Saturday, January 29, 2011

Friday, January 28, 2011

gaduh gaduh sayang.....

ermph..sambungan citer macamana aku ngan kak mila boleh  bergaduh...pada entry yang agak lama.... coz ada yang minta dan bertanya kenapa aku ngan kak mila boleh bergaduh.... sedangkan kitorang ni rapat giler... kalau cerita balik citer ni... sure dia menangis dan ketawa terbahak2...tak boleh di kenang kenang.....sejarah hitam hubungan kami ni.......

citernya masa tuh kitorang attend course ABC yang di adakan di Janda Baik.... kursus tu 4 hari 3 malam..... dalam course tu... kami kena jalani satu cabaran yang dinamakan WORLD OF SILENCE..... masa tu aku ngan kak mila sebilik... walaupun dalam bilik tu ada 2 bilik...kitorang dok sebilik jer..bilik yang lagi satu tu kosong... dan ada la benda benda yang kitorang kena buat... dalam cabaran WOS tu... kitorang tak dibenarkan bercakap dari jam 8 malam sehingga 6 pagi..... itulah cabaran yang diberikan...oleh Kolonel Izzaidin Shamsudin.....seorang idola aku pada ketika tu.....


dan menariknya.... aku ni saja jer berbual ngan kak mila....dan pada ketika tu...aku tanya dia pasal caj bateri... aku tanya... dia diam... aku tanya lagi...dia diam lagi...dia bagi bahasa isyarat... hu...haaaa...hhhhuuu....hhaaahhhaaa......bengang beb.... pastu tanya apa ntah..aku pun dah lupa...tapi dia buat bodo....uishhh....... hangin mak naik dik oi.... mak terus diam......sejak itu aku pun 'mendiam'kan diri......

baru dia tau.....hahahaha...................sampai balik aku jadi  'pendiam' ...........walaupun hati berbunga bunga nak berbual.....tapi KEEGOAN pada ketika tu tinggi melangit........kesian kat kak mila....tapi nasi udah menjadi bubur......................

sampai la satu hari...dia tegur dan menangis2 kata dia dah tak sanggup dah................................aku pun sama sebenarnya...windu oi....windu giler tu kat dia...bayangkan tetiba rasa kehilangan sekali.....kak mila sayang....sayang giler tuh.....hihihihi..........rasanya macam angau bercinta tuh....makan tak lalu...tidur tak lena.... tapi sebab degil kan.... jahat kan kitorang...hihihihi.........

akhirnya hubungan yang terpisah sementara tu dapat disatukan semula....... taknak aku jadi macam tuh lagi..tobat.....tobat kak.......tobat ima........... :)

untuk kakak ku yang tersayang... kak mila... citer ini ditujukan khas buat akak....... ima hargai persahabatan kita.... ima sayang akak.... akak banyak memberi tunjuk ajar dan aspirasi untuk ima berjaya... love u so much....... muuuuaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhh..............

Semangat berkobar kobar

assalamualaikum..... pagi ni nak bercerita tentang aspirasi.. aspirasi yang aku perolehi dari redmummy...

last sunday, on the way hantar tomei aku tuh ke swimming class dia... kitorang kuar awal.. aku nak bank in sikit duit cash yang dapat malam before that... kang pegang duit banyak2 takut lak... so... memang tidur awal sangat..takde la masalah nak bangun awal.... dalam kul 7.30 dah kuar... gi makan kat kedai berhampiran maybank kulai... singgah kedai mamak beli paper...

excited sangat bila terbaca melalui internet boleh menjana pendapatan... is it true..? aku pun dah lama tak buka akaun nuffnang.. so.. berkobar2 nak buka ni.. ish... pasif income kan...? wah...kemain suka lagi bila aku tengok ada la perubahan duit yang ada dalam tuh.... uish.. betul la... tak tipu....

ermph... nampaknya peluang untuk mempelajari tentang pelaburan pasif dalam internet ini akan diperkukuhkan lagi.. almaklumlah.. aku ni kiranya tergolong dalam Gen X... bukan Gen Y... hahahaa...

