Saturday, October 29, 2011

Bila down.....


Assalamualaikum... ermph.... bila tengah down....saya sangat suka dengar lagu ni..... mungkin selepas mendengar lagu ni rasa macam kena charge je... hehehehe......

Sejak seminggu dua ni saya rasa macam prestasi diri menurun..tak tau kenapa... sedang mencari arah dan sedang mencari momentum untuk menaikkan semula semangat yang mula pudar...

Rasa macam nak jadi surirumah sepenuh masa...kerja pun dah ada orang yang bantu..mungkin rasa selesa sangat kot... itu yang jadi macam ni...

Aduhai...kadang kadang rasa macam nak menjerit jer... tapi tak tau untuk apa.... uish... mr hubby lak kata dah parah...tak tau apa yang parah....

dia suruh saya cabar diri sendiri... jangan berada dalam zon selesa lagi... mungkin sebab saya rasa terlalu selesa sebab tu jadi cam ni... ermph... mungkinlah kan....

Friday, October 28, 2011

pilihan di tangan kita!

Persoalan yang sering bermain-main di fikiran adakah kebahagiaan itu perlu dicari atau ianya akan datang dengan sendirinya??...dan bagaimana pula jika kebahagiaan yang dimiliki adalah sebenarnya penderitaan...

Kebahagiaan apa yang sebenarnya dicari dalam hidup ini, adakah jika kita memiliki wang ringgit yang banyak, kita akan bahagia...ataupun jika kita memiliki rupa paras yang menarik akan menjanjikan hidup kita akan sentiasa bahagia....dan bagaimana pula dengan mereka yang mengalami kesempitan dalam hidup, mereka yang sentiasa ditimpa dengan pelbagai musibah, kesakitan dan penyakit...adakah mereka tidak berpeluang untuk merasa bahagia?

Setiap orang diberi peluang untuk bahagia, tiada seseorang pun yang ingin memilih untuk hidup menderita namun jalan untuk menuju bahagia itu adakalanya memerlukan pengorbanan yang cukup besar dan kadang kala jalan itu dipenuhi dengan onak yang berduri, tidak kelihatan namun sakitnya cukup dirasai....

Setiap detik dan saat yang diberikan oleh Allah S.W.T adalah satu anugerah yang cukup bernilai sekali dalam kehidupan kita, setiap saat yang telah berlalu tidak mungkin akan kembali lagi...oleh kerana itu, setiap apa pun yang kita lakukan dalam hidup ini, biarlah memberikan makna dan berharga untuk kita kenang...

Setiap masa bersama keluarga adalah satu kebahagiaan, dan mungkin juga kebahagiaan yang hanya dapat kita rasai di dunia ini sahaja, begitu juga masa bersama dengan kawan-kawan...kebahagiaan yang cukup bernilai sekali....namun kebahagiaan itu adalah sementara sahaja, dan tiba masanya nanti semua itu akan tinggal menjadi sebuah kenangan yang paling indah dalam hidup...Ambillah masa yang masih ada untuk menikmati saat kita bersama dengan keluarga dan kawan-kawan....Kita sudah diberi peluang oleh Allah, jadi belajarlah untuk menghargainya......Walau secebis kebahagiaan yang kita dapat di dunia ini, itu sudah cukup kerana mungkin kebahagiaan yang sebenar telah Allah sediakan di sana kelak...

Jika ditanya, sudah tentu setiap orang inginkan kebahagiaan namun semudah itukah kita akan dapat...tidak semua perkara di dunia ini mampu kita miliki tetapi itu bukan bermaksud kita harus menyerah begitu sahaja kerana Allah itu Maha Mendengar...Dia sentiasa mendengar rintihan hamba-hambaNya...Oleh itu, rintihlah kepadaNya..luahkan segala kegelisahan di dalam jiwa...Insya Allah, hati-hati yang gelisah pasti akan merasa tenang..

Hati ini juga ada masanya merintih, hanya padaNya tempat mengadu, adakalanya ingin lari dari semua ini namun adakah semudah itu jalan penyelesaiannya..adakah kita harus lari dari semua masalah yang berlaku dalam hidup ini, yakinlah walau sesukar mana pun masalah yang kita hadapi, pasti Allah S.W.T telah sediakan jalan penyelesaiannya....jangan mengharapkan kebahagiaan datang secara tiba-tiba, berusahalah untuk mendapatkannya..Insya Allah, dengan izinNya, kebahagiaan itu pasti akan dapat dirasai juga...semoga suatu hari nanti diri ini akan dapat merasai kebahagiaan yang abadi..

Pilihan di tangan kita... so pilih lah......

Penderitaan mengundang bahagia?

Jatuh yang tidak ada orang simpati ialah jatuh cinta. Sebab jatuh cinta indah, tidak macam jatuh tangga atau jatuh pokok, sakit. Cinta banyak perkara cinta. Tidak ada siapa pun yang dapat larikan diri daripada mencintai dan dicintai. Kemuncak cinta, ada orang masuk syurga kerana cinta dan tidak kurang ramai orang yang akan dihumbankan ke neraka gara-gara cinta. Cinta yang bagaimana boleh bawa seseorang ke syurga dan kenapa ada yang masuk neraka lantaran kerana cinta?

Cinta, rasa yang ada dalam hati yang tidak boleh disukat-sukat. Hati yang merasainya, sehingga boleh terhibur atau terseksa kerananya. Datangnya dari dua sumber yakni dari nafsu dan dari Allah.

Cinta yang diilhamkan oleh nafsu berlaku bila hati kotor, sering melakukan dosa dan tidak pula bertaubat. Sifat-sifat keji seperti sombong, ujub, riak, gila puji, hasad dengki dan lain-lain sifat jahat bersarang dalam hati tidak dikikis, maka ketika itu nafsulah yang akan jadi Tuhan dalam diri sehingga apa saja yang dilakukan mengikut arahan nafsu,termasuk dalam meletakkan cinta, ukuran yang diberi dan sebab jatuh cinta pun ikut selera nafsu.

Lelaki akan jatuh cinta pada perempuan yang mendedahkan kecantikannya hingga tubuh badan perempuan itu sudah tidak terlindung lagi pada pandangan nafsunya. Cinta diberi ialah untuk mengisi keinginan nafsu seks lelaki kepada perempuan. Begitu juga wanita, jatuh cinta sebab lelaki kaya, handsome bergaya, ada jawatan dan lain-lain keistimewaan yang disenangi oleh nafsu. lantas cinta diberi dengan harapan mereka dapat tumpang kemewahan dan kesenangan hidup lelaki tersebut. Jelasnya, cinta yang datang dari nafsu ditujukan untuk kesenangan nafsu semata-mata.

Bila bertaut dua cinta yang dilahirkan oleh nafsu yang punya kepentingan masing-masing maka berlangsunglah babak-babak melahirkan rasa cinta. Dari surat menyurat, telefon, ziarah, keluar makan-makan, berdua-duaan di taman bunga, dalam keadaan saling rindu merindukan.. Ketika itu tak ada lain dalam ingatan melainkan orang yang dicintai. Sehari tak jumpa atau tidak telefon rasa berpisah setahun. Sudah tidak malu pada orang sekeliling, apa lagi pada Allah yang Maha Melihat. Lagi mereka tidak ingat dan takut. Lantaran itu mereka sanggup buat apa saja untuk membuktikan kecintaan pada pasangan masing-masing.

