Tuesday, March 29, 2011

Tak mo 'HOT' di dunia....kerana takut 'HOT' di Akhirat...

Assalamualaikum.... sedang aku mengemaskinikan blog...sesambil tu jengah jengah jugak ler kengkawan nya blog.....dalam banyak banyak yang di jengah ada satu yang ingin di share...... jom share......

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ. Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan. Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut oleh Allah. Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik? Tidak kunafikan sebagai wanita, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.

Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat lelaki-lelaki berhidung belang ingin mendekati diriku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi mereka tetap tidak berputus asa. Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristighfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan. Kehadiran mereka membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku. Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki-lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki penggoda itu bukan teman hidupku kelak.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu. Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.

Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu kerana kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu. Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi. Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu hanya kepadaku semata-mata.

Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu kerana dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga. Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya, cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah.

Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama. Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata. Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati. Yang diharap, bukan berapinya jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat. Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang penuh luka. Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia. Dan yang akan terjadi, andai sama ataupun tidak dengan kehendak hati, Insya Allah ku redha kemahuan pilihan Illahi…

Wahai wanita, ku ingatkan diriku dan dirimu, peliharalah diri dan jagalah kesucian… Semoga redha Allah akan sentiasa mengiringi dan memberkati perjalanan hidup ini. Amin.


Monday, March 28, 2011

Rock!!!

Assalamualaikum.... pagi pagi ni dah layan rock.... hahaha...........ye lah.... malam tadi dengar lagu ni... pagi ni terus jer update... sedap gak lagu ni.... dengar mr hubby nyanyi... tu yang excited mencari lagu ni... boleh tahan gak mr hubby i yang tercinta tu.... suka sangat dengar lagu2 baru... actually lagu2 lama... tapi lagu2 lama yang baru jadi favorite songs dia....

ermph....lately ni dia suka menyanyi lagu lagu yang indirectly di tujukan pada aku.... dan lagu2 yang dia nyanyi membawa maksud mendalam.... kengkadang as a woman.. kita nak dengar dia luahkan dengan kata kata... tapi.... susah sangat nak dengar dia mengucapkan perkataan yang romantis... mungkin bila selalu mak andeh ni mengomel... maka dia pun mengambil pendekatan dengan menyanyi... kan...? hahaha.....

susah kan...??? anyway... aku bersyukur.... at least adalah peningkatan... mr hubby ni bukan orang yang romantis... tapi caring.... nampak cam tak caring.. tapi dia prihatin....cuma kengkadang kita yang tak puas hati... protes dan mula la minta perhatian.... macam budak budak.... tapi sekali sekala tak pe kannnn...???

ok ler... to my lovely husband... i love u dear... jangan pernah serik untuk melayan kerenah isterimu yang rencam ni k...??? teruskan usaha menjadi suami dan daddy yang soleh ye....!!! chaiyok..chaiyok....

Saturday, March 19, 2011

Semalam...Hari Ini... Esok....


Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang Kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti.

Hisablah Hari pertama semoga Hari yang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal Kita pada Hari yang kedua atau Hari Esok..... siapa tahukan..?

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:
Nafas Naik.
Nafas Turun.

Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan Carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu Nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama
Nyawa Dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :
Hidup dalam keredhaan Allah.
Hidup dalam kemurkaan Allah.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :
Kekal di dalam neraka.
Kekal di dalam syurga.

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan Kita hanya diyakinkan oleh keyakinan Kita kepada rukun IMAN. Rukun Iman itu pula Ada 6 Dan apabila Hilang salah satu daripadanya maka hilanglah IA.

Kelazatan Dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT. Tidak terduga oleh fikiran Kita Dan untuk mendapatkannya di terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu Dan puncaknya adalah SOLAT .. . Amat sukar untuk dipercayai Bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat, Umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang, Tetapi tidak mempunyai boarding pass.

Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, Umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem .. . Apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai pada penerimanya .. . Lalu dia pun berkata Setemnya akan dihantar kemudian.

Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :
Dia mungkin didenda .. . Atau, suratnya masuk tong sampah.

Oleh itu, tidakkah Kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada Kita .. .
Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara Secara percuma untuk Kita berzikir mengingati~Nya
Setiap detik Dan ketika, hinggalah Kita kembali Kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang .. .
Lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan Kita redha Dan Allah meredhai.

Semoga Kita semua berbahagia + sejahtera senantiasa .. . Di dunia jua di akhirat kelak serta Di dalam rahmat Allah s.w.t.

