil keputusan drastik untuk memulakan perniagaan berkaitan dengan perancangan kewangan islam.. dan syukur ya Allah.. syukur...niat untuk membantu oranglain Allah permudahkan... terus terang saya katakan, saya sangat hipokrit dahulu... maksud saya, saya beria ia menasihati oranglain untuk mengambil takaful.. membuat wasiat, sedangkan saya sendiri tiada pun takaful... tiada pun wasiat...

Alhamdulillah... setelah saya menjiwai dan mendalami bidang ini, akhirnya saya sendiri mengaplikasikan dahulu apa yang saya syorkan kepada mereka... akhirnya barulah saya sedar, saya kena buat dahulu barulah orang lain akan percaya kepada saya... build a trust is not easy...

Saya sangat menjaga polisi yang saya ada, bukan macam dahulu... ambil... lapse.. dan terus takde.. 8 tahun usia anak saya, 8 tahun jugalah polisi saya masih berkuatkuasa... itupun selepas 4 tahun berkecimpung dalam industri ini, saya masih alpa.. hinggalah anak saya lahir, barulah saya rasa benar benar memerlukan perubahan..dan saya mengambil keputusan untuk melakukan perubahan...Alhamdulillah... syukur..... sebenarnya, apa yang kita nak buat, bergantung kepada niat kita sebenarnya... niat tidak menghalalkan cara... kalau niat dah betul, caranya salah..salah la juga...

alhamdulillah.. inilah dia rumah saya....walaupun tak la berapa besar, tapi jauh lebih baik dari rumah setinggan yang saya pernah duduki dahulu... tetapi ini bukanlah bermakna saya lupa asal usul saya... saya sangat bersyukur kerana saya mampu mengubah nasib keluarga saya dan keluar dari kepompong kemiskinan....

ini adalah percutian saya dan ahli keluarga saya ke sabah... menunaikan keinginan keluarga yang ingin sekali merasai keseronokan menaiki kapal terbang....tak pernah terfikir saya mampu membawa keluarga saya bercuti bersama sama... kita perlu berkongsi dan jangan sekali kali melupakan keluarga kita...jangan nak senang sorang sorang.. tak ke mana pun....sekurang kurangnya kalau kita seronok, ahli keluarga kita seronok, semuanya akan bahagia sama....

kadang kadang, bila saya memerlukan rehat.. saya akan membawa keluarga saya bercuti... tak kiralah di mana pun.. asalkan dapat bersama orang yang kita sayang, ini percutian terbaru saya di mutiara hotel jb je... cuti sekolah kerana chinese new year... kalau lah saya masih makan gaji, mungkin saya tak mampu nak bercuti macam ni....mungkin duit yang ada cukup cukup makan untuk bayar hutang dan membiayai perbelanjaan lain....

saya memang tak terduga mampu untuk menikmati hidup yang jauh lebih baik dari kehidupan lalu saya... alhamdulillah.. syukur ya Allah.. berkat doa ahli keluarga dan rakan taulan saya mampu berdiri dengan keyakinan , iltizam dan semangat baru...semoga Allah lorongkan saya untuk terus berjuang dalam meningkatkan gaya hidup saya...


dan yang paling penting, membahagiakan anak saya... dahulu, banyak perkara yang ingin saya lakukan tapi saya tak mampu lakukan... kerana dek cengkaman kemiskinan.. kini, saya tak mahu anak saya melalui kesusahan hidup yang saya alami.. 

saya dan suami tak pernah terduga yang kami mampu untuk memberikan pendidikan terbaik dan memenuhi hajat anak kami... kalau lah kami masih makan gaji, mungkin nak masuk ke tempat tempat yang standard macam ni pun kami tak mampu.... malu... tapi alhamdulillah... saya mampu penuhi hasrat anak saya untuk bermain golf dan berenang serta kelas melukis...alhamdulillah...

anak saya memang dah pandai berenang... alhamdulillah... macam dalam mimpi jer... kehidupan yang saya alami kini jauh lebih baik.. dan saya sangat hargai kesusahan hidup dahulu... ia mengajar saya untuk menjadi lebih kuat dan sasa dalam menghadapi kemelut dunia ini...

anak saya yang dahulu tak pandai melukis, kini semakin improved... bila kita ada duit, kita mampu untuk tunaikan hasrat anak kita dan sekaligus memberikan kepuasan buat kita...saya bersyukur kerana saya mampu untuk memberikan apa yang dihajati oleh anak saya, ianya semua kerana hasil penat lelah dalam industri yang amat saya cintai....

dan tak lupa juga, sesekali memanjakan diri sendiri....
bukanlah niat menunjuk nunjuk tetapi hadiah buat diri sendiri setelah penat bekerja.... menikmati kehidupan juga amat penting kerana disamping kita mengejar yang pasti, iaitu akhirat...kita juga perlu menikmati saat saat indah kehidupan ini...

yang penting....jangan lupa berkongsi kegembiraan dengan oranglain kerana ia sangat memberi kepuasan dalam hidup kita tau....cubalah...


TANDA-TANDA SEBELUM SAKARATULMAUT.

Assalamualaikum, hari ni nak berkongsi tentang kematian.. so kepada mereka mereka yang hidup hanya menongkat dunia, sedarlah.. bertaubatlah... jangan sampai kita terhimpit dek kerana busuk hati dan hasad dengki dengan oranglain.. jadilah orang yang bijak kerana orang yg bijak adalah orang yg sentiasa mengingati mati.

• Tanda 100 hari sebelum sakaratulmaut.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

• Tanda 40 hari sebelum hari mati.

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

• Tanda 7 hari.

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

• Tanda 3 hari.

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

• Tanda 1 hari.

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

• Tanda akhir.

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Wallahua’lam..

"Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali
(1) orang-orang yang beriman, (2) dan yang beramal soleh
(3) dan yang berpesan2 pada kebenaran (4) dan yang berpesan2 pada kesabaran".
~Surah Al-'Asr.


Friday, January 27, 2012

mati itu pasti....

Assalamualaikum.... setiap yang bernyawa itu akan merasakan mati.. cuma kita tak tahu... bila.. dimana... bagaimana...? Alhamdulillah... saya sangat mencintai apa yang saya buat sekarang... sangat sangat cinta dan jatuh hati kerana disamping saya mengejar duniawi.. saya juga menjunjung alam yang pasti selepas kematian... Ya Allah... kebesaranNya yang maha hebat, terima kasih kerana saya diketemukan dengan mereka yang membawa dan memimpin saya memperbaiki akhlak dan sahsiah diri...

Semoga perjuangan saya yang masih belum selesai ini dapat di teruskan oleh mereka mereka yang memahami konsep yang ingin saya dan pejuang lain sampaikan iaitu menegakkan muamalah islam.. 

Allahu Akhbar..

sangat setuju...

kita juara jika kita nak....

what a wonderful day....

hari yang sangat menggembirakan...

Assalamualaikum...hari ni buat briefing di ... Sangat mengujakan.... saya memang tak buat research tentang this company... kebiasaannya, setiap kali briefing, saya pasti akan buat research supaya saya dapat baca environment di tempat itu..

kali ni memang tak sempat... kerana kesibukan masa dan ke hulu hilir menyelesaikan kerja yang ada....kalau ikutkan badan saya memang sangat lepak...tambah malam tadi tidur lewat coz ambik anak serta meluangkan masa melawat atuk dan keluarga....hampir jam satu gak sampai rumah.. gedebak debuk jam 2 baru nak tidur... dan 6.15 dah bangun...

then bangun berkemas dan hantar tomei saya ke taska dan membuat pesanan pesanan ringkas untuk minta bantuan abah saya, kena minta tolong abah hantar tomei ke Palm Resort coz his golf course jam 9.. saya juga ada briefing jam 9.. so memang tak dapat nak hantar dia...

hantar je tomei, saya terus ke ofis dan siapkan keperluan briefing dan kami sampai di Propel tepat jam 8.30...jumpa dengan pengurus,beri salam perkenalan dan breakfast..

tepat jam 9 pagi saya memulakan sesi briefing seperti biasa... hari ni agak berbeza dengan hari hari yang lain kerana aura yang diberikan oleh staff disini amat amat positif... badan dan kepala saya yang tak cukup tidur ini mampu untuk bertahan.. masa yang diberikan kepada kami hanyalah 1 jam sahaja, tetapi keseronokan mereka mendengar celoteh saya ni membawa hingga ke jam 12.40 tengahari...

saya memang tak sangka mampu untuk berdiri dan mendapat audience yang sangat setia sehingga habis sesi tersebut..walah... kaki saya memang sangat penat kerana saya pakai heel... hahaha... itulah dia.. hinggakan saya membuka kasut kerana tak tahan penat...

nilah dia kasut yang saya pakai tu....pergh... penat sangat.. sampai saya minta izin tanggalkan kasut.. wakakaka... nak gelakkan diri sendiri... anyway.. saya sangat happy dan puashati sangat coz saya akan dapat  membantu warga propel johor bahru..memastikan mereka membuat perancangan harta dan pengurusan pusaka dengan lebih baik dan efektif..alhamdulillah....

Wednesday, January 25, 2012

birthday aleya...fareez n amin...

Assalamualaikum... ermph... nak citer sikit tentang cuti hari tu.... sempat la celebrate birthday my niece... aleya... uish.. penat memang penat.. tapi ku gagahkan juga coz once in a year kan... ermph... cuma sibuk tak sempat nak tangkap gambar.. mana yang sempat jer la...dan bila dah bercerita tentang besday ni... upload la sekali gambar besday boy n girl... ermph... ok la tu... jimat masa dan tenaga..hehehe....

besday pertama yang kami celebrate ialah besday fareez, anak adik saya... nana n fuad... masa besday dia ni kami shopping di tesco KulaiJaya sahaja... benda yang nak dicari tak dapat tapi dapat benda lain..hahaha....

besday boy ngan his mom n dad.....

masa nak cari present aleya, jumpa lak hadiah untuk si kecik ni... hari tu masa kat tesco dah tukar hadiah lain... ni dapat extra present... hamboi.... tapi tak pe lah... doakan mummy murah rezeki tau.. sharing is caring... kalau ada lebih, insyaAllah... mummy tak lokek.. hehehe....
masa ni nak belikan besday present untuk aleya... tapi fareez yang dapat... ermph... 

ni besday girl punya kek... bukan 1 tapi 3 sekali... hahaha... gila kek...memasing nak belikan kek....ok la tu... 

ni kek kedua... comel sangat kek ni..tak sampai hati nak makan..hahaha...

yang ni besday kek untuk amir, kiranya sepupu aleya... beli sekali jalan tu....celebrate tumpang sekali...

hah...ambik ko... mana satu yang paling comel..?

ibu aleya begitu gigih memasang lilin sampai lilin lain dah jadi pendek...
  
baru nak start nyanyi... 

tiup lilin... meriah sangat...

potong kek.....

dah besar dah anak mummy ni....

sementara besday girl celebrate kat bawah... fareez kat atas pun berhempas pulas... "mengemas" kat atas..hahaha.... 

habis celebrate birthday aleya, hantar nana n fareez balik tapikan tak dapat dorang balik...coz rumah nana kena banjir kilat... alahai kesian dia...