Hatta yang perempuan sanggup serah maruah diri konon untuk buktikan cinta pada lelaki. Yang lelaki pula rela bergolok bergadai untuk memberikan kemewahan pada perempuan sebagai bukti cinta. Akhirnya bila yang perempuan telah berbadan dua, lelaki serta merta hilang cintanya. habis manis sepah dibuang. Kalau pada lelaki pula, ada duit abang sayang, tak ada duit abang melayang. Kalau pada suami pula, isteri seorang suami disayang, bila hidup bermadu kasih pada suami dibenci.

Itulah falsafah cinta nafsu yang melulu. Cintanya hanya selagi nafsu ada kepentingan. Cinta inilah yang banyak melanda orang muda yang dilambung asmara. Hingga sanggup buat apa saja, sekalipun bunuh diri, kalau kecewa dalam bercinta. Walhal sedap dan indahnya sekejap. Sakitnya lama, sakit yang paling dahsyat ialah di neraka kelak. Inilah kemuncak cinta yang paling malang dan memalukan.

Cinta nafsu kalau pun boleh bersambung sampai membina rumahtangga ia tetap akan menyeksa. Kerana suami akan cinta pada isteri selagi isteri masih muda, seksi dan manja. Yelah selagi nafsu dapat disenangkan. Bila isteri tua, kulit berkedut, tampal make-up lagi hodoh, rambut putih dan gigi pun sudah banyak gugur seperti opah, badan pun sudah kendur, maka cinta suami akan beralih pada gadis muda yang menarik. Sekaligus hilanglah cinta suami. Menderitalah isteri yang hilang perhatian suami apalagi kalau terang-terang depan mata suami kepit perempuan lain, lagilah isteri terseksa.

Begitu juga si isteri. Cintakan suami selagi suami boleh membahagiakan dan menunaikan segala keinginan nafsu. Selagi suami kasih dan sayang padanya. Andainya suami hilang kuasa, jatuh miskin, masuk penjara atau suami kahwin lagi seorang maka serta merta hilang cinta pada suami. Sebaliknya berbakul-bakul datang rasa benci pada suami yang dulu dipuja tinggi melangit. Begitu mudah cinta bertukar jadi benci. Akibatnya berlakulah pergaduhan, masam muka, kata-mengata, ungkit mengungkit, suami tidak pedulikan isteri dan isteri pun hilang hormat pada suami. Rumahtangga panas dan menunggu saat untuk ditalqinkan ke kubur perceraian. Ketika itu tak ada lagi pujuk rayu, cumbu mesra sebagaimana waktu cinta tengah membara. Maka doktor yang menulis pun dituduh merendahkan wanita, jangan marah tau.

Itulah gara-gara cinta nafsu yang sudah menyusahkan manusia di dunia lagi.

Sebaliknya cinta yang dialirkan oleh Allah ke dalam hati, itulah cinta yang benar, suci lagi murni. Cinta yang bukan diukur ikut pandangan mata, tapi ikut pandangan Allah. Ia bersebab kerana Allah dan cinta diberi pun untuk dapat keredhaan Allah. Cinta begini tiada batasannya. Tidak pula kenal jantina dan kedudukan. Dan cinta lahir hasil dari sama-sama cinta pada Allah.

Boleh berlaku pada lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan, lelaki dengan perempuan, antara murid dengan guru, suami dengan isteri, sahabat dengan sahabat, rakyat dengan pemimpin, antara umat dengan Nabinya dan yang paling tinggi antara hamba dengan Tuhannya.

Kalau berlaku antara lelaki dengan perempuan yang tidak diikat oleh tali perkahwinan, mereka tak akan memerlukan untuk berjumpa, bercakap atau melakukan apa saja yang bertentangan dengan kemahuan Allah. Cinta mereka tidak akan dicelahi oleh nafsu berahi. Sebaliknya cinta itu ialah tautan hati yang berlaku walaupun tak pernah kenal atau baru kenal tapi hati rasa sayang dan rindu. Hati sedih kalau orang yang dicintai ditimpa susah, senang kalau yang dicinta itu senang. Sanggup susah-susahkan dan korbankan diri untuk senangkan orang yang dicintai.

Cinta yang begini ada diceritakan dalam hadis, iaitu seorang lelaki yang bertemu dan berpisah dengan sahabatnya kerana Allah maka mereka akan mendapat perlindungan  di arasy Allah di padang mahsyar nanti, hari di amana masing-masing orang mengharap sangat lindungan dari matahari yang sejengkal saja dari
kepala.

Kalau berlaku antara suami isteri maka isteri akan letak seluruh ketaatan pada suami, berkhidmat dan melayan suami tanpa jemu-jemu. Sama ada waktu suami tunjukkan sayang atau masa suami marah-marah. Sama ada suami kaya atau miskin, atau suami kahwin lagi, cinta isteri pada suami tidak belah bagi. Salah satu contohnya penderitaan mengundang bahagia. Kerana cintanya pada suami datangnya dari Allah hasil dari ketaqwaan isteri. Datanglah ribut taufan, angin puting beliung melanda rumah tangga, isteri tetap memberikan cintanya yang utuh dan teguh.

Begitu juga suami, cinta pada isteri tidak kira isteri itu muda atau tua. Samada pada hatinya. Selagi isteri taat pada Allah, isteri tetap dikasihinya. Kalau dia ada empat isteri, tentulah isteri-isteri akan tertanya-tanya, pada isteri manakah yang suami paling cinta? Kalau cinta itu bersumber dari Allah, tentu isteri yang paling taqwalah yang paling layak dicintai oleh suami lebih dari isteri-isteri lain. Sebagaimana Rasulullah lebih mencintai Aisyah kerana taqwa Aisyah lebih tinggi dari istei-isteri lain. Rasulullah saw akui sendiri hanya bersama Aisyah saja, dalam satu selimut baginda pernah diberi wahyu. Tapi tidak pernah berlaku semasa baginda satu selimut dengan isteri-isteri yang lain.

Sumber cinta yang datang dari Allah akan meletakkan Allah yang paling tinggi dan utama. Bila berlaku pertembungan antara cinta Allah dengan cinta pada makhluk maka cinta Allah dimenangkan. Misalnya seorang isteri yang cinta suaminya. Tiba-tiba suami larang isteri melakukan ketaatan pada Allah dalam hal tutup aurat, walhal tutup aurat itu Allah tuntut. Maka kecintaan pada Allah itu akan mendorongnya untuk laksanakan perintah-Nya walaupun suami tidak suka ataupun terpaksa kehilangan suami. Sanggup dilakukan sebagai pengorbanan cintanya pada Allah. Sebaliknya kalau dia turut kemahuan suami ertinya kata cinta pada Allah hanya pura-pura, cintanya bukan lagi bersumberkan Allah tapi datang dari nafsu.

Cinta yang datang dari Allah menyebabkan seseorang cukup takut untuk melanggar perintah Allah yang kecil, apalagi yang besar, lagi dia gerun. Seorang yang sudah dapat mencintai Allah, cinta yang lain-lain jadi kecil dan rendah padanya.

Sejarah menceritakan kisah cinta Zulaikha terhadap Nabi Yusuf. Sewaktu Zulaikha dibelenggu oleh cinta nafsu yang berkobar-kobar pada Nabi Yusuf, dia sanggup hendak menduakan suaminya, seorang menteri. Bila Nabi Yusuf menolak keinginannya, ditariknya baju Nabi Yusuf hingga terkoyak. Akibat dari peristiwa itu Nabi Yusuf masuk penjara. Tinggallah Zulaikha memendam rindu cintanya kepada Yusuf.

