Wednesday, May 25, 2011

Sekejapnya dah besau....

Assalamualaikum...ermph...hari ni gi tempah baju untuk aku...my tomei n mr hubby.... tahun ni tak beli kain baru pun...yang nak dihantar ni, kain yang beli untuk raya tahun lepas..hahaha... bagus sangat... tahun lepas tak sempat nak hantar...dan 2 pasang dari terengganu yang dibeli oleh adik ku pun ku hantar sekali... thank you nin... :) ... nanti belikan lagi yerk... dan baru perasan ada hadiah kain dari klien yang masih tak sempat nak buat lagi... ketawa besar pakcik tu terima tempahan melampau ku... rasanya lebih 7 pasang yang di tempah... pergh... tak tau bila la pula masa nak pakainya pula...coz aku ni bukan jenis yang suka pakai baju kurung...memandangkan nak ukur badan, ambik tomei  i tu balik cepat...nak tempah kat taman ungku tun aminah.. tempat yang biasa kakak iparku hantar... nasib baik la ada tempat...

ambik tomei pun kul 5... gedebak debuk sampai kat sana kul 5.30 petang.. kalau dah berjumpa regunya... uish.. macam macam yang tomei tomei i tu bualkan... kelakar pun ada...antara perbualan yang tersimpan dalam memori...

Perbualan 1:
aleeya: RaziQ, periksa hari ni macamana senang ke susah?

RaZiQ: ermph.. bolehlah.. just like like je... compiden je boleh la...

mummy: confident la...

RaZiQ: ala sama je...aleeya macam mana? boleh jawab tak?

aleeya: kacang goreng je...

RaZiQ: mana la bole makan masa exam....ellleh...ya tipu erh...?

pastu dorang terus sambung berbual....mummy tak sempat nak pasang telinga... mummy sibuk berbual ngan ibu la pulak...then bila maghrib...

RaZiQ: ya..jom kita sembahyang...raziq jadi ustaz, ya ikut...

mummy: bukan ustaz la... imam...

RaZiQ: imam muda ke raziq ni ?

mummy: ye lah tu.. tapi kena pandai baca dulu baru boleh jadi imam...

RaZiQ: ala...bolehlah mummy ye...

aleeya: raziq tunggu ya k...?

RaZiQ: yelah..jom...

faizal: ijal nak itut...tapi ijal cuma nak tengok je..

dorang pun gi toilet...ambik air sembahyang pastu naik atas nak gi sembahyang maghrib.. aku ngan kakak iparku hanya tersenyum melihat gelagat tomei tomei kami tu..tomei ku itu masih dipantau dan masih dalam proses belajar sembahyang dengan betul mengikut tertib dan amalan dalam sembahyang...habis jer sembahyang dorang sambung lagi citer..

RaZiQ: masa raziq berumur 4 tahun kan ya, raziq suka duduk atas kepala mummy masa dia sembahyang...

aleeya: kenapa?

RaZiQ: entahlah..raziq suka...rasa macam naik kuda...

aleeya:tak baik tau..habis tu sekarang masih lagi ke buat macam tu..?

RaZiQ: ish tak boleh la... nanti patah leher mummy..raziq kan CHOMEL...

hahahahahahahahahaha....melekek aku ngan kakak iparku ketawa....

on the way balik, aku terpikir... kesian kat tomei aku sorang tu... badan dia agak besar... dia kuat makan... dan dia suka makan coklat...that's why aku hantarkan dia swimming class... tapi masih tidak memadai.. badan dia semakin berisi....macamana nak control pemakanan dia...? risau gak... takut dia demoralized dengan diri sendiri... takut la gak kan..? apa apa hal jadi kat dia..uish... salah aku ke kerana membiarkan dia makan....makan......dan makan....... dan natijahnya... badan dia semakin besar dan terus membesar... dan akhirnya aku sendiri yang takut dan diselubungi rasa bersalah....

Thursday, May 12, 2011

Busuk Hati...

Assalamualaikum... Hari ni nak share tentang sesuatu yang pernah aku lalui... semoga ceritaku ini dapat dijadikan pengajaran kepada mereka mereka diluar sana... Jangan mudah bersimpati kepada mereka yang bermuka seperti "aku dibawah lindungan kaabah"...berlagak alim tapi hati seperti bangkai....

