Sunday, April 21, 2013

Zoo Singapura

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

18 April 2013 saya menyertai rombongan SK Desa Skudai ke Zoo Singapura.. atas jemputan dari klien saya... ermph.. kiranya ambil kesempatan la bawa tomei saya berjalan...

Ponteng sekolah semata mata nak ikut saya.. hishhh... takpelah... sekali ni aje..

Saya dan tomei..


tiket kami...


saya, tomei dan afiQ.. sepupu tomei.. kami bertiga, sepatutnya ibu afiQ pun join sama.. tetapi dia berkorban untuk menjaga office kami.. hehehe.. salute kat dia...

Seronok sangat... yelah.. bila tengok tomei saya seronok, saya pun turut seronok...ermph... jom kita kongsi video yang ada... memang seronok tau.. tak rugi kami ke sana..

banyak sangat persembahan yang kami saksikan.. ermph.. antaranya seperti di bawah ni.. jom layan..


Persembahan orang utan...

uish.. lambatnya dia upload.. so, yang lelain tu kemudian ajelah ye.. malas nak tunggu..hihihi...

Mr HubbY dan ikan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Bulan April memang menguji ketahanan mental dan fizikal saya... hehehe... yelah, projek mr hubby di PTP.. dah tu, sempat pula dia menjalankan aktiviti kegemaran.. MEMANCING.. so, setiap hari la saya kena masak..hahaha....

tapi saya suka... suka sebab dia order makanan macam kat restoran... "ma... hari ni abang nak makan ikan masak kari ye.." "ma... hari ni masak sotong goreng tepung... yang lain ikut suka awak tau.." "ma.. tekak ni teringin nak makan ikan goreng garing..."

manjakan?

hehehe.. haruslah dia bermanja ngan saya.. kang minta manja ngan oranglain... camne? harus ku ketuk kepalanya.. sanggupkah?

derhaka... tak mau derhaka... tak bau syurga...


ermph.. inilah hasil tangkapan mr hubby hari tu.. lupa la hari apa.. yang penting dalam bulan April... ada satu ikan tu tulangnya warna biru.. kebetulan, adik ipar saya tidur di rumah saya.. dah habis makan, baru dia tanya kenapa tulang ikan tu warna biru..? saya pun tak perasan.. yang saya tau... masak dan makan...hahaha....

saya ni kalau ditanya jenis ikan, minta ampun.. minta mahap..memang tak tau.. yang tau, bila mr hubby cakap.. "ma,ikan ni masak kari sedap... ikan ni masak asam pedas.. ikan ni masak 3 rasa... ikan ni masak lemak cili padi..ikan ni masak kicap.." .. itu je la... namun spesis atau jenisnya idok le teman tau...

mr hubby memang rajin memancing, yang tak suka tiap kali balik dari memancing... hanyir.. nak buang perut dulu sebelum simpan dalam peti ais.. itu je yang lemahnya.. mujurlah mr hubby ni sangat memahami.. selalunya dia akan sama sama tolong saya buang perut ikan... sambil berbual dan bercerita tentang keseronokan memancing dia.. cara dapat ikan.. itu lebih menyeronokkan...

bergurau senda dan menggunakan masa yang ada dengan baik... masa ni la kami berdua.. tomei confirm tak mau dekat.. dia tak tahan hanyir... lari terus.. hehehe...pastinya dia akan dok mengadap tv...lebih rela dia berkurung dalam bilik dari muntah muntah bau hanyir..

ermph... gitulah citer dari hamba.. hehehe...

Sambung Belajar

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Rindu sungguh berblog..
Rindu sungguh berkongsi rasa dengan semua...
Rindu sungguh menjengah blog kawan kawan semua..
Tetapi, apakan daya.. masa kian menjerut.. masa kian mencemburui saya...hehehe.. alasan je tu..

Sesungguhnya semenjak saya membuka Al Barr Premier ni masa saya sangat tight.. kalau senang, jengahlah www.albarrservices.com.my tau atau like pages kami di  facebook. Memang saya tak terdaya nak buat sensorang kerja.. mujurlah ada business partner yang sangat mendokong dan menyokong...

Kerja bertambah, tanggungjawab juga bertambah.. apatah lagi sekarang saya bergelar pelajar... haishh.. lagilah... dengan assignment.. dengan paperwork.. dengan kerja.. exam dan macam macam lagi... tapi itu tidak langsung mematahkan semangat saya sama sekali malah membuat saya semakin menikmati hidup ini...


Ni antara salah satu dari gambar yang sempat di ambil semasa kelas hujung minggu saya.. saya kini pelajar UUM... seronok bila dapat berjumpa kawan kawan baru... ni masa kelas April 2013.. gambar bersama Mr Vela dan teman segroup saya..