ermph... ni pulak besday guy yang buat praktikal kat opis saya....amin namanya... hehehe... sori min.. ceritera awak masuk sekali dalam ni wokey..? hehehe.. kenang kenangan....

besday boy ngan tomei saya.. masa ni kami baru balik dari kerja di batu pahat.... dan saya ambik tomei sekali coz tomei got golf class...so celebrate then terus je main golf...

kami.... antara mereka yang memeriahkan hidup saya ketika ini.. :) hopefully mereka semua akan kekal setia bersama saya menempuh alam pekerjaan dengan baik dan jayanya....

besday boy yang sempoi..... 
so sweet masa ni.... sesi suap menyuap masa ni... tapi sayangnya gambar ni blur....comel sangat tomei saya...

besday boy dapat hadiah.... bestnya.... hopefully dia suka... :)

gitulah dia... dalam kesibukan ada kemeriahan....dalam kemeriahan ada kegembiraan... kadang kadang kita kena cuba untuk balancekan kehidupan kita... jangan la hanya terlalu fokus pada kerjaya sampai lupa untuk berkongsi masa bersama keluarga, teman dan semua....

sayang semua.....

Tuesday, January 24, 2012

Alhamdulillah....



Assalamualaikum... dapat aura baru balik dari bercuti bersama family tersayang... ermph.. beberapa masalah yang membelenggu diri telah pun dapat diselesaikan...

bak lagu arwah Izwan Pilus ni... seronok sangat... mr hubby pun lebih bersikap terbuka setelah saya menerangkan apa yang saya inginkan... sebenarnya bila kita berterus terang tu memang perit, tetapi alhamdulillah... kesannya memberi impak dalam kehidupan kita...

saya ingin menjadi sepositif yang mungkin, kerana itulah saya cuba menjadi lebih rasional... so kepada mereka yang ingin mengadu domba, lupakan saja ye... u can do whatever u want.. but... do i care?...

hayati k maksud lagu tu.. kami memang saling mencintai... saling memerlukan... so... fikirlah sendiri...dan ini juga lagu yang mr hubby tujukan buat saya... so... kalau dia sukakan awak, think twice ok...rasanya kamu tu hanya bertepuk sebelah tangan... malu der....

bestkan lagu ni... kenangan arwah Izwan Pilus tu... dan akhir sekali mr hubby nyanyikan lagi lagu ini dan ia menguatkan lagi perasaan cinta kami.... so...memang kami pernah melalui saat saat getir di duga dengan perasaan kecurigaan kerana campur tangan pihak ketiga yang menjadi dalang dalam hubungan cinta kami...Alhamdulillah.. semuanya telah selesai.. Alhamdulillah...saya sangat yakin akan ketulusan cinta suami saya... dan begitu juga dengan dia... i love u sayang...


jangan pernah berubah ye sayang...saya selalu tujukan lagu ini buat mr hubby.. kami memang ditakdirkan untuk jatuh cinta... walaupun sejahat mana mereka cuba memisahkan kita, cinta kita tetap kekal dan semakin bersinarkan sayang..? pengalaman pahit kami telah berakhir... telah berakhir... kini kami mengejar bahagia... BAHAGIA.... ya.. BAHAGIA.....



tak sangka...

Assalamualaikum... ermph... seronok sangat saya dan family bercuti di dalam ini negeri.. hahaha... tapi yang sangat tak seronok apabila mr hubby buka cerita tentang kisah lama....

di sini nak sangat saya jadikan pengajaran dan harapnya dapat menjadikan pembelajaran buat kita semua... masa mr hubby tidurkan tomei saya, saya online jap.. balas mesej mesej klien dan pertanyaan.. ada seorang bertanya tentang wasiat tu orang sekampung mr hubby...

saya ni jenis yang tak suka dengar sebelah pihak saja... tapi saya sangat sangat bengang bila mr hubby membuat tuduhan melulu kepada bakal klien saya ni..bila saya tanya, bagaimana dia tahu tentang bakal klien saya ni..mr hubby pun bagitau... lama kami berbual... dari satu bab hingga ke satu bab... rasanya dari jam 9 malam hinggalah hampir jam 2 pagi... sempat kami order makan malam dalam bilik saja coz tomei dah tido...ketika inilah dapat kami berbual... tapi saya sangat tak seronok bila perbualan kami berkisar tentang masalah oranglain...lama dah cerita ni, hanya malam tadi baru terbongkar bila mr hubby bersedia untuk bercerita tentang hal itu... pernah saya bertanya dahulu tetapi mr hubby tak pernah nak cerita...dia hanya mendiamkan diri... kini bila dah berpeluang takkan saya sia siakan begitu sahaja...