Sukar untuk aku mempercayai oranglain kerana aku pernah di fitnah... walaupun pernah berlaku 7 tahun yang lepas, aku agak trauma dengan kejadian ini...aku di aniaya hanya kerana perasaan cemburu menguasai diri seseorang..tidak senang dengan kebahagiaan orang lain...cemburu dengan kebahagiaan yang aku miliki...mungkin juga aku terlalu naif ketika itu.. hanya mampu berdiam diri kerana ia membabitkan maruah diri aku dan keluarga...dan ketika itu aku hanya mampu berserah kepada Allah...Berkat kesabaran dan ketabahanku menerima ujian dari Allah ini kepadaku dengan hati yang ikhlas dan terbuka akhirnya mereka yang menganiaya dan memfitnah aku telah menerima balasan yang setimpal dari Allah...

Pengalaman hidup memberikan aku seribu pengajaran untuk aku menjadi kuat dan tabah seperti hari ini..
Hati manusia mengawal pergerakan jasadnya. Jika hati seseorang bersih, jasadnya juga turut melakukan kebaikan, sebaliknya hati yang kotor akan membawanya membuat perkara-perkara yang ditegah agama. Keadaan hati, sama ada bersih atau kotor mempunyai pertalian rapat dengan keimanan dan ketakwaan individu....Niat yang baik insyaAllah Allah lorongkan ke jalan yang baik...

Ingatlah sesungguhnya di dalam jasad manusia itu ada seketul darah, jika ia baik, maka baiklah jasad. Jika ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Itulah dia hati." Hadis ini memberi gambaran bahawa hati manusia yang rosak boleh diibaratkan sebuah komputer yang mempunyai virus. Ia mengganggu sistem komputer dan mencacatkan penggunaannya. Begitulah hati, jika ia dijangkiti, seluruh badan akan rosak...kepada mereka yang menganiaya aku dahulu, aku doakan agar kalian insaf dan ingatlah... Allah balas cash tau....

Hati yang bersih dan luhur memberi gambaran seseorang dapat menepis godaan syaitan. Di dalam diri manusia kita menghadapi dua bisikan iaitu bisikan syaitan dan bisikan malaikat. Bisikan syaitan menggoda manusia. Jika syaitan berjaya menguasai hati, ia akan menguasai seluruh jiwa dan manusia menjadi tidak takut kepada Allah s.w.t. Seterusnya lahirlah manusia yang kejam, tidak berperikemanusiaan, pembohong, pembuat fitnah dan sebagainya.


Dan lebih dasyat lagi jika kita terpengaruh dengan hasutan 'syaitan' bertopengkan  manusia ini dengan mempercayai apa yang di katakan malah sanggup berjumpa dengan bomoh..pawang...atau 'ustaz' semata mata membuktikan fitnah yang dia katakan itu bukan 'fitnah'...muka nampak macam tak bersalah... depan kita baik.. belakang kita.... pergh.... macam kuih talam... talam dua muka....tolong la baca ayat di bawah ini...fahamilah....

وَإِمَّا يَنزَغَنَّكَ مِنَ ٱلشَّيۡطَـٰنِ نَزۡغٌ۬ فَٱسۡتَعِذۡ بِٱللَّهِ‌ۚ إِنَّهُ ۥ سَمِيعٌ عَلِيمٌ 200 إِنَّ ٱلَّذِينَ ٱتَّقَوۡاْ إِذَا مَسَّہُمۡ طَـٰٓٮِٕفٌ۬ مِّنَ ٱلشَّيۡطَـٰنِ تَذَڪَّرُواْ فَإِذَا هُم مُّبۡصِرُونَ 201 

Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (200) Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar)

(Surah Al-Araf 7: Ayat Ke 200-201)

Diharap orang yang berlaku kejam itu,bertaubatlah....insaflah.. takkan tak sedar lagi selama ni Allah balas segala kejahatan yang awak lakukan tu..? Awak diberi sakit, diberi kehidupan merempat, melarat dan susah dalam semua yang awak buat bukan kerana saya 'buat' awak... tapi Allah yang beri semua tu.... sedarlah oi... kuasa siapa yang maha besar dalam ini dunia...? saya ke...? kuat sangat ke saya sehingga mampu untuk memberikan penyakit buat awak..? Dan lebih buruk lagi, tanpa perasaan malu awak minta bantuan suami saya untuk apa? tak malu ke awak..?Awak fitnah isteri dia, awak aniaya isteri dia dan kini tanpa perasaan bersalah awak minta duit dia..? ish..ish...ish....untuk pengetahuan awak, duit yang awak pinjam tak pernah berbayar tu fikir fikirkanlah...hutang tu....