Saya dah start belajar dari Januari 2013 lagi.. sebab tu saya jarang berfacebook, berblog dan bertwitter lagi... tiada kesempatan... tetapi masih punya masa yang diperuntukkan untuk mencuri curi masa menjalankan aktiviti yang saya gemari.. di tambah dengan tomei 2 orang saya tu yang semakin manja... hishh..

kalau nak cerita jadual saya memang padat... sangat sangat padat... tugas sebagai ibu, isteri... anak... kawan.. ahli masyarakat...dan macam macam lagi... aktiviti lagi ler... dengan tomei - kelas melukis.. golf.. sekolah... saya - belajar..bekerja..sukarelawan..pibg.. memang tak menang tangan... tambah lagi dengan mr hubby... keluarga.. kawan kawan..sedara mara...

apapun, saya sangat happy dengan kehidupan sekarang.. suka sangat sangat..

belajar benda baru setiap hari... ada je yang saya pelajari dari hari ke hari.. life is a learning process... setiap hari....

so, kepada semua... kalau berkesempatan... buatlah sesuatu yang mendatangkan faedah buat diri anda.. peruntukkan sedikit masa untuk membuat sesuatu yang benar benar kita cintai dan sukai... jangan pedulikan apa orang kata tentang diri anda.. pedulikan apa yang bakal di hisab oleh Allah...

kita ni sebagai hamba yang hina hendaklah sentiasa mencari keredhaan Allah S.W.T bukan buat sesuatu kerana pujian atau penghargaan manusia lain...

Sunday, April 7, 2013

Helang oh helang....

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
kita jangan selalu mengharap..kerana mengharap tidak pasti tertunai..tetapi kita boleh..bersabar..kerana kesabaran itu mengajar kita erti kehidupan
Alhamdulillah... dalam kepayahan dan kesusahan, Allah masih memberi ruang untuk kita sama-sama mendekatkan diri denganNya. Bagaimana hidup anda hari ini, adakah lebih baik dari semalam atau lebih buruk daripada semalam? Rasanya macam dah lama tak menulis, tapi cerita yang saya dengar ini membuatkan saya teruja, tangan tidak penat untuk menulis. Kisah ini tentang RAHSIA yang Allah sembunyikan dalam alam ini untuk manafaat kita.

Adakah anda tahu binatang apakah paling panjang umurnya? Ermph...rasanya semuanya boleh jawab pasal dah ada kat tajuk. Ini nak ceritakan bahawa helang ini umurnya 70 tahun. Entah-entah lahir sama kita, kita yang mati dulu. Walaupun umurnya panjang tetapi keputusan itu dibuat semasa umurnya 40 tahun. Rupanya ada rahsia semasa berumur 40 tahun. Patutlah orang-orang tua kata, umur dah 40 tahun tua berubahlah, kalau malas solat, rajin-rajinkanlah.

Semasa umur 40 tahun burung helang perlu memilih antara 2, satu hidup lagi selama 30 tahun atau tunggu mati. Kenapa? Bila umurnya 40 tahun, kukunya sudah tumpul,menjadi lebih pendek...kontot... Paruhnya dah terlalu panjang dan kadang-kadang ada yang dah hampir bertemu dada. Nak terbang berat kerana sayapnya berat dengan bulu yang banyak. Maka, untuk terus hidup dia perlu bermujahadah, berkorban dan menderita. 

Membuat perubahan yang memerlukan keberanian dan kesabaran yang tinggi. Burung helang tadi akan pergi ke bukit yang tinggi dan duduk di satu tempat di kawasan yang berbatu. Mula-mula dia akan mematuk batu sehingga paruhnya tercabut. Kemudian dalam masa 120 hari ia terpaksa tunggu paruhnya tumbuh. Setelah tumbuh ia akan mengunakan paruhnya untuk mencabut kukunya satu persatu… oohhhhhh. Bayangkan kuku kaki kita tercabut.. bagaimana? Kalau kuku kita dicabut? Subhanallah. Setelah selesai tunggu lagi sehingga kukunya tumbuh. Boleh sambung lagi? Jangan baca cerita ini sambil makan nasi.

Selepas itu, setelah kukunya tumbuh ia akan gunakannya untuk mencabut bulu-bulu dibadannya. Selepas 5 bulan bulunya tumbuh dan dia kembali kuat dan hebat meneruskan hidupnya selama 30 tahun. Subhanallah… kenapa helang begitu berani dan sanggup menghadapinya. Kerana kebenaran, bahawa selepas semuanya, hidupnya masih ada 30 tahun.

Bagaimana dengan kita, adakah berani dan sabar kita menanggung kesusahan ujian daripada Allah? Kita meningkat atau semakin lemah? Keberanian ini datang daripada kebenaran, dan kebenaran datang daripada pengetahuan. Sebab itu kita belajar untuk menjadi insan yang hebat dengan bersedia berubah, menanggung risiko. Bukan berani membabi buta membuta tuli, tetapi dengan belajar dan niat untuk kebenaran.

Dan hari ini, saya mendapat info terbaru tentang helang.. Dan harapnya orang lelaki mencontohi sikap helang...hehehehe... Helang ni hidup berpasangan, jika pasangan helang ini mati, mereka takkan mencari pengganti lain, wallahualam... Samada mitos atau kebenaran, hanya mereka yang menyampaikan kepada saya yang tahu....helang setia sebagai pasangan....












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...