Sunday, July 31, 2011

Ramadhan tiba lagi....

Assalamualaikum semua... hari ini kita bercerita tentang Ramadhan...

Lambaian Ramadhan hampir menggamit tiba dan Rasulullah s.a.w  pernah bersabda yang bermaksud:


Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, di mana Allah telah mengfardhukan ke atasmu puasa. Dibuka padanya pintu‐pintu syurga dan ditutup padanya pintu‐pintu neraka,ditambat padanya syaitan‐syaitan. Padanya satu malam lebih baik daripada seribu bulan, siapa yang dihalang kebaikannya sebenarnya dia telah dihalang kebaikan yang banyak....

Sharing is caring... nak refresh tentang puasa ni...

Rukun Puasa

a) Niat
b) Menahan diri dari makan & minum serta perkara-perkara yang membatalkannya


Masa Puasa

Puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari

Faedah Puasa

a) Melahirkan perasaan belas kasihan terhadap golongan miskin


b) Mendidik nafsu & jiwa kearah kebaikan


c) Dapat merasai apa yang ditanggung oleh golongan miskin


d) Puasa merupakan perbuatan taat kepada Allah


e) Mendidik budi pekerti untuk memiliki sifat-sifat terpuji


f) Puasa mengajar seseorang supaya beramanah terhadap diri sendiri


g) Puasa mengajar kesabaran dan berperaturan


h) Puasa menyebarkan perasaan kasih sayang & persaudaraan dalam jiwa manusia

Sunat-sunat puasa

a) Makan Sahur serta melambatkannya


b) Menyegerakan berbuka puasa & sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis


c) Menjamu orang-orang yang berbuka puasa


d) Mandi junub,haid dan nifas sebelum fajar


e) Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan


f) Membaca Al-Quran


g) Beriktikaf terutama 10 hari terakhir bulan Ramadhan

Perkara makruh ketika berpuasa

a) Berbekam


b) Mengeluarkan darah


c) Berkucup


d) Merasa makanan


e) Bersugi selepas gelincir matahari


f) Mencium wangian

Perkara yang membatalkan puasa

a) Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja kecuali terlupa

b) Makan dan minum sepanjang hari


c) Muntah dengan sengaja


d) Bersetubuh atau keluar mani dengan sengaja


e) Keluar darah haid & nifas


f) Gila


g) Pitam atau mabuk sepanjang hari


h) Murtad

Keuzuran yang mengharuskan berbuka puasa

a) Musafir


b) Sakit


c) Mengandung & Ibu yang menyusukan anak


d) Tua

Keistimewaan Bulan Ramadhan

a) Bulan yang mulia,berkat dan setiap doa akan dimakbulkan

b) Allah merahmati orang yang mengimaninya

c) Al-Quran diturunkan dalam bulan ini

d) Iblis dipenjarakan

e) Terdapat malam yang mulia iaitu malam Lailatul qadar.



f) Solat tarawikh dan zakat fitrah dilaksanakan.

Menghormati Bulan Ramadhan

a) Kita hendaklah mengelakkan diri daripada kebiasaan yang boleh merugikan diri kita seperti berbelanja dengan boros,suka berhibur,membuang masa dan bersembang tentang perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah sebaliknya hendaklah kita menyambut Ramadhan dengan azam yang tinggi untuk memperbanyakkan ibadat bagi menyucikan jiwa.

b) Kita hendaklah berusaha menyediakan diri untuk menjaga benih-benih amal yang kita tanam di bulan Ramadhan kerana seseorang yang menanam benih jika tidak membaja,menyiram serta memelihara pasti tidak akan mengeluarkan hasil yang baik di masa hadapan.

Niat Puasa dan Qadha’ Puasa Ramadhan

1) Lafaz niat puasa fardhu Ramadhan :                                                                                               



نويت صوم غد عن أداء فرض شهررمضان هذه السنة لله تعالى .
                                                                                             
 Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

2) Lafaz niat puasa Qhada’ Ramadhan :



نويت صوم غد عن قضاء فرض رمضان لله تعالى .
                                                                                             
 Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Taala.

Doa Ketika Berbuka Puasa

اللهم لك صمت وبك آمنت وعلى رزقك أفطرت برحمتك ياأرحم الراحمين.

Ertinya : Ya Tuhanku keranamu jua aku berpuasa dan denganmu aku beriman dan di atas rezekimu aku berbuka dengan belas kasihanmu Ya Allah yang amat mengasihani.
 

Qada’ Puasa Ramadhan

Ialah menggantikan puasa yang terbatal pada bulan Ramadhan diatas sebab-sebab yang diharuskan berbuka oleh syara’

Hukum Qada’ Puasa Ramadhan

Wajib menggantikan puasa Ramadhan bagi yang membatalkan puasa Ramadhannya samaada kerana keuzuran ataupun tanpa sebarang keuzuran

Firman Allah Ta’ala :

أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ 

 Maksudnya : “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu maka sesiapa diantara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang di tentukan itu maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah) kalau kamu mengetahui ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 184)

So, ambillah kesempatan untuk menambah kebaikan di bulan yang mulia ini...

Saturday, July 30, 2011

tak faham....

Assalamualaikum....
 nak citer sikit tentang seorang kawan yang baru datang rumah pagi tadi... pagi pagi lagi dia dah datang coz nak ambik road tax before dia balik kampung...kul 6.50 dah tersembul kat umah saya...

seperti biasa.. hari kerja atau cuti, memang dah jadi rutin saya dan tomei bangun pagi... bangun pagi of course la mandi kan...

masa kawan saya tu sampai, rambut saya basah... biasalah..mandi pagi of courselah rambut basah... takkan la tak cuci rambut lak... mujurlah kawan tu perempuan...masa dia ambik road tax... tersengih sengih dia mengusik saya....