Dalam perjalanan hidup kita ini juga, cubalah beramal dengan kerja-kerja yang mendatangkan pahala. Contohnya pertingkatkan amalan-amalan sunat yang diberi ganjaran pahala yang banyak. Cemburulah kepada mereka yang berjaya membuat banyak ibadah agar kita juga turut bersaing menghapuskan bintik-bintik hitam di dalam hati dan seterusnya melakukan ibadah sebanyak mungkin. Tak payahlah nak jadi kak nam yang suka menabr fitnah sana sini k..?

Monday, May 9, 2011

Seronoknya....... :)

Assalamualaikum.... hari ibu disambut dengan meninggalkan seribu kenangan yang indah.... terima kasih sayang.... terima kasih kepada mr hubby kerana memanjakan saya hari ini... dan terima kasih kepada my tomei kerana bersungguh sungguh nak buat breakfast untuk saya sehingga hampir terbakar dapur mom... hehehe..

pagi pagi lagi dah masak.... nasib baik masak awal... long n family datang berziarah.. lama tak jumpa.... rindu kat aleya n faizal...alhamdulillah dorang datang... planning nak g tengok dorang tapi dorang dah datang...seronok sangat.... 3 kali masak nasi.. hehehe.. maknanya.... sedap ler masakan yang di masak hari ni... kari ikan... kerang masak sambal serai.... bening bayam...ikan kering sepat...sambal belacan... telur dadar....

malas nak upload gambo..insyaAllah berkesempatan nanti akan ku upload...ni pun sempat nak mengetek ngetek komputer coz mr hubby dapat panggilan keje tengah malam ni... so...sementara tunggu dia on the way ke tempat yang di tuju... upload ler apa yang patut.....ikutkan hati tak beri dia keje...tapi tanggungjawabkan..? dengan berat hati melepaskan dia pergi.... mr hubby pun sama...berat hati jerk nak kuar... :(

seharian mr hubby n my tomei dok mengadap komputer..mom pun tumpang sekaki.... main game bersama sama.. bergurau senda dan beriadah bersama... dah penat main komputer gi hutan bandar laks... gi tengok ikan... exercise dan yang penting menjalankan aktiviti bersama orang yang tersayang....

dah lama tak melalak....hari ni la masanya mendengar alunan suara merdu dari my tomei dan mr hubby.... mr hubby nyanyikan lagu sempena hari ibu ni....seronok sangat......alangkah indahnya setiap hari macam ni...

anyway... to all mom yang ada... di ucapkan selamat hari ibu.... semoga Allah memberkati kita semua....


ermph...ni sedikit gambo yang aku upload kemudian untuk tatapan kalian.. hehehe..... kiranya ni time dah rajin lerk... 


ni gambo kat hutan bandar.... tomei saya nak bagi makan ikan... 


sangat sweet masa ni... tomei saya sedang memujuk his dad untuk pergi ke batu yang terpisah antara tebing dan air tu... ermph...menggunakan kaedah psikologi anak tomei saya ni.... yang mana akhirnya his dad kalah.. muahahaha....


senyuman kepuasan + kegembiraan kerana akhirnya hasrat my tomei tercapai... bermacam macam aksi yang dia buat atas batu tuh.... seronok bukan kepalang... kalau dengan mom...kompom tak dapat... 


setelah puas dok kat atas batu tu... dia minta turun... tengok la tu..ekspresi muka dia macam tu... kegembiraan berganda...ketawa terbahak bahak dua beranak ni... mom cuma tengok dari jauh... takut nak turun....


seronok giler tomei saya masa ni... maklumlah daddy ada... mom ada... tu yang dia suka sangat tuh...


Friday, May 6, 2011

Faedah Bersolat....?

