Friday, July 13, 2012

jom praktis...!

Assalamualaikum....saya sedang berusaha untuk cuba mempraktiskan yang tersebut dibawah ini...

1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit.
Mengaku saja kita semua sering merasa sedih sebab banyak kali mengingati kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu. Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua itu, selupa yang mungkin.

Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan kita, cita-cita , keluarga, kerjaya, kewangan, ilmu dan rakan-rakan.

Kita tidak akan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tetapi lakukan sedikit demi sedikit dengan mengalihkan perhatian anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tetapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Buang Sikap Risau.
Ada 2 kesan dari sikap risau. Pertama ia menarik nasib tidak baik, masalah dan musibah tanpa kita pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan kita dari segi fizikal dan mental.

Risau membuat kita selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri kita mengawal emosi.

3. Belajar Rajin Bersyukur.
Ucap syukur atas kesemua yang kita ada. Misalnya, ucap syukur kerana kita masih ada 5 deria yang lengkap. Kita boleh melihat dan menarik nafas setiap kali bangun tidur. Kita ada kawan rapat yang memahami kita.

Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur itu meresap jauh ke dalam diri kita. Buat banyak kali dalam sehari.

4. Belajar Menjadi Pemaaf.
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati).

Seterusnya, meneutralkan gelombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda kita. Kita selalu rasa sedih dan kecewa kerana kita tidak memaafkan kesalahan diri kita di masa lalu ataupun kita tidak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri kitasatu ketika dulu.

Mungkin juga kita susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap dirikita, yang membuat kita sedih, kecewa dan geram. Belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ini lalu menarik ketenangan datang pada diri kita.

Biar berjanji tapi jangan mengingkari.
Biar disakiti tapi jangan menyakiti.
Biar dizalimi tapi jangan menzalimi.
Biar dilupakan tapi jangan melupakan.
Biar ditinggalkan tapi jangan meninggalkan.
Biar diabaikan tapi jangan mengabaikan.

ermph... suka ngan ayat dibawah ni... 




kita perlu bantu membantu...

Assalamualaikum..

terbaca dan ingin kongsikan bersama anda semua...

Kalau jadi manusia jangan jadi manusia BIASA,
yang longgar jiwanya,
yang rapuh imannya,
sempit mindanya,
gelap masa depannya..

Tetapi jadilah manusia yg LUAR BIASA,
yang gah jiwanya,
kental imannya,
tertib solatnya,
al-Quran juadahnya,
luas pandangannya,
gemilang masa depannya..

Sesungguhnya jika ALLAH menyayangi hambaNYA,
akan diujinya..

Apabila dia bersabar,
maka besar hikmahnya,
dipermudahkan penyelesaiannya..

Apabila dia redha,
ALLAH mengasihinya,
dilapangkan hatinya,
dan dihiaskan wajahnya dengan KETENANGAN.

Bukankah semua itu pelajaran langsung dari ALLAH?
Salahkah saya kalau saya cuba menjadi seseorang yang boleh mengubah sepenuhnya apa yang dilalui oleh manusia lain berkurun lama?

Saya ingin sekali mengubah nasib diri saya, keluarga saya bahkan orang orang disekeliling saya..

saya tak mahu mewarisi kesusahan ibu dan bapa saya... saya nak hidup mewah.. agar saya dapat membantu orang lain menjadi seperti saya..

tetapi, kalau hanya saya seorang .. tanpa bantuan... karamlah kapal saya... saya perlukan bantuan anak anak kapal lain untuk mengharungi ombak dan ribut petir di tengah laut...

terkadang, saya rasa apa yang saya cuba sampaikan dan kongsikan tidak memberi apa apa impak kepada mereka yang menerimanya.. terkadang rasa harapan saya untuk menaikkan ekonomi ummah dipandang sepi...

Jangan sedih wahai hati bila orang lain tidak memahami mu..Tapi sedihlah kerana saya di tuduh tidak mahu memahami orang lain. Saya cuba sedaya upaya untuk tidak menyakiti sesiapa. Saya cuba duplicate oranglain bekerja seperti saya agar mereka juga dapat menerima hasil seperti saya.. saya memang tidak pandai mengajar, saya harap mereka dapat belajar dengan melihat dan mencatat setiap apa yang saya lakukan...