Penderitaan cinta yang ditanggung oleh Zulaikha menyebabkan dia bertukar dari seorang perempuan cantik menjadi perempuan tua yang hodoh. Matanya buta kerana banyak menangis terkenangkan Yusuf, hartanya habis dibahagi-bahagikan kerana Yusuf. Sehingga datanglah belas kasihan dari Allah terhadapnya. Lalu Allah mewahyukan agar Nabi Yusuf mengahwini Zulaikha setelah Allah kembalikan penglihatan, kemudaan dan kecantikannya seperti di zaman gadisnya. Peliknya, bila Zulaikha mengenal Allah, datanglah cintanya pada Allah sehingga masanya dihabiskan untuk bermunajat dengan Allah dalam sembahyang dan zikir wirid sehingga terlupa dia hendak melayan kemahuan suaminya Yusuf yang berhajat kepadanya. terpaksa Nabi Yusuf menunggu Zulaikha menghabiskan sembahyangnya, hingga hampir hilang kesabaran Nabi Yusuf lantas ditariknya baju Zulaikha sehingga koyak; sebagaimana Zilaikha pernah menarik baju Nabi Yusuf seketika dulu.

Begitulah betapa cinta yang dulunya datang dari nafsu dapat dipadamkan bila dia kenal dan cinta pada Allah. Cinta Allah ialah taraf cinta yang tinggi. Kemuncak cinta ini ialah pertemuan yang indah dan penuh rindu di syurga yang dipenuhi dengan kenikmatan.

Cinta pada Allah akan lahir bagi orang sudah cukup kenal akan Allah. Kerana cinta lahir bersebab. kalau wanita cinta pada lelaki kerana kayanya, baiknya, tampan dan sebagainya dan lelaki cinta wanita kerana cantik, baik, lemah lembut dan sebagainya maka bagi mereka yang berakal akan rasa lebih patut dicurahkan rasa cinta pada Allah kerana segala kenikmatan itu datangnya dari Allah.

Ibu bapa, suami, isteri, sahabat handai dan siapa saja yang mengasihi dan mencintai kita, hakikatnya itu semuanya datang dari Allah. Kebaikan, kemewahan dan kecintaan yang diberikan itupun atas rahmat dan kasihan belas Allah pada kita. Sehingga Allah izinkan makhluknya yang lainnya cinta pada kita. Walhal Allah boleh bila-bila masa menarik balik rasa itu dari hati orang-orang tadi kalau Allah mahu.

Allah yang menciptakan kita makhluk-Nya, kemudian diberinya kita berbagai-bagai nikmat seperti sihat, gembira, dan macam-macam lagi. Samada masa kita ingat pada-Nya ataupun masa kita lalai, tetap diberi-Nya nikmat-nikmat itu.

Besar sungguh jasa Allah dari menciptakan, menghidupkan dan memberi rezeki, suami, isteri, rumah dan macam-macam lagi yang dengannya kita boleh lalui kehidupan dengan aman bahagia. Alangkah biadapnya kita kalau segala pemberian Allah itu kita ambil tapi lupa untuk ucapkan terimakasih, lupa pada yang memberi. Walhal, Allah boleh saja menyusah dan menyenangkan kita dengan kehendaknya.

Oleh itu orang yang betul kenal dan beradab, dia malu pada Allah. malah kerana malunya itu dia tidak nampak yang lain lebih hebat dari Allah. Cintanya tertumpu pada Allah, dan penyerahan diri pada Allah sungguh-sungguh. Setiap saat menanggung rindu lalu masanya dihabiskan untuk berbisik-bisik dengan kekasihnya. Sehingga kerana terlalu mendalam cinta pada Tuhan ada hamba Allah yang berkata, "Wahai Tuhan, aku mencintai Engkau bukan kerana takutkan neraka-Mu. tapi kerana Zat-Mu, ya Allah. Aku rela masuk neraka kalau itulah kemahuan-Mu."

Itulah rintihan hati seorang wali perempuan Rabiatul Adawiyah dalam munajatnya dengan Allah. Dia menyatakan dua cinta tidak boleh duduk dalam satu hati. Bila cinta Allah sudah penuh dalam hatinya, maka tidak ada tempat lagi untuk cinta selain dari itu.

Ada orang mangatakan: "jika kau berikan hatimu ataupun cintamu pada manusia nescaya dia akan merobek-robekkannya. tapi kalau hati yang pecah itu diberikan kepada Allah nescaya dicantum-cantumkan-Nya. Ertinya cinta dengan Allah pasti berbalas. Dan Allah tidak membiarkan orang yang dicintai-Nya menderita di akhirat."

Jadi seorang yang bijak dan beradab akan meletakkan kecintaan yang besar pada Allah, pada Rasulullah dan barulah pada makhluk-makhluk lain di samping-Nya. Itulah perletakan cinta yang betul dan menguntungkan di dunia dan juga di akhirat. Itulah dia cinta kita pada Allah swt yang patut kita letakkan.


CINTA.....ramai berpendapat ianya amat membahagiakan tapi benarkah begitu? Sebenarnya makna cinta itu sendiri terlalu luas. Ada kalanya cinta boleh membawa bahagia dan ada ketikanya ia membawa sengsara.

Cuma apa yang boleh,cerita yang ada, yang pernah kita dengar dan lihat kita kutip semuanya sebagai iktibar. Jadikan panduan hidup. Sebenarnya bukan semua cinta bawa bahagia....malah ada yang membawa derita dan dendam. Bercinta bagai nak rak pun kalau Allah kata bukan jodoh kita, takkan menjadi. Apa yang penting kita terus berdoa dan berdoa agar hidup kita sentiasa mendapat petunjuk Allah dan apa yang sedang kita lakukan bukanlah sia-sia . 

Dan dalam hidup ini dengan siapapun kita bercinta janganlah kita lupa MENCINTAI ALLAH SWT. Cinta padanya adalah cinta hakiki yang tidak akan ada sia-sia dan PASTI MEMBAWA BAHAGIA.

Ubahlah persepsi yang ada. Mengubah derita yang kita lalui menjadi sesuatu yang membahagiakan.

Pesananku...

Ditujukan khas buat suamiku tercinta... En Irul Shamrul...

Saya tak mahu menjadi teman wanita, saya nak menjadi orang yang awak panggil isteri.

Saya tak mahu menjadi pembawa luka, saya nak menjadi orang yang merawat luka.

Saya tak mahu jadi penambah beban, saya nak menjadi orang yang sentiasa di sisi awak untuk meringankan beban yang awak tanggung.

Saya tak mahu menjadi insan yang sempurna, saya hanya mahu menjadi orang yang bisa menyempurnakan hidup awak selamanya.

Saya tak mahu jadi pembawa duka, saya hanya mahu memberi awak sinar bahagia.

Kehadiran awak membuat saya tersenyum gembira. Kekasih halal yang diberikan olehNya.

Saya hanya berharap awak boleh mebawa saya ke jalan yang dirahmatiNya.
bersama meraih cinta dariNya jua bersama.

Thursday, October 27, 2011

have fun....