Fitnah Rosakkan Ukhuwah

SATU sikap yang merosakkan persaudaraan dan perpaduan umat Islam ialah 'suka membawa mulut', mereka-reka serta menambah cerita buruk, malah melaga-lagakan orang sehingga kisah yang pendek menjadi panjang.

Ia juga disebut menabur fitnah atau 'namimah' iaitu menceritakan keburukan orang di khalayak ramai dengan tujuan menimbulkan kebencian dan permusuhan terhadapnya.

Kesan daripada perbuatan itu bukan hanya merugikan seorang dua, malah menyebabkan hilangnya perasaan kasih sayang, hormat dan kepercayaan di kalangan masyarakat, sehingga runtuh segala sendi kebahagiaan hidup bermasyarakat.

Sikap seperti itu sangat tercela. Ia satu daripada perbuatan dosa besar yang akan mendapat ancaman seksa amat berat di hari pembalasan kelak.

Antara faktor yang menimbulkan fitnah ialah dorongan perasaan iri hati atau dengki terhadap orang lain, ditambah kekurangan iman dan tiada kefahaman mengenai larangan dan kemurkaan Allah, malah hati dan jiwa seseorang yang kotor, lemah tahap pemikirannya dan sukar menerima kebenaran.

"Adapun orang yang berpenyakit dalam hati mereka, maka surah itu menambahkan kekotoran pada kekotoran yang sedia ada pada mereka; dan mereka mati, sedang mereka berkeadaan kafir." (at-Taubah:125)

Faktor lain yang mendesak seseorang melakukan fitnah kepada saudaranya ialah kerana ingin mendapatkan kuasa, pengaruh serta kepercayaan orang terhadap diri dan dakwaannya, malah ingin menunjukkan dirinya seorang yang lebih baik daripada saudaranya itu.

Islam menasihati umatnya agar melindungi rahsia saudaranya, bukan sengaja mencari kelemahan dan membuka aibnya kepada khalayak, kerana dengan tindakan itu boleh menjatuhkan maruahnya.

Rasulullah s.a.w menegaskan, menyelidiki rahsia dan memfitnah orang lain yang baik, termasuk ciri orang munafik yang mengaku beriman dengan lidahnya, sedangkan hatinya benci. Mereka di hari kiamat akan dibebani dengan dosa besar di depan Allah.

Hari ini medan menabur fitnah terlalu banyak. Dengan perkembangan teknologi, semakin mudah pula mengadakan berita palsu, fitnah dan segala celaan, dengan cepat tersebar ke seluruh ceruk rantau.

Cukup dengan memasukkannya ke dalam Internet atau blog, semudah itulah manusia berbuat dosa dan semudah itu juga umat Islam boleh bersatu dan berpecah belah.

Bagi Muslim sepatutnya perlu bertanggungjawab atas apa yang ditulis, diucap dan disebar, bukannya menulis, bercakap dan menyebarkan berita mengikut sesedap hati tanpa di selidiki, kerana semua itu akan ditanya Allah.

"Dan janganlah kamu mengikut apa yang kamu tidak ketahui; sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan ditanya apa yang dilakukan." (al-Isra:36)

Orang yang menyebarkan fitnah nanti di dalam kubur akan diseksa Allah. Perkara ini dapat dibuktikan melalui kisah yang diceritakan Rasulullah s.a.w.

Suatu ketika Rasulullah s.a.w melalui dua kubur lalu baginda bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya penghuni dua kubur ini diseksa. Keduanya tidak diseksa kerana dosa besar. Adapun seorang daripadanya tidak bersuci daripada kencingnya dan yang satu lagi suka memfitnah.

Kemudian Rasulullah s.a.w mengambil pelepah kurma yang basah dan memotong dua, lalu dipacakkan pada kedua-dua kubur terbabit sambil berdoa: "Semoga Allah meringankan seksaan atas keduanya."

Allah tidak membenarkan perkara keji, berita palsu berkembang dalam masyarakat Islam, lebih-lebih lagi jika ia membabitkan kehormatan dan maruah seseorang.

Orang yang suka mengadu domba tidak akan masuk syurga, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Tidak masuk syurga orang yang suka mengadu domba."

Sebagai Muslim, sepatutnya masing-masing menghayati pengertian terhadap 'Islam' yang dianuti dan dijadikan cara hidup, iaitu kesejahteraan.

Agama kesejahteraan bukan hanya menjamin kesejahteraan kepada diri sendiri, malah ia juga memberikan kesejahteraan kepada orang lain, dengan tidak mengata terhadap saudara seagama, tidak menyakiti mereka dan tidak mencabuli hak mereka.