Jangan sedih wahai hati bila orang lain tidak mempercayaimu ..Jangan sedih bila orang lain tidak memberi kesempatan kepada kamu...tapi sedihlah kerana kamu belum buat persiapan untuk menjadi lebih kuat dari sebelum ini...

Jangan sedih wahai hati bila orang lain tidak menghargaimu..Tapi sedihlah kerana mungkin ini pembalasan dari Allah kerana mungkin saya pernah tidak menghargai orang lain suatu ketika dahulu…

Allah menguji keikhlasan kita apabila bersendirian. Allah memberi kedewasaan apabila kita ditimpa masalah. Allah melatih kesabaran dalam kesakitan. Dan Allah tidak pernah mengambil sesuatu yang kita sayang, kecuali menggantikannya dengan yang lebih baik..InsyaAllah.

Ketika hati bersedih kita perlu untuk memilih..

Pilihlah untuk senyum, walaupun kita memiliki seribu sebab untuk muram..
Pilihlah untuk bangkit walaupun kita telah jatuh dan malu..
Pilihlah untuk sabar dan redha walaupun kita ada alasan untuk kecewa..
Kerana saya sentiasa ingat.. Allah sentiasa bersama orang yang bersabar.

bila rasa malas....

Assalamualaikum...pernah rasa malas? minggu lepas saya memang ada perasaan tu...saya bangun dan lawan... lawan dan terus lawan perasaan malas ni..

Rasa malas yang menguasai diri adalah punca kepada pembinaan tembok penghalang yang utuh untuk mencapai kejayaan.Orang-orang yang bijak dan hebat bukan kerana mereka dilahirkan untuk berjaya tetapi lebih kepada mereka dilahirkan untuk meruntuhkan tembok kemalasan diri demi memajukan diri dan membantu orang yang disekelilingnya.

Jiwa mereka kuat untuk menyatakan jika orang lain boleh kenapa aku tidak boleh? Berapa banyakkah jiwa-jiwa yang sejatinya dilahirkan mulia dan berbakat menjadi pemimpin besar, yang dikerdilkan oleh rasa malas dan hanya bergantung harap pada orang lain?

Kita hanya berjaya jika kita berjaya melawan perasaan dan mengawal emosi kita..


Banyak! Banyak bilangannya, jangan anda menambah bilangannya menjadi ‘sangat banyak’. Oleh itu, kuatkanlah hati kita untuk berdikari atas kaki sendiri dan mula untuk menyusun strategi pembangunan dan pemantapan diri.

Jika kita rasa sudah terlewat, 10 tahun daripada sekarang kita akan berkata pada diri “Kenapa aku tak berubah dari dulu, sekarang dah terlewat” Tiada istilah terlewat bagi mereka yang ingin berjaya!

Kita akan mencapai apapun, jika kita bersedia merealisasikan azam dan perancangan yang telah kita tuliskan. Tetapi, berapa banyakkah orang yang ingin berjaya tetapi begitu ‘sibuk’ dan leka dengan perkara yang tiada membawa nilai tambah pada diri?

Banyak! Jadi jangan tambahkan nilai banyak itu kepada ‘sangat banyak’ itu sekali lagi.Nanti dunia terhimpit dengan manusia yang ‘sangat banyak’dengan orang yang malas, putus asa, bertangguh kerja dan selalu tak bersedia.

Anda mampu merubah diri sendiri dengan memulakan sesuatu yang lebih baik daripada semalam sekarang juga.Orang-orang yang berjaya telah belajar membuat diri mereka melakukan hal yang harus dikerjakan ketika hal itu memang harus dikerjakan, sama ada kerja itu mereka suka atau tidak.

Percayalah, walaupun perasaan kita tak bersedia untuk menghadapi apa yang harus dan mesti kita lakukan, biarkan sahaja ia berlalu seperti yang sepatutnya dengan niat “Sahaja aku melakukan kerja ini kerana Allah, maka permudahkanlah ia Tuhanku” dengan niat begini nilai timbang amal baik kita telah dihitung. Di situ nilai tambah diri kita sudah meningkat daripada semalam!



motivated diri sendiri.. :)

Assalamualaikum.. hari ni hari yang sangat sibuk... kesana sini berjumpa klien yang setia...

rasanya hari ni sangat lemah... penat coz semalam pun dah cukup penat... meluangkan masa untuk hari sukan tomei sekolah.. selepas tu buat market survey di sekeliling kulai bersama rakan strategik saya..