Memandangkan masih dalam mood holiday... tomei saya ni macam macam la permintaannya...

seharian kami di angsana... pergi ke angsana jam 3 petang sampai la ke malam...ermph... bersama tomei dan mr hubby yang tercinta... ke angsana untuk shopping dan cabutan bertuah bonanza....takde rezeki... tapi mak yang dapat top ten... memula dapat kipas... then dapat lagi sony home theater...uish... tahniah untuk mak...

ini gambar yang sempat di ambil... anyway abah yang paling happy.......

selepas meraikan kejayaan mak.... kami pun balik rumah mak... tumpangkan mak... sesambil tu jumpa abah... balik dari rumah mak...seperti yang dijanjikan.... kami pergi balik ke angsana... nak berjimba pula.. hehehe... ada fun fair kat sana... tomei lak minta kat daddy dia... merayu rayu... uish..daddy dia lak...layan je la... kalau ngan mom... ermph.. tak dapat jek.... 

so... dia berjaya memujuk his dad untuk bawa moksu sekali... sukalah dia....

masuk je kat fun fair... benda pertama yang tomei naik....moksu tak mo naik coz dia pernah naik benda alah ni... ya Allah.. mom? tobat nak naik... tak nak.... tak nak...

menjerit jerit tomei kat sini... baru dia tau... kaki tangan sejuk bagai... hehehe... ingatkan dah tak mo... tapi makin semangat pula dia nak mencuba......

seterusnya benda ni dia naik..vortex... mom and dad memang tak mau... tapi mom saja je usha dad untuk naik... dad soh mom naik...tapi tak mau la....teringat masa kat sunway lagoon... masa tu daddy soh mom naik..dia kata best... pastu mom menggigil kepala lutut...hahahaha....tak mo... teringat masa muda naik top gun.... sebelum kena lagi kat sunway lagoon tu.. dah dua kali terkena..tak mo kena lagi kali ketiga.....

daddy sahut cabaran naik challenger..... raziq dah tak mo naik benda ni.. dia takut... so.... daddy ngan moksu je yang naik.... caya la dad...

gambar ni mom ambik masa daddy kat atas tu... hahaha..... teringat masa kat sunway lagoon...daddy selamba dek je turun naik main macam macam game... kali dia tak tahan... baru naik satu jer dia dah tak tahan... muntah muntah.... berpeluh peluh mom tengok..kesian pun ada.... dia kata sebab perut dia penuh... hehehe..alasan tak yang oi..? anyway mom memang kesian sangat tengok dad...dia tak pernah kena cam ni...

tomei masih gagah... dia teruskan permainan... main kuda ni... best yer yang..?

seterusnya main roller coaster kanak kanak... yang dewasa tak dibenarkan kerana tinggi tak cukup lagi.... muka tomei cam bad mood...dia kata cam kanak kanak... uish tak sedar diri tul... memang dah kanak kanak...rasa macam dewasa je... hehehe..... masa ni dia tengok dad... daddy tak mo naik atas... tunggu kat bawah... muka ala ala nak merajuk la masa ni...

masa ni dad bagi isyarat tangan je kat tomei.. nak tunggu kat bawah... masa ni la badan dia berpeluh peluh tahan muntah.. kesian sangat... tapi takpe ye sayang... sabar je..... 

ni gambar yang dad ambikkan... masa ni muka tomei masam coz majuk ngan dad... teruk la tomei i tu sorang... asyik majuk je... baju pun dah basah dek peluh.... tapi still nak main lagi...

dan ini pula masa tunggu giliran naik keta langgar ngan moksu... suka sangat tomei masa ni.... excited nak main.... dua round dorang melayan..... ikut sukalah sayang ye.....


dan masa ni moksu ambikkan gambar.... daddy lak khusyuk tengok tomei yang melayang kat atas tu... mom pula dok sibuk soh moksu ambik gambo... sudahnya... gambo ni yang ada... hahaha.... kalau tak mom minta moksu ambik sekali lagi gambo tu...

anyway... we have a lot of fun... ini antara gambar yang dapat di snap pada ketika tu... seronok sangat bila dapat menggembirakan orang yang tersayangkan..?

mom activities...

ermph... sambungan citer pasal puan wahidah....




ini antara hasil kerja tangan puan wahidah.. sangat kreatif kan..?


inilah dia puan wahidah... saya dengan tudung senget.. ntah macam apa...hahaha... but it's okay...sangat gembira dapat berkenalan dengan beliau..rasa sangat bertuah kerana dapat mempelajari banyak benda dari beliau tau...

dan ini salah satu hasil kreativiti beliau...

akuarium di rumah beliau memberi aspirasi kepada saya untuk berusaha gigih agar dapat menjadi seperti beliau.... mempunyai dan menikmati wang yang ada.... sebahagian disimpan..sebahagian diberikan kepada mereka yang berhak dan sebahagian untuk diri sendiri...

sebagai seorang yang agak muda, saya sangat bersyukur kerana berjumpa dengan mereka mereka yang mewarnai hidup saya dan memberikan banyak inspirasi kepada saya...

raziQ tomei.....

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Hari ni nak citer pasal anak saya yang tomei tu..... uish..geram pun ada.... nak geget geget jer dia.... ermph... dia dah attend drawing class hari tu.. so.. bole la dia melukis... mr cheng yang jadi mentor dia tu bukan main puji... dia bijak dan willing to study more...

hari ni... dia dok menconteng kertas lukisan... macam macam yang dia lukis.... ermph.. lukisan pertama dia akan di framekan... gambar buah buahan tempatan.... macam tak sangka tomei mampu melukis dengan baik...


harapnya dia akan terus berusaha....semoga dia menjadi anak yang bijak dan terus berusaha untuk mempelajari dan menikmati kehidupan ini...

dan kali ini juga saya sedang mencari set golf untuk dia...seperti yang saya janjikan... dia akan di hantar ke kelas golf cuti semester ni...dah survey beberapa tempat.. dan rasanya kat pulai spring regenya ok... tengah ada offer... boleh la.. better than nothing....

dan mom pula... insyaAllah....next week akan start gym class.. sementara tomei attend swimming class mom boleh lah buat kardio... dan gym sekali... ermph.... sesambil tu... mom ada new activity.... ermph.. apa yerk namanya... nak buat bonzai dari manik... sweet sangat... belajar dia tak la susah sangat... bolehlah....

inilah hasil pertama saya... thanks to my client..Puan Wahidah Wahab atas usaha memberi bimbingan dan dorongan kepada saya untuk mempelajarinya... sangat berbesar hati dan gembira apabila dapat bersama sama berkongsi kegembiraan bersama dengan beliau...

Puan Wahidah ni seorang yang sangat sangat kreatif...hasil kerja tangannya menawan hati saya... beliau memang seorang yang baik hati....rasa macam dah kenal bertahun tahun...walaupun baru kenal.... sangat friendly....


