Tuesday, October 22, 2013

Takutnya Tibi...


Assalamualaikum dan salam sejahtera... Hari ni dikejutkan dengan berita dari doktor kawasan Kulai diserang TIBI dan Denggi tertinggi... Kebetulan saya batuk dah lebih dua minggu... Doktor minta saya buat saringan awal bimbang jangkitan Tibi... Rasa sangat down dan tetiba takut... Terus buat research tentang simptom penyakit berkaitan tibi... Batuk kering... Tiroid..tonsil dan paru paru...  Sebab itu antara yang doktorsebut tadi... 

 

APAKAH PENYAKIT TIBI?
* Tibi adalah sejenis penyakit berbahaya yang membawa maut jika tidak dirawat.
* Ianya disebabkan oleh kuman Tibi.
* Kuman Tibi biasanya menjangkiti paru-paru tapi boleh juga menyerang organ-organ badan yang lain seperti tulang, otak, kulit, kelenjar, buah pinggang dan sebagainya.

Statistik WHO

Menurut statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), hari ini terdapat lebih kurang 20 juta kes tibi aktif di seluruh dunia. Penyakit ini dikatakan menjangkiti antara 50 hingga 100 juta penghuni dunia terutama kanak-kanak secara tahunan.


3 juta kematian berlaku setiap tahun disebabkan penyakit jangkitan tibi dan 80% daripadanya melibatkan negara-negara membangun. WHO juga menyatakan hampir 26% kematian di negara dunia ketiga boleh dielakkan sekiranya pesakit tibi mendapatkan rawatan sewajarnya.


Apakah punca utama penyakit yang sudah wujud sejak zaman kuno ini terus bertahan? Bagaimana pula peranan kita dalam usaha untuk memastikan penyakit ini tidak lagi menjadi antara pembunuh utama penyakit berjangkit ini?



Organ serangan
BAGAIMANA PENYAYIT TIBI MEREBAK?
* kuman Tibi di sebarkan melalui udara.
* Pesakit Tibi akan mengeluarkan berjuta-juta kuman Tibi ke udara ketika bersin atau batuk.
* Orang yang menyedut udara tercemar dengan kuman Tibi akan berisiko untuk dijangkiti penyakit Tibi.
TANDA-TANDA PENYAKIT TIBI
*Batuk berterusan Iebih dari 2 minggu
*Kahak berdarah
*Demam dan berpeluh di sebelah petang dan malam
*Hilang selera makan
*Susut berat badan
*Sakit dada apabila menarik nafas atau batuk
*Mudah Ietih.
BAGAIMANA MENGESAN PENYAKIT TIBI
*Jika anda mengalami tanda-tanda yang disebutkan, anda perlu melakukan pemeriksaan berikut:-
*Pemeriksaan doktor
*pemeriksaan kahak untuk pastikan kuman Tibi
*Pemeriksaan X-ray dada.

Pemeriksaan doktor
RAWATAN PENYAKIT TIBI
*Penyakit Tibi boleh dirawat dengan sempurna sekurang-kurangnya selama 6 bulan iaitu:-
*2 bulan pertama -makan ubat setiap hari
*4 bulan berikutnya-makan ubat 2 Kali seminggu
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN
*Memberi suntikan BCG kepada bayi yang baru lahir
*Segera ke hospital, jika mengalami batuk yang berterusan lebih dari 2 seminggu
*Sesiapa yang tinggal bersama dengan pesakit Tibi perlu melakukan pemeriksaan di klinik atau hospital kerajaan
*Memastikan rumah mempunyai pengudaraan yang sempurna
*Membiarkan banyak cahaya matahari masuk ke dalam rumah kerana cahaya boleh membunuh kuman Tibi.
*Mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang.
*Mendapatkan rehat yang cukup.
*Elakkan tinggal bersesak-sesak dalam rumah yang sempit
KEMUDAHAN KESIHATAN
*Pemeriksaan kahak dan rawatan penyakit Tibi boleh didapati secara
percuma di semua hospital dan klinik kesihatan kerajaan.
Kemudahan Kesihatan
FAKTA PENTING
*Penyakit Tibi tidak boleh berjangklt melalul makanan dan minuman.
*Penyakit Tibi bukan sejenis penyakit keturunan
*Pesakit Tibi yang telah menerima rawatan lebih dari 2 minggu, tidak lagi menjangkiti orang lain.
*Anda berpeluang untuk sembuh jika anda mematuhi rawatan yang disediakan.

Friday, October 11, 2013

Nafkah Isteri Selain Wang Yang WAJIB Suami Tahu..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

ermph.. saya upload spesifik cerita tentang nafkah buat isteri..nampak remeh tapi penting.. kebanyakan orang pandang remeh mentang mentang isteri bekerja.. ish.. ish ..ish...jangan la take for granted..

terjadi tau dalam dunia hari ini.. ini yang menyebabkan kita semua secara langsung atau tidak langsung berdosa sama.. mengapa upload? untuk tatapan saya dan semua.. kita sama sama belajar...

Adakah Gaji Isteri Yang Bekerja Menjadi Hak Mutlaknya?

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Haa... ini lagi cerita pasal nafkah isteri...

Ada sebab saya upload... hari ni ada jumpa seorang isteri yang bekerja tetapi duitnya disimpan dan digunakan sepenuhnya oleh suami... isteri yang tidak tahu hak sebagai isteri... malas nak citer panjang panjang jadi upload je la ceritanya...

mudah kan dengan teknologi masa kini...

Hukum Guna Duit Isteri Untuk Belanja Dapur

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Ini tambahan bagi cerita buat isteri.. nafkah yang selalu kita pandang remeh...

Kenapa saya masih kerja..?

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kenapa saya masih kerja? .. kenapa saya bekerja keras...? kenapa saya berusaha dan terus berusaha?..

ini jawapan saya...

Saya punya impian besar...
Saya nak tolong keluarga..
Saya nak kayakan mak abah saya...
Saya nak hantar mereka tunaikan haji...
Saya nak balas jasa mak abah saya yang dah besarkan saya dan beri pendidikan terbaik buat saya..

kalau nak jawab memang banyak sangat.. itu hanya sebahagian... sebahagian buat mak abah saya...

tengah tengok video ustaz azhar idrus.. ternampak pula video ni.. saya share tau.. ada kena mengena ngan topik kita hari ini.. hehehe... minta terasa semua..



Cerita hari ini...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni saya bawa klien pergi pejabat tanah atas urusan bicara pusaka.

Bukan senang tau... banyak kerja yang terpaksa dibuat untuk menyelesaikan kes pusaka tanpa wasiat...

Moral of the story, kita kena buat wasiat masa hidup.. senang bagi waris waris yang ditinggalkan kelak...

Meh kita lebih memahami kenapa kena sediakan dokumen penyediaan harta peninggalan..... sebelum nak bagi kat waris waris kena selesaikan hak si mati terlebih dahulu tau...

nak lebih faham sikit, meh tengok video di bawah ni... nanti kita sambung tau...

Bila aku takde suara...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

tajuk dia bukan lagu ni... bila aku sudah tiada.... hahaha... tapi bila aku takde suara... haishh.. seksa jiwa dan raga tau...

tetiba nak dengar lagu hujan ni.. ermph.. layan jap eh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...