Saturday, December 22, 2012

kesibukan berganda cuti sekolah...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..rindunya berblog.. lama sudah saya tak upload cerita terbaru.. kenapa? sebab jawab yang sama... saya sibuk..sibuk..sibuk...

orang lain cuti sekolah.. anak saya pun cuti juga... tapi dipenuhi dengan aktiviti aktiviti dia... huish... banyak sangat aktiviti yang dah diaturkan untuk dia... sampaikan saya yang tak larat..hahaha..

memula dia attend course mokhdar..

attend class ni sangat menyeronokkan buat tomei saya.. kelas ni 7 hari... penat juga la berlari kehulu hilir masa saya...

mana taknya, kelas di pulai indah.. saya tinggal di Kulaijaya..pastu class start jam 8.30 pagi.. fuhh.. penat saya...

kul 4.30petang nak kena pergi ambil dia pula... tu la..ini la dia pengorbanan seorang ibu.. chewah...

saya hantar dia ke kelas mokhdar ni bukan semata nak habiskan masa dia di sini, tetapi nak dia tahu betapa mudahnya belajar matematik jika kita faham dan cintakan subjek itu..beri dia kesedaran awal.. alhamdulillah, setelah attend kelas ni, tomei saya mula menghafal sifir 1 hingga 9 dengan jayanya...

habis kelas mokhdar, tomei di beri rehat beberapa hari sebelum memulakan kem Maybank di Horizon Hill pula...

masa attend kem Maybank ni, pendekatan berbeza sekali untuk tomei dalam sukan Golf...

Kem Maybank ni banyak menggunakan kaedah psikologi untuk membina keyakinan tomei..

Ada lima stesyen yang perlu diselesaikan...stesyen pertama, menguji kekuatan tangan dan kaki, stesyen kedua menguji kecekapan kaki.. stesyen ketiga menguji kecekapan tangan... stesyen keempat menguji kekuatan lutut dan stesyen kelima kepintaran akal dan mindset tomei.. fuhhh....

lepas pergi kem Maybank di Horizon Hill, kami pun chill up di Thistle Hotel.. bagi tomei happy happy... lepas penat belajar sambil cuti... untuk cuti jauh jauh kurang bijak bagi saya dan suami yang bekerja sendiri...yelah.. penat di jalan je.. so, quality time so important to us.. bercuti di dalam johor pun ok.. cara bagaimana kita happykan suasana yang paling penting..

ada la yang kata, dari duduk kat hotel, lebih baik duduk kat rumah je... ermph.. bagi saya pula...sekali sekala kita merehatkan diri dan menggembirakan family kita apa ada hal.. nak berkira dengan anak dan suami? mereka juga berhak atas diri kita dan pendapatan kita... sharing is caring kan...insyaAllah, rezeki ada di mana mana...

lepas puas bergembira di thistle hotel, kami ke grand paragon pula... hihihihi...

menikmati pemandangan indah di tengah tengah metropolitan sekali sekala...tak salahkan?

keseronokan bersama keluarga ditambah dengan kehadiran keluarga kak siti... anak kembar beliau memang memecahkan kesunyian...

keletah sikembar dedek dan angah memang mencuit hati.. walaupun sesekali tomei terasa hati kerana dia rasa terpinggir, tetapi nampak dia sayangkan kembar berdua tu...

bila tak jumpa, rindu.. bila jumpa ada saja yang nak diperkatakan...

lepas attend kelas mokhdar hari tu, saya juga menghantar tomei saya ke kem anak bistari yang bertempat di Kampung Melayu...

rindu bertandang lagi bila tomei ditinggalkan enam hari untuk belajar berdikari dan juga mendalami ilmu alQuran..

hidup bukan bertongkat dunia.. amalan murni juga perlu dipenuhi agar kehidupan menjadi seimbang...

selepas menghadiri kem anak bistari, saya nampak perubahan ketara tomei... antaranya, menjaga solat... menjaga adab pertuturan antara kami.. menjaga aurat... menjaga makan dan minum...

