Thursday, November 2, 2017

Projek Amal Membangun Madrasah Ar Rayyan Bandar Tenggara

Assalamualaikum..

Semenjak mak tak ada ni... semua rasa tak kena.. tapi hidup perlu diteruskan... mak sumber inspirasi dan kekuatan pada saya...Berat nak mulakan balik berblog.. tapi kerinduan berblog membuak buak...
Ok.. try sikit sikit ya.. Sis cuba...hahaha....

Kali ni nak share my plan for 2018. Amal Project.
Diri sendiri tengah susah. Struggle. Hutang bertambun, keliling pinggang. Tapi dok sibuk sibuk arrange buat kerja amal. Kenapa?

Tanggungjawab sosial. Saya memang tak mampu nak keluarkan duit. Tapi saya punya kekuatan kudrat...Allah beri kelebihan mempunyai idea bernas, praktikal dan mampu menjalankan kerja kerja pentadbiran dengan baik... ditambah dengan kelebihan sebagai Pengerusi, Pengurus, YDP dan selalu lead sesuatu task...

Setiap tahun memang kami adakan projek Amal.. menaik taraf masjid, memberi bantuan dan program angkat. Kenapa baru ni nak share? Kan kita diajar agar segala kebaikan yang dibuat jangan dihebah hebahkan bimbang jatuh hukum riak dan menunjuk nunjuk... Sebab terlalu takut menghadapi pelbagai perspektif masyarakat... Takut dipandang serong.. Mulut orang....lain kita buat lain dicanang.... itu semua alasan...

Sebab utama kenapa sekarang?Saya cuba jadi insan yang bertanggungjawab menarik dan mengajak masyarakat sama sama menyalurkan idea, tenaga, wang ringgit dan masa untuk sama sama membangun ukhwah yang kuat dan mantap... foundation bagi pillar mesti kukuh..

Sebab tu saya pastikan bila saya terima task tu saya akan beri sehabis baik.. dari tiada apa apa hingga berdiri megah... Projek Amal sebelum ni fokus kepada membangun Surau Indahpura dan SK Indahpura 2... dan rasanya ia mengambil masa lebih 2 tahun kami terlibat secara langsung dalam memastikan misi tercapai..

Kali ni setelah persepakatan bersama, kami pilih projek baru untuk 2018. Saya namakan ia sebagai PROJEK AMAL MEMBANGUN MADRASAH AR RAYYAN 2018. Sebagai pengurus Al Barr dan juga  selaku Pengerusi WI Al Barr Indahpura saya mewakili pihak Al Barr Premier dengan kerjasama WI Al Barr Indahpura telah sepakat untuk menjalankan Projek Amal membantu menyantuni anak yatim dan murid kurang berkemampuan MADRASAH TAHFIZ AR RAYYAN Taman Anggerik, Bandar Tenggara, Kulai yang dihuni oleh 28 pelajar lelaki.

Kejadian yang menimpa anak-anak syurga Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah bersama 2 orang warden mereka sememangnya suatu tragedi. Bila kali terakhir kita menyumbang kepada pusat tahfiz agar kemudahan dan sistem keselamatan yang lebih baik diguna pakai? Madrasah Tahfiz Ar Rayyan terpaksa menghadkan pengambilan pelajar di pusat pengajian itu kerana tidak mempunyai kemudahan asrama.

Anggaran kos untuk melaksanakan Projek Amal tersebut adalah seperti berikut :
Penyediaan Rehal Pelajar 30 buah = RM 900.00
Dulang talam sebanyak 10 buah = RM 220.00
Katil, tilam, bantal dan sarung 30 buah = RM 7,500.00
Almari Berkunci 30 buah = RM 4,500.00
Karpet Surau = RM 3,000.00
Alat bantuan mengajar = RM 1,500.00
                             
      Jumlah = RM 17,620.00

Sumbangan dalam bentuk kewangan boleh disalurkan melalui akaun Al Barr Premier Maybank 551575003868. Untuk maklumat lanjut, boleh berhubung dengan Pn Rahimah Abu Bakar di talian 013-7410301 atau Bendahari WI Al Barr Puan Idayu Tumirin di talian 012-8744125.

Ikutkan Madrasah tersebut ada nombor akaun sendiri, boleh je direct masuk akaun mereka. Cuma kami mohon salurkan sumbangan ke dalam akaun kami sebab kami akan belikan barang tersebut dan hantar serta memasang barang tersebut sendiri. Kami akan pilih barang yang berkualiti dan terbaik serta tahan lama dan lasak.

Kalau buat sorang, saya tak mampu. Saya belum layak. Tapi sampai bila? Siapa yang akan  ambil tanggungjawab tu? Semakin masa berjalan, semakin kebarangkalian kita meninggal dunia tu tinggi... Selangkah kita melangkah menuju kematian... Sampai bila hidup menongkat dunia? Sampai bila nak tunggu?

Saya ni simple je orangnya.. buat ikut kemampuan.. itu yang termampu... buat sehabis baik... Sebab tu bila saya take challenge untuk lead projek amal ni saya akan pastikan sampai betul betul selesai baru kami beredar mencari projek baru... walaupun keadaan ekonomi sendiri amat meruncing, saya memilih untuk mengetuai projek ini. Terapi diri untuk saya bekerja lebih kuat untuk keluar dari kemelut ekonomi yang melanda...

Semoga sumbangan semua dapat memberi kelengkapan pakaian, pelajaran dan keselesaan kepada anak-anak yatim dan kurang berkemampuan demi melahirkan para tahfiz. Sumbangan semua amat besar ertinya buat insan yang memerlukan. Keprihatinan dan kerjasama pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Terima kasih guys baca dengan gigih...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...