Perbuatan menabur fitnah sebenarnya lebih kejam daripada membunuh, kerana kesan kerosakannya lebih teruk. Jika dengan membunuh, walaupun ia tetap salah, tetapi mang sanya mungkin seorang, tetapi dengan fitnah mungkin mengakibatkan ramai orang dan kesannya berentetan se hingga bertahun-tahun.

Pada zaman nabi dulu pernah berlaku peristiwa fitnah, sebagaimana dialami isteri baginda, Saidatina Aisyah r.a. Beliau dituduh melakukan perbuatan keji dengan Safwan bin al-Ma'athal selepas perang umat Islam dengan Bani Mush thalaq pada tahun kelima hijrah.

Akibat kejadian itu, lebih sebulan Aisyah sakit dan di asingkan Rasulullah sehingga turun ayat yang menegaskan kesucian beliau.

"Sesungguhnya orang yang membawa berita dusta itu golongan daripada kalangan kamu; jangan kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang antara mereka akan beroleh hu kuman sepadan dengan kesalahan dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat).

"Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang yang beriman lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri mereka sendiri, dan sepatutnya mereka berkata: Ini ialah tuduhan dusta yang nyata.

"Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat saksi itu, maka mereka itu pada sisi hukum Allah adalah orang yang dusta.

"Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu, di dunia dan di akhirat, tentulah kamu dikenakan azab seksa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berita palsu itu.

"Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai penge tahuan mengenainya; dan kamu pula menyangka perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.

"Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: Tidakkah layak bagi kami memperkatakan hal ini! Maha Suci Engkau (ya Allah dari mencemarkan nama baik ahli rumah Rasulullah)! Ini adalah satu dusta besar yang mencengangkan.

"Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi perbuatan yang sedemikian ini lamanya, jika betul kamu orang yang beriman.

"Dan Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan (hukum-hukum-Nya); kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

"Sesungguhnya orang yang suka menghebah tuduhan yang buruk di kalangan orang yang beriman, bagi mereka azab yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui.

"Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu, dan sesungguhnya Allah amat melimpah belas kasihan-Nya." (an-Nur: 11-20)

Melalui keterangan itu jelas kepada umat Islam, apabila menerima sesuatu berita hendaklah terlebih dulu diselidiki, lebih-lebih lagi berita yang menyentuh kehormatan se seorang, kerana mungkin dengan penyelidikan itu dapat mengetahui lebih jelas perkara terbabit, sama ada benar atau palsu.

"Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang yang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan suatu mu sibah kepada kaum dengan sebab kejahilan kamu sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan." (al-Hujuraat:6)


p/s : peringatan buat diri sendiri.....keluarga....dan semua yang membaca... :)

Lagu kegemaranku....



Assalamualaikum... rindu sangat lama tak dengar lagu ni... ini ialah lagu kegemaran ku... ia menjadikan aku bersemangat di kala aku down...

lagu yang memberikan aku inspirasi tentang kehidupan yang penuh pancaroba...

lagu ni amat amat memberikan makna yang amat mendalam dalam membentuk peribadi diri aku... kekuatan seorang wanita bukan di ukur melalui otot pejal yang ada di tubuhnya... tetapi di ukur melalui kekuatan hati dalam mengharungi dugaan hidup... yes.. itu pada pandangan aku...

Ayuh kita berdoa.. berzikir.. bermunajat....



Assalamualaikum.... Di dalam kesibukan menjalankan pekerjaan harian, kita kadangkala terasa payah melakukan sesuatu. Bagaimanapun, kita selalu terlupa Allah subhana wa ta'ala berada di samping kita dan telah berjanji akan memudahkan hidup kita jika kita memintanya. 

Doa Harian ini adalah himpunan doa-doa yang mudah tetapi penting di dalam pekerjaan dan amalan seharian kita, sebagaimana yang pernah dilazimkan oleh Nabi Muhammad s.a.w semasa hayat baginda.

Oleh kerana semua bacaan doa dan zikir tersebut dalam Bahasa Arab, maka disarankan kepada kita semua agar mempelajari bacaan teks doa atau zikirdaripada orang yang boleh atau memahami bahasa arab agar setiap kalimat yang dibaca betul dari segi bacaan dan maknanya kerana apabila bacaan berubah, maka ertinya juga akan berubah.

Doa dalam bahasa arab, berasal dari kata ( دَعَا - يَدْعُو - دَعْوَة ) yang bererti, memanggil, memohon atau meminta. Orang yang berdoa ertinya orang yang mengajukan permohonan kepada Allah tentang kebaikan diri, keluarga dan harta benda,urusan dunia, agama dan akhirat. Meminta turunnya rahmat dan terhindar dari bencana.