apa yang dapat saya simpulkan di sini, saya memang tak suka kawan mr hubby yang sekampung dengannya itu... macam ada something wrong je ngan minah tu...minah tu minah menjeng dan langsung tak bermaruah...minah tu tergamak memburuk burukkan kakak sendiri kepada mr hubby... bukan  kakaknya sahaja yang dia burukkan, malahan suami sendiri... ibu bapa mertua dia...nampak macam dia sahaja yang betul... yang perfect.. hello... kalau saya boleh bercakap dengan dia, ini antara benda yang saya nak cakap..."kalau kau tak suka ngan kakak kau, apasal kau dok menyibuk datang rumah dia...? gi bercuti bagai ngan dia?... kau kata kakak kau sombong bila dah kaya? kau jeles ke apa? apa motif cakap cam tu? cemburu kakak kau lagi hebat dari kau ke? cemburu bila ada orang lebih berharta dan kaya dari kau? yelah nak bandingkan laki dia ngan laki kau cam langit ngan bumi..? that's why kau cari sebab untuk menyalahkan oranglain sedangkan kau yang tak happy sebenarnya?...kau kata abang ipar kau nak test kau?...lawa sangat ke kau? kalau betul dia nak test kau apa buktinya... ye ke?ntah ntah kau yang syok sendiri kot? takkan la abang ipar sendiri pun nak try?..kau kata kakak kau kalau balik kampung macam touch n go.. tayang muka pastu balik....erh.. tempat isteri di sisi suami... haruslah dia touch n go.. kalau suami dia kerja kat jb yang dia nak dok kat kampung apahal? siapa yang nak urus suami dia?..suami dia ada perempuan lain... yang kau sibuk apasal? betul ke?..aku tengok mereka suami isteri ok je... sehati sejiwa... kesana sini bersama... bila masa dia curang?..ntah ntah suami kau yang curang,kau sakit hati pastu kau buat citer hal kakak kau ye?..nak tutup kesalahan kau..kau salahkan orang lain......satu lagi... apasal kau contact suami aku lagi? yang kau nak ngadu bagai ngan suami aku apahal? ke kau yang nak test suami aku?...dah tak de kerja lain?..aku ingat lagi... kau tipon suami aku tengah tengah malam...apahal?... bila aku jawab... kau diam dan letak telefon.. kalau kau jujur..takkan la buat macam tu kan?...kau bagi mesej sayang sayang ngan suami aku dulu.. aku ingat sampai sekarang... dan yang aku takkan lupa.. kau yang cari dan ganggu suami aku, bukan suami aku yang ganggu kau... so... nampak sangat kau ni perempuan gatal yang terdesak... nasib baik la suami aku tu jujur... dia bagitau aku... kalau tak, boleh jadi perang besar... ni satu hal... kau kan dah berlaki..yang kau sibuk sangat nak contact laki aku apahal?..sibuk ajak laki aku keluar tengah tengah malam kenapa? ada masalah nak cerita ngan laki aku sampai nak jumpa tengah tengah malam apahal?...tak malu ke? uish... dasar perempuan murahan erk... nasib baik mr hubby aku tu minta maaf atas ketelanjuran dia berjumpa ngan kau.. kau ingat laki aku siapa?lepas tu kau putar balik cerita kata, suami aku yang ajak kau jumpa... hello... aku kenal la suami aku... kalau dia tak jujur, dia tak cerita apa yang kau cerita pada dia... la.. sudah sudahlah memfitnah sana sini.. kau tau tak hukum memfitnah?... heee... harap bertudung litup tapi mulut macam barua tak guna!...macam kau ni dalam lindungan ka'abah.. baik je segala..tapi hakikatnya... perangai cam taik.."

"nak cerita hal suami kau ngan oranglain apasal? cerita dalam kain tak payah nak jaja sangat... kalau tak suka, tinggalkan saja... minta cerai... ni tak... kau cerita hal buruk suami sendiri kenapa? woi... orang yang kau tidur bersama kau nak burukkan... ibarat meludah ke langit, kena muka sendiri beb... ni aku tengok sampai sekarang kau masih bersama dengan dia kenapa? nak cover line? ke nak tunjuk yang kau ni baik sangat dan suami kau tu jahat sangat?apa motif kau?ish ish ish...kalau dah rasa diri tu good good sangat, carilah jalan penyelesaian...aku rasa kau bertahan sampai sekarang sebab kau ni memang perempuan yang langsung tak boleh nak berdiri atas kaki sendiri...selama ni kau hanya berharap pada suami kau kan? dan kau juga selalu meminta belas ehsan suami aku juga kan? kau tau kelemahan suami aku ni murah hati...so kau ambik kesempatan pada dia kan? kau hanya pentingkan diri sendiri... hello... ukur baju kat badan sendiri la kakak oi...kalau tak mampu,buatlah cara tak mampu..jangan nak besar sangat selera tu... nak ikut kakak kau yang memang layak dan mampu dapat apa sahaja yang dia nak... memang tidak la...tak macam kau...nak berlagak tapi tak mampu...buat malu jer...kalau setakat mekap sebakul boleh tutup muka yang buruk tu... tapi kalau perangai dah buruk, mekap berbakul bakul pun tak guna..ubah dulu perangai yang busuk tu baru boleh nampak kat muka... "

"yang kau nak mengadu dengan suami aku yang aku ni rajin berfacebook la... berblog la... apahal?... kau sakit hati sangat kenapa? sebab kau takde cerita cerita bahagia macam aku?yang kau sibuk sangat aku nak upload cerita aku bershopping la semua kenapa? aku nak upload muka laki aku beratus ratus ke..anak aku je semua dalam blog..yang kau kesah sangat kenapa?kau jeles..? hello... aku belanja semua tu pakai duit aku... titik peluh aku.. takde kena mengena ngan kau..apahal yang kau jaki sangat?...sakit hati sangat?aku kerja... aku ada perniagaan... aku ada pendapatan..so what? yang kau sibuk kata aku kikis duit laki aku kenapa? dah dia laki aku..wajarlah dia bagi aku duit... dah memang tanggungjawab dia... ada aku heran? aku tak hadap sangat la sebab aku sendiri ada pendapatan... lar...kesian erk... aku rasa simpati sangat kat kau.. kau ni memang ada PHD... PERASAAN HASAD DENGKI..kannnn??"

marah betul saya... geram.. bila dah luahkan begini rasa puas sangat... harapnya lepas ni saya tak mahu tahu dan takkan ambik tahu tentang perempuan murahan itu...nampak sangat dia ni memang psiko...dia cemburu dengan kejayaan oranglain, kesenangan orang lain, kebahagiaan oranglain sampai sanggup mereka cipta cerita yang langsung tak boleh dipercayai... walaupun cerita ni cerita lama, tapi saya masih tak boleh terima yang dia menjadi salah seorang sebab mr hubby berprasangka buruk kepada oranglain....dan kerana itu tak pasal pasal mr hubby sangat marahkan oranglain atas cerita yang dia dengar...yelah... takkan kawan yang dah lama sanggup menipu dia kan?