Tuesday, October 25, 2011

happy deepavali...

ermph.. sempena menyambut deepavali...

saya ucapkan selamat hari deepavali.. semoga deepavali ini memberikan keceriaan yang berpanjangan...


kepada dr prema... teacher prem... auntie belakang rumah... sharu...trisya...kak sutha...amutha baskaran pendek kata kepada semua la ye... :) PEACE NO WAR...

ermph... relax...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

ermph.. citer abah lak... masa buat party tomei tu... abah kena warded.. ni dia kuar dah.. tapi masih sakit sakit kaki lagi... bawa dia ke TJ Mart... bukan abah jer.. ngan mak and dila adik saya tu... termasuk saya la... kami buat urutan refleksologi kat sana... tapi gambo abah jer yang saya ambik.. hehehe....yang lain tu malu....

kat sini la tempat yang kitorang buat urutan tu... ok la... sambil relax membantu anak anak kurang upaya...coz yang mengurut ni memang anak anak istimewa...

yang urut ni namanya faiz dari pahang... sedap urutannya kata abah... memang terasa... kurang sikitla sakitnya...

ni la dia abah saya... steady jer.. walaupun sakit katanya.. dia tahan je.. nak baik.... hehehe....

ni owner nya.. peramah... sambil kami sume berurut dan ada yang berlintah...sambil tu la dia bercerita tentang pengalaman dia mengubati dan membantu mereka yang memerlukan... memang best....


awek ni lak steady jer pakai lintah.. hihihihi... ni dia baru balik keje..dia salah sorang pelanggan tetap kat sini... uish..cam geli jerk...

anyway memang best la bile dapat relax kan..?

seharian bersama lelaki pujaan...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

ermph... seronoknya bila kita bercuti dan meluangkan masa bersama keluarga tercinta...biasanya bila kita dalam keadaan down atau tengah menyanyah tak tentu hala... kita dok bersama yang tersayang... memang best..

jom layan gambar gambar yang sempat di ambil ketika kami bercuti...


kami bertiga... saya .. tomei n mr hubby.... di mana? betul... pizza hut.... ermph.. tomei suka makan pizza... saya lak..just like like je.. dok melayan mereka mereka ini...

favorite kami...

dulu mr hubby tak pandai nak makan.. tapi sekarang ni salah satu favorite soup dia.. ermph.. kalau tomei lak.. dia suka cicah ngan garlic bread...

masing masing kalau dah makan.. tak perasan gambo di ambik....

tomei tak mo makan dulu coz... garlic bread tak sampai lagi... biasalah dia... layan jer... kalau duduk sebelah daddy aje.. senang sikit mummy dia... hahaha... tak payah susah susah nak layan dia coz daddy dia rajin melayan...

hari ni mom nak rasa nasi ayam dia... ermph... tak sedap... tak recommend la... memang tak sedap.. hampeh.. sudahnya tak cuit pun...

hari ni order pizza chomel kata tomei saya... air dia dah habis... pizza baru sampai... uish.. lambat.... cam kura kura....
dan ini juga favorite kami sume... chicken wings.... hehehe... tomei suka makan wing... mom pun sama.. dulu mr hubby suka makan drumstick... sekarang ni dah beralih arah.....

dah kenyang bagai nak apa... kami pun meneruskan perjalanan kami iaitu shopping menyopping.. hahaha...

 mr hubby punya... cantik.... dan saya sangat berkenan... actually gi kedai jam tu nak betul jam saya coz terlanggar batu, ada skru tertanggal... yang ori kena order... so... sangat sedih meninggalkan jam saya... tapi tak lagi... coz.....mr hubby belikan yang baru.. buat ganti ganti katanya....

ermph... terlanjur kat kedai jam... belikan sekali bapa mertuaku punya jam.. hahahaha....3 in 1... ermph.... apalagi aktiviti kami hari tu yerk....

ermph.... banyak yang kami buat bersama sama.... thanks dear...coz temankan saya dan melayan saya sampai tak keje..hahahaha........

Thursday, October 20, 2011

Kisah Cinta dan Kasih Sayang yang tiada berpenghujungnya....


Minggu ni memang minggu romantis...

Kisah cinta tak berkesudahan... masih mood honeymoon kot.....Bila ada yang bertanya, takkanlah selama dalam alam perkahwinan semuanya indah...? Tak pernah ke berlaku perbalahan atau persengketaan..?

ermph.... apa ye jawapan nya....mungkin ini jawapannya....

Semua orang yang berpasangan ingin mempunyai sebuah perhubungan yang sentiasa ceria, kukuh, mantap, penuh dengan cinta dan romantik, dan juga kalau boleh tidak berlaku konflik di dalamnya.

Namun “tradisi” dalam perhubungan itu sendiri tidak memungkinkan ia bebas dari berlakunya perselisihan faham, “bermasam-muka”, terasa hati dan “perkara-perkara yang sewaktu dengannya.”

Kalau nak bertengkar pun mestilah bertengkar dengan bersebab. Tak perlu bergaduh besar dan tidak perlu terlalu mengikut emosi bila keadaan menjadi tegang. Jangan sampai menyimpan perasaan tidak puas hati dan jangan langsung membenarkan perasaan ini bertambah dalam diri.

Masalah utama kebiasaannya ialah perasaan tidak puas hati dan geram. Ia umpama barah yang merebak tanpa disedari dan mempengaruhi dalam tindakan dan perkara yang lain. Bila perasaan ini semakin terbina dalam diri, bertambah dan berkembang, ia mula memberi kesan ke atas persepsi kita terhadap pasangan.

Perasaan tidak puas hati adalah perasaan marah atau geram yang terkumpul atau bertambah secara perlahan-lahan dalam diri seseorang akibat daripada melakukan atau memberi sesuatu dengan berlebihan berbanding dari apa yang diperolehi. Memberi dengan berlebihan dari apa yang kita dapat semula adalah baik sekiranya ia berpada-pada. Namun, tiba pada satu masa ini akan membuatkan seseorang itu rasa ditipu atau dipermainkan.

Lelaki bukanlah satu kejadian yang dapat memahami diri kita dengan mudah. Sekiranya kita tidak memberitahu dan tunjukkan kepadanya bila dia melakukan sesuatu yang melukakan hati kita, kebarangkalian dia terus melakukan perkara yang sama itu tinggi kerana dia tidak tahu, tidak sedar yang dia telah melukakan anda. Ini pasti akan menambahkan lagi luka di hati kita kerana kelihatannya dia hanya “buat bodoh” seolah-olah tidak ada apa pun yang berlaku

Sebagai orang yang matang dan dewasa, konflik sentiasa dihadapi dalam sesuatu perhubungan intim dan istimewa. Kalau kita ingin berada dalam sesuatu perhubungan dan dalam masa yang sama kita tidak mahu mengambil risiko,kita perlu lupakan sahaja idea atau impian untuk berpasangan apatah lagi berkahwin. Terlibat dalam sebuah perhubungan sebagai seorang yang matang dan dewasa bermakna kita perlu dan mesti berhadapan serta mengambil risiko.

Ada masanya kita perlu berkata sesuatu, menunjukkan, dan menegaskan sesuatu perkara dan bertanya sesuatu soalan yang kelihatan seolah-olah memalukan atau melukakan dia. Sekiranya kita tidak mampu atau tidak boleh mengambil risiko dalam perhubungan bersama dia, sesuatu yang pasti, kita tidak mungkin jadi semakin intim dengannya. Tentang isu tertentu yang kita rasa pasti kita tidak perlu timbulkan, maka janganlah langsung kita timbulkan perkara tersebut.

Memendam perasaan marah memberi kesan ke atas bahagian yang paling penting dalam diri setiap wanita seperti saya. Ini adalah bahagian yang kita semua miliki dalam diri kita. Ia adalah separuh daripada psikologi kita yang dipanggil bahagian yang mempunyai tindakan luar sedar dan tugas utamanya adalah untuk melindungi dan membolehkan kita terus hidup.

Sewaktu kita kecil, bahagian ini bertanggungjawab dalam membantu untuk kita terus hidup dan mendapat kekuatan. Bila kita rasa terancam, bahagian luar sedar ini mula bertindak sebagai pertahanan untuk keselamatan diri apatah lagi bila ibu bapa atau penjaga kita tidak melakukan sesuatu, HATI kita akan mula bertindak dalam mod untuk menyelamatkan kita.