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

nak share sikit... perihal anak bujang i sorang tuh... my tomei ada tanya... mom.. kenapa kita kena sembahyang like this and that..? kalau agama lain pula lain..? ermph... susah nak jawab soalan tu... hehehehe... jawab gak.. selain dari kita bertahajjud kepada Allah, berterima kasih kepada Allah, ia juga merupakan satu senaman... ermph.. then dia tanya lagi... cuba mom explain detail about exercise tuh... i want to know la mom... untuk tidak nampak yang aku pun tak tau, mom dia ni bagi alasan... ok..tomorrow mom bagitau kenapa yerk... hehehe... 

buat sedikit research la jugak sesambil bekerja ni.. so.. dapatlah di rumuskan disini sikit...so..malam karang tak ler bagi jawapan yang nonsense pada si tomei i sowang tu kan...?



1. Berdiri lurus dan kedua tangan di angkat ke atas.

Badan rasa mudah menanggung berat badan kerana beratnya terletak sama rata kepada dua kaki.

Belakang badan lurus membuatkan badan tidak bengkok serta fikiran dapat di kawal dan lebih fokus.

Pandangan mata di tempat sujud, otot atas dan bawah bahagian belakang berasa tenang dan rehat.

Pusat otak yang atas dan bawah bersatu.

2.Berdiri betul serta membaca Fatihah dan Surah

Menimbulkan kosentrasi minda serta merehatkan kaki, bahagian belakang, menimbulkan rasa rendah diri, khusyuk dan tawaduk

Dalam bacaan, hampir semuanya bunyi dalam bahasa Arab dituturkan, menggerakkan dan menyelerakkan semua GETARAN daripada 99 nama Allah dalam keadaan terkawal dan sempurna keseluruh badan, fikiran dan jiwa.

Getaran vokal panjang A,I,U merangsang hati, kelenjar tiroid, kelenjar pineal, kelenjar adrenal dan paru-paru, membersihkan serta mempertingkatkan perjalanan semua anggota berkenaan.

3.Rukuk


Merenggangkan otot bahagian bawah belakang, paha dan betis.

Darah dipam ke badan atas.

Melembutkan otot perut dan buah pinggang.

Lama-lama gaya ini akan mempertingkatkan peribadi, menimbulkan kebaikan hati dan mengharmonikan batin.

4.Iktidal iaitu berdiri lurus selepas rukuk

Darah yang baru bergerak masuk ke dalam ketika gaya rukuk kembali ke keadaan asalnya dengan membawa bahan tidak berguna iaitu sisa tubuh.

Badan mendapat semula waktu rehat dan melepaskan ketegangan.

5.Sujud

Lutut terbentuk sudut tepat membangunkan otot perut dan mengelak perut buncit.

Menambah aliran darah ke bahagian atas badan, khususnya kepala (Termasuk mata, telinga dan hidung) serta paru-paru.

"Mental toxin" minda dibersihkan oleh darah, menyesuaikan dan mewajarkan kedudukan jenin wanita hamil, memperbetulkan rahim wanita, mengurangkan tekanan darah tinggi, menambahkan keanjalan sendi dan menghapuskan keangkuhan, meningkatkan maqam roh, malah kedudukan sujud ini adalah PATI ibadat solat.

6.Duduk Di antara Dua Sujud

Tumit kaki kanan melentur serta berat kaki sebahagian badan terletak di atasnya. Posisi ini mambantu mengeluarkan racun (toksin) dari hati jasmani dan menggerakkan tindakan otot pada usus besar.

Wanita membiarkan kedua-dua kaki mereka bertapak tegak ke atas, di bawah badan mereka. Posisi tubuh badan memberikan kerehatan selesa dan gerakan ini membantu penghadaman dengan menekan kandungan perut ke bawah.

7. Sujud Kedua

Memberikan pernafasan, peredaran darah dan nafas serta sistem urat saraf, meringankan badan, kebahagian emosi dan sistem urat saraf jadi lebih seimbang.

8.Bangun Semula Daripada Sujud

Peredaran darah kembali kebahagaian atas tubuh, malah posisi ini membantu mengeluarkan keracunan (toksin) dari hati dan menggerakkan tindakan otot pada usus besar posisi tubuh dan memberikan rehat yang selesa dan pergerakan ini membantu penghadaman dengan menekan kandungan dalam perut ke bawah.



Thursday, May 5, 2011

Semua tentang kita



Assalamualaikum...malam ni terasa sepi...melayan lagu sepi... mr hubby tipon gak...dia kat Yong Peng.. breakdown kat kampung sendiri... bekalan elektrik kat sana terputus....

tu yang dok melayan lagu jiwang jiwang ni.... otaknya tengah senteng agaknya....hahaha...aku la tuh....

tapi seronok...dengar lagu lama lama dulu... melayan perasaan... 

lagu untuk mr hubby...


