Wednesday, December 30, 2020

Pendam jadi dendam

 Selama ini aku cuba luahkan supaya tidak memendam, bimbang daripada pendam boleh jadi dendam. Aku sebagai perempuan bukanlah nak lelaki yang berharta dan punya rupa. Cuma ingin seseorang yang memahami saat tak mampu meluahkan semua masalah. Kadang kadang rasa kesepian itu mengajar aku makna saling menghargai. 

Terlalu banyak hukuman yang dijatuhkan. Menuding jari mencari salah. Aku dituduh ingin memenangi hujah yang disampaikan. Bijak mengolah bicara. Aku tiada tempat untuk dihargai. Aku tak mampu mengubah hati oranglain berbaik sangka. 

Mental tiap manusia tentunya berbeza. Penat dah berusaha untuk mencapai manisnya kejayaan. Kita nak rasa keseronokan, jauh tinggalkan kesusahan. Namun Allah lebih mengetahui. Hakikatnya kesusahan itu mengajar erti kehidupan.

Tiada apa yang perlu dikesalkan dengan benda yang dah berlalu kerana tiada apa yang diciptakan didunia ini akan kekal. Aku bahagia bila berkongsi rasa. Tetapi kedukaan melanda apabila yang dikongsi semakin berkurang.

Aku berkongsi kerana aku yakin dalam perhubungan. Aku sedayanya mengelakkan dari pembohongan kerana aku tidak suka dibohong. Pembohongan tiada keikhlasan. Aku tidak mencari yang sempurna tetapi mencari yang menyempurnakan. Menyempurnakan kekurangan yang aku ada. 

 Rasa cemburu adalah salah satu duri dalam sebuah hubungan. Senyum walaupun dilukai. Menyimpan dendam yang tak terungkai.Kadang kadang rasa penat. Yang penat ialah perasaan bukan badan. Tiada siapa yang mampu berubah menjadi baik dalam masa sehari. Ia perlukan masa dan usaha yang berterusan.

 Aku tidak mahu membenci. Aku tidak mahu mengambil tahu. Hanya kerama membenci itu menambah titik hitam pada hati. Aku cuba melupakan dan memaafkan. Jangan biar sang jahat membiarkan titik hitam bertambah dalam hati ini. Aku cuba mengubah rasa dalam hatiku aku. Belajar menyayangi dan menghargai. Aku cuba hidup bahagia. Aku cuba melengkapi kebahagiaan hidup orang yang aku sayangi. Aku nak hidup bersama walau hati terpisah jauh.

 Aku cuba melepaskan yang buruk dan mengharapkan kebaikan yang datang. Aku sedar kemaksiatan membakar nikmat. Bila hati berbicara ingin bersamamu, menemani hari susah senangmu dan ambil peduli apa yang oranglain kata tentang dirimu. Aku ikhlas.

Takdir mempertemukan kita dengan sesuatu yang tidak diundang. Memberi apa yang tidak dirancang dan menyebabkan kita mengalirkan airmata kesedihan dan rasa kehilangan. Sedarkah yang takdir juga hadir mengajar erti perkenalan, menyulam erti rasa kasih, menanam rasa persahabatan dan memberi kegembiraan dan kemanisan, menyemai rasa kasih dan sayang. Takdir juga memberi peluang menilai siapa sahabat, siapa kawan dan siapa kenalan yang mengisi ruang dalam episod kehidupan.

Bila aku bersedih dan aku rasa kita semakin jauh, aku percayaianya ialah jalan hidup aku. Adat kehidupan, apabila kita berjaya semuanya sanjung, apabila kita tersungkur semua menjauh dan menghina. Orang jahat aku tak risau sebab kita tau dia memang sudah sedia jahat. Yang harus kau risau ialah orang yang berpura pura baik. 

Setiap perasaan ingin dimengertikan dan setiap cinta ingin dihargai. Yang paling penting ialah hati. Terima atau tidak itu saja.Kebahagiaan selalunya dirasakan tanpa suara. Perlukah aku menjerit untuk memberitahu oranglain yang aku bahagia dengan kehadiran kau disisi? Entah. Aku seorang perempuan yang susah untuk didapatkan oleh mana mana lelaki. Seharusnya orang yang memiliki aku ialah orang paling beruntung.Hahaha.itu kataku.Mungkin sudah masanya aku renung kesalahan diri sendiri sebelum menuding jari ke arah orang lain.