haish.. kalau ikutkan memang ler penat.. pagi ni pula ke Felda Ulu Tebrau.. SMK Ulu Tiram... Taman Molek.. Taman Daya.. Taman Gaya.. Skudai Kiri.. Syahbandar.. Taman Universiti.. haish.. dah jadi macam runner pula rasanya.. hahaha...

bila duduk ni teringatkan seorang klien saya...kata kata yang di ungkapkan hampir membuat saya rasa demoralized... tetapi... setelah membaca ayat di bawah ni.. saya bangkit semula..


ermph.. saya ambik yang positif saja.. yang saya rasa negatif, saya campak jauh jauh... terim kasih kepada dia kerana memberi 'tamparan' hebat walaupun dengan nada gurauan..

saya akan buktikan apa yang saya buat ni bukan sia sia..!

Tuesday, July 10, 2012

birthday celebration again....

Assalamualaikum... ermph... cerita dah basi pun... nak juga upload..nak juga upload... hehehehe... birthday mr hubby hari tu kami celebrate di rumah adik ipar saya yang berada di Bahau, Negeri Sembilan...

tapi tomei saya tak puas hati... dia nak juga celebrate sekali lagi... kali ni kami bertiga saja.. ermph.. ikutkan saja... kami pun pergilah ke secret recipe... a day before mr hubby pergi mancing... :)

masa ni saya memang kepenatan... yelah.. baru balik kerja... mr hubby pun sedang bersiap siap nak pergi mancing.. tomei pula baru balik sekolah...

mr hubby minta caffe latte...

saya minta punch fruit...

tomei seperti biasa, chocolate ice blended...

nak order pecan butterscotch untuk mr hubby, dah habis.... nak ambik cheese cake... pun habis.... last choice.. blueberry yogurt chocolate cheese.... alhamdulillah... ada...

sementara main course, tomei saya makan chicken cornish ...ermph... sampai berdiri diri dia makan.. hehehe..


sebab kami datang dah malam, makanya banyak la kek yang dah habis... anyway... daddy memang terbaik.. dia tak kisah dapat slice cake aje...

raziQ yang tak puas hati... yelah... dia nak kek bulat... nak buat camne..? chocolate indulgence pun habis... pecan butterscotch pun habis... original cheese cake pun habis...

akhirnya, terpaksa la terima kenyataan.. makan apa yang ada... hahahaha...

mr hubby tak cerewet punya..

yang cerewet dan kerewel kata mr hubby anak dia... apa la daddy ni... anak dia juga.... hahahaha....


ni steak mr hubby punya... black pepper... ermph.. sedap... yang sedap tu baby carrot...

tomei saya n mr hubby kalah makan black pepper kalau banyak banyak... tapi hari ni tak pula... maybe black pepper dia very light kot..

tomei saya nak makan burger.. tapi burger dia tak sampai sampai... sementara nak tunggu burger dia sampai, makanya dia pun mengacau daddy nya punya main course..

rasa... ok..

perhiasan... comot... tak menarik..

susunan.. agak tak cantik...

hahahahaa.... nak jadi master chef katanya.... yang complain tu... tomei saya eh...

ni pula mummy yang punya.. irish lamb chop... ermph.. besar sangat... tak terhabis.. siap bawa balik...

kuah dia sedap kata tomei saya...

ban dia pun rangup.. dicampur dengan marjerin... menaikkan bau dan rasa katanya...

mengekek ngekek kami bertiga ketawa...ketawa lihat hero kami beraksi ala ala master chef...

mr hubby pun terhibur sama dengan keletah tomei kami tu....dia kata... kelakar juga macam dia...


masa ni masing masing tak mau tengok kamera.. tak real kata mereka.. ambik gambar ala ala gambar curi... apa la...

tomei kami pun layankan aje daddy dia.. senada seirama... saya je yang tak masa warna macam mereka... saya lari dari topik tema warna pakaian hari itu...

bila diperhatikan... dua dua ni sama... sama gelap..hahahahaha...

tomei saya gelap kulitnya kerana banyak main golf.. disamping masa dia baby, saya selalu pakaikan minyak baby johnson...

mr hubby lak gelap kulitnya kerana kegagahan beliau bekerja di bawah teriknya bahang matahari...