bercerita tentang Gen Y... apa yang korang faham tentang Gen Y..? banyak spekulasi dalaman yang timbul bila kita citer pasal Gen ni... so far.. yang aku faham ialah... Gen Y ialah generasi pelapis bagi orang orang veteran.. sekarang pun dah banyak badan pertubuhan diwujudkan untuk menghalakan generasi ni untuk memacu negara akan datang.. so... ambik lah peluang yang ada untuk mempelajari apa jua teknologi untuk memastikan kita sentiasa undate dan meng up grade diri kita...

aku juga sudah terbiasa dengan manual system.. untuk berubah memang memerlukan masa... tapi.. kalau kita tak berubah dan bersedia untuk mengubah diri kita.. kita akan ketinggalan jauh dari peredaran zaman...

untuk mengubah satu satu generasi mengambil masa 50 tahun... so.... kita mulakan la perubahan itu.. bole...? aku bukan skeptical dengan semua ni.. cuma...aku ingin menjadi sebahagian dari perubahan... aku ingin mengubah diri.. keluarga dan gaya hidup.... so.. korang...? pasti mempunyai cita cita yang sama... cuma rasa yang berbeza... come on guys... jom kita jadi bangsa Melayu yang Terbilang di mata dunia bukan sahaja di mata parti.... hehehe..... Untuk jadi terbilang... kita kena ada kayu ukur... ukuran kejayaan bermacam macam... ada yang mengukur dari segi harta benda.. wang ringgit.. tapi pada aku.. ukuran kejayaan yang aku amalkan ialah... seberapa ramai orang yang dah aku bantu untuk diselamatkan.. bukan sahaja dia... malah waris waris dan keluarga mereka.... :)

so..... hayatilah lagu ini... mudah mudahan ia dapat membangkitkan semangat juang kita... berjuang untuk diri...keluarga....bangsa dan agama kita....... wassalam.... :)

Saturday, January 22, 2011

my favorite....buah tembikai......


Assalamualaikum....nak story sikit... kisah aku dan mr hubby....aku suka sangat makan buah tembikai... kalau ada 6 biji...6 biji tuh aku boleh abiskan....hahaha......tapi mr hubby selalu marah bila aku makan buah tembikai..katanya...dia tak mo aku sakit...masa kecik2 dulu aku ada masalah tonsil yang kronik...sepatutnya dah kena operate...tapi dek kerana takut dan tak mahu jumpa doktor aku mula jaga pemakanan.. terutamanya tembikai....durian dan sebagainya....alhamdulillah berhasil.... tapi..... bila dah lelama ni... tabiat buwuk ni datang lagi.... lebih lebih lagi..... jumpa buah tembikai... hahaha..... macam kena sawan tembikai.... makan  tak hengat donia.....apatah lagi mr hubby selalu outstation.. bertambah tambah lagi la rasanya.... hihihihi.. hah nanti bila ditanya pasal tembikai.... insyaAllah aku ada la alasan kukuh ni..... jom kita share.....

 Ibnu Abbas berkata: "Makanlah tembikai kerana didalamnya ada kebaikan.Ianya makanan, minuman perangsang kepada pertumbuhan gigi,sebagai pewangi,pembersih pundi kencing, menambahkan air tulang belakang, menghindarkan sejuk dan pembersihan kulit."

Satu hari telah dihadiahkan buah tembikai Taif kepada Rasulullah SAW .Nabi menciumnya dan bersabda: "Makanlah ini dengan gigi kamu, kerana ini adalah antara perkara yang halal di atas bumi.Jusnya adalah rahmat dari Allah dan kemanisannya dari syurga."

Rasulullah berada bersama beberapa sahabat pada suatu hari dan bersabda: "Allah merahmati orang yang memberi kita makan dengan buah tembikai ini". Kemudian bangun Sayidina Ali k.w bangun mendapatkan beberapa buah tembikai tambahan.Rasulullah SAW dan sahabat terus memakannya.