Kadang  kadang saya tak faham perangai manusia sebegini tak ubah macam setan. Setan kan pantang tengok orang lain bahagia, pantang tengok orang lain senang. Pantang tengok manusia gembira. Itulah perangai setan. Dan yang paling saya tak faham, kalau yang buat perangai setan ni adalah dikalangan manusia yang zahirnya nampak baik, selalu solat, kalau time solat tu dialah orang pertama yang mengingatkan kita suruh solat, orang yang berbakti pada mak bapak, orang yang kalau bekerja tu sepenuh hatilah bak kata orang. Tapi still, perangai dia sendiri memang macam setan.

Saya cukup tak faham, kenapa mesti wujud manusia yang macam ni? Puas saya berfikir tapi tetap tak dapat jawapan. Kenapa mesti nak buat orang lain sakit, tak happy and murung sepanjang masa? Tak boleh ke kalau dia biarkan oranglain dengan kebahagiaan sendiri? Saya rasa, mentaliti orang orang macam ni memang ada problem.

Tapi,saya tak sangkalah pulak kan, dalam pada saya menyendiri mencari erti hidup ini, tak kacau orang, buat kerja sendiri...eh ..masih ada jugak suara suara tak puas hati, dan manusia manusia yang terlebih concern yang asyik nak cari kesalahan oranglain.. Ada ajelah yang tak kena kat mata diorang. Saya memang dah serik dengan benda benda macam ni. Dah puas kena dah...Kalau saya layan, memang bodoh sekejap saya rasa. Saya  tak pernah kot sibukkan hal orang. Saya hanya diam je kot sebab saya taknak jadi manusia yang perangai macam setan.

Tapi tulah, bila saya diam, diorang ingat saya buta, tuli, bisu. Sudahnya, saya dan mr hubby pulak yang jadi bahan. Serious saya rasa kadang kadang diorang ni jadi macam ni sebab dah takde kerja kot? Nama je solat tiap tiap waktu tapi hati tu masih busuk macam loji taik.Kalau saya ni buat salah sangat, kenapa tak cakap direct to my face? Kenapa mesti kutuk belakang? Kenapa mesti busuk hati sangat wahai perempuan murahan?Tak takut karma ke? Balasan Allah? Tak takut?

Sekarang ni, saya nak ambil pendekatan berdiam diri ajelah. Malas nak bising - bising, nak mempertahankan kebenaran, biarlah. Nanti nanti Allah tunjuklah. Allah tahu saya kuat, sebab tu Dia uji saya macam macam. Allah sayang saya..Paling kuat pun, saya tulis dalam blog. Wacana ilmiah nih blog saya.Saya harap sangat adalah suku sakat manusia yang busuk hati ni baca blog saya.Sebab saya tak sangka, muka baik macam korang pun sanggup nak menganiaya saya sekeluarga... Esok esok kena balik kat anak - anak korang / diri sendiri ke, time tu saya hanya tersenyum tak perlu kata apa apa. Insyaallah. Chewahhhh ayat!

Ya Allah Ya Tuhanku,Jauhilah aku dari penyakit hati Ya Allah.Amin Ya Rabbal Alamin!

moral of the story... jangan berburuk sangka dengan orang.. dan jangan la ada sifat hasad dengki... cuba ubah  perangai buruk kamu tu, insyaAllah hati kamu akan lapang selalu...hayatilah maksud dibawah ini...




Monday, January 23, 2012

katakan yang positif sahaja

Assalamualaikum...hari ni saya nak bercerita tentang positif thinking.. actually hari ini saya bercuti bersama suami dan anak.. dalam johor jerk... di mutiara hotel.. sementara si tomei n mr hubby tidur antara zohor dan asar ni, saya takde apa apa nak buat... so on la lappy dan mengetik ngetik apa yang patut.. hehehe....

Alhamdulillah, syukur kita kepada Allah kerana masih lagi Dia memberi kita nyawa untuk bernafas di alam dunia ini. Hari ini bercerita berkenaan dengan minda positif. Kita sebagai manusia yang bergelar sebagai usahawan dalam kehidupan kita, haruslah kita berfikiran positif dengan apa jua tindakan kita. Kenapa saya berkata begitu? Mudah sahaja, Allah jadikan otak kita untuk berfikir dan Dia mengurniakan kita minda yang sangat baik untuk kita. Maka terpulang kepada kita bagaimana cara kita berfikir dan bagaimana kita ‘melatih’ minda kita supaya sentiasa dalam keadaan positif.

USAHA+DOA= TAWAKKAL

Mari kita buat sama-sama POSITIF AFFAIRMATION!!

“APA JUA YANG KITA LAKUKAN, PASTIKAN HARTA DUNIA HANYA DALAM GENGGAMAN KITA, JANGAN LETAKKAN IA DALAM HATI KITA TETAPI LETAKLAH ALLAH DALAM HATI KITA”

itulah bezanya antara ayat positif dan ayat negatif...beza antara orang yang berfikiran positif dan sentiasa berfikiran negatif...Ayuh! Isilah masa kita yang ada ini dengan perkara yg berharga dan bernilai untuk dibawa ke destinasi terakhir kita,iaitu akhirat....

Sunday, January 22, 2012

Kau dah berubah......


Assalamualaikum...Hari ni nak cerita tentang berubah...Saya terjumpa seorang kenalan lama, masa sekolah dulu... dia amat terperanjat dengan perubahan yang saya alami..dari saiz badan...penampilan diri..keyakinan diri dan sebagainya...mungkin itu pandangan dan persepsi dia sahaja kot..Seseorang yang kita kenal sekarang, tak semestinya akan kekal dengan caranya dan sifatnya yang ada sekarang.Mungkin esok atau  lusa atau tulat mungkin dia akan berubah.