syukur alhamdulillah...

ermph... yang di atas semua citer di Johor Bahru.. kali ni citer keluar johor pula... bulan 11 memang banyak aktiviti di dalam johor... start pertengahan bulan 12 ni banyak pula aktiviti tomei di luar johor..

selama 10 bulan dia berhempas pulas belajar disekolah, mengadap kitab kitab.. buku buku.. apa salahnya sesekali bila cuti panjang sebagai ibu meluangkan masa pula untuk dia.. kerja sampai mati pun tak habis habis...

walaupun penat demi untuk anak tersayang, apa salahnya mengorbankan sedikit masa untuk memberikan satu kenangan yang manis buat dia... perjalanan hidup dia masih panjang... memori semasa zaman kanak kanak ni la akan dia kenang sepanjang hayat...


kali ini kami ke Glenmarie Golf & Country Club... sepatutnya kem ini disertai oleh tomei.. tetapi dek kerana umur , maka penyertaan tomei dibatalkan..

tapi moksu dan afiQ pergi, maka tomei pun dapatlah  juga sedikit sebanyak ilmu yang dikongsikan moksu kepada dia..

excited masa ni... yelah bila tengok player satu Malaysia turun untuk menyertai kem anjuran maybank ni..

walaupun tomei tak join this event, dia tetap bersemangat... chaiyok chaiyok...


balik dari Glenmarie, kami ke i city... memandangkan masih dalam kawasan yang sama iaitu shah alam...

bukan main seronok lagi tomei bila dapat ke sana... yelah... selalu tengok dalam fb dan tv sahaja..

memandangkan kami hanya 'singgah' sebentar sebelum pulang ke johor, maka banyaklah games yang tak dapat dimainkan oleh kami..

kekangan masa menghalang kami untuk berlama lama disini, insyaAllah kami akan ke sini lagi...

tomei dah pesan kat saya... lepas ni nak pergi dengan daddy sekali... tak best takde daddy... hihihi.. yelah masa kami ke KL ni daddy tak ikut sebab ada kerja urgent di Kluang.. takpelah....


masa tomei dikhabarkan tak boleh sertai kem di glenmarie, dia sedih sekali.. so, saya dan his dad bawa dia tengok wayang untuk mengurangkan kesedihan dia..

ermph... citer apa ye... jap eh..pikir jap... haa.. sepah the movie.. bukan main gelak sakan dua beranak... saya dalam wayang main i pad... boleh..? hahaha.. yelah.. sempat siapkan paperwork untuk dibentangkan pada boss saya..

nasib baik masa tu mr hubby saya dok tengah antara saya dan tomei.. jadi taklah ketara sangat perbuatan saya tu... hihihi... anyway, citer tu boleh la layan untuk anak saya..

ermph.. ini pula masa iskandar johor open yang di adakan di horizon hill oada  13-16 disember yang lalu..

fuhh.. masa ni saya yang kepenatan... kepanasan.. dan kena sunburn yang amat teruk...nampak redup je.. tapi panas dalam..

suka benar tomei bila dapat jumpa dengan pemain golf handalan dari dalam dan luar negara...

nama nama yang saya sendiri tak tau disebut sebut tomei saya..mum... itu sergio garcia... thongchai jaidee..daniel chopra..jonathan moore..thaworn wiratchant...michael campbell..ernie ells.. entah apa apa lagi nama yang dia sebut... moksu pun excited sama.. diorang masuk tengok sampai last hole... saya tak kuasa.. duduk kat clubhouse sambil berfb..hahahaha.. melampau betul... tak tahan panas...

inilah dia buah hati saya..pengarang jantung saya...tomei saya... dan semuanya ada pada dia... suka duka dia menjadi inspirasi buat saya untuk terus berjuang....memenuhi segala keinginan dan merealisasikan impian si kecik ni untuk menjadi anak yang soleh... yang taat kepada ibu bapa dan berjaya dalam hidupnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...