Aku ingin menjadi setabah Asiyah.

Setia seperti Khadijah.

Berani seperti Shafiyah.

Sabar seperti Fatimah.

Cerdas seperti A'ishah.

Suci seperti Maryam.

Kadang kadang kerana tidak ingin menyakiti perasaan seseorang, kita penuhi apa saja yang dia inginkan tanpa sedari diri kita yang terluka. Jika kau lihat aku tersenyum walau dalam keadaan yang yang sulit itu kerana ia menguatkan aku. Mungkin aku perlu berhenti memberi kasih. Tak semua mampu beri kegembiraan. Kadangkala kesedihan dan keperitan memberi makna untuk kita mengenal erti kehidupan. 

Sebenarnya rasa kosong yang kita rasa itu bukan kosong. Tapi rasa bebanan dengan dosa. Sebab tu setiap rasa kosong itu tak pernah menenangkan. Cinta kerana nafsu adalah muslihat. Kebahagiaan datang sesaat. Berbeza cinta yang lahir dari hati yang tulus dan sejati akan memberi kebahagiaan selamanya. Setiap kali Allah bangunkan kita setiap hari bersyukurlah kerana kita diberi peluang untuk mencari dan menambahkan bekalan untuk perjalanan dan hidup di akhirat. 

Semoga aku tidak jatuh cinta pada orang yang sia sia.Perkahwinan idaman semua orang. Walaupun terkadang suatu harapan belum tentu tercapai. Sekuat mana kita berusaha, hanya Allah yang menentukan segalanya.Yang penting niat. Niat ni umpama stering yang membawa kita pergi kemana tujuan yang kita tetapkan. Kalau niatnya baik maka sampailah ke tempat yang baik. Sebab tu kadangkala kita mengambil terlalu lama masa untuk bangkit dan memilih. 

Sayang maksudnya sayang. Jangan panggil sayang kalau hati tu tak sayang. Jangan berjanji kalau tak tepati janji dan jangan bercinta kalau tak setia. We grow when we face challenges in life. Lelaki itu diuji dengan perempuan. dan perempuan diuji dengan hati. Rasa takut hanya akan membuat kita lemah dan tidak mampu terus melangkah. Tiada jalan singkat untuk kita sampai kedestinasi yang sememangnya jauh. Langkah demi langkah.Tingkat demi tingkat. Kalau tidak kerana semalam kita berjanji belum tentu hari ini kita berada di sini. Kepahitan dan kegagalan mengajar erti kebahagiaan dan kemanisan hari ini.

Kadang aku menangis untuk hilangkan rasa sedih dihati tanpa seorang yang tau apa yang aku rasa. Aku ingin menjadi seperti helang. Cantik dan perkasa untuk dilihat tetapi sukar untuk dijinakkan. Sekali kau jinakkan, ianya setia bersama sepanjang hayat. Dalam hidup ini aku tak memilih untuk bertemu dengan siapa, semuanya Allah yang atur siapa yang akan hadir dan akan pergi atau kekal dengan aku selamanya.Aku ini pencari cinta.I am who I am. I like what I like. I love who I love. I do what I want. It's my life.

New month, new mindset, new beginning. New focus. New start. New intentions. New result. As long as u know who u are and what makes u happy, it doesn't matter how others see u. Just because i'm silent doesn't mean there's no message. A real man never hurts a woman. Be careful when u make a woman cry. God counter her tears. The woman came out of man's rib. Not from his feet to be walked on. Not from his head to be superior. But from his side to be equal. Under the arm to be protected. And next to the heart to be loved. You made me feel special and then you want to disappeared. The ones who love u will never leave u. Even if there are hundred reason to give up. They will find one reason to hold on. if u are not willing to learn. No one can help u. If u are determined to learn and accept. No one can't stop u. 

Esok sudah tidak boleh mengubah apa yang yang berlaku hari ini tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi hari esok. Pilihan kita. Aku juga sudah punya pilihan.Dunia ini ibarat bayang bayang, Jika dikejar takkan dapat menangkapnya. Sudah sampai masanya aku berpaling dan biarkan bayang bayang itu mengikut aku. Sudah sampai masanya. Ungkapan mampu memberi seribu erti, memendam hanya berkesan dihati.