"amboi..... paginya mandi.....rambut basah lagi..." ... saya ni memang terkenal dengan lurus bendul.... so dengan yakinnya saya menjawab, "memang itulah rutin seharian kita cik da oi...." dan apa lagi... terbahak bahak  dia ketawa...

saya bertambah hairan... "apa salah ke aku cakap ni.."ngomel saya dalam hati... "uish... hari hari mandi wajib la ni" kata cik da diikuti dengan derai ketawanya lagi.... ermph.. apa lagi... merah padam la muka saya.... "apa la... pickup lembap pula pepagi ni ye...yelah...penat semalam tak hilang lagi" kata cik da lagi...

patutlah dia ketawa terbahak bahak... rupanya nak mengena pula...

bila dia dah balik.. mr hubby pun cakap.. "awak tu ma...lurus sangat... kena goreng jer ngan orang...." alahai... apa nak heran bang oi... kalau hari hari mandi wajib sekalipun... sah suami isteri maaaa.... hehehe... saya menjawab dalam hati... nak cakap...malu... hihihihi....dengan muka merah padam kena lagi usik ngan mr hubby... malunya......

truly speaking, saya tak suka cakap benda benda macam tu.. malu... saya ni orthodoks sikit..tak suka sharing benda yang tak sepatutnya di share....saya bukan orang yang suka melaung hal yang tak tentu hala.... sebab tu orang panggil saya lurus bendul... tak suka cakap belok belok..apa yang saya cakap itulah maksudnya..no double meaning.. dan tak pernah terfikir untuk men double kan meaning nya ye..hehehehe......apatah lagi bercerita tentang.  tut...tut...tut......................

Wednesday, July 27, 2011

Ambil kesempatan

Assalamualaikum... sepanjang beberapa hari ni tak update blog... kenapa..?
1. penat kerana outstation balik hari... hahaha
2. mr hubby ada kat rumah...

kalau yang nombor satu tu ada ampun lagi...kengkadang saja je malas nak online..

tapi kalau yang nombor 2 tu...ermph.. no excuse... cuma kengkadang bila dia ada, kebetulan saya nak online maybank2u..pastinya saya tersinggah ke blog dan facebook untuk update...contohnya hari ini...

mr hubby dah masam mencuka bila saya keluarkan lappy saya ini.. hehehe...saja je buat dia curiga..bole..? hahaha... tapi tak bole lama... kang majuk.. majuk dia..perghhhhhh..... buwuk... bila laki majuk kan..?

ermph.. seboleh bolehnya kalau mr hubby ada kat umah saya akan memberikan khidmat saya sepenuhnya kepada beliau... almaklumlah... seorang isteri kan tempatnya di sisi suami..hehehe...

inilah suami saya... gambar ni di ambil pada tahun 2008, sambutan hari raya di rumah kami..ermph... tetiba teringatkan raya la pula.. puasa belum..raya nak celebrate dah..hahahaha...

masa ni celebrate birthday anak kami dan sambutan hari raya..... yelah... anak kami lahir seminggu sebelum ramadhan... jadi 6 tahun dia celebrate birthday masa raya...

this year je birthday dia dah terlepas raya... hehehe... last year pun last syawal... so this year tak jumpa deh...
berbalik kepada citer mr hubby saya.. dia ni sorang yang kelakar, peramah, baik hati dan penyayang walaupun dia tak suka tunjuk kasih sayang depan orang ramai... 

tapi pada saya, dia seorang yang romantik.. dan hanya saya yang tahu keromantikan beliau..hahaha...of course la kan.. coz i am his wife....

ok la... lain kali kita share lagi citer k... mr hubby minta urut kaki... sengal la...hahaha....ye la.. sengal pun sengal la yang yerk... memula kaki... pastu tangan..pastu badan...uish...sengal pun bole jangkit erk... hahahahhahaha....

Aktiviti 6 hari yang indah...

Assalamualaikum,sangat sibuk lately ni... tapi ingin berkongsi rasa...

6 hari dalam tempoh 2 minggu ini saya sibuk mengadakan ceramah di kawasan Benut.. antara sekolah yang saya lawati ialah SK Tg Ayer Hitam, SK Seri Bugis, SK Benut, SMK Benut, SK Senang Hati dan SK Seri Anom.

Tak lama pun, saya hanya diberi masa 1 jam sahaja. Biasanya lajak dari masa yang diberikan kerana banyak soalan yang dikemukakan. Ada satu sekolah tu, beri hanya 40 minit, apabila saya mula bercakap, sampai tempoh 40 minit, saya berhenti. Tetapi mereka minta saya sambung semula hingga akhirnya masa 40 minit tu menjadi hampir 2 jam.

Alhamdulillah walaupun gurunya tak ramai,memandangkan sekolah mereka itu agak berdekatan, jumlah guru antara 10-14 org bagi sekolah rendah..hanya sekolah menengah yang ramai..

Saya amat teruja, walaupun distance agak jauh. Saya sangat gembira apabila dapat membantu mereka yang memerlukan. Dan paling menggembirakan, setiap sekolah membekalkan nama anak yatim dan meminta saya membuat semakan samada anak yatim itu layak menerima pampasan Perkeso atau tidak.

Dan alhamdulillah ada 6 orang anak yatim bakal menerima pampasan Perkeso kerana mereka layak. Dan jumlah tunggakan yang bakal mereka perolehi itu agak besar. Senyum sampai ke telinga apabila berjaya membantu mereka ini. Inilah dia antara sebab kenapa saya suka dan gembira dengan kerja yang saya lakukan ini.

Ye, kerja ini memang ada upahnya. Kita tak bekerja makan gaji, tapi kepada hasil penjualan wasiat. Betul,disamping saya membantu mereka, saya juga memperolehi bahagian saya.Terus terang saya katakan, untuk kerja 6 hari ini saya mampu mendapat gaji sebulan seorang eksekutif, yang terpaksa bekerja 5 hari seminggu, 8 jam sehari. Berbeza dengan saya, berceramah hanya memakan masa 40 minit hingga 1 jam sehari. Mengapa? kerana itu adalah akad yang saya terima semasa menandatangani perjanjian dengan syarikat saya.