Berubah kepada yang lebih baik ? Atau berubah kepada manusia yang lebih teruk. Kita tak dapat nak pastikan, tak dapat nak halang sesuatu perubahan tu dari berlaku...Diri kita sendiri juga bila bila masa boleh berubah...perubahan dari segi mental, fizikal, gaya percakapan, gaya penampilan, dan sifat sifat yang ada dalam diri...semuanya boleh berubah.

Dulu masa sekolah saya selalu kata .. saya tak boleh hidup tanpa kawan-kawan saya... Saya perlukan orang untuk saya jadikan tempat meluahkan perasaan. Mereka kekuatan sayalah kononnya...Alhamdulillah sekarang saya rasa saya mampu survive tanpa kawan yang dah lama saya kenal. Dalam erti kata yang lain .. saya cuba bersungguh sungguh untuk berubah menjadi seorang yang mampu berdiri di atas kaki sendiri. Kalau dulu, sikit-sikit masalah saya  nak berteman...entah apa yang sedapnya cerita benda sama pun saya tak faham dengan diri saya yang dulu. 

Tapi alhamdulillah, sekarang saya mampu menangani emosi sendiri. Maknanya kalau boleh semua cerita peribadi simpan je la sendiri. Tapi .. kalau pun nak bercerita,saya akan cari orang yang betul betul boleh membantu... 

Kita mahukan perubahan yang lebih baik atau perubahan yang lebih buruk ? Kalau kita nak jadi orang yang lebih teruk...tak payah ubah apa apa...lebih baik kita mati jer...sia sia kita diberi peluang bernafas di muka bumi Allah ni. Eloklah kita buat perubahan yang lebih baik...biar menyenangkan hati sendiri, dan orang lain...
Tepuk dada, tanya iman...

Jadi, sebagai manusia berazamlah untuk mengubah sesuatu dari baik kepada lebih baik .. dan begitulah seterusnya. Kita mungkin selalu sebut .. 'Jangan Jaga Tepi Kain Orang'ye betul.. tepi kain orang memang jangan jaga. Kan nanti dia kata kita nak skodeng dia pulak .. tak pasal-pasal masuk balai. Hakikatnya jika kita pakai dan pegang statement jangan jaga tepi kain orang tu .. sampai ke sudah orang tak maju. Setiap orang perlu melihat, berfikir, berubah dan mengubah. 

Jadikan .. kita pun sebagai manusia .. kenalah fikir bahawa semua benda dalam dunia akan berubah. Seiring dengan masa. Saya pun berubah. Saya dulu bukan saya sekarang. Saya dulu mungkin ada dalam saya sekarang.Saya sekarang takkan ada dalam saya yang dulu.

Kadang tu ada kawan yang confuse .. adakah saya tak pernah menghargai sesiapa yang datang dalam life saya..dan saya tak suka sangat bercerita benda personal.Saya tak suka share time aku menangis. Saya malas nak share time saya bingung or kusut. Tu memang saya yang bentuk diri saya jadi begitu. Dan pasti .. masa dan pengalaman yang bertanggungjawab menjadikan saya sebegitu rupa. 

Saya sangat terbuka kalau ada sesiapa nak sharing dengan saya, saya akan cuba tolong semampu saya .. insyaAllah .. kalau itu personal, saya  simpan baik-baik.. bak kata orang,biar pecah diperut jangan dimulut...

Ada 3 faktor yang boleh merubah seseorang tu. Matlamat yang jelas,musibah yang menimpanya atau kesedaran yang hadir dalam hidupnya..

Matlamat Yang Jelas
Ramai orang tahu perkara ini, tetapi tidak semua orang melakukannya. Matlamat yang jelas bukanlah hanya perkara yang difikirkan dan direncanakan dalam otak sahaja tau! Matlamat yang jelas termasuklah dengan melukis dan melakarkan matlamat kita sejelas-jelasnya. Lukislah atau tulislah perjalanan hidup kita, impian kita atau apa sahaja yang kita mahukan dengan jelas di atas sekeping kertas ibaratkan kita adalah ‘pengarah’ kepada filem hidup kita.


Saya berkongsi ini kerana pernah menghadiri kursus yang menjadi titik tolak kehidupan saya ini.. bersama Kolonel Izaidin Shamsudin di Janda Baik.. Awareness before changes...

Kami di ajar untuk membayangkan serta berimaginasi dengan jelas apa yang kita inginkan..Cuba dapatkan gambar perkara-perkara yang menjadi impian kita seperti kereta Mitsubishi Lancer berwarna putih, ber’sportrim’ 19 inci, bernombor plat JSY96, rumah banglo 3 tingkat siap dengan ‘swimming pool’ dan apa sahaja yang kita mahu dengan jelas, kemudian ‘print’ dan tampal di tempat-tempat yang kita selalu lihat, seperti di pintu almari pakaian, siling tempat tidur kita dan lain-lain. Ini akan merangsang ‘subconcious mind’ atau minda separa sedar  kita dengan lebih efektif lagi. Selalulah bayangkan kita memandu kereta impian kita, duduk dengan selesa dalam rumah impian kita atau makan di hotel bertaraf 7 Bintang. 

Bayangkan ia dengan kerap, tulis atau pandanglah dengan selalu dan sebut ia berulang-ulang kali tanpa rasa jemu. Nanti suatu hari ianya akan jadi seperti ‘magik’ apabila impian-impian kita itu mula datang kepada kita. Kita mesti yakin dengan konsep ini kerana Allah SWT tidak akan menghampakan permintaan Hamba-Nya yang berusaha bersungguh-sungguh kemudian bertawakkal kepada-Nya.