ni pula gambar saya n tomei saya... saja nak sembunyi belakang tome kerana tema warna dah lari...hehehe.. still nampak juga... saya pakai purple... saya kata ngan tomei... kena tengok kamera.. tak mau tengok lain...

hahahaa.... berbeza ngan daddy angle nya...

tomei dengar kata.. yang tidak hanyalah bila dia menjelirkan lidah..hahahaha..macam cantik je lidah dia...

beginilah cerita kami bertiga... ada saja ketika dan saatnya kami bergembira dengan cara kami....

seronok bila kami bertiga bersama sama keluar dan menikmati saat saat indah bersama keluarga...


masak masak...

Assalamualaikum... hari jumaat lepas, mr hubby pergi mancing ngan abang long saya... ada la rezekinya... dapatlah sikit hasil tangkapannya.. boleh dibanggakan...

Alhamdulillah... saya sangat bersyukur.. kerana pada hari sabtu tu, masa kitorang tengok berita, ada la bot karam dekat Sedili Besar.. kerana ombak kuat dan hujan lebat...

Mengucap panjang saya bila tengok berita tu.. kalau ikutkan mr hubby, dia balik hari sabtu.. tapi dek kerana dia demam dan ada seorang lagi kawan yang demam, makanya mereka pun balik awal...

Alhamdulillah... syukur pada Allah... haish.. tak dapat di bayangkan kalau something happened to him...
Bila dah demam, tekak tak sedap.. nak masakkan bubur mr hubby tak mau.... dia minta saya masakkan lauk kegemaran dia... kebetulan hari sabtu anak saya ada latihan golf di Johor Golf Country Club... sebab nak suruh saya masak, mr hubby sanggup hantarkan anak saya dan minta saya duduk masak di rumah...

apalagi... seronok sangat bila dapat buat sesuatu yang menggembirakan orang orang yang tersayang...

ni masakan pertama, sotong masak hitam... sotong ni hampir dua kilo saya menyiangnya.. pergghh... kecik comel pulak tu... ni sotong umpan sebenarnya....

ingatkan nak masak goreng macam kita order kat kedai tu... ala.. baby sotong goreng.. tapi dah mr hubby nak masak hitam... masak je la... sambil masak saya sempat gak snap satu dua keping gambar...

almaklumlah... bermaharajalela seorang diri di rumah...hahahaha...

sambil tu buka radio era.. carta era... hah apa lagi.. berdondang sayang la saya...

sambil masak.. basuh baju.. dengar lagu... menyanyi... menyapu.. semuanya dalam satu.. hehehehe

ni masakan kedua saya... udang masak sambal... udang ni belum masak lagi saya dah ambik gambar... yelah... excited...

seronok menyanyi nyanyi sambil memasak... terkekek kekek saya ketawa dengar celoteh pak nil dalam era... dengan kumpulan sapa ntah.. mohjo ke apa nama dia...

tengah dok sedap melayan rasa... tiba tiba dengar pula orang beri salam..

cepatnya incik somi saya balik.. saya pun berlari ala ala kajol nak buka pintu... terperanjat bukan incik somi yang muncul.. tapi adik ipar saya... hahahaha... malunya....

terus telefon mr hubby, bagitau adik dia dah sampai.... sempat lagi mr hubby tanya... lauk apa dah siap... kari ikan dia dah siap belum? hehehe.. baru menu kedua la sayang oi..

tiba menu ketiga , ke empat dan kelima tak sempat nak ambik gambar.. malu ngan adik ipar saya.. hehehe... yelah.. sambil masak , sambil melayan dia berbual.. mana sempat nak berkecak kecik ambik gambar..

yang pastinya... saya sempat masakkan kari ikan kerachi untuk mr hubby.... memang sedap katanya... walaupun depan saya dia tak puji, tapi masa mak saya datang, dia puji..hehehe...

dan untuk tomei saya, favorite dia... sotong goreng tepung.... ikan goreng dan sayur sikit...

Alhamdulillah.. lauknya semuanya habis... mujur saya masak lebih... kebetulan mak, abah, kakak dan adik saya datang.... nasi je tak cukup.. sempat la masak nasi baru...

seronok bila berkumpul ramai ramai macam ni...macam macam ragam..macam macam cerita...

Suamiku oh suamiku....