Assalamualaikum.. hopefully mr hubby memahami bait bait lagu yang dinyanyikan ini...

abang sentiasa ada di hati ima.. love u dear...

buat keje bebaik k..

touchingnya........


Assalamualaikum........ bila mr hubby outstation... terasa nak nyanyikan dia lagu ni.... hahahaha..... bangun tidur tanpa ada dia.....perghhh....that's why bila dia ada kat umah, seboleh bolehnya tak mo kuar.. nak dok ngan dia sepanjang hari dan masa... setiap saat sangat berharga....

ermph...tapi ada bagusnya juga bila dia outstation ni..kebaikannya ialah aku amat menghargai setiap saat kami bersama....yang tak bagusnya hidup terasa sepi bila dia tiada....

hahaha..ni namanya kecelaruan fikiran... 

Sunday, May 1, 2011

Jom try.... hahaha.....

Assalamualaikum.. bila kepala tengah mereng.. ting tong.. banyak idea idea yang kurang bernas pun muncul dibenak kepala yang bijak ni..hehehe.... kadang kadang tension jugak bila tepon kita asyik berdering dering kan..?

Sebenarnye cara menjawab tepon yang kita amalkan selalu adalah membosankan kerana kebanyakannye sama.

Terpikir kah anda semua untuk mempelbagaikan cara menjawab telefon supaya ia kelihatan lebih  menghiburkan

Meh belajar kat sini


1. Soalan: Haloo, may i speak to Bedah please?
Jawapan: Maap. Sini bukan balai polis.No bedah-bedah di sini.

2. Soalan: Haloo, siapa disana?
Jawapan: Ntah. saya kat sini, mane le saya tau sape kat sane..

3. Soalan: Haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan: Nak cakap cakap je ler. Buat ape tanye saya.

4. Soalan: Haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: Maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.

5. Soalan: Haloo, mak ade rumah?
Jawapan: Mak takde rumah. Bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.

6. Soalan: Boleh saya bercakap ngan siti?
Jawapan: Maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye... Tima Kasih

7. Soalan: Haloo, tolong panggilkan Samad. Saya nak bercakap dengannya.
Jawapan: Sila panggil sendiri. Saya sibuk. Maap

8. Soalan: Halloo... ...
Jawapan: Haloo. Pusat sakit mental disini. Anda ingin mendaftar?

9. Soalan: Haloo, saya nak tumpang bertanya...
Jawapan: Maap. Ini bukan kaunter pertanyaan.

10. Soalan: Haloo, betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: Sila dail sekali lagi. Kalau saya masih menjawab betul le tu.

11. Soalan: Assalammualaikum... .
Jawapan: Waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite wajib
jawab)

12. Soalan : Boleh saya cakap ngan RaziQ?
Jawapan : Tak Boleh!!

13.Soalan : Siapa tu yer..?
Jawapan : Manusia la.. takkan la haiwan lak kot...!


Menarik bukan Selamat mencuba !  hahaha... kalau berani cubalah....agaknya kalau kita buat camtu.. camne yerk...? 

SALAH....?



Assalamualaikum dan salam sejahtera... kebiasaannya, kita sering menyalahkan takdir.. sering menyalahkan diri sendiri atau menuding jari menyalahkan oranglan.. mengapa semua ini terjadi kepada diriku..? mengapa aku yang selalu dipersalahkan..? dan terlalu banyak persoalan yang timbul di benak fikiran tentang semua kejadian yang berlaku.. lebih lebih lagi penyesalan yang timbul selepas semuanya terjadi....

Dan sering kita tertanya tanya....Mengapa Allah temukan kita dengan orang yang salah....???????

Sebenarnya.. disebalik kejadian semua itu ada jawapannya.. dan antara sebab bagi soalan di atas ialah.....

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA

so..moral of the story... walau apapun yang berlaku dan menimpa diri kita.. sentiasalah kita menadah tangan kepadaNya... memohon dan meminta dengan penuh ketakwaan... janganlah kita jadi orang yang mudah lupa.. alpa dan sombong dengan apa yang kita miliki... semua ini hanyalah sementara.. pinjaman semata mata....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...