Perasaan rindu tu tak salah kan..?
Bukan kita minta untuk merindukan dia.
Apatah lagi untuk dirindui semula.
Hanya Allah yang tahu kenapa perasaan ni tiba-tiba hadir.
Di saat hati mulai pulih untuk melupakan dan cuba meneruskan kehidupan tanpa dia.. di saat itulah bayangan dia muncul semula...
Kenapa perlunya semua rasa-rasa ini...
Untuk apa semua rasa-rasa yang hadir ini...
Aku tahu aku seorang yang kuat..
Aku tahu aku boleh tempuh semua ini.
Siapa yang lebih memahami hati ini selain diri aku sendiri dan juga Allah.
Orang selalu kata "Sabar itu Manis".
Semoga aku akan dapat kemanisan itu..
Setiap orang akan ada sesuatu yang dia simpan.. akan ada setengah perkara dia sembunyikan dan ada setengah perkara dia akan kongsikan.
Walau sekerap mana kamu melihat dia tersenyum..
Pasti ada perkara-perkara yang pernah buat dia terluka satu ketika..
Pasti ada sesuatu yang mengguris hatinya..
Pasti ada sesuatu yang pernah buat dia terluka..
Pasti ada sesuatu yang buat dia
menangis..pasti ada..kerana dia juga manusia yang punyai hati dan
perasaan..
Rindu itu adalah satu anugerah..ubat rindu adalah Al-Quran..Allah lebih mengetahui apa yang terbaik..