Assalamualaikum guys... pagi tadi sebelum pergi kerja, mr hubby nyanyi lagu ni... so sweet... rasa semangat membara bara nak g kerja...

maybe impact perbualan kami malam tadi... malam tadi mr hubby minta saya urutkan badan dia lenguh lenguh....sambil mengurut sambil tu saya mengusik mr hubby... lagipun adik ipar saya ada... semalam dorang tak kerja.. melepak kat rumah... adik ipar saya demam... kesian juga tengokkan.. ngan mr hubby sekali pun berjangkit...kononnya nak kenakan dorang.. rupanya saya yang terkena...

mr hubby kalau ada orang, dia suka menyakat saya.. maklumlah... saya ni lurus bendul katanya... suka dia tengok bila dapat mengenakan saya...

Saya : pagi tadi raziQ kenakan kak ima... dia tanya najwa latif suka makan apa?... entahlah.. mummy pun tak tau. kau tau kim?

Adik ipar : entahlah kak ima.. kita pun tak tau..

belum jawab lagi saya dah mengekek ketawa...

Saya:  kosong...kosong...kosong..(sambil menyanyi nyanyi...)

Saya : abg irul..? awak tau dia suka pakai apa..?

Adik ipar : pakai bajulah..apalah kusai ni..

Saya:  hahaha... saya ketawa lagi..  dia suka pakai camel..

pastu terus saya beralih pada mr hubby...

Saya : Abg... abangkan suka pakai camel..?

mr hubby : suka sebab awak hadiahkan abang.. semua barang camel abang kan awak belikan?..

Saya: tapikan kenapa kalau ima pakai abang tak suka..?

mr hubby : untuk lelaki sesuai la.. untuk perempuan nampak macam orang tua...

Saya: ala.. entah entah ima je abang tak bagi pakai.. entah entah ada oranglain pakai semata mata nak sama ngan abang..

mr hubby : mula la tu... serius la ni.. nampak macam mak mak kalau awak pakai... hisshhh.. kalau tak kenapa la abang belikan kasut clarks awak tu.. beh baik belikan camel je... sedondon tak semestinya sama brand sayang oi... warna pun sedondon juga...

Saya : Yelah... yang penting bak kata raziQ... untuk siapa... untuk dia..untuk dia..untuk dia..(sambil menyanyi lagi)...

mr hubby : senang hati nampak..? dah senang hati tu jangan la urut kuat kuat...SAKIIITTT...!

Saya : saja nak balas dendam... ekekekeke....coz, khabarnya ada orang syiok kat abang... sampai sanggup bercerai berai demi mengejar cinta abang...

mr hubby: hahahaha... bongok la kalau abang pilih pompuan dah kawin, kan ke ramai anak dara.. nak ambik bekas orang? no way man...

saya terus diam... terpikir pula.. ada hati rupanya nak kawin lain laki aku ni.. terus saya tarik muka.. kononnya nak merajuk...selepas tu... dia jetat kepala saya... geletek la... menjerit jerit saya... terkadang, perangai mereka ni seperti keanak anakan... terkadang macam orang orang tua.. hehehe...

mr hubby: haaa... tu lah... cakap lagi yang bukan bukan... kan dah kena..? lepas tu sendiri sakit hati... sapa yang susah... dah la.. kalau ada yang cakap yang bukan2 dengan gemuk abang ni... bagitau je... ohhhh... yeke..? baguslah..! lepas tu diam jer... tak payah layan orang mereng macam tu...

walau siapapun dia, saya sangat sayangkan dia... apa yang saya ada hari ini berkat kesabaran bersama sama kami menempuh dugaan sejak di ijabkabulkan....

dialah manusia yang mengajar saya erti kehidupan..kasih sayang... perkongsian... cinta..dia seorang suami yang baik, anak yang taat pada ibu bapa...menantu yang disayangi...dan ipar yang disenangi oleh keluarga saya... walau apapun orang nak kata tentang dia, pada saya dialah lelaki hebat yang amat saya sayangi...walaupun dia tak pernah serius dan sentiasa bersahaja, namun setiap kali dia ada, semua masalah boleh diselesaikan dengan baik...

sejahat mana pun dia... dia tetap bertakhta di hati saya... dan saya tetap di hati dia...tak perlu kata apa apa pun saya tau dia seorang yang penyayang... dia cinta hati saya... muzik hidup saya... i love u dear sayang...