Baginda bersabda "Allah akan melimpahkan rahmat kepada orang yang memberi kita, yang memakannya sekarang dan kepada sesiapa yang memakannya dari golongan umatku dari sekarang hinggalah kepada hari kebangkitan."Begitulah hebatnya khasiat dan kelebihan Buah tembikai.Dari segi faktanya, memakan buah tembikai sebelum makan membersihkan usus dan menghindarkan penyakit.

Tembikai yang kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagaijenis galian yang lain adalah bermutu tinggi dalam perubatan. Tembikai dikenali sebagai Citrullus vulgaris amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit.

Jus tembikai juga memberi tenaga dan kekuatan dikalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan.
Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan.

Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh.Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah...

so..... ada lar alasan kukuh untuk makan buah ni lagi..yeah..yeah..... don't worry dad.... bagus buah tembikai ni..... 

Sakit Bahu...

Mr hubby selalu mengadu sakit bahu... so... aku cuba untuk mencari fakta fakta tentang derita penyakit ni.. cuba bertanya dengan doktor dan juga melalui search dalam internet untuk aku memahami info tentang sakit ni... bahu lenguh lenguh...raasa berat jer.....

so.. aku kongsikan citer ni ngan korang semua.... please.. please read k... coz it' very important to our knowledge...

Selalunya kalau mr hubby mengadu sakit badan dan lenguh bahu.. aku sekadar memberikan bantuan dari segi urutan... mengurut somborono bak kata orang jawa... coz i don't have any knowledge about his pain....

But..Mengurut sekadar hilangkan sekejap kesakitan berbanding rehat, senaman dan pembedahan 

SINDROM bahu lenguh (shoulder impingement syndrome) sebenarnya masalah yang dialami kebanyakan orang. Bagaimanapun, kegagalan menerangkannya kepada doktor secara tepat menyebabkan sindrom itu diklasifikasikan sebagai sakit urat atau sakit tengkuk.

Sindrom berkenaan membabitkan tengkuk dan bahu. Kadangkala kesakitan itu merebak ke dada atau bagi perempuan atas payu dara.

Memahami sindrom bahu lenguh harus bermula dengan mengetahui anatomi bahu. Bahu seperti cawan dan piring. Cawan merujuk pada sendi yang bertindak seakan bola pada bahu (head of humerus) dan piringnya pula adalah tulang belikat (shoulder blade).

Tendon daripada empat otot yang melindungi head of humerus membentuk rotator cuff dan berfungsi untuk menstabilkan bahu. Serat dalam rotator cuff boleh membengkok mengikut posisi bahu.

Sindrom bahu lenguh terjadi kerana tekanan pada tendon di rotator cuff yang berada di antara tulang belikat dan head of humerus. Ia boleh menjadi radang yang kronik dan menyebabkan kelemahan tendon.

Konsultan Ortopedik dan Pembedahan Kecederaan Sukan, Kol (B) Dr Azmi Abdul Latif dari Hospital Pusrawi Sdn Bhd, berkata bahu lenguh adalah satu daripada masalah biasa di kalangan orang dewasa.

“Walaupun begitu ramai orang tidak tahu malah mungkin ada doktor juga tidak tahu. Selalunya pesakit akan memberitahu doktor dia sakit tulang belikat atau sakit urat. Mereka tidak tahu pun masalah itu sebenarnya merujuk pada sindrom bahu lenguh,” katanya.

Dr Azmi berkata, sindrom bahu lenguh menyebabkan bahu tidak stabil. Kestabilan bahu banyak bergantung pada rotator cuff. Selain itu, sindrom bahu lenguh juga boleh menjadi punca tendon rotator cuff terkoyak dan mudah tercedera.

“Apabila otot tidak kuat dan tidak seimbang, bahu akan terjatuh (displaced) sama ada ke depan atau ke bawah menyebabkan ia menekan atas saraf dan terasa lenguh,” katanya.

Bahu yang tidak seimbang akan kelihatan senget. Ketika ini anda sepatutnya sudah tahu, masalah sebenar bukanlah sekadar sakit urat.

“Perlu diketahui, sindrom bahu lenguh lebih berisiko pada perempuan kerana kebanyakan wanita tidak duduk dengan posisi yang betul,” katanya.