 So sekian luahan hati ini. Aku tak mau memendam lagi. Pendam bimbang jadi dendam.

Pergilah diri. Pergilah hati.

Bukan drama.

Split identity. 

Ada jiwa yang baik. Ada jiwa yang tak baik.

Terkadang aku tak mengerti.

Aku boleh jadi baik. Aku juga boleh jadi jahat.

2 identiti dalam satu jasad. Bersatu dan berpisah bila monolog bermula.

Adakah aku yang gila?

Siapa yang suka mengetahui benda yang kita tak suka tahu? 

Perlahan akan aku buang kau dalam hidup ni.

Aku tak mahu tahu apa lagi yang terjadi.

Aku dah penat.

Aku dah penat nak bermonolog.

Aku dah penat nak terangkan.

Nampak seperti aku mengatur hidup seseorang.

Nampak seperti aku mengawal hidup seseorang.

Nampak seperti aku jahat.

Nampak seperti aku tamak.

Nampak seperti aku pentingkan diri.

Susah untuk aku terangkan.

Susah untuk aku luahkan.

Susah untuk aku ceritakan apa yang aku nampak.

Sampai masa aku buang semua rasa tu.

Sampai masa aku dipaksa meninggalkan.

Sampai masa aku mencari diri.

Jangan cakap aku tak peduli.

Jangan cakap aku tak sayang.

Jangan cakap aku tak ingatkan.

Aku keliru.

Berterus terang dikata salah.

Jujur di kata tipu.

Mungkinkan aku perlu diam dengan apa yang aku tahu?

Ya. Diam. Diam akan mengembalikan keadaan seperti asal.

Diam akan membuktikan ianya benar.

Hanya aku yang akan tahu.

Ya aku. 

Salah aku berkongsi.

Salah aku berbagi.

Salah.

Aku tak perlu berbagi rasa dan cerita.

Pergilah.

Aku give up

 Bertahan dan mempertahankan.

Sampai masa aku give up.

Apa yang aku cari dalam hidup ni lagi?

Aku hanya ingin sebuah kebahagiaan dan ketenangan.

Banyak ke yang aku minta?

Tidak.

Hanya itu.

Mempunyai sebuah keluarga yang ada isinya.

Bukan pada sehelai kertas dan untuk dicanang sedunia. 

Aku punya suami dan anak.

Bukan itu.

Aku dambakan kasih sayang bertali arus.

Kuatnya kasih sayang yang terbina maka luaslah rezeki Allah masuk kedalamnya.

Bukan hidup bergelandangan. Bukan hidup bersendirian. Bukan hidup terpisah.

Bukan itu.

Aku cuba mencari bahagia dengan cara sendiri.

Aku hampir jumpa kebahagiaan yang aku dambakan.

Sekali lagi, aku kecewa.

Aku dikhianati.

Aku sekali lagi dijadikan orang yang dipersalahkan.

Aku kah yang bersalah?

Aku kah pesalah itu?

Andai takdirnya aku berpisah kali ini. 

Andainya Allah mengizinkan aku bernafas dibumiNya ini.

Andainya ini takdir hidup ku.

Berseorangan.

Bersendirian.

Cukuplah aku terluka.

Cukuplah aku dilukai.

Cukuplah aku memberi.

Cukuplah aku berkongsi.

Cukuplah aku mengalah.

Cukup semua cukup.

Terima kasih singgah bertakhta di hati ini.

Menghilangkan rasa itu bukan mudah.

Sekali aku melangkah, takkan aku berpaling lagi.

Andai ini kemahuan semua, akan kuturuti. 

 

Tinggalkan aku? Mampukah aku?




inginku luapkan semuanya 

namun tak pernah diberi masa 

inginku cuba berterus terang 

namun tak pernah diberi peluang

sayunya hati pedih jiwa ini 

kau berlalu pergi tanpa simpati 

lepaskan aku jika benar engkau tidak mau 

sakitnya hatiku tiada siapa yang tahu 

tinggalkan aku jika engkau ada yang baru 

maafkan diriku ku bukan yang terbaik untuk mu 

sayunya hati pedih jiwa ini 

kau berlalu pergi tanpa simpati 

lepaskan aku jika benar engkau tidak mahu 

sakitnya hatiku tiada siapa yang tahu 

tinggalkan aku jika engkau ada yang baru 

maafkan diriku ku bukan yang terbaik untuk mu

Pengorbanan

Allah dah susun cantik hidup ini.