Tetapi, untuk kes Perkeso tiada upah diterima. Tapi saya tetap suka bercerita tentang Perkeso, bukan kerana upah tetapi kerana tanggungjawab sosial saya terhadap masyarakat.

Ini kerana tak ramai orang tahu tentang fungsi Perkeso ini. Saya yang tahu, wajib bagi saya menyebarkan kepada mereka yang tak tahu.

So guys,saya bercerita itu dan ini kerana saya ingin berkongsi kepada anda semua, dengan harapan melalui pembacaan ini anda dapat menyebarkan kepada mereka diluar sana tentang perkara yang anda tahu....

Ingatlah..apabila kita meninggal dunia, hanya tiga perkara yang akan kita bawa:

1. Doa anak yang soleh dan solehah
2. Sedekah jariah
3. Ilmu yang dimanfaatkan...

so..renung renungkan dan selamat berkongsi...



Saturday, July 23, 2011

Majlis Menyambut Puasa....

Assalamualaikum....ermph...banyaknya jemputan sempena sambut bulan ramadhan yang mulia ni...malam ni je kat umah mertua saya ada buat majlis kesyukuran sambut ramadhan.... malam tadi kat umah adik ipar dan my best friend...kekenyangan....

Seronok bila menghadiri majlis macam ni sebenarnya...tapi yang tak seronoknya mr hubby tak dapat join..sibuk dengan tugas yang menanti tak henti henti....

Ermph....harapnya ramadhan tahun ini memberi keceriaan berpanjangan buat kami semua....tahun lepas tomei saya berjaya mengharungi ramadhan dengan tenang dan sabar....

Jurnal kehidupan kami ini melalui pelbagai fasa dan penuh warna warni...benarlah kata orang,anak anak ibarat kain putih....kita yang mewarnainya....tomei saya dah 7 tahun...selama 7 tahun ini dia mewarnai hidup kami...teringin nak anak lagi...apakan daya Allah belum berikan rezekiNya lagi buat kami....saya memang teringin nak anak perempuan...gegirl...kalau lah ada...alangkah indahnya hidup ini... Nama pun saya dah sediakan....hehehe...really exicted...

Ermph....saya redha....kena usaha lebih lagi...mujurlah ada sorang....kalau tak...tak tahu nak salahkan siapa yang mandul...alhamdulillah...yang sorang itulah penawar dan racun..dialah bulan dan bintang saya...dialah madu dan racun....

Mujurlah mr hubby pun tak berapa kisah....tapi saya yang sangat2 kisah kerana saya takut melahirkan anak diusia tua...kalau boleh biarlah masa muda ni...yelah...takut jarak umur tu...

Kalau ikutkan, kami dah ada 3 orang cahaya mata... tapi malangnya 2 kali tu saya keguguran...

Tak apalah....dah takde rezeki...insyaAllah...akan kuusahakan....hehehe....

Friday, July 22, 2011

gelihati dengan citer mr hubby......

Assalamualaikum... ermph.. pagi ni saya sangat gembira... kelakar... dan gelihati saya...

kenapa..? mr hubby ada citer pada saya tentang seorang kawan dia... seorang kawan perempuan.. berdetik juga rasa cemburu pada mulanya... tetapi setelah beliau menghabiskan cerita beliau itu, saya tertawa gelihati...gelihati apabila mr hubby yang biasanya cool tiba tiba naik angin bercerita tentang kawannya itu...beliau kata kawannya ni GEDIK...TAK TAHU MALU...MUKA SEPOSEN... dan TAKDE HARGA DIRI...

ermph... dasyat la juga bunyi ayatnya itu... tapi setelah mendengar penjelasan beliau, maka saya tak salahkan mr hubby... biasalah.. perempuan zaman sekarang ni, susah nak cari yang JUJUR.. perempuan yang dikenali beliau di bengkel kawannya... uish... mulanya rasa cemburu.. tapi bila dia bercerita, gelihati pula..."perempuan perempuan  tu semua setakat kawan biasa... ibarat touch n go..."

apa yang gelihati..? biarlah hanya kami yang tahu... hehehehe....

apa yang penting... sebaris ayat yang di ucapkan itu mampu membuat saya tersenyum sepanjang hari ini...

"kalau abang tak sayang...tak cinta... takkan la abang kawin dan setia sehingga hari ini? memberikan zuriat dan menjadi SUAMI...bukan senang lelaki nak pegang gelaran SUAMI ni....kasih sayang tak perlu diucap...cukup kita sahaja yang tahu.."

Wednesday, July 20, 2011

Sangat sibuk dan sangat teruja....

Assalamualaikum.... ermph... outstation last week memberikan impak dalam kehidupan saya.... saya menjadi lebih bersemangat... lebih teruja dalam menjalani kehidupan sehari hari....

dapat mesej dari seseorang minta saya upload blog... bukan tak mahu upload..tapi kesibukan saya menghalang saya untuk bercerita tentang kehidupan yang amat amat menyeronokkan lately ni... ermph....hari ni berkesempatan apabila mr hubby kerja di tongkang pechah..so, sementara menanti kepulangan insan yang disayangi ini, sambil mencuci baju(guna mesin aje je)...sempatlah saya mengetik ngetik lappy yang hanya digunakan untuk membuat ceramah ini...(almaklumlah..semenjak guna bb ni...jarang on9)...hehehe...

last week saya outstation ke KL... mr hubby lak ke pulau tioman... no..no..no... bukan kerja wokey... tapi mencandat sotong serta memancing...itu ialah aktiviti sampingan mr hubby di waktu beliau tak sibuk....


alhamdulillah...rezeki Allah untuk mr hubby... inipun setelah dibahagi bahagikan kepada 8 orang... kerana mereka pergi berlapan...