Musibah
Perkara ini mungkin agak sukar diperkatakan kerana kebanyakan orang kebiasaannya tidak akan mempercayai sesuatu perkara sehinggalah ia terjadi kepada dirinya sendiri. Pernah dengar tak pepatah ‘bila kena batang hidung sendiri, baru tahu langit ini tinggi atau rendah’?. HeHehe, saja timbulkan isu ini kerana rata-rata manusia secara lumrahnya memang sukar mempercayai sesuatu. 

Sebagai contoh, ada la seorang rakan saya ni..very simple person.. Ramai orang tak percaya dia ni ‘banyak duit’ kerana dia hanya guna kereta saga, duduk pula rumah teres 2 tingkat sedangkan hakikatnya dia berpendapatan 10 hingga 20k sebulan. Saya hanya tersenyum simpul kepada rakan-rakannya yang memandang sinis dan memberikan kata-kata yang tak membina kepada beliau. Kesimpulan kepada point ini, janganlah kita hanya memandang kejayaan seseorang dengan semewah mana kereta yang mereka pakai dan sebesar mana rumah yang mereka tinggal kerana kejayaan kewangan bukan itu ukuran sebenar.

Berbalik kepada ‘musibah’ yang saya katakan tadi, sesuatu musibah yang berlaku PASTI akan mampu mengubah hidup dan sikap seseorang. Bayangkan apabila sesuatu musibah berlaku kepada ahli keluarga kita atau diri kita, pastinya dengan serta-merta kita akan bertindak. Kita mampu untuk membuat sesuatu bagi mengubah situasi itu.

Saya juga pernah mengalami situasi itu, dalam keadaan cemas dan terpaksa saya mampu untuk mendukung anak saya yang beratnya 38kg.Sedangkan kalau kebiasaannya,saya tak mampu melakukannya..itulah dia kuasa keinginan...

Kesedaran
Kunci ketiga ini juga adalah perkara yang selalu bermain dalam fikiran ramai orang. Kesedaran yang ‘terkesan’ adalah kesedaran yang mampu mengubah kita ke arah lebih baik, menaikkan aras kejayaan ke tangga yang lebih tinggi dan melonjakkan kita ke puncak kejayaan walau bagaimana sekalipun halangan yang bakal ditempuh.


SEDAR + BERTINDAK = KESAN

Ya!!! Sedar dan kemudian terus bertindak proaktif tanpa bertangguh-tangguh serta mengelak dari memberikan pelbagai alasan adalah platform kukuh yang boleh memberikan paradigma dan ‘turning point’ perubahan dalam diri kita.

Jadi, ayuhlah kita berubah demi meningkatkan jati diri kita ok..?

Saturday, January 21, 2012

don't judge a book by it's cover...

Assalamualaikum, hari yang indah ini saya ingin sekali berkongsi tentang satu kisah...

dahulu, semasa saya mula mula menjejakkan kaki ke alam pekerjaan yang sangat saya cintai kini saya pernah merasa begini...


saya selalu dalam keadaan ini... geram... sakit hati... semuanya seringkali berada dalam diri ini....amarah...dendam membara dan sering mengamuk...


yelah...penat kerja...hasil takde... lama kelamaan timbul rasa bosan sehinggalah satu hari yang mengubah persepsi hidup saya...

seorang kawan seperjuangan saya ditimpa musibah sakit, disusuli dengan kematian yang amat tragis....

pada ketika itulah perasaan insaf menyelubungi diri.... saya terpempam dengan keadaan... saya terasa begitu kerdil... saya begitu takut.. seolah olah kematian itu boleh berlaku kepada saya pada bila bila masa sahaja... mungkin kalaulah saya yang ninggal pada ketika itu...apalah yang saya tinggalkan...

tambah menakutkan saya, begitu banyak dosa dosa yang telah saya lakukan... Ya Allah.... insaf sungguh...dan ketika itulah baru saya menghayati erti hidup yang diberikan oleh Allah...

Peluang kedua buat saya untuk mengubah hidup dan pandangan saya kepada keadaan sekeliling saya....saya yang dahulunya negatif... kini berubah menjadi positif... saya yang dahulunya murung, kini berubah menjadi periang... saya yang dahulu pasif kini berubah menjadi agresif....saya yang dulunya sentiasa berprasangka buruk kini berubah berfikiran baik.... itu yang paling best....

wah... memang nikmat apabila kita menghayati dan cuba menjadi seorang yang lebih baik... aura positif mula mendekati kita...


bila kita berpegang kepada prinsip hidup yang lebih baik, maka yang baiklah datang kepada kita.. Alhamdulillah... saya kini menuju ke arah kejayaan... Syukran Ya Allah.. Syukran... Segala limpah kurniaNya sangat sangat saya hargai... 

dan ingin saya tegaskan, jangan selalu berprasangka buruk kepada sesiapa sahaja.. seperti saya yang dulu... kini saya suka dengan quote ini... don't judge a book by it's cover... please la... jangan berprasangka buruk.....

Kau Kerja apa?

Assalamualaikum, setelah berbelas belas tahun dalam industri,baru inilah seorang rakan saya bertanya dengan khususnya tentang pekerjaan saya...

Dahulu,saya sangat malu dengan kerjaya saya. Wakil atau agen bagi mana mana industri terutama berkaitan kewangan sering dipandang hina dan dikategorikan sebagai pekerjaan yang takde kelas.. kalau boleh nak sebut saya ni agen macam nak keluarkan berlian dari mulut ni...