Sedar tak sedar, berjumpa dan berpisah itu sudah disusun olehNya.

Apapun yang terjadi dalam hidup, jangan pernah menyesal.

Ianya pengalaman yang paling berharga.

Hari ini, kita rasa kita gembira, belum tentu esok kita bahagia.

Monday, December 28, 2020

Aku yang bersalah


 
Salahkah diri ini menyintai dirimu
Sepi diiringi rindu yg mengalir
Aku ingin engkau hadir
Di dalam keputusanku
Kau terus memekar
Bunga di hatiku
 
Benar, benar ku sayang padamu
Sungguh, sungguh rindu di jiwaku
Dingin angin berhembus
Menghembus luka di hatiku
 
Adakah aku yang bersalah
Di dalam percintaan ini
Kau telah berjanji
Untuk mencintai
Tapi kau dustai
 
Haruskah ku mengundur diri
Menatap malam-malam sunyi
Hatiku dimamah sepi
Ku rela kau pergi...
 
Relakah aku?
Terpaksakah aku melepaskan kau?
Beratkah rasanya membiarkan semuanya berlalu pergi?
Tuhan hilangkan rasaku. Aku merayu.
Lebih baik aku pergi agar dia bahagia.
Aku hanya ada cinta.
Itulah harga diri aku buat masa ni.
Salahkah aku ikhlas membina cinta ini?
Hanya untuk diterima.
Terima diri ini seadanya.
Mungkin inilah hukuman buat diri aku.
 

Aku yang bodoh


 
Sumpah, tiada niat
Untuk aku
Mendustakan kita
Berat hatiku, sepi, jauh
Engkau pergi
 
Bodohnya aku melepaskanmu
Sesal yang kurasa menghantui diriku
Sampainya hatiku
Lukakan cintamu
Pedih kau rasa dulu
Kini dekatku
 
Sumpah, aku berdosa
Permain ragamu
Menghina dirimu
Berat hatiku, sepi, jauh
Engkau pergi
 
Bodohnya aku melepaskanmu
Sesal yang kurasa menghantui diriku
Sampainya hatiku
Lukakan cintamu
Pedih kau rasa dulu
Kini dekatku
 
Bodohnya aku melepaskanmu
Sesal yang kurasa menghantui diriku
Ya bodoh. Aku lah manusia itu.
Yang kau panggil bodoh.
Yang kau maki tiap kali marah.
Yang kau jadikan tempat menunjukkan ekspresi itu.
Itu cara kau meluahkan apa yang kau rasa.
Tapi aku lihat dari sisi berbeza.
Memang salah aku.
Terlalu over protective,
Maafkan aku. Yang selalu membuat kau terlalu lama menunggu.
Sampai akhirnya kau pergi.
Jauh dari diri ni.
Melupakan dan cuba untuk move on.
Maafkan aku.
Mampukah aku?
Mampukah aku?
 

Dia merubah hidupku

 

Di suatu hari tanpa sengaja kita bertemu
Aku yang pernah terluka kembali mengenal cinta
Hati ini kembali temukan senyum yang hilang
Semua itu karena dia
 
Oh Tuhan, kucinta dia
Kusayang dia, rindu dia, inginkan dia
Utuhkanlah rasa cinta di hatiku
Hanya padanya
Untuk dia
Syu du-du-du-du du-du-du
 
Jauh waktu berjalan kita lalui bersama
Betapa di setiap hari kujatuh cinta padanya
Dicintai oleh dia 'ku merasa sempurna
Semua itu karena dia
Oh Tuhan, kucinta dia
Kusayang dia, rindu… 
 
Kalaulah dia tau betapa besarnya dan hebatnya kuasa cinta tu.
Kalaulah dia tau betapa aku sayang dan cinta dia.
Kalaulah.
 
Apakan daya.. ayat itu dah tak relevan lagi.
Kenapa perlu saat ini kau berubah?
Saat aku benar benar bersedia.
Saat aku ingin bangkit.