seperti biasa, mr hubby minta saya masakkan sotong goreng tepung.... dua ekor ni pun banyak sangat... tapi kerana sedap sangat....tak lah banyak rasanya..hehehe....panjang betul sotong ni....


ni antara ikan yang ada... sedikit dari biasa..tetapi..alhamdulillah... alhamdulillah... kebetulan esoknya mr hubby terlantar sakit... mungkin kerana cuaca tak menentu...demam dan sakit tekak dibuatnya... so... masak lah saya bubur untuk mr hubby tercinta... mujurlah dapat ikan cermin..so... masak singgang..sedap sangat... mr hubby memang tak suka makan ikan singgang.. tapi hari ini, dia makan dengan seleranya... sangat sedap... (masuk bakul angkat sendiri)..hehehe.... memang sedap... ini kerana saya masak dengan penuh kasih sayang...chewah....


di celah celah sotong tu.. ada jugak sotong besar ni...sotong kembang...atau sotong katak...geli sangat... so... saya minta suami bawa balik kampung ajelah...saya tak terpegang...lendirnya...pergh...geli ....hahaha...mr hubby lak, suka kacau..dah tau saya geli...lagi suka dia mengusik saya....


hahahaha... lagi dia tunjuk sotong lembik ni...dan saya...ambik gambar ni untuk tunjukkan seluar mr hubby yang dia suka sangat longgok kat atas lantai... hihihihhi.....ginilah dia....balik mancing semua barang dia longgok... barang mancing.... tong ikan... nasib baik saya balik cepat...boleh lah masak untuk dia....

walaupun penat... tapi untuk mr hubby tercinta dan anak yang amat dicintai, saya sanggup...kalau ikutkan memang penat sangat, yelah balik dari KL sampai petang tu.....terus ambik tomei saya dan balik Kulai.... then...terus je mengemas dan menggosok baju tomei saya....10 pasang...sekolah kebangsaan dan sekolah agama... ermph..penat..tapi dah tanggungjawab kan..? then hari isnin jam 10 pagi meeting ALP kat opis... huish... penat... penat otak..hehehe... balik meeting terus ke SK Desa Skudai kerana appointment yang ditetapkan a week before... 

berpusing pusing macam gasing...tapi tetap bersemangat dan teruja... petang tu, mr hubby telefon bagitau yang dia balik lambat... saya juga balik lambat... masak ala kadar... sedang menyuap tomei saya, mr hubby pun tiba... ingatkan dia sampai malam... boleh la merehatkan diri kejap... tapi dia "surprise" kan saya... dan saya memang ter "surprise" pun... hehehe.... 

gambar yang di ambik di atas tu setelah kami membahagi bahagikan sedikit bahagian sotong itu kepada jiran jiran kami...yelah...sebab mr hubby balik awal, maka jiran2 yang sedang sibuk berbual dan berkebun di depan rumah nampak tong ikan yang mr hubby turunkan... adat berjiran kan... gitulah... sikit sama sikit merasa... banyak kita kongsikan bersama... :) 

ok la... enjoy ye dengan citer ni... saya nak merehatkan diri jap...insyaAllah jika ada kelapangan pasti saya upload citer baru kami......



Saturday, July 16, 2011

I love what I do.......

Assalamualaikum, hari ni entry berbeza dengan entry sebelum2 ini kerana saya ingin membuat perubahan dalam hidup.... bole gitu...?

Saya sangat...sangat.....sangat suka dengan apa yang saya lakukan.... saya mencintai kerjaya saya....saya sangat bersyukur dikurniakan suami yang sangat baik dan menyayangi saya dengan sepenuh hati... saya sangat bersyukur dikurniakan seorang anak yang sangat sangat baik dan comel....

Terima kasih Ya Allah kerana memberi saya peluang dan kesempatan untuk menikmati keindahan pemikiran dan pengalaman yang amat amat manis dilalui sepanjang perjalanan merentasi garisan hayat ini sebelum menjadi mayat.......

Tuesday, July 12, 2011

padah cinta laki orang....

Assalamualaikum,hari ni bawa tomei saya buat full medical checkup di puteri specialist, sementara menunggu lama...mr hubby beli harian metro..saya ni jarang baca paper....so bila mr hubby beli tu,tumpang baca sekaki...sambil membaca, saya mengomel sendirian...marahkan isi kandungan yang ada.... mana taknya kalau sehari hari kita dihadap dgn berita yang kurang senang di baca...kerana itu saya tak suka baca suratkhabar..demoralised....di satu sudut pula,membaca akhbar perlu kerana perkembangan isu semasa...kalau tak jadi la kita katak di bawah tempurung.....

Tertarik dengan satu artikel di mukasurat 24  kalau tak silap....PADAH CINTA LAKI ORANG.....

Saya baca kuat kuat dan saya bagi komen...hahaha....merah telinga mr hubby... coz why...? tercabar KELAKIAN dia bila kaum sejenis dia disensasikan ceritanya....

Tapi itulah kenyataannya, kebanyakan perempuan yang masih belum kahwin dan bercinta dengan laki orang ini memang muka tak malu... dahlah laki orang dia goda, ada yang tanpa segan silu menyalahkan pihak isteri kerana suami 'makan' luar...sedangkan perempuan bodoh itu tak tahu kisah sebenar dan hanya mendengar cerita dari satu pihak sahaja...

Dan yang paling bangang sekali, percaya jika si laki orang itu mengaku DUDA atau masih BUJANG... sedangkan ada banyak tempat yang boleh dirujuk antaranya di Jabatan Agama Islam....pergilah check samada dia duda ke bujang ke... tulah dia... bodoh tak boleh di ajar, pandai tak boleh dilentur...teremosi dengan cerita itu buatkan suami saya ketawa sambil menggosok gosok tudung saya.... tomei saya yang cemburu pun minta sama di gosok gosok kepala dia.....terganggu jap omelan saya dek kerana gangguan mr hubby tu... dia memang suka kalau tengok saya emo... ada je dia mengusik.... tarik hidung la... cuit sana...cuit sini... ish.... nasib baik ada tomei... tomei saya pulak tak boleh tengok daddy dia bermanja manja ngan saya..cemburu... hehehehe........