Perjalanan hidup sebagai seorang ejen ni sangat berliku liku..perghh pendek kata tak diiktiraf masyarakat la...tetapi semakin lama,semakin rasa sayang terhadap kerjaya saya ni..dan kalau diberi pilihan saya nak sangat melaungkan kepada semua betapa pentingnya membuat perancangan kewangan!

Saya berasa sangat berbangga apabila mampu membantu mereka d luar sana dan waris waris mereka dapat meningkatkan gaya hidup mereka menjadi lebih baik dan sempurna..

Saya juga berbangga dengan hasil pendapatan saya ini saya mampu membantu mereka yang memerlukan diluar sana..

Saya sangat bersyukur kerana dapat berkongsi kegembiraan ini bersama mereka mereka yang sangat saya sayangi....

Alhamdulillah..dahulu, semasa saya memilih kerjaya ini,saya dipulau kawan kawan...dicaci dan ramai yang memandang enteng...berkat kesabaran dan niat tulus ikhlas,akhirnya sedikit demi sedikit ruang buat saya dalam industri ini mula menyerlah dan membuahkan hasil.

Yang penting DUIT....sentiasa memulakan hari dengan berDoa...berdoa tak cukup,malah disertai dengan Usaha...tak berusaha taklah dapat hasilnya.. Istiqamah dan Tawakal dengan penuh tawaddu', insyaAllah...Allah permudahkan segala urusan kita..

Tahun lepas,dalam blog saya dipenuhi dengan cerita cerita peribadi saya, jadi tahun ini saya nk berkongsi tentang kejayaan saya pula disamping mengupdate cerita tentang orang orang yang saya sayangi...

Bukanlah dengan niat nak menunjuk atau riak, tetapi sekadar berkongsi dengan harapan mereka yang membaca blog saya dapat memotivasikan diri serta meningkatkan gaya hidup mereka.....

sedarlah..... sedarlah....

SAMPAI BILA KITA MAHU BERADA DI ZON SELESA? 
ZON ITU SEMAKIN HARI SEMAKIN MENCEKIK LEHER KITA SEBENARNYA.


SAMPAI BILA KITA HANYA MAHU MAKAN GAJI SAHAJA SEDANGKAN ORANG LAIN BERJAYA DENGAN PERNIAGAAN?


SAMPAI BILA KITA MAHU MASYARAKAT KITA TERUS MENGELUH KERANA KESEMPITAN WANG?


SAMPAI BILA KITA NAK TANGGUNG HUTANG? 
ORANG LAIN BOLEH BELI B.M.W DENGAN BAYAR TUNAI


SUDAH LAMA KITA DALAM KESEMPITAN WANG, MENANGGUNG HUTANG DAN SEBAGAINYA, SAMPAI BILA? 


KENAPA KITA MALU DAN MALAS UNTUK MENGUBAH SIKAP, SEDANGKAN KITA TAHU AKHIRNYA PASTI KITA AKAN BERJAYA?



semangat....

hari terakhir kerja sebelum raya cina... tapi saya sangat bersemangat... dan lebih lebih lagi di dorong oleh rakan rakan seperjuangan yang sangat aktif.... dan sangat saya kasihi...


terima kasih buat dua orang yang kini sentiasa ada di sisi saya... amin dan yana... mereka ni la yang membuatkan saya menjadi lebih organized sekarang... 

insyaAllah buat mereka berdua ini akan saya bimbing dan jadikan sebagai orang kanan dan kiri saya....

harap kalian berdua tidak pernah jemu bersama akak ok..?

Wednesday, January 18, 2012

berubah.......


Untuk berubah, kita perlu memerlukan tindakan yang betul... dan saya akan pastikan keputusan yang saya buat ini akan memberikan impak yang besar dalam kehidupan saya dan keluarga saya.... 


2012....

Assalamualaikum... ermph.. hari ni saya update blog saya...

sambil sambil jengah jengah blog kawan kawan.... tiba tiba saya terasa saya begitu asing... rasanya macam blog saya ni jauh terkebelakang dari blog mereka semua...

saya perlukan perubahan... perubahan... perubahan...

yes.. insyaAllah kita semua akan lihat perubahan pada blog saya sedikit masa lagi... :)


how hard it is, i will face it proudly... hehehe.... tak sabar ni.....

tanjung piai....

Assalamualaikum, a few week hari tu saya ke tanjung piai... bekerja dan berkursus at the same time.. seronok bila dah lama tak jumpa kawan kawan lama... masa ni la kami berjumpa dan chit chat...

pemandangan yang indah di waktu petang.. guna BB saja..kamera bagi kat mr hubby..

kami berkampung di sini... yang tingkat atas sekali tu memang sangat cantik..ada koridor semua... nampak 
luas sangat..

on the way nak ke bilik saya....

walaupun kecil, sangat selesa...ok la tu.. saya dok sorang je... :) 

pemandangan dari bilik saya.... 

menikmati pemandangan indah sementara menunggu maghrib... :)

kelas pun bermula.... mentor kesayangan saya ni.. hahaha... idola saya... pembimbing saya.. guru saya... inilah dia.. En.Zulkfle bin Hj Abd Galib..

saya dengan mr J... hahaha... protege saya ni... saja je biarkan gambar ni jadi misteri... 

hari kedua...pembentangan kertas kerja... wah... masa ni memang sangat penat...rasanya macam rumah dah memanggil manggil...

 
sebahagian dari kami... terlupa nak ambik gambar beramai ramai... ni je yang tinggal masa kami ambik gambar...

on the way balik.... sempat la singgah ke kedai buah yang banyak terdapat di tepi jalan sepanjang jalan pulang...

saya sangat seronok di sini... walaupun penat... tapi bila sekali sekala berkumpul dengan kawan kawan lama, rasa kepenatan tu hilang.... 























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...