Hari ini aku disuruh berhenti berharap.

 

Aku tak percaya lagi dengan apa yang kau beri
Aku terdampar disini tersudut menunggu mati
Aku tak percaya lagi akan guna matahari
Yang dulu mampu terangi sudut gelap hati ini
 
Aku berhenti berharap dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat tak ada cinta kudapat
Kenapa ada derita bila bahagia tercipta?
Kenapa ada sang hitam bila putih menyenangkan?
 
Aku pulang tanpa dendam
Kuterima kekalahanku
Aku pulang tanpa dendam
Kusalutkan kemenanganmu, woo
 
Kau ajarkan aku bahagia
Kau ajarkan aku derita
Kau tunjukkan aku bahagia
Kau tunjukkan derita
Kau berikan bahagia
Kau berikan aku derita
 
Ketidak adilan apakah yang melanda?
Mengapa semuanya terjadi saat aku mula mau memulakan.
Mengapa semuanya terjadi saat aku sudah mula percaya.
Cinta itu wujud.
Cinta itu ada.
Cinta itu benar.

Adakah aku benar benar tidak lagi istimewa?

Semalam aku bingung

 

 
Sampai matipun engkau takkan ku lepaskan
Akan ku jaga seumur hidupku
Beribu puisi yang ku untaikan untukmu
Inginku selalu memiliki kamu
 
Jangan pernah kau sakiti aku lagi
Cobalah untuk lengkapi hidupku
Ku ingin menjaga dirimu
Tak akan pernah ku sakiti kamu
 
Ku mohon temanilah aku
Jangan pernah rapuh di sepanjang umurmu
Ku mohon temanilah aku
Jangan pernah rapuh di sepanjang umurmu
 
Kehilanganmu sungguh berat bagiku
Hampa hidupku terasa tanpa kamu
Genggam tanganku dan jangan kau lepaskan
Karna ku tak sanggup hidup tanpa cintamu
 
Ku mohon temanilah aku
Jangan pernah rapuh di sepanjang umurmu
Ku mohon temanilah aku
Jangan pernah rapuh di sepanjang umurmu

Pengakuan ikhlas.

 

 
Memenangkan hatiku bukanlah
Satu hal yang mudah
Kau berhasil membuat
'Ku tak bisa hidup tanpamu
 
Menjaga cinta itu bukanlah
Satu hal yang mudah
Namun sedetik pun tak pernah kau
Berpaling dariku
Beruntungnya aku
Dimiliki kamu
 
Kamu adalah bukti
Dari cantiknya paras dan hati
Kau jadi harmoni saat kubernyanyi
 
Tentang terang dan gelapnya hidup ini
Kaulah bentuk terindah
Dari baiknya Tuhan padaku
Waktu tak mengusaikan cantikmu
Kau lelaki terhebat bagiku
Tolong kamu camkan itu
 
Meruntuhkan egoku bukanlah
Satu hal yang mudah
Dengan kasih lembut kau pecahkan
Kerasnya hatiku
Beruntungnya aku
Dimiliki kamu

Masihkah ada harapan untuk aku?
Mungkin ya. Mungkin tidak. 
Apapun kemungkinan.
Apapun jawapan.
Apapun.

Masihkah aku terlena?
Terlena dek harapan?
Aku saja yang menggila?
Hahaha.

today is the day.

 

 
Saat kau pergi
Berlinanglah air mataku
Betapa singkat ku rasakan
Kebahagiaan itu kini lenyaplah sudah
 
Tak pernah ku inginkan
Perpisahan ini terjadi
Ku hanya bisa merelakan
Jika memang kau pikir inilah yang terbaik
 
Tak perlu kau beri alasan
Mengapa kau ingin pergi
Meninggalkan diriku
Karena ku yakin mungkin semuanya
Itu bisa membuatmu bahagia
 
Sepenuhnya ku menyadari
Bahwa cinta itu
Tak mesti harus memiliki
Namun ku akan selalu menyanyangimu
Setulusnya hatiku
 
entah kenapa hati ini berat menyatakan today is the day. 
kehilangan. 
aku akan kehilangan.
entah.

my true love


 

Malam-malamku tanpamu
Dingin sejuk 'ku terasa
Di sini harummu mewangi
Sejujurnya kau selalu ada
 
Kau penyeri dalam hidupku
Ku 'kan menjagamu tiap detik waktu
Moga kita bahagia
 
Seribu batu terpisah
Takkan merubah kasihku
Hanya kau saja yang kumahu
Sejujurnya
 
Kau penyeri dalam hidupku
'Ku 'kan menjagamu tiap detik waktu
Moga kita bahagia selamanya
U-u-u-uh ...
 
