Thursday, February 7, 2013

aktiviti cuti singkat...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ermph, cuti sekolah sempena Chinese New Year.

Jom kita hantar anak anak kita...

Program Motivasi Power Minda di Utm... insyaAllah tomei akan dihantar ke sini... semoga semuanya berjalan lancar.. amin...

Tuesday, February 5, 2013

Geng Baru...

Assalamualaikum, pada hari Jumaat lepas, 1.2.13 saya telah di ajak untuk menyertai Sesi Eksklusif Bersama Cik Ilham di Karangkraf. Memang seronok, sebelum ke sana, kami sempat singgah ke PWTC untuk pameran buku. Dapatlah capai juga beberapa buku kegemaran saya keluaran PTS.

Sebelum ini saya langsung tak ambil endah tentang industri penulisan.. Saya tak kisah buku apa pun asalkan buku itu saya suka nak baca,saya baca. Terasa kerdilnya bila dikelilingi oleh mereka yang memang giler novel..

Aisya Sofea, Cik Sri Diah saja yang saya kenal dalam ramai ramai yang ada.Teruja dengan keramahan cik sri diah.. langsung tak sombong, sangat sangat friendly dan humble...saya bukanlah peminat fanatik novel.. saya memang suka membaca... tetapi saya suka baca buku motivasi..

cik sri diah pun saya kenal melalui mingguan wanita...membesar dengan panduan dan tip tip berguna di dalam mingguan wanita.. memang berinspirasi.. first time jumpa dia ni.. mana tak excited...

Gambar pertama bersama Dato Hussamuddin Yaacub..
Gambar kedua bersama Puan Sri Diah
Gambar ketiga bersama COO karangkraf, Syamil Fahim

selalu dengar nama.. kini bertentang muka... wah.. tak hilang semangat lagi tau... bersama dua novelist terkenal Aisya Sofea dan Damya Hanna... memang sporting mereka ni.. langsung tak sombong... suka sekali dengan keramahan mereka melayan peminat seperti kami...

yang ini pula bersama Helmy Effendi penulis baru... dan tak lupa juga Asnidar Syafie... 

ni pula bersama rakan baru... insyaAllah persahabatan ini akan dipanjang panjangkan.... biar berbeza genre, tapi bersatu hati..hehehe..

 inilah dia hasil borongan kami di pesta buku yang berlangsung di PWTC dan Karangkraf, borong tak sampai 1/2 jam di setiap tempat.. hehehe... 
kalau nak tahu, buku yang berbeza dari semua itulah buku saya... lainkan? takpelah asalkan sama bahasa...sama aspirasi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...