Saturday, August 31, 2013

KL Kami datang...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

lama juga tak berblog.. hari ni 31.08.13 ... saya dan keluarga di Kuala Lumpur.. ada kelas di PJ.. ni pun masa entry dimuat turun, saya di PJ..baru habis kelas... insyaAllah lepas maghrib ni nak ke Damansara Utama... ke rumah cousin saya...

Mak ada kat rumah saya... saya terpaksa tinggalkan dia coz kelas ni hanya ada sekali dan ada di KL saja.. sedih.. tapi terpaksa juga... mujur adik beradik yang lain sudi temankan mak kat rumah.. meriah rumah tanpa kami...

Sepanjang minggu ini, memang sibuk sangat... tambahan beberapa perkara yang tidak terduga berlaku..Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar...

Dalam kepala ni macam macam perkara yang difikirkan... terlalu banyak.. banyak sangat... nak buat itu ini.. nak settlekan itu ini... nak buat paperwork.. assignment dan macam macam lagi... nak outsource kat orang tak sama bahasa... susah juga...

Hari ni hari mengeluh.. mengeluh bukan negatif tau.. yang positif saja... saya suka apa yang saya buat.. saya akan pastikan perancangan saya berjalan lancar... LANCAR selancar lancarnya... insyaAllah...

Thursday, August 22, 2013

Barang baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera. . Ingat tak entry sebelum ni saya ada citer tentang tilam? Saya ada la gi survey beberapa tempat...ada yang syorkan saya beli tilam natura... mereka kata tilam tu bagus juga dan setanding tilam getha.. nasib baik saya masih belum buat apa apa pilihan lagi...hehehe...masih sempat la nak survey bagai...

Dalam masa gi survey tu... saya terbeli barang lain...keh keh keh...standard la tu... biasa bagi wanita macam saya... tapi semua ada keperluan... saya beli kerusi khas untuk mesin myeg saya dan kerusi baru untuk staff...selain dari tu...saya terbeli meja kopi untuk rumah dan set bilik tidur untuk tetamu...

Memandangkan mak saya nak jalani pembedahan lutut dan saya ajak mak tinggal sementara dengan saya..wajarlah saya sediakan kemudahan untuk mak...

Saya sayang mak dan abah saya...kerana merekalah saya kerja keras untuk ubah nasib keluarga saya dulu...

Jadi sebelum mereka tutup mata saya nak mereka menikmati hari hari yang indah sepanjang masa...

InsyaAllah dalam menempuh kehidupan yang penuh dengan pelbagai dugaan dan rintangan, saya akan terus teguh berdiri dan melawan segalanya dengan ikhlas...

Minggu ni memang minggu yang amat saya suka...Alhamdulillah,  saya hampiri kejayaan mendapatkan lesen kontraktor buat suami tercinta...semoga Allah permudahkan urusan kami..

Kalau dulu, saya tak mahu terlibat lagi tapi kini saya sedar bahawa kejayaan seorang lelaki didukung oleh seorang perempuan yang berada disisinya...saya akan pastikan mr hubby berjaya sebagai seorang kontraktor elektrik yang disegani...

Doakan kejayaan kami tau... saya ingin sekali merealisasikan hasrat

Tuesday, August 20, 2013

Only Because It's You

Tajuk lain: I Love You / You're My Favorite (117 episod)
Sinopsis & Drama Korea Only Because It's You
Tiga orang rakan dari sekolah menengah bertemu kembali di peringkat usia mencecah 30-an dan menyedari bahawa mereka memiliki jalan hidup yang berbeza. Persahabatan mereka menjadi renggang apabila Yang Soo Bin (Yoon Ji Min) bercerai dengan suaminya dan berkawan pula dengan suami Kang Jin Joo yang merupakan kawan baiknya sejak di kolej dahulu.

Chun Myung Han (Park Hyuk Kwon) bekerja satu syarikat dengan isterinya, Kang Jin Joo (Yoon Hae Young). Disebabkan penstrukturan semula syarikat mereka, Myung Han kehilangan kerja. Kemudian, dia menjalin hubungan dengan bakas rakan sekolah isterinya, Yang Soo Bin (Yoon Ji Min), menyebabkan hubungan mereka suami isteri menjadi kucar kacir.

Seo Ji Hwan (Lee Jae Hwang) pula adalah seorang pewaris keluarga kaya raya daripada syarikat JH Distributing Company dan suami kepada Yang Soo Bin (Yoon Ji Min). Dia tertekan dengan perkahwinannya dan mencurigai tentang identiti anak lelakinya. Dia akhirnya jatuh cinta dengan Kang Jin Joo (Yoon Hae Young) selepas bercerai dengan isterinya, Soo Bin.

Yang Soo Bin (Yoon Ji Min) berkahwin dengan perwaris syarikat JH Distributing Company, Seo Ji Hwan (Lee Jae Hwang). Bagaimanapun, dia tidak bahagia dalam perkahwinannya hingga akhirnya bercerai. Dia dengan sengaja berjumpa semula dengan cinta pertamanya, Chun Myung Han (Park Hyuk Kwon), dan cuba menawan hatinya semula, walaupun lelaki itu telah berkahwin dengan rakan sekolahnya, Kang Jin Joo (Yoon Hae Young).

Kang Jin Joo (Yoon Hae Young) bahagia berkahwin dengan Chun Myung Han (Park Hyuk Kwon) dan memiliki seorang anak perempuan. Sebagai seorang ibu yang berkerja, dia berusaha untuk mengimbangi kerjanya dengan keluarganya. Perkahwinannya mula bergolak apabila suaminya hilang pekerjaan dan terlibat dengan kawan sekolah tingginya dahulu, Yang Soo Bin (Yoon Ji Min).