Friday, July 6, 2012

Layan blues...



Assalamualaikum... ermph... mr hubby pergi mancing hari ini ngan abang long saya...

sebelum pergi mancing, dia nyanyikan saya lagu ni versi jinbara vs fiQ... sedap.... kononnya nak majuk... tak jadi bila dia nyanyikan lagu ni...

pandai je dia pujuk... itulah dia buah hati saya seorang... :)

Doakan kami....

Calon Neraka di kalangan Isteri...

di petik dari Facebook Ustaz Azhar Idrus

Assalamualaikum....

Terbaca artikel di bawah ini... ayuh kita buat pedoman buat diri kita semua....semoga dengan perkongsian ilmu hari ini dapat membuka hati kita sebagai isteri kepada suami agar dapat membaiki kelemahan diri dan juga memperbaiki akhlak kita demi mencari syurga Allah....

Antara calon calon pasti yang tempatnya di neraka kelak adalah seorang isteri yang bersifat seperti dibawah ini:
  • Tidak suka mengerjakan solat
  • Suka bercakap bohong kepada suami
  • Suka berhias untuk selain suaminya
  • Tidak mensyukuri kesenangan yang diberikan oleh suami
  • Tidak menghormati suami
  • Suka mencari musuh
  • Sombong
  • Tidak takut kepada Allah sedikit pun
  • Tidak mahu mengaku salah bila buat salah
  • Tidak mahu minta maaf kepada suami
  • Tidak boleh dinasihati oleh siapa saja
  • Degil dan keras kepala
  • Merasakan diri lebih baik dari orang lain
  • Suka berpoya-poya
  • Malas melakukan amalan baik seperti membaca quran, selawat dan istighfar
  • Suka memandang rendah kepada orang lain
Telah diriwayatkan dari Ibnu Abbas satu hadith marfu bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : 
"Aku melihat neraka dan sama sekali belum pernah melihat pemandangan seperti hari ini. Aku melihat kebanyakkan penghuninya adalah para wanita."

Para sahabat bertanya : "Mengapa wahai Rasulullah?" Baginda menjawab : "Kerana kekufuran mereka." Baginda ditanya, "Apakah mereka kufur terhadap Allah?" Baginda bersabda : "Mereka kufur terhadap suami dan mengingkari kebaikan. Jika engkau berbuat baik kepada salah seorang dari mereka sepanjang masa. Kemudian dia menemukan sesuatu yang dia benci pada dirimu, maka dia akan berkata : Aku sama sekali tidak pernah melihat kebaikan pada dirimu."

Semoga kita semua dijauhkan oleh Allah daripada bersifat dengan sifat yang akan membinasakan kita di dalam neraka Allah…

Wednesday, July 4, 2012

dengarlah wahai pemfitnah...

Assalamualaikum... kepada si pemfitnah hubungan saya dan suami.... kamu seorang islam kan..? cuba baca dan fahami ayat di bawah ni sejelas jelasnya.... 


saya nak jadi macam ni...

janganlah hanya kerana mulut kamu yang busuk itu membuatkan suami saya berprasangka buruk kepada saya... rakan rakan dia... keluarga dia... keluarga kamu sendiri dan sesama umat islam... kamu tak layak berkawan dengan dia jika kamu sendiri bermusuh dan berhasad dengki dengan ahli keluarga kamu sendiri...


jangan la berbuat jahat... henti hentikanlah.... bertaubatlah.... perbuatan kamu tu memakan diri sendiri tau tak.. kasihan saya tengok nasib kamu tu.....beria ia kamu menjaja hal kami suami isteri... sedangkan hakikatnya lain... saya tau kamu beria ia sedondon di majlis perkahwinan adik ipar saya... untuk siapa ye kamu buat? untuk suami saya atau suami kamu? tahukah kamu hukum Allah? 


kalau betul kamu menganggap suami saya ni sahabat kamu, kenapa perlu kamu aibkan dia..? kenapa..?


kamu tahukan Allah dah tetapkan jodoh kami..? kenapa perlu kamu menjadi dalang dalam hubungan kami? mujurlah fitnah yang kamu tabur tu tak mendatangkan kesan terhadap hubungan kami yang intim dan disulami dengan kasih sayang... apa la yang kamu dapat..?


mujurlah ikatan kami ini di bina kerana Allah ta'ala... ingatlah... saya yakin dengan kekuasaan Allah... kamu tak boleh mengatasi kekuasaanNya... hanya kepada Dia saya berserah...

happy birthday dear sayang...