Selain wanita, golongan yang berisiko diserang sindrom bahu lenguh adalah mereka yang banyak menggunakan pergerakan tangan, atlit (pemain badminton, tenis) dan mereka yang suka tidur mengiring.

“Mereka yang bekerja secara berterusan dengan komputer juga antara yang berisiko. Aktiviti yang memerlukan penggunaan tangan yang banyak seperti pemain tenis atau badminton.

Simptom

Kebiasaannya, simptom awal tidak disedari kerana ia tidak begitu menyakitkan. Pada peringkat ini kebanyakan pesakit tidak berusaha mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun, akan mula terasa sakit pada bahu sama ada ketika menggunakan komputer atau ketika berehat. Kesakitan itu datang dari atas bahu dan menular ke lengan. Anda juga akan menyedari kesakitan akan menyerang apabila cuba mencapai atau mengangkat barang.

Bagi seorang pemain tenis, dia akan mula menyedari kesakitan itu apabila cuba memukul bola.

Sindrom bahu lenguh selalunya menyebabkan bengkak pada bahu. Kadang kala ia sakit dan terasa tegang apabila anda cuba untuk meluruskan bahu. Kesakitan juga akan dirasai apabila menurunkan tangan ke posisi tertentu.

Apabila masalah itu makin bertambah, kesakitan itu akan menyerang juga pada waktu malam. Malah anda akan hilang kekuatan dan tidak boleh bergerak. Anda juga mungkin sukar membawa tangan ke belakang selain sukar mengenakan butang dan zip pakaian.

“Mungkin sesetengah orang akan mendapat khidmat tukang urut. Selalunya urutan berkesan untuk beberapa minggu dan masalah ini akan kembali menyerang,” katanya.

Rawatan

Rawatan awal sindrom bahu lenguh bersifat konservatif. Doktor akan mencadangkan anda berehat. Senaman regangan mungkin diajar bagi memperbaiki jangkauan pergerakan anda.

Jika rawatan konservatif tidak berkesan selepas enam hingga 12 bulan rawatan, pembedahan menjadi pilihan. Pembedahan selalunya sama ada arthroscopy atau pembedahan terbuka atau kombinasi antara kedua-duanya. Kedua-dua jenis pembedahan ini boleh memperbaiki kerosakan dan melegakan tekanan tendon.

FAKTA:

Bahu terdiri daripada empat sendi yang berkerja secara bersama

Sendi glenohumeral yang menghubungkan tulang panjang di bahagian lengan atas humerus dengan tulang belikat.

Sendi acromioclavicular (AC) yang menghubungkan tulang belikat dengan tulang selangka (collarbone). Ia bertindak memberi kestabilan kepada bahu

Sendi sternoclavicular yang menghubungkan tulang selangka dengan tulang dada. Sendi ini sangat penting kerana ia adalah satu-satunya yang menghubungkan tulang bahu dengan tubuh.

Sendi scapulothoracic secara tekniknya ia bukan sendi kerana ia tidak menghubungkan mana-mana tulang.

*bukan hantu yang dok bertenggek kat bahu tu.... seperti yang dikatakan oleh orang orang yang kurang pengetahuan tuh erk........................

moral of the story : berkata berlandaskan fakta menunjukkan sifat ke profesional nya kita...dari berkata kata mengikut sedap kata menampakkan kelemahan dan kebodohan kita... so...timbang timbangkan..... :)

Tuesday, January 18, 2011

dari stranger menjadi kawan....edisi 4.....

Assalamualaikum..... ermph... sejak buat post untuk dari stranger menjadi kawan....ada kengkawan yang citernya tak di update menanya... ima....i ni tak masuk list ker....?..... sorry dear... bukan tak masuk list... tak sempat nak update la.... ermph.. nanti ima upload tau... antaranya kak mimi.. kak as.... kak ila... kak min.... kak siti roskiah... kak siti norbaya.... kak ija... hidayah..eryanna...

ada ramai lagi.... sabo eh... sabo... insyaAllah kalau sempat ima pasti update... :)

dari stranger menjadi kawan....edisi 3.....