Dalam usaha untuk membuatkan hati kita rasa tenang, hati kita akan berkata, “Aku tak perlu rasa disayangi. Percayalah, aku akan ok tanpanya”. Hati kita perlu “menipu” dan menyakinkan kita bahawa apa juga kehilangan yang kita rasakan adalah tidak penting dan kita tidak perlu rasa kecewa. Ini membolehkan kita membesar dan dalam masa yang sama kita tidak sedar betapa sebenarnya kita sangat memerlukan kasih sayang dan belaian.

Perkara seperti ini mungkin berjaya dilakukan dengan baik ketika zaman kanak-kanak dan kemudian kita pun dewasa. Semakin kita meningkat dewasa, sesuatu dalam diri kita mula berkata, “Tidak, sebenarnya aku inginkan satu perhubungan di mana aku disayangi, dibelai dan dimanja”. Jadi kita mula membenarkan orang lain mendekati kita dan sebagaimana dalam “dating”, perkenalan, percintaan, berpasangan, atau pun perkahwinan, pada peringkat awal hampir segalanya amatlah indah.

Namun apabila kita terluka atau terasa hati, kita selalu bertindak primitif dan segalanya dirasakan bersifat peribadi. Ini sebabnya kebanyakan lelaki dilihat sukar untuk memberi komitmen dan kebanyakan wanita sukar untuk membenarkan seseorang mendekatinya atau mempunyai sebuah perhubungan yang berkekalan. Hati mereka percaya mereka masih lagi memerlukan perlindungan walaupun ini akan menjauhkan mereka daripada sebuah perhubungan yang mereka sangat inginkan.

Dan apabila kita sudah membuat pilihan, walau apapun yang berlaku, menjadi tanggungjawab kita... Cinta bukanlah daripada kata-kata, tetapi sebuah keinginan yang diberikan kepada hati yang memerlukan. Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang, dan bukan siapa dia sebelumnya.

Malah, kisah lampau yang berlaku tidak perlu diungkit lagi sekiranya hati benar-benar menyintai dirinya. Sememangnya hidup bercinta dan untuk dicintai amat mudah, tetapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai sukar diperolehi...

Justeru itu, saya amat jelas dengan cinta dan kasih sayang yang saya curahkan kepada siapa. Seorang yang berjaya menakhluki jiwa dan hati saya.Seorang insan yang bergelar suami. Dan hanya dia yang mampu memiliki cinta saya.

Wednesday, October 19, 2011

Hadirnya cinta...

Bila hadirnya cinta... saya pun tak pasti... dari benci bertukar rindu dan bertukar cinta.... itulah perasaan saya terhadap mr hubby....

dulu memang tak suka...bila dah suka, sukar pula nak lepaskannya...

Terkadang terpaksa memendam rasa ini..Ianya bukanlah sesuatu yang mudah....Tapi saya harus tegarkan hati untuk terus melalui semua ini...Kadang-kadang saya rasa tak kuat sangat untuk terus berpura-pura....Ianya amat sukar untuk tersenyum seolah-olah saya redha dengan semuanya....Tetapi saya harus terus melawan rasa yang ada dihati ini.

Saya bukan yang sempurna...Saya juga bukan yang menjadi pilihan utama....Tapi saya akan sentiasa ada untuk memastikan dia bahagia....Biarpun kehadiran serta kewujudan saya tidak nampak di mata kamu.
Tapi saya senang andai mampu buat dia terus tersenyum.....


"Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki."

Saya  tidak mahu dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah saya hanya cantik di mata mr hubby. Apa gunanya saya menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ.

Apalah gunanya saya menjadi idaman banyak lelaki sedangkan saya hanya bisa menjadi milik dia seorang.

Saya tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan saya merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah saya ini barang  dagangan yang mampu dimiliki sesuka hati.

Saya juga tidak mahu menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat saya berikan.

Bagaimana akan saya jawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?

Apabila ada di kalangan mereka membangga diri yang mereka digilai ramai...apa yang mereka dapat...? apa yang mereka puaskan..?

Entahlah.... hanya mereka yang mampu menjawabnya.......

Salah sangka...



Assalamualaikum.... setiap kali mendengar lagu ini pasti mengingatkan saya kepada seseorang yang amat penting dalam hidup saya....

Mungkin saya akan kahwin dengan beliau andainya beliau masih hidup.... arwah abang lan....

tetapi semuanya dah ditakdirkan.... mungkin kerana mr hubby ada iras iras arwah... maka saya jatuh cinta kepadanya... dan cinta saya kepadanya akan saya jaga sehingga ke akhir hayat...

saya tak mahu kehilangan cinta saya.... cinta pertama saya.... mr hubby cinta pertama saya....dialah yang mengajar saya erti rindu....kasih sayang dan cinta....

arwah abang angkat saya tinggalkan saya ketika beliau nazak...di saat kematiannya, saya tiada disisi... dan saya merasai sangat sangat sedih dan menyesal.... kerana itulah cinta yang hadir dalam hidup saya akan saya jaga hingga ke akhir hayat....

saya pasrah kerana ditakdirkan berkahwin dengan mr hubby.... beliau merupakan insan yang amat saya cintai.... saya kasihi....dan takkan mungkin saya berpaling lagi... hanya dia yang mampu membahagiakan saya...terima kasih sayang....

hanya dirimu yang bertakhta dihati ini.... chewah... it's true dear....i love u till my end of my life....

Merawat luka....



Assalamualaikum, hari ni nak citer pasal lagu.... lagu yang banyak menenangkan diri ini dalam menjalani dugaan yang mendatang.....

tiada kata dapat diucap.....hanya lagu ini yang mampu berbicara...

Tuesday, October 18, 2011

salam takziah....

Assalamualaikum...salam takziah buat seorang rakan saya yang kehilangan ayah beliau...setelah 33 hari di icu maka pada hari yang indah ini Allah menjemputnya pergi....

Kepada sahabat saya, Kasmah Jaafar..


Setiap makhluk yang hidup pasti akan mati. Sesungguhnya kematian tetap akan menjemput insan untuk kembali kepada penciptaNya. Sekuat mana pun kita lari, sejauh mana pun kita cuba hindari, namun kematian akan tetap mengekori kita. Sampai waktunya dan ketikanya kita tetap akan pergi jua. 

Walaupun tidak mengenali beliau dengan rapat...tapi dapat dirasakan kesedihan atas pemergiannya....mungkin kerana mengikuti perkembangannya di dalam FB....Segalanya sudah tertulis di  lauh mahfuz. Yang penting, kehidupannya telah menyentuh ramai individu. 

Semoga semua yang mengenali allahyarham menjadi saksi bahawa allahyarham beramal soleh dan mendoakan keampunan baginya dan roh allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t. 

Dan kami doakan agar kasmah sekeluarga tabah dan redha atas pemergiannya....


Monday, October 17, 2011

tomei EXAM....

Assalamualaikum.... hari ni tomei start exam sekolah agama... mom and dad yang cemas giler... maklumlah.... satu satunya tomei kami tu...


exam hari ni tauhid dan jawi.... semoga tomei dapat menjawab soalan dengan baik... memandangkan first day exam... mom and dad seperti biasa ambik cuti....but dad cuti setengah hari aje....

pepagi dad hantar raziQ tomei ke sekolah.... hari ni mom and dad breakfast jemput jemput ngan kari ayam... pergh... sedap tau mom masak... ermph.. sementara nak tunggu tomei balik, biasalah ye kalau dah tinggal berdua ni.. macam macam bole buat...

sedar sedar dah tengahari.... tak sempat masak... we all lunch kat mcD...bestnya... suka la tomei i tu...