Assalamualaikum again...

citer dah basi la gak kan... tapi excited sangat nak kongsi...

last year saya celebrate birthday dear hubby saya kat Terengganu coz saya kena tunaikan tanggungjawab sebagai leader untuk anak buah saya...

tahun ni kami di rumah klien saya merangkap adik ipar saya... di Negeri Sembilan... kiranya 2 in 1 ler...

happy sangat... tak mau upload banyak banyak gambar.. takut ada orang sakit hati..kui...kui..kui... saya upload ni untuk berkongsi kegembiraan saya ni... apa la salahnya buat tatapan seseorang yang menjaja fitnah tentang hubungan kami yang intim ni... ada ke patut dia kata suami saya ni duda..? haish... belum jadi duda dah hangat... kalau saya ninggal, dia jadi duda...elak orang yang menjaja fitnah ni gi pinang suami saya...hahahaha... mesti dia sanggup tinggalkan suami dia yang tak seberapa tu untuk suami saya.... saya masih segar bugar di sisi dia dikatanya dah ditinggalkan... merepek betul...


kek ni adik ipar saya yang sponsor,thanks ye nora... mr hubby saya ni suka makan cheese cake... so ini pun cheese cake gak... blueberry cheese cake... ok sangat rasanya.... 

 cuba tengok betul betul.... adakah gambar ini di edit..? hahahahaha. orang itu selalu kata yang saya ni tak bahagia bersama mr hubby saya... kalau dia tak bahagia... cuba tengok senyuman yang terukir tu... adakah di buat buat atau ikhlas dari hatinya..? kui kui kui.... 

ni gambar mr hubby bersama adik ipar sekeluarga... 

cukuplah 3 keping gambar ni untuk tatapan umum... kang ada pulak yang hantuk kepala dia kat dinding.. hehehe.... so... moral of the story buat si pemfitnah tu... cukup cukuplah kamu menaruh harapan tinggi kat suami saya yang memang tinggi tu... janganlah kamu jadi perempuan murahan... hargailah diri kamu..suami kamu dan anak kamu tu ye.... 


Bersedia menghadapi cabaran...


Assalamualaikum... lama saya tak update blog kan..? bersawang sawang.. maklumlah.. sibuk sebagai isteri kepada suami tercinta.. ibu kepada anak yang comel... anak kepada ibu bapa saya... dan juga sebagai seorang yang perlu bekerja dan beramal seolah olah saya akan mati esok..

ermph... Kesan Inflasi... saya suka gambar di atas ni... gambar di atas ni menunjukkan kepada kita pentingnya kita menjaga ekonomi rumahtangga kita... kita yang menentukan gaya hidup yang ingin kita nikmati hari ini...esok dan seterusnya...

saya bekerja keras hari ini demi keluarga tercinta... demi membangunkan ummah.. demi meningkatkan taraf hidup kami di samping berkongsi bersama mereka yang lain...

bukan macam seseorang tu yang bergendang menyebarkan fitnah sana sini... memporak perandakan rumahtangga oranglain... apa yang dia dapat tak tau la...

sebelum nak bicara tentang oranglain, ambik cermin... cermin diri sendiri... satu jari menuding ke arah orang, empat lagi jari ke arah diri sendiri... kesian tengokkan nasib dia... bukan senang mana pun... kita sibuk bertungkus lumus menaikkan ekonomi keluarga.. dia? eko no money... hahahaha...

nak bercerita tentang oranglain memang banyak point... the point is, sapa yang berkata kata tu? ermph.. dengar khabarnya berhutang sana sini gak... ke hulu hilir menyusung naik bas gak... nak hand phone canggih manggih tapi berhutang..apa kelas..?

haish...kesian tengok kamu...beria ia menjaja cerita yang salah... akhirnya, siapa yang malu...? sendiri malu kan..?

bukan nak membangga diri atau apa pun.. ingatlah... perkara di bawah ni ye..


saya takut mati... saya tau kamu tak takut mati... sebab tu kamu berani menjaja fitnah sana sini kan..? udah udah le... bawa bertaubat ok..?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...