Assalamualaikum.... ni nak citer lagi... kawan kawan penting dalam hidup i... hahahaha...... ni citer yang berikutnya... namanya kak ida... sorang lagi kawan yang baik...walaupun...mulutnya....hahahaha...jangan marah kak.... kak ida ni... orang yang sangat baik.... cumanya...kalau time dia marah... mulut dia tak boleh nak tapis tapis... dia tak peduli orang... yang penting dia cakap... bila dah reda...baru dia tersedar... kena redha je la.... hahahahaha....


ni dia kak ida... dia ni 'mak tiri' raziQ... dolu dolu...selalu jual nama dia pada raziQ.... coz raziQ sangat takut pada dia... hahahaha.....

kak ida ni muka jer nampak garang.. tapi dalam hati dia ada taman... hahahaha..... suka sangat berbual dengan dia.. dia ada visi...dia seorang yang unik pada pandangan mata aku la....

dia paling takut pada kucing...senang citer..dia tak suka benda benda yang lembik... kelakarkan...? dan dia paling takut pada BELON... muahahaha... ada ker patut .... dia takkan datang birthday raziQ semata mata dia tahu yang aku pasang belon.... so....kerana sayangkan kakak i sorang ni... setiap kali birthday raziQ... sanggup tak pasang belon semata mata nak dia datang... coz dia salah sorang kawan yang penting... raziQ panggil dia mama ida...bila sebut jerk nama mama.......terus jerk raziQ berubah sikap.....sebab dia pernah kena marah ngan mama dia...

dan satu citer yang tak pernah dilupakan bila kak ida sebut pasal rambut... hahahaha....tak boleh ingat.....masa tuh raziQ botak... dia nak mama dia, dia takut... so dia tarik rambut aku.... sakit tuh... asyik di tarik rambut... aku pun balas lar balik... tarik rambut raziQ yang botak tuh... pastu aku tanya dia..."sakit tak..? camtu la mummy sakit bila raziQ tarik rambut mummy.....!" kak ida pun ketawa melekek lekek... sampai sekarang kalau citer pasal rambut tuh dia ketawa tak hengat..... hahaha...

dari stranger menjadi kawan....edisi 2....

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

ermph... hari ni nak citer sorang lagi kawan yang amat baik dan aku banyak belajar dari dia terutama berkaitan dengan ilmu agama serta bab masak memasak.... seorang iron lady pada pandangan mata ku ini... seorang wirawati lar gak...seorang wanita tabah.... kecik molek orangnya.... dari situ baru ku sedar... kekuatan seorang wanita bukan diukur dari otot pejalnya...tapi diukur dari kekuatan emosi dan ketabahan beliau dalam mengharungi dugaan Allah.....


nama beliau zaiton abdullah....umur beliau lebih dari umur my dad.. tapi aku panggil dia kak eton....

actually dia tak bape suka ambik gambo.... rasanya ni gambo masa raya tahun 2008 kot...masa ni ada majlis kat danga..... kat umah kayu.... jemputan majlis eTiQa Takaful...

Kak eton ni sorang yang independent.. dia pandai masak.... terutamanya kari mamak... dan roti... dia pandai masak roti... dia masak campak campak jer.. tapi sangat sedap.... rindu masakan dia....

Anak dia semua berjaya.... dua anaknya belajar kat oversea... seorang doktor...seorang lecturer...seorang businessman... seorang lagi bersama ngan dia......

Actually dia orang singapore... pernah lar beberapa kali masuk singapore dengan dia... shopping baju2 dan jumpa family dia.... kiranya family dia kat singapore di kira sebagai family melayu yang berjaya.... kakak dia ada banglo kat sana... adik beradik dia ramai...semua nya orang 'berada'....kalau orang kat singapore ada tanah kat sana memang dikategorikan orang yang berada....

Walaupun sekarang kami tak serapat dulu kerana tuntutan kerja dan proses perkembangan... tapi dia tetap di hati aku...

Monday, January 17, 2011

Baru jumpa...yeah..yeah....