Dalam mewarnai watak masing-masing, ketiga-tiga watak wanita utamanya memainkan peranan dengan amat berkesan dengan setiap watak berlagak tenang dan seolah-olah tidak kisah dengan apa yang berlaku dalam persahabatan mereka. Namun akhirnya apabila perkahwinan Soo Bin menemui kehancuran dan beliau menggoda suami kawan baiknya sendiri, masing-masing berusaha untuk menggagalkan rancangan Soo Bin itu.

Akhirnya mereka menyedari bahawa persahabatan antara mereka sudah tidak sama seperti dahulu lagi.
Secara keseluruhannya, ‘Only Because It’s You @ I Love You’ menceritakan nilai sebuah persahabatan, keceriaan dan suka duka sebuah kehidupan.

Dibintangi oleh Yoon Hae Young (Love and Ambition), Yoon Ji Min (Paradise Ranch), Lee Jae Hwang (Smile, Mommy!) & Park Hyuk Kwon (Midas).

Waktu Siaran:ISNIN, 17 JUN 2013, 22:10 EPISODE 1
ISNIN, 17 JUN 2013, 22:55 EPISODE 2

Siaran Ulangan:
SELASA, 18 JUN 2013, 09:45 EPISODE 1
SELASA, 18 JUN 2013, 10:30 EPISODE 2
SELASA, 18 JUN 2013, 16:50 EPISODE 1
SELASA, 18 JUN 2013, 17:35 EPISODE 2  dan begitulah seterusnya.

Anda boleh menonton setiap episod di website terpilih seperti Dramastyle & Dramacrazy. Selamat menonton. Saya suka sangat tengok jalan cerita ni. Sanggup tau tunggu sampai jam 12 malam baru tidur. Melampau juga la rasanya. Tapi sebab dah suka, semuanya jadi...

Hensem kan Ji Hwan ni? saya adalah bagitau kat mr hubby, suka sangat tengok muka dia ni tapi tak boleh la kalahkan kehenseman mr hubby saya tu.. suka je tengok... 


Yang dari kanan tu Jin Joo, yang tengah tu Soo Bin dan yang kiri sekali tu Gong Ja.. tiga sahabat baik alam persekolahan yang akhirnya menjadi musuh akibat iri hati. 


Saturday, August 3, 2013

Jatuh katil....

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mula mula nak ketawa dulu..hahahahaha... Itulah dia... Pernah dengar tak pepatah ni? Kalau nak beli barang baru, jangan sampai barang lama tau...kang kena badi...

Semalam baru berkira kira dan survey nak cari katil baru, tup tup subuh tadi sebelum bangun sahur saya terjelepuk kat bawah katil... Hahahaha.... Entah macamana tetiba boleh jatuh katil....nak kata tidur lasak tak juga....

Rasanya nak beli tilam Getha... Ada juga survey kat Rustica sebab sofa sebelum ni beli kat sana, tapi tak berapa menarik... Berkenan dengan tilam Getha... Nak cuba yang baru la... Tapi regenya mahal sikit... Kalau mahal tapi berbaloi,ok la tu kan..?

Saya memang memilih bab membeli ni... Maklumlah, saya tak boleh pakai tilam spring langsung... Masa memula kahwin dulu, ada bagitau mr hubby yang saya nak pakai tilam air... Ceh...tetiba terkenang citer lama la pula...

Ye,betul...tak caya cer tanya dia..hihihi... Cari punya cari punya cari, tak jumpa...last last mr hubby belikan tilam angin...kan masa tengah malam dulu dulu, ada iklan kat tv3 tu..masa tu la nampak tilam angin tu... Beli kat angsana masa tu, saya ingat lagi....

Dah beberapa tahun lepas tu, tetiba dia jadi kempis... Mr hubby kata sebab badan saya makin gemuk... Hahahaha.....bila check rupanya masuk selumbar.....masa beli memang ada sediakan tampalan untuk kebocoran...senang la..lagipun warranty tilam tu 5 tahun.... Rasanya tilam tu bertahan sampai tomei ada...

Lepas tu mana entah tilam tu...jangka hayat tilam tu bersama kami agak lama...hahahaha..apa la pepagi merepek pasal tilam...  Yang penting, nak tukar tilam baru...nak guna tilam Getha pula lepas ni...rasanya macam bagus pula... Yelah, bantal dia yang saya beli tu selesa yang amat... So, rasanya berbaloi la try tilam pula....

Friday, August 2, 2013

Bila masalah SISTEM melanda...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Argggghhhh... tension.. hehehe..
intro je tu.. 2 minggu ni sistem JPJ memang ada masalah.. menyebabkan saya merasai tekanannya.. mana tak, effect kat pejabat pos dan kiosk myeg seperti kami ni...

tapi, saya pandang dari sudut positif... yelah, secara tidak langsung memberikan promosi percuma kepada syarikat saya... bila orangramai ke pejabat pos untuk perbaharui roadtax mereka tak boleh, maka pihak pejabat pos minta mereka refer ke kiosk myeg kami...jadi secara tidak langsung, apabila mereka datang ke kedai kami dan melihat tawaran perkhidmatan yang kami ada, mereka berminat untuk datang lagi...

one stop center.. itu motto syarikat saya, AL BARR PREMIER.. nak tahu apa itu Al Barr boleh jengah ke laman web kami di www.albarrservices.com.my tau...mana tahu berminat nak jadi ejen kami... kami alu alukan...

disebalik tekanan itu, ada hikmahnya.. so jangan merungut atau fikir sampai lebam biji mata.. ini semua bukan dalam kawalan kita... semua diluar jangkaan.. so, tenang tenang saja.. tak mau pikir susah susah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...