Thursday, October 13, 2011

Petua Imam Shafie...

Assalamualaikum...
Pagi pagi bila online... terbaca dari entry kawan fb...Ermph... kredit to Md Noor Bin Hamdan...

Petua Imam Syafi'e.... 

Empat perkara menguatkan badan... 

1. makan daging 
2. memakai haruman 
3. kerap mandi 
4. berpakaian dari kapas 

Empat perkara melemahkan badan... 

1. banyak berkelamin (bersetubuh) 
2. selalu cemas 
3. banyak minum air ketika makan 
4. banyak makan bahan yang masam 

Empat perkara menajamkan mata... 

1. duduk mengadap kiblat 
2. bercelak sebelum tidur 
3. memandang yang hijau 
4. berpakaian bersih 

Empat perkara merosakkan mata... 

1. memandang najis 
2. melihat orang dibunuh 
3. melihat kemaluan 
4. membelakangi kiblat ... ... 

Empat perkara menajamkan fikiran... 

1. tidak banyak berbual kosong 
2. rajin bersugi (gosok gigi)
 3. bercakap dengan orang soleh 
4. bergaul dengan para ulama 

4 CARA TIDUR... 
1. TIDUR PARA NABI 
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi. 

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH 
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

 3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan. 

4. TIDUR SYAITAN Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka. 


* Kalau ada kesudian .. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Wednesday, October 12, 2011

cuti hari ini....

hehehe....entry ini dibuat khusus.... gara gara saya majuk, so hari ini mr hubby tak kuar....seharian di sisi saya.... bestnya.... kalau cam ni hari hari...bankrup la kan...hahahaha...tak keje....

Pesanan Buat Suami...

Assalamualaikum...Online facebook jap tadi...tetiba terbaca satu entry... so i share kat sini tau...pesanan buat suami suami terutamanya suami saya yang tercinta....

1. Selalu menghargai usaha dan penat lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali - kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan atau cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami & lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal.

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah atau menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dgn isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dgn ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati.. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
hahahaha....kelakar dengan bahasa yang digunakan... tetapi boleh la.... just like like je kata orang jawa..hehehehe... anyway, good input...walaupun agak keras bahasanya...sesekali tak apa kan..?


Tuesday, October 11, 2011

Lagu ni lagi........



mr hubby soh saya hayati lagu ni.... hayati sewaktu kami akad nikah dulu.... ingat balik akad yang dibaca serta taklik yang dilafaz.....

dia minta saya ingat kenangan manis kami berdua setiap kali saya nak marahkan dia...bole tak..? ermph... setelah beberapa kali mencuba saya berjaya....

betullah..... setiap kali teringat saat saat romantis kami.... perasaan marah tu terus saja hilang....cubalah...

setiap orang ada melakukan kesilapan....mr hubby..?dia juga terlibat sama....ermph....dia memang pernah melakukan kesilapan, tapi dia dah berubah... dia tak mahu terus melakukan kesilapan...dia dah sedar, siapa yang dia perlukan dalam hidup dia.... apa yang dia buat sebelum ini adalah satu kesilapan...yang mana dia sedar menilai yang mana kaca dan mana permata....

Terharu sangat.....

Assalamualaikum....Semalam kan...gaduh gaduh manja ngan mr hubby... hehehe....mana taknya, pagi pagi je dapat mesej yang bukan bukan dari orang yang tidak dikenali... tapi rasanya saya dapat agak la siapa orangnya....

so...mr hubby pun ambik langkah selamat iaitu mengalah dan berdiam diri..... tiba tiba....

jeng jeng jeng.....

dia minta saya dengar lagu ini.....



apalagi.........

rasa sayu dan pilu hati ini..... tak pasal pasal saya 'ter'naik angin tak tentu hala dek kerana mesej yang tak tau kebenarannya.....

betul kata mr hubby....

apa yang dia kata semua betul......

thanks sayang.....i am sorry coz salah sangka.......

apa yang abang cakap tadi betul betul buat ima realize yang abang sayaaannnnggggg ima..... hehehehe......

Monday, October 10, 2011

birthday party my boy....

Assalamualaikum...cerita pasal perampas..merampas buat saya rimas... ermph... nak cerita tentang yang happy lappy pula...hehehehe...

last saturday, birthday my boy.... raziQ tomei... saya dan mr hubby sepakat untuk adakan kenduri doa selamat dan birthday party untuk tomei saya... meriah sangat...

terima kasih kepada mereka yang sudi hadir....tahun ni memang tak disangka sangka... balik dari sabah, kami masih dalam mood honeymoon actually...

then bila tomei request nak celebrate his birthday, mr hubby pun setuju... saya ni ikut saja....segala kelengkapan dah dibuat... dan tak disangka majlis berjalan dengan begitu meriah dan jayanya...kegembiraan terpancar di mata tomei dn mr hubby... begitu juga dengan saya....

dan paling membuatkan saya malu apabila ada yang mengusik..bila raziQ tomei nak dapat adik..? tergamam... saya lihat muka mr hubby...dia lihat muka saya...dan berderai tawa kami berdua.... memang nak sangat... tapi Allah belum izinkan... nak bagi kami dalam mood honeymoon lama sikit...

InsyaAllah... jika Allah izinkan.... mr hubby pernah jatuh...pinggang dia terhentak..dan masalah pinggang dia masih belum pulih sepenuhnya...untuk recover, ambil masa yang lama....sabar jer lah... ada rezeki tak ke mana...

gambar yang ada amat amat lah romantiknya...hehehehe..so..saya tak boleh upload...biarlah hanya kami berdua yang lihat dan simpan... jika nak.... boleh lah datang ke rumah saya... saya printkan gambar tu.... kenangan yang mahal....

yang boleh saya uploadkan hanyalah gambar kek tomei saya.... this year dia dapat 3 kek... satu saya beli...satu daddy dia beli dan satu cikmi dia belikan... suka la dia....

birthday tomei saya dan saudara saya yang terdekat sama bulan, so saya masukkan sekali nama mereka... meriah kan bila celebrate ramai ramai....ni perasa coklat blueberry...di buat oleh rakan fb saya.... memang cantik dan sedapppppp...

dan ini gabungan idea daddy mummy dan tomei.... tomei dan daddy suka main angry bird...tomei dan mom pula suka tengok siri penyiasatan conan...so...gabungkan bersama gambar tomei....cantikkan..? kek ini chocolate indulgence...dari secret recipe... memang la tak bole nak cakap kesedapannya...favorite saya dan tomei.....


ini juga dari secret recipe.... hadiah dari cikmi buat raziQ... tapi rasanya kopi.....badam dan sedikit campuran hazelnut...

tahun ni dan tahun tahun sudah, seperti biasa..... adalah party untuk anak anak.... dan tahun ni kami sediakan banyak hadiah...dan alhamdulillah..semuanya habis....tomei pula, dapat banyak hadiah....... terima kasih ye semua.... 

kalau tahun lepas, klien saya ada hadiahkan dia Game Boy... this year pula tomei dapat banyak jam tangan.... antaranya...GA Blue..G Shock...Baby G...Casio....dan banyak kereta control.....uish...macam tau tau je yang tomei request....hehehehe......

anyway, semua berjalan dengan jayanya...saya sangat bersyukur....terima kasih Allah....terima kasih sayang... abang buat majlis ni happening dan meriah sekali.....

dialah yang bertungkus lumus memasang banner....decoration dan balloon yang banyak sangat tu....memang cantik......terima kasih encik Shamrul Siharku sayang... i love u....