 Genggam tanganku
Jangan pernah lepaskan
Izinkan aku mencintai dirimu
Moga kita bahagia
 
U-u-u-u-uh ...
U-u-u-u-uh ...
U-u-u-u-uh ...
U-u-u-u-uh ...
 
Till the day I die you'll be by my side
Forever you and I
Oh, my love trust… 
Could this be they call true love..

Kau penyeri dalam hidupku
'Ku 'kan menjagamu tiap detik waktu
Moga kita bahagia selamanya
U-u-u-uh ...
 
 Genggam tanganku
Jangan pernah lepaskan
Izinkan aku mencintai dirimu
Moga kita bahagia
Moga kita bahagia
Moga kita bahagia 

Saturday, December 26, 2020

Bila aku mula menulis

Itu maknanya aku mula menjadi protective.

Itu maknanya I feel bad.

Itu maknanya I feel insecure.

Itu maknanya aku mulai rasa sunyi.

Itu maknanya aku mula rasa lonely.

Itu maknanya aku akan jadi aku.

Itu maknanya aku masuk dalam dunia yang aku cipta.

Itu maknanya aku berperang dengan emosi.

Itu maknanya aku mula meluahkan.

Itu maknanya aku start escape.

Banyak maknanya.

Iya.

Sebelum ke fasa DIAM.

Aku cuba.

Cuba untuk mengerti.

Cuba untuk memahami.

Cuba untuk melangkah.

Cuba untuk melupakan.

Cuba untuk meyakinkan.

Cuba untuk berekspresi.

Ermph... 

Andainya...

Andai ku miliki semalam
Dan bisa aku ubah menjadi esok 
Takkan ku ubah apapun 
Kerna aku tahu engkau tetap indah 
Tanpa sempadan masa 
Aku bahagia seadanya 

Tangis ini tanda kasihku 
Bukan mengeluh luka yang semalam 
Kerna engkau mengasihiku 
Tiada sendu lagi di duniaku ini 

Aku tak dapat bayangkan 
Sengsara yang harus kutanggung 
Jika kau pilih perpisahan 
Tanpa punca yang meyakinkan 
Aku akan tersasar mencari cintamu 

Andai terhentinya masa 
Dan gunung jatuh ke laut 
Kau tetap kucinta 
Kasih sayangku adalah kekuatan 

Untuk menempuh segala 
Dugaan yang tak terbayangkan 
Oleh insan yang lemah seperti kita 
Sekalipun kumiliki esok 
Takkan kumenolak ketentuan...



Berdosakah diriku
Terpaksa melepaskan
Cintamu yang serapuh
Dahan nan kering usang
Yang akhirnya kan patah
Terhempas gemeratap
Oh sungguh memilukan
Tak dapat ku bayangkan

Seribu kali sayang
Sangkaku kan ke mati
Cerita kasih kita
Rupanya seketika
Setelah merelakan
Setelah kau bisikkan
Segugus janji-janji
Tergamak kau mungkiri

Apakah sebenar yang terjadi
Hingga kau bersikap demikian
Sedangkan kau sesungguhnya percaya
Kasihku tak berbelah bagi

Aduhai
Tak sanggup ku kenangkan
Semua telah nyata
Cintamu gurauan
Datang dan hilang
Semahu hatimu
Itulah falsafah
Pegangan cintamu
Namun harus kau ingat
Hati yang manakah
Selamanya kan sabar

Apakah sebenar yang terjadi
Hingga kau bersikap demikian
Sedangkan kau sesungguhnya percaya
Kasihku tak berbelah bagi
Aduhai
Tak sanggup ku kenangkan…




My favorite song..entah kenapa lagu ni akan diulang ulang bila rasa tu datang...sukar dimengertikan...

Andai... Andaian.. Kalau.. Kalaulah...