Sunday, March 13, 2011

rindu berblog...... :)

Assalamualaikum....... lama bebenor tak update blog ni yerk..... ermph.... dah bersawang sawang dah... ni nak bagi bersih sikit sawangnya.....hehehe.....

Actually this week... aku tak bape sihat... once tekak aku bengkak..pastinya ia relate ngan hidung dan telinga... almaklumlah... pesakit tegar... tonsil... hahaha..... patutnya dah operate.. tapi aku takut sangat... jaga pemakanan jer... alhamdulillah.. la ni.... sekali sekala je kena tonsil... kalau sekali kena... hambek ko.. berminggu minggu nak pulihnya....

ok ler... kepala ni masih belum stabil...maklumlah.. makan ubat banyak sangat... so... adios...amigos... ops... b4 that.... sedikit pesanan untuk anda.........

Thursday, March 3, 2011

rindu kat dia....

Assalamualaikum..... ermph..... lately bila mr hubby outstation terasa rindu sangat....tak tau la kenapa.... dan alhamdulillah... mr hubby seolah olah memahami apa yang aku rasai.... dia kerap telefon dan bertanya khabar.... buat lawak dan menceriakan suasana walaupun dia jauh.....

Mr hubby bekerja keras untuk memastikan kami sekeluarga berada dalam keadaan selesa... Buat kerja kerana Allah... moga Allah permudahkan urusan dia.... Mr hubby seorang yang amat prihatin kepada keluarga dan orang orang di sekeliling dia...kadang kadang aku rasa dia melebihkan orang lain dari diri ini.. tetapi apabila aku bersendirian,dia tiada disisi coz outstation membuatkan aku menghargai saat saat kami bersama...

Sepanjang perjalanan bergelar seorang isteri kepada mr hubby... terlalu banyak dugaan yang hadir....namun kami tempuhi dengan redha dan ikhlas.... aku anggap dugaan yang Allah turunkan itu ada hikmah disebalik kejadian.... Musibah yang datang adalah penghapus dosa dan menaikkan taraf kita di sisi Allah...doa pada ketika di timpa musibah ini amatlah mustajab...apatah lagi kalau kita teraniaya dan di aniaya..... doa orang yang dizalimi itu amat amatlah mustajab....



aku amat bersyukur kerana Allah mengurniakan jodohku dengan insan yang amat kukasihi dan kucintai.... 8.3.2011 ni genap usia perkahwinan kami yang ke sepuluh.. sedekad bersama mr hubby membuatkan aku menjadi insan yang mengenali erti kasih sayang..rindu.... cinta dan  penghargaan....


Walaupun ada yang tak suka dengan kehadiran aku dalam hidup mr hubby.. aku bersyukur kerana Allah panjangkan jodoh kami... kerana Allah beri aku kesempatan untuk berada di samping mr hubby di saat suka.. duka... gembira dan sedih... semoga Allah sentiasa merahmati hubungan kami ini...

kepada mereka mereka yang menganiaya kami, aku doakan agar Allah berikan mereka keampunan dan membuka hati mereka supaya kembali ke pangkal jalan.... hidup bukan menongkat dunia.... hidup kita hak Allah... ingat.... Allah maha adil... setiap perbuatan pasti ada balasan... lebih lebih lagi Allah bayar cash... hari ini korang buat..esok lusa Allah balas.... 

kepada keluarga kami... semoga kalian mendoakan kesejahteraan hubungan kami... semoga kalian sentiasa menyokong kami menjadi insan insan yang diredhai... mak...abah... kami harapkan doa kalian...doa ibu bapa amatlah mustajab...doakan kami agar menjadi ibu bapa dan pasangan yang dirahmati dan diredhai Allah.... ampunkanlah dosa dosa kami sekiranya sepanjang menjadi anak kalian, kami menyakiti kati kalian secara tidak langsung... kami mengguris hati kalian tanpa sedar... kami menyinggung perasaan kalian secara langsung atau tidak...kami hanyalah insan insan yang lemah... sebagai manusia, kami sering melakukan kesilapan.... 

Tuhanku ....Aku tak layak masuk syurgamu..namun tak juga aku sanggup ke nerakamu... Ampunkanlah dosa dosaku....sesungguhnya Engkau pengampun dosa dosa besar....

ermph... sebagai seorang insan yang kerdil disisiNya... aku berharap agar hubungan kami akan berkekalan hingga ke akhir hayat.... 

kepada lelaki yang sentiasa menjadi pendukung dan pembakar semangat buat diri aku... Shamrul Sihar.... i love you dear... :) 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...