10 Alasan Kenapa Dilarang Bercinta Dengan Suami Orang

Alahai.... terlanjur ngan post tadi... tetiba terbaca kat facebook pula..... macam berturut turut pula....cerita tentang larangan bercinta dengan suami orang.... best... just share ok.. sharing is caring...so... tertampar diri sendiri... atau terasa, fikir fikirkan dan selamat membuat keputusan untuk menarik diri dari menjadi PERAMPAS..!

1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU
Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja!

2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA
Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.

3. HUBUNGAN SECARA SULIT
Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!

4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG
Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami “kerugian” kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!

5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?
Persoalannya, apakah kamu masih sanggup meneruskan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!

6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU
Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak “test market” saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.

7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN
Ingat ! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!

8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI
Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai “Action that speak louder than words” (pandai cakap tapi buatnya tidak!)

9. BERWASPADALAH DENGAN “BOOMERANG KESALAHAN”
Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita. Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita !

10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA
Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!


jiwaku jiwamu....

Assalamualaikum... sedang sibuk menyiapkan kerja kerja yang terbengkalai ni, tetiba terdengar bait bait lagu yang indah ini....

Separuh Jiwaku Pergi – Anang…

Separuh Jiwaku Pergi
Memang indah semua
Tapi berakhir luka

Benar ku mencintaimu
Tapi tak begini
Kau khianati hati ini
Kau curangi aku

Kau bilang tak pernah bahagia
Selama dengan aku
Itu ucap bibirmu
Kau dustakan semua
Yang kita bina
Kau hancurkan semua

Sedih…dan kebetulan semasa cari lirik lagu ni, terbaca juga kisah sensasi mereka ini...

Sekarang ni nak mencari perempuan yg betul betul baik memang susah…mana tak nye…dah jadi bini orang dh…dh dapat anak dh…masih boleh menggatal dengan jantan lain…kalau janda ke…anak dara ke…boleh gak la orang accept…ni status masih ISTERI ORANG…

Bukan nak emosi tak tentu pasal…pandai pandai la cari calon isteri…cari yang PEREMPUAN bukan BETINA..bak kata P. Ramlee dalam filem Musang Berjanggut…

dan memang sukar mencari lelaki yang sesetia seperti lagu ini... nak salahkan perempuan sepenuhnya juga tak boleh... bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi...

ada juga kisah yang mana isterinya baik, lelaki pula buat hal... memburuk burukkan isteri dan mencari kelemahan isterinya... ermph... susah nak cakap... dan susah nak percaya..zaman sekarang ni macam macam boleh jadi...

Apapun yang hendak saya huraikan di sini bukanlah nak pertikaikan tentang lelaki atau perempuan. Apa yang pasti, tak kira sebutannya perempuan, betina atau wanita, orang-orang yang tergolong dalam gender ini hendaklah menjaga maruahnya. 

Sedih sekali rasanya bagaimana sekarang pemakaian tudung seakan dipersenda. Hak asasi katanya, tak boleh paksa-paksa. Walhal itu adalah hukum tuhan. Makin sedih pula ada yang sanggup berbuat tak senonoh (tak kira lah dalam keadaan sorok-sorok atau di depan khalayak ramai) seperti berkhalwat, walhal dia pakai tudung. Di mana mereka letak imannya?

Memang betul pemakaian seseorang tidak menentukan seberapa besar iman di dadanya. Tapi itu bukan alasan untuk menanggalkan tudung. Tapi janganlah pula tudung disalah gunakan untuk berbuat maksiat di hadapan Allah.

Pada asasnya, kalau anda nak orang lain hormatkan diri anda, maka anda harus hormatkan diri anda sendiri dulu. Jagalah maruah anda sebelum orang lain mempersendakannya.

Dan juga kepada mereka yang suka menyakiti kaum sejenis tu... insaf insaflah... selangkah kita melangkah menuju kematian...bukan menuju kehidupan yang kekal abadi.... janganlah terus terusan buat maksiat... tak takut dosa ke..?

Yang perempuan itu pun satu, hidup ini macam roda. Hari ini kamu ganggu gugat rumahtangga orang, esok lusa, tidak mustahil perkara yang sama berlaku. Ini bukan doa. Tapi ini hakikat. Karma.Kamu hidup atas kehancuran hati orang lain. Anak-anak akan kurang kasih sayang bapa. Terabai. Kamu tanggunglah nanti.
Dan bagi lelaki yang melibatkan diri dengan perkara ini, apa lagi yang di cari dengan wanita lain sedangkan si isteri berkorban diri dan hati untuk setia dan taat mengurus suami dan anak-anak? Tak cukupkah..?

Aduhai...kerana lagu ini banyak pula words come around... hehehehe.... jangan lupa guys... what u give, u get back.... ok..? peace...no war.... sekadar luahan hati dan perasaan.....


Rahsia Murah Rezeki

Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah pernah berkata….. .

” setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup atau telah tiada)”………. nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu…

Berdasarkan Hadith Nabi :
“Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari”

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )

- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)

- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah

- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. …tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)

- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah

Kesimpulannya:

- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris….. . Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari

- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (contohnya makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)

InsyaAllah

Berusaha dan bertawakal.. …insyallah , rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM,(kata Azmil Mustapha)… 

petikan email dari seorang sahabat......


Saturday, October 1, 2011

Alhamdulillah...

Alhamdulillah...... persiapan untuk sambutan hari lahir tomei saya berjalan dengan lancar...walaupun sedikit penat.... saya dan mr hubby mampu melaksanakan dengan sebaik mungkin.... harapnya pada hari tersebut semuanya berjalan dengan lancar...

seperti tahun tahun sudah... birthday tomei saya disambut bersama dengan jamuan hari raya...but this year... tak....dah seminggu syawal berlalu barulah birthday tomei menjelma..hehehehe...

saya sangat bertuah memiliki mr hubby yang sangat baik dan tomei yang bijak...

tomei saya very independent.... mengapa..? rutin seharian dia.... seawal jam 6.30 pagi dia dah bangun, mandi sendiri....dan bersiap sendiri....tanpa saya perlu menjadi seperti aunty sebelah yang setiap pagi terjerit jerit membangunkan cucunya...selepas subuh(masih perlu dipantau bacaannya)...breakfast dan ke sekolah.....

tomei saya siapkan homeworknya sendiri...kemas buku sendiri... kemas beg sendiri...gosok baju sendiri...dan semuanya dia buat sendiri...

tugas saya hanyalah check buku dan beg dia semasa dia tidur.... bilik dia pun dia yang kemas... biasalah budakkan..? saya hanya touch up bila dia tidur... saya tak mahu dia nampak....saya beri kepercayaan untuk dia mengemas dan bertanggungjawab atas harta benda dia...

Alhamdulillah... dia sangat berdikari... begitu juga bila dia ke swimming class...semuanya dia dah siapkan awal awal....

inilah dia tomei saya...walaupun dia sangat chubby, dia sangat teliti memilih pakaian...bajunya mesti digosok dan seluarnya begitu juga....ermph...ikut siapa ye..? dari kecil memang dia suka pakai jam tangan.... tak pernah tanggal jam walaupun mandi dan tidur....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...