Kasihan dan kasih sayang

Kasihan dan kasih juga membawa maksud yang berbeza. Kasihan adalah perasaan tak sedap melihat kesusahan seseorang Rasa kasihan adalah semacam kesedihan simpati atas apa yang sedang melanda seseorang. 

Untuk perkara yang melibatkan emosi secara langsung ialah sifat kasih sayang. Kasih sayang dibangun dari empati dengan melibatkan komitmen yang jauh lebih besar untuk bantuan. Kasih sayang melibatkan kemahuan untuk terlibat secara peribadi, sementara kasihan biasanya tidak. Kasihan lebih banyak menonton daripada membantu kerana kita merasa tidak mampu atau tidak berkewajiban untuk melakukannya.

Seringkali terkeliru dengan perasaan empati, kasih sayang dan keinginan untuk meringankan penderitaan orang lain. Sebenarnya bila ada orang yang sedang dalam masalah, dia hanya ingin merasa didengarkan dan dimengerti. Tiada lain. 

Ya. Menangis. Ia ialah satu perasaan yang lahir dari lubuk paling dalam seseorang itu. Apabila seseorang menangis bukan bermakna dia lemah. Bukan. Ia adalah satu bentuk emosi dan ekspresi spontan apa yang melanda hatinya ketika itu. Menangis bukan boleh dibuat buat. Apabila seseorang menonjolkan emosi ketara bermakna there's something deep inside her. Walaupun 50 tahun bersama, mudahnya dia menggugurkan airmata bermakna masih tersisa rasa yang mendalam. 

Sifat seseorang akan berubah bagaimana dia menerima layanan. Percayalah.



Simpati dan empati


Simpati dan empati adalah dua perasaan yang berbeza. Apabila kita menunjukkan perasaan belas kasihan atau rasa prihatin atas kejadian yang menimpa seseorang, itu adalah simpati. Kejadian yang menimpa seseorang dan bukan berlaku kepada kita. Kita hanyalah penilai bagi situasi yang dihadapi oleh seseorang itu.Simpati adalah perasaan prihatin dan perhatian pada seseorang. Dibandingkan dengan rasa kasihan, simpati membawa rasa yang lebih besar pada bersamaan dengan keterlibatan peribadi yang lebih mendalam.Namun, tidak seperti empati, simpati tidak melibatkan perspektif bersama atau emosi bersama. Simpati menyampaikan perhatian, tetapi tidak mengungkapkan kesedihan bersama.

Empati adalah saat kita meletakkan diri pada situasi orang tersebut dan berbagi kesedihan bersama. Empati adalah kemampuan untuk melihat situasi dari perspektif orang lain. Ini melibatkan sudut pandang, emosi, dan kesulitan yang dialami seseorang. Kita menempatkan diri pada posisi mereka dan merasakan apa yang mereka rasakan. Bila seseorang tidak memiliki pengalaman serupa, kemungkinan besar ia memiliki simpati dan bukan empati.


Terkadang terkeliru antara dua ayat ni. Dalam kehidupan juga. Menjalani hidup penuh pancaroba, terkadang lemas dan tenggelam dengan perasaan sendiri. Terkadang merasakan hidup ini tidak adil. Sungguh. I feel your pain. I feel your sadness. But why ea awak tak faham. Kenapa? Susah ke nak fahami saya ni. Susah ke nak dimengertikan. 

Maybe dengan memendam, mendiamkan diri dan mengasingkan diri buat semua kembali normal? 
Sudah sampai masakah saya pergi membawa hati yang lara ini?
Tenggelam dengan perasaan lagi.
Hanyut dilanda badai.

Ya Allah, berikan kekuatan untuk aku terus melangkah.
Hopeless.



Friday, December 25, 2020

Diam

Betul, sekali kita jatuh cinta maknanya dialah orang yang paling beruntung sekali dalam dunia ni sebab kita sanggup berkorban apa saja. Bila dah hilang rasa cinta tu, mungkin tak boleh nak buat apa lagi untuk pastikan kita kekal disisi lagi.Perasaan perempuan ni kalau dah sayang dia akan sayang sepenuh hati dan jiwa raga.Bercerita tentang masa depan,merancang masa depan bersama. Bermakna kita bersungguh dengan hubungan tu. Tapi bila dah takde perasaan tu, diam. 

Diam bermakna tawar hati dah.


 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...