Memang saya marah sangat bila ada perempuan lain yang melukai hati perempuan lain... tak berperikemanusiaan betul... apapun alasannya, yang patut disalahkan ialah perempuang miang itu... bertepuk sebelah tangan tak berbunyi...sekalipun laki orang itu menggatal, janganlah layan... kan banyak lagi lelaki bujang yang ada.. ini tak.. laki orang juga yang kau suka buat apa? Kau ingat laki orang tu nak tinggalkan bini dia ke untuk kawin dengan kau..? habis madu sepah dibuang la beb....kalau kau perempuan touch n go...mana ada lelaki yang nak...? lelaki hanya akan memilih yang dia rasa terbaik saja... yang lain lain tu hanyalah suka suka.... lagi lagi perempuan yang mudah sangat menggadaikan maruah diri.... ish....ish...ish....

lepas tu sanggup pula mengaku dah terlanjur....bodoh bin bangang... maruah kau tercalar kerana seorang lelaki yang hanya nak menggunakan kau semata mata.... kesian betul.....mana pergi maruah kau..? what u give u get back...kau buat rumahtangga orang porak peranda, esok lusa kau pula yang kena... dunia ni berputar la....

ok guys... agak kasar cerita hari ni... moral of the story, sapa yang terasa, maaf dipinta....it just luahan hati seorang perempuan......

Monday, July 11, 2011

maaf, terpaksa buang entry kisah sedih seorang isteri....

Assalamualaikum.... maaf ye, entry kisah sedih seorang isteri terpaksa dibuang bagi mengelakkan berlaku pertelingkahan rumahtangga antara suami dan isteri yang dinyatakan itu....ini kerana ada pihak yang cuba mensabotaj cerita tersebut dan memberi suami wanita itu setelah membaca dan meneka siapakah wanita itu... maaf ye sekali lagi... apapun, terima kasih kepada orang yang mensabotaj itu kerana suami wanita itu baru sedar yang dia telah mengabaikan isterinya yang baik hati...

Sunday, July 10, 2011

makan.....makan dan makan........

Assalamualaikum.... hari ni nak citer pasal makan.... dok berbual dengan seorang agent saya, dia kata akak ni selalu makan sana sini.. actually apa yang akak suka makan..? entahlah... pada akak, asal sedap je akak makan.. tapi akak memang suka makan...sebab tu akak semakin membesar... hahahaha...terlebih makan....tak mo cakap banyak.... tapi ini lah dia antara tempat yang akak suka pergi dan makan... jom layan...

kalau kat secret recipe ni suka makan chocolate indulgence... mr hubby suka makan cheese cake....tomei laks... belum ada favorite lagi...tapi dia suka makan nasi lemak....

kalau kat starbucks ni akak suka hot atau chocolate blended...sama dengan tomei, tapi suka topup cream... kalau mr hubby lak suka yang berasaskan kopi....suka sangat muffin kat sini... sedap sangat... kek pun ok....

kalau kat pizza hut, kami sekeluarga sepakat memilih pepperoni pizza...super supreme...chicken wings...soup dan kalamari rings... 

kalau kat kfc laks suka bebenor makan spicy...chicken wing and drumstick only.... yang lain mesti yang banyak tulang... cheezy wedges...nasi ayam dan burger kalau tomei....

kalau kat sini lak suka sangat makan mee hoon tomyam... nyum...nyum....

kalau kat sini pula, paling suka chicago cheese cake....tapi hot chocolate dia tak leh lawan kat starbucks...

kalau kat golden oven, selalu tempah kek dia... sangat sedap.... selain itu, hot dog bun dia pun sedap.....


kalau kat benafe village lak suka sangat makan western food dorang...selain dari nasi arab....dan crab.... sedap wooo.....western food yang sedap gak dekat mama chop papa grill taman u... kat situ pun bole tahan...

kalau steamboat...dulu dulu saya dan mr hubby selalu sangat makan kat hanamasa yakiniku kat kebun teh... tapi sekarang... yang dekat jalan kg melayu ke larkin perdana tu... tapi tak tau la nama dia.... kat kulai pun dah ada satu tempat... ok la...

kalau seafood laks, masa muda mudi dulu...hari hari saya dan mr hubby berdating sambil makan di stulang laut... dekat dengan the zone tu... selalu nya makan kat corner lot tu..tapi lupa la nama dia.. yang ingat ada la dekat2 namanya sayam.... kat situ la tempat kitorang makan...first date dan sebagainya... hehehehe....

tempat kedua di gelang patah, saujana... saya dan mr hubby akan kesana kerana disitulah tempat kami menikmati keindahan alam ... melihat matahari tenggelam sambil makan makan disana.....

tempat ketiga di area kulai aje....

dan sebenar benarnya, kami lebih suka makan dirumah... saya masak dan dibantu oleh suami tercinta dan anak yang tomei.... bila tak berkesempatan aje kitorang makan kat luar.... 

mr hubby paling suka saya masak udang sambal... kari ikan...sotong goreng tepung...asam pedas....pendek kata dia paling suka saya yang masak....kalau dulu dia suka saya masak sup tulang...tapi sebab dia ada masalah perut, maka sup tulang dia cuma makan kuahnya sahaja.....

selain tu dia juga paling suka makan pengat.... selalunya dia suka sejukkan dalam esbox... hehehe....

apapun.....makan tetap makan...walaupun dimana sahaja...hehehe.........kita takkan mati kerana tak makan...tapi mungkin kita mati kerana terlebih makan....hahahaha......






Memilih sahabat....

Dalam memilih sahabat, hendaklah kita mengambil kira beberapa perkara...hasil pembacaan disini dapat saya simpulkan disini dan saya suka akan sebuah nasihat...nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya:

Pertama
Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat
Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima
Sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia. Jangan lah sampai kita tersalah memilih sahabat, buruk padahnya...