Assalamualaikum dan salam sejahtera....finally dapat gak lagu favorite i ni... itupun atas bantuan kengkawan kat FB.. special thanks to Kak BalQis NaZid...lupa laks nama kitaro ni... hahahaha.........

Ni muzik yang paling aku minat sejak tahun 1999...masa tuh dalam dengar dalam kereta boss... lepas tuh terus jerk gi cari kat kedai CD.. memang berbaloi.... hari hari dengar lagu ni... terutama masa kat ofis... sebab aku tak suka dengar lagu lagu bermelodi kerana ia mengganggu sedikit tumpuan bila nak bekerja... suka dengar alunan muzik seperti muzik dari kitaro..kenny G...vanessa mae...dan banyak lagi masa zaman aku tuh... sekarang ni cam dah berkarat nak ingatkan nama nama dorang tuh... hihihi...

the reason why...kenapa aku cari sangat muzik ni... aku sekarang banyak masa sebelah pagi di ofis... so... semasa memulakan tugas, bila dengar alunan muzik ni memberikan sedikit sebanyak kesegaran dalam jiwa dan fikiran.. hihiihii..bagus untuk minda sebenarnya... dan juga untuk jantung...bila dengar..dooom....dooom...dooom...hahaha.... that is just my opinion...

semenjak raziQ tomei gi sekolah pepagi... aku pun turut sama keluar awal pagi... so bagus sangat sangat... tahun ni tahun perubahan kan.... berubah untuk menjadi lebih baik dari sebelum ini.... :)

ingatlah... kita kena hargai hidup ini.... terus terang aku sesungguhnya dalam proses memahami garisan kehidupan ini.. alhamdulillah... Allah memberikan peluang untuk aku menghargai peluang dan menjiwai erti hidup yang sebenarnya... sebagai seorang yang lemah, segala ujian yang pernah aku hadapi dulu membuatkan aku begitu kuat untuk menjalani kehidupan mendatang...

semalam adalah sejarah....hari ini melakar sejarah..esok membina impian... so.. to all of you guys... wake up... don't waste our time... be what u want to be... if u believe.. u can achieved.. please do so...

to all my beloved one.. thanks to you all... without u all, i don't know what am i doing right now... to me, we must do it together... as a teamwork... coming together is a beginning.. keeping together is progress...working together is a success..... i love u all....



Saturday, January 15, 2011

dari stranger menjadi kawan....

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Hari ni nak citer sikit pasal kawan kawan yang sentiasa ada disekeliling aku..kawan kawan yang amat aku sayangi... walaupun memasing sibuk tapi sentiasa ada di hati..kadang kadang windu sangat ngan dorang sume... sikit masa dulu aku membawa diri kerana sibuk menguruskan tomei yang semakin membesar... :)


ni kawan terbaik yang aku ada..... namanya kak mila... kak mila ni dah macam kakak sendiri... bak kata dia... kita ni ma.. sepusat sepusing... mak lain lain bapak asing asing... 

Semenjak dia baru lahirkan sorang lagi baby boy yang comel... dia agak sibuk menguruskan anaknya tu... anak dia selalu menangis... berjaga malam.... itu yang buat hubungan kitorang ni sepi seketika... kalau tak..dulu everyday bersama sama... almost everyday... dari jam 9 sampai la kepetang.. kadang kadang lajak sampai malam... 

kak Mila ni sumber inspirasi aku... dia banyak membantu aku dalam membuat keputusan dan cara dia yang matang tu sedikit sebanyak mempengaruhi aku dalam menjalani kehidupan sehari hari.... Dia ni memang seorang yang survival.... very independent person... dan kita tak dapat nak duga apa yang dia boleh buat... i love her so much... 

perkenalan kami bermula masa kami sama sama attend kelas di larkin perdana pada akhir tahun 1999...lama dah kami berkawan.... masa tu aku bujang lagi...masa tu aku belum kahwin... masih berkawan dengan mr hubby.... kebetulan pada hari tu mr hubby tak dapat nak ambik, sebab dia ada kerja....so....terpaksa balik sendiri.... masa nak tunggu teksi, kak mila sapa aku.. dia tanya nak balik mana..? jom la akak hantar.... memula tak mo...tapi akhirnya aku setuju bila dia bersungguh sungguh... masa tu dia pakai toyota unser...warna purple... :) dia  hantar aku balik umah... padahal baru kenal.... 

selepas dari tu, kami terus berkawan... dan menjadi amat rapat.... susah senang dia dan aku kami kongsikan bersama.... boleh dikatakan masa 60% kami habiskan bersama.... bekerja bersama....bershopping bersama... bercuti bersama...pendek kata...sumenya sama sama.... rindu sangat masa tu...

dan sejarah hubungan kami... kami pernah sekali jer tak bertegur...sume gara gara kursus yang kami attend... kalau fikir fikirkan...kelakar giler.... hahahaha.....

citer tuh hanya aku ngan kak mila jer yang tau...muahahaha....gelihati...sampai aku ketawa terbahak bile kenangkan citer tuh... nanti senang kita sambung citer ni... ngantuk la... :) assalamualaikum sumer....

Thursday, January 6, 2011

cuti cuti di kuala lumpur 4

assalamualaikum.. kali ni nak sambung citer bercuti di kuala lumpur... walaupun dah lama.. tapi still terpahat dalam memori.. seronok bercuti sekali sekala... tapi kalau selalu.. perghabih duit na.... hihihi.....


ini tomei tersayang..buchuk mashem i.... buah hati pengarang jantung i....kalau takde depan mata...windu bukan main... kalau ada... asyik nak cari pasal ajer... hahahaha........



my family... uda...iQa..mom...diLa...me...raziQ....mr hubby..... ni kat KLCC... senyum sumeeerrrr..... :)



me...mr hubby n our tomei.....family picture... nampak tak 3 tier... mr hubby tinggi sangat kan.... tak lama lagi tomei i pun meninggi macam his dad... :)



pandangan dari tingkat 4.. menuju ker petrosains.. :)


sedihnya... :( masa nak pergi ke petrosains.. di tutup coz ganti cuti hari sabtu... ermph... nampak gayanya esok kena gi jugak sini balik.. :(( letih....... coz my tomei nak masuk kat sini... beria ia... tak sampai hati nak tolak permintaan dia.... akan mom n dad usahakan k...?



raziQ with his aunts... ambik gambo kenangan di Petrosains... kalau sempat kita ke sini lagi....



dah takde mood dah tomei i masa ni... terpaksa jerk ambik gambo... senyum pun just like like jerk.. hehehehe.......



menuju ke aQuaria....masa ni masih belum in mood lagi... still bermuram durja.. :) bila tengok macam tomei pula.... muka mashem pun cun kan... hihihihi....



kesian sangat kat my mom.. dah la sakit lutut.. tapi dia gagahkan diri gak berjalan... walaupun berkali kali berhenti... hanya tuhan aje yang tahu betapa risaunya hati aku masa ni... nak ambikkan kerusi roda dia tak mo... kadang kadang orang tak paham kan apa yang kita rasa... muka nampak ganas.. tapi dalam hati ada taman tau.... kadang kadang rasa bersalah pula...kita cuba berikan yang terbaik.. tapi kadang kadang orang tak faham....



masa ni masih lagi meneruskan perjalanan untuk ke aQuaria... tak pe.. perlahan lahan... 



me with my tomei... :) belum sampai lagik... baru mukadimah jerk ni... hihihihi... masa ni....dia nampak dah mula menunjukkan rasa kesukaan untuk gi ke aQuaria... selagi tak nampak depan mata... selagi tuh rasa cam tak kena jerk dia....



dah mula senyum rela hati.. hahaha.. tapi semua senyum paksaan semata mata... 


me..... nak jugak......


diLa... suka eh....



raziQ with his aunty diLa...



raziQ again...



lawa kannnn....


our family.... mom penat... nampak kat muka dia...



me... 



tangan raziQ.... 



dad.....



raziQ....


again....


mom....



me....

sambung lagi ah... hahahaha...penat.... :)











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...