Kata Imam Ghazali:
Di dalam memilih sahabat hendaklah engkau perhatikan syarat-syarat bersahabat. Maka jangan engkau bersahabat kecuali dengan orang yang layak untuk dijadikan sahabat. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. bersabda: “Seseorang itu mengikut agama (cara hidup) sahabatnya,oleh kerana itu hendaklah seseorang itu melihat terlebih dahulu siapakah yang patut dijadikan sahabat. Maka apabila engkau mahu mencari sahabat yang engkau jadikan dia sebagai sahabat di dalam menuntut ilmu dan di dalam urusan agamamu dan duniamu,maka hendaklah engkau engkau pastikan ada 5 sifat ada pada orang tersebut:

1. Orang yang berakal
Tidak ada kebaikan bersahabat dengan orang yang bodoh,kerana akibatnya akan membawa kepada permusuhan dan menyakitkan hati dan paling baik yang engkau dapatkan daripadanya ialah engkau terselamat dari mudaratnya ketika dia berusaha untuk memberi manfaat kepadamu. Kerana musuh yang berakal itu lebih baik daripada sahabat yang bodoh. Bersahabat dengan orang yang kurang berakal juga tidak dapat membina atau menambah baik kepada kita tetapi kita tetap wajib berbaik-baik dengan mereka.

2. Orang yang baik akhlaknya.
Maka janganlah engkau bersahabat dengan orang yang jahat perangainya iaitu orang yang tidak dapat mengawal dirinya ketika marah dan ketika dia dirangsang oleh nafsu syahwatnya.

Begitulah juga dengan orang yang suka mengumpat potpet-potpet sana sini seperti mami jarum, orang yang percakapannya tidak baik dan orang yang selalu mengajak kepada keburukan dan perkara yang melalaikan.

3. Orang yang soleh
Jangan engkau bersahabat dengan orang yang fasik yang selalu mengerjakan dosa yang besar, kerana orang yang tidak takut akan Allah itu tidak mengesali dalam membuat dosa yang besar dan orang yang tidak takut kepada Allah tidak dapat dipercayai sepenuhnya. Bahkan pendiriannya tidak tetap selalu berubah-ubah mengikut keadaan dan tekanan. Maka jauhi dari bersahabat dengan orang yang fasik kerana berterusan melihat perkara-perkara yang fasik dan maksiat itu akan menghilangkan kebencianmu terhadap maksiat tersebut lalu akhirnya engkau merasa ringan hal maksiat dan akhirnya terturut melakukan maksiat.

4. Jangan bersahabat dengan orang yang tamak dunia.
Jangan engkau bersahabat dengan orang yang tamak dunia,kerana bersahabat dengannya adalah racun yang dapat membunuh. Tabiat itu cepat sekali mempengaruhi tabiat yang lain dan perangai yang baik cepat sekali berubah menjadi jahat,sekiranya kita tidak menyedarinya. Maka suka bersahabat dengan orang yang tamak pada dunia akan menambahkan tamakmu terhadap dunia. Bersederhanalah. Kesenangan dunia hendaklah dicari tanpa meninggalkan amalan untuk bekalan akhirat.

5. Orang yang benar
Jangan engkau bersahabat dengan orang yang pendusta,barangkali dia akan menipu engkau. Berbohong adalah tabiat buruk yang dicela agama dan tidak disukai oleh siapa juga.

Dengan memilih sahabat yang baik diharapkan kita akan juga menjadi baik.Jika sahabat orang yang sering melakukan dosa, dikhuatiri kita akan turut berdosa kerana membiarkan mereka membuat dosa atau meredai perbuatan mereka atau membiarkan kemungkaran tanpa menegahnya. Jika kita mendengar orang mengumpat, kita tidak menegahnya, apalagi kalau kita tumpang tokok, bermakna kita memperolehi dosa percuma!

Berusahalah menjadi sahabat yang baik agar kita akan mendapat sahabat yang baik juga... the more u give.. the more u get... jangan jadi GUNTING DALAM LIPATAN.... mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain dan MEMANIPULASIKAN CERITA UNTUK KEPENTINGAN DIRI......ingat... ALLAH MAHA MENGETAHUI DAN MAHA MELIHAT...

Sekian untuk pedoman dan panduan kita semua... ... .wasallam


terima kasih.....

Assalamualaikum... ermph....semenjak saya upload entry semalam... ada banyak feedback yang saya dapat.....ramai yang call dan menyatakan perasaan masing masing... dan ada yang ingin tahu siapakah wanita malang itu..adakah kenalan mereka atau siapa dia..?ada yang sedih...ada yang minta nombor telefon wanita itu untuk dibantu.... ada yang geram dan sebal dengan sikap suami wanita yang di aniaya itu...dan macam macam lagi... gelihati pun ada...

Saya cuma share citer wanita itu bukan untuk meraih simpati atau apa...tetapi sebagai luahan hati seorang isteri yang teraniaya....sekurang kurangnya dapat meringankan beban yang ditanggung wanita itu... maaf ye, dia tak mahu meng exposekan dirinya kerana dia tak perlukan simpati sesiapa pun.. dia yang memilih jalan hidupnya begitu....Apa yang ingin dikatakan wanita itu hanyalah ucapan....

Biasanya kata terima kasih sering kita dengar ketika mendapatkan sesuatu yang kita inginkan dari seseorang... atau pun sebentuk bantuan yang kita lakukan untuk orang lain atau pun yang orang lakukan untuk kita..

sekarang ini sebahagian ramai orang yang segan untuk mengucapkan terima kasih kepada seseorang yang telah membantu kita. Bantuan itu bukanlah semata mata nampak sahaja, salah satu bantuan ialah kelegaan yang di rasai oleh si wanita itu...marilah kita sama sama berdoa untuknya agar dia mendapat keredhaan ilahi serta supaya suaminya sedar yang isterinya itu amat menyayangi serta berharap yang dia akan berubah satu hari nanti.....

sebenarnya kata terima kasih itu mudah untuk di ucapkan. tapi sebahagian orang sukar melafazkannya.... anyway, terima kasih kepada semua.... doa kalian akan membantu wanita itu meneruskan kehidupan yang lebih baik.....


Friday, July 8, 2011

makan besar di senibong....

Assalamualaikum.... sementara menunggu mr hubby balik ni, sempat la gak saya upload barang satu dua citer untuk menghilangkan habuk habuk yang ada.....fuuhhh....fuhhh.... hehehehe.....

jom layan gambar masa kami makan di senibong... ermph.. ok la.... just like like... but still fine.... maklumlah...orang belanja... terima kasih kepada orang yang open table yerk... lain kali ajak lagi.... murah rezeki....


sebahagian keluarga saya..... yang lain tak suka bergambar... no paparazi...hahaha... terutama my lovely hubby... tak suka...tak suka.... dia kata glamer sangat...


slurp... black pepper... sedap.....


sesi tawar menawar antara adik ipar dan abang ipar.... tingginya suami saya....


abang ni pun nak enter frame... hahahaha... mr hubby kata... ambik je yang... masuk facebook awak... hahahaha....


mr hubby sedang khusyuk mendengar penerangan awek tu.... ikan apa nak pilih...masak apa.... mr hubby la orang yang selalu order.... apapun, saya makan je apa yang dia pilih.... tak cerewet.....


ikan ni kalau kat umah, mr hubby soh goreng tanpa buang sisik banyak2 coz macam keropok....


mr hubby kata...awak je yang ambik gambo orang...meh abang ambik lak gambo awak lak.... layannnnzzz....


masa ni gambo curik dari adik saya.... masa ni dorang nak ambik gambo masa mr hubby kopekkan kacang dan suapkan dalam mulut saya....tapi tak sempat... malu ahhhh.....


nakal betul mr hubby saya..... soh ambik gambar tapi dia kacau... kerang sambal ni bolehlah rasanya....


udang goreng nestum ni sedap juga rasanya.....


kailan ikan masin, favorite mr hubby.....


ketam ni memang sedap......


ikan 3 rasa....


gagah perkasa mr hubby saya... dia yang tolong kopekkan ketam....dan saya dan tomei hanya makan saja... hihihihihi.....


kerang rebus ni pun favorite mr hubby.....


sambal sotong... boleh la rasanya.... tapi mr hubby kata tak boleh lawan sotong goreng tepung yang saya selalu masak.....bangganyaaaaaa.....


inilah dia mr hubby saya yang nakal..... gambar ni gambar dekat...maklumlah... tak mo duduk jauh jauh dari dia....sebab saya dok sebelah la senyum sampai ke telinga ye sayang...


mr hubby tanya..Ma, awak tengok ikan ni awak ingat apa..? saya jawab... BIBIR... hahahahaha.... itukan nama pertama dia yang saya kenal..... 


orang terakhir habiskan makanan ialah mr hubby.... kitorang yang paling last habis.... coz sambil  berbual... ketawa dan bercerita dari satu bab ke satu bab..... bestnya... dan kelapa tu pun sedap sangat.... lembut isi dia....dan yang paling penting... licin makanan kita....

to adikku yang tersayang terima kasih kerana sudi celebrate birhday mr hubby kak ima walaupun terlewat.... yang penting ingatan pada dia tu yang paling penting........

next time belanja lagi ok.....

Monday, July 4, 2011

raziQ tomei di wardkan......

Assalamualaikum...malam tadi mr hubby bergegas pulang bila saya bagitau tomei kami muntah2.... takut saya dibuatnya.... mr hubby ni sangat rapat dengan tomei kami walaupun dia selalu berjauhan atas tuntutan kerjaya beliau ni... malam tadi bila dia dapat tau tomei saya muntah2 dia terus balik... dan dia yang menjaga tomei dan saya...tomei tidur dilengan kirinya dan saya pula di tangan kanannya... tomei ambik tempat saya... hehehe... takpe ada lagi sebelah tangannya.... boleh lah share...hahaha....

berbalik pada cerita tomei saya, bila dah 2 kali cadar ditukar kerana dia muntah tak masuk muntah atas lantai dan berkecah di bilik air,menangis tak henti henti jadi kami berbincang  dan mengambil keputusan untuk membawa tomei kami ke puteri specialist... jam 5.20 pagi kami keluar dan setelah diperiksa, doktor minta tomei kami direhatkan di hospital.. maka sukalah dia apabila tak perlu ke sekolah.. hehehehe...

raziQ tomei baru sampai dengan baju tidurnya..... muka serius je tunggu doktor datang...


kesian sangat masa ni... dia tertidur selepas di inject dan dipindahkan ke wad....


selepas tersedar...pada masa ni gelihati pun ada... tomei tanya... kita kat mana ni mom...dad..? hari tu masa swimming raziQ cakap ngan mummy nak gi puteri specialist... hari ni raziQ dah masuk sini lagi... raziQ ingat raziQ mimpi je...


walaupun sakit..makan tetap makan...hehehe.......

sedap mum... dad...

daddy kepenatan selepas semalaman tak tidur... kini dia pulak tidur..mum kena jaga...


puas tersandar... terlangkup pulak.. soh naik katil tak mo.... malu.. hehehe.......


botol ke dua... ish lena sungguh daddy sampai tak sedar  nurse tukar botol air... penat sangat.. sabo ye sayang... 

Wanita Mulia...

Assalamualaikum... sharing is caring....

tengah dok membelek belek email yang ada... berkenan dengan 1 email yang masuk ni.... email berkenaan dengan seorang wanita yang harus dijadikan contoh kepada kita semua...

........ Fatimah selalu bekerja keras di rumahnya. Dia selalu menggiling gandum menjadi tepung dengan menggunakan batu. Pekerjaan ini membuat tangannya memar, akan tetapi dia tidak pernah berkeluh-kesah.

Ayahandanya, Nabi Saw dapat melihat betapa kerasnya dia bekerja. Suatu hari Nabi Saw berkata bahawa beliau akan memberikan sesuatu yang akan membantu meringankan pekerjaannya. Nabi Saw berkata bahawa apa yang akan diberikan kepadanya adalah lebih baik daripada dunia beserta isinya.

Tahukah kalian hadiah apa yang diberikan oleh Nabi? Nabi menunjukkan bagaimana Zahra dapat bertasbih. Beliau berkata bahawa setiap habis salat, dia harus melafazkan:

Allahu Akbar - (Allah Mahabesar) - 34 kali
Alhamdulillah - (Segala puji untuk Allah) - 33 kali
Subhanallah - (Maha Suci Allah) - 33 kali

Sayyidah Zahra sangat senang menerima hadiah khusus ini. Dia senantiasa melakukan Tasbih setiap selesai menunaikan salat dan Tasbih ini kemudian lebih dikenal sebagai Tasbih Fatimah.

Solat adalah ibarat sebuah kesuma yang indah dan Tasbih Sayyidah Fatimah memberikan bunga yang cantik ini aroma yang semerbak. Sehingga setiap mengerjakan salat kita harus membaca Tasbih Sayyidah Fatimah ini karena kita ingin salat kita seperti sebuah bunga yang indah dengan aroma yang semerbak.

Mutiara Hadits Nabi Muhammad Saw ihwal Sayidah Fatimah As:
“Sebaik-baik wanita yang pernah diciptakan Allah di dunia dan akhirat adalah Fatimah Ia adalah penghulu wanita di Surga.”(Sahih Bukhari dan Muslim)

Seronok sangat.... terima kasih kepada pemberi email tersebut... sharing is caring......

Berbalik kepada topik wanita mulia ini...

pagi tadi dok berbual ngan mr hubby masa on the way balik dari hospital... citer tentang seorang perempuan yang menjalinkan hubungan dengan suami orang...kiranya kes study la ni...citer ngan mr hubby masalah yang perempuan tu hadapi dan bagaimana nak solvekan problem dia..just minta opinion dia la... mana la tau boleh memberikan idea pada saya untuk menyelesaikan kes wanita itu...

masih ada perempuan  murahan yang sanggup merampas kebahagian perempuan lain... perempuan yang mulia ditakdirkan untuk lelaki yang mulia... sejahat mana lelaki itu, kalau perempuan itu perempuan yang mulia maka lelaki yang jahat sejahat  jahatnya boleh berubah menjadi mulia...

biasanya lelaki ni kalau dia dah berkahwin, bermakna pilihan yang dia buat itulah yang terbaik... maka kalau pilihan terbaik bukan mudah untuk dia lepaskan macam tu je... so.. sedikit sebanyak... i'm proud to be his wife... dia pilih saya... maknanya saya yang terbaik...hehehehe...(perasan) hahaha......setiap jawapan yang dia berikan sedikit sebanyak mencerminkan apa yang ada di kotak fikiran dia....

dan paling teruja bila dia memberikan pendapat yang paling bernas... bagitau kat perempuan tu, kalau dia nak selamat kat dunia, dia kena rahsiakan apa yang dia lakukan tu...tapi dia takkan terlepas dengan hukuman Allah.. kat dunia lepas la.. kat 'dalam' sana..? tepuk dada tanya iman....

ima...hidup kan perlu berpasang pasangan..? bimbing membimbingi..?barulah harmoni rumahtangga...abang ni selalu takde kat rumah, jadi tugas awak lah yang gantikan abang... walaupun abang takde kat sini, abang tau ima mampu bimbing raziQ jadi manusia yang baik dan beriman....

sedih pun ada bila dengar dia cakap macam tu... anyway saya sangat menyayangi mr hubby... sebelum tidur saya selalu ucapkan..."maafkan ima bang dan ima maafkan segala perbuatan dan kesilapan abang pada ima... harapan ima abang akan sedar dan kembali ke pangkal jalan jika abang tersesat...ima harap abang menjadi suami yang soleh dan mampu membimbing dan mendidik ima serta anak kita menjadi insan yang diredhai di dunia dan akhirat.."

lengan mr hubby ialah 'bantal' saya taktala tidur... 'payung' saya taktala saya perlukan payung untuk bernaung...dan 'penyelamat' yang selalu ada dikala saya kesusahan... melihat wajahnya yang redup itu menenangkan hati yang gundah gulana...usapan tangannya mampu memberi kekuatan buat saya apabila saya dalam keadaan lemah dan tidak berdaya dan suaranya mampu menyuntik semangat saya ketika saya dalam keadaan lemah...

hehehehe...jiwang pulak kan..? bukannya apa... seharian kat puteri specialist takde koje... inilah kojenya...wakakakaka.....


tengok tasbih ni teringat hadiah yang mr hubby bagi... tasbih... bezanya warna yang mr hubby ialah warna coklat....tasbih kesayangan saya ini disimpan rapi.... semakin lama saya gunakan tasbih ini, semakin berkilat warnanya...dan mr hubby kata, itulah dia cahaya keikhlasan...hehehehe.... dia soh saya gunakan selalu kerana dia juga dapat tempiasnya....


inilah dia mr hubby yang tercinta itu... walaupun saya telah berubah dari segi perubahan fizikalnya...yang dulu kurus menjadi demuk... hahaha... kasih sayang mr hubby tak pernah berubah... tak pernah tercuit... bahkan semakin mendalam..seperti badan yang semakin menggemuk..hahahaha..... inilah gambar terbaru kami... masa bercuti bersama di terengganu baru baru ini... bercuti sambil bekerja... masa ni baru balik dari bekerja.. muka penat dan berminyak... anyway... mr hubby nak gak ambik gambo...

semoga hubungan kami ini berkekalan hingga ke akhir hayat... amin...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...