Friday, November 24, 2023

Kepercayaan melalui ilmu metafizik

Soalan: Apakah hukum mempercayai ramalan nombor, money magnet atau tarikh tertentu melalui ilmu metafizik?

Jawapan:

Dewan Bahasa dan Pustaka mendefinisikan metafizik sebagai falsafah mengenai segala yang di luar alam biasa. Di dalam Bahasa Arab, ilmu metafizik dikenali sebagai ilm ma ba’da al-ṭabīʿah. Metafizik adalah satu cabang falsafah yang mengkaji tentang perkara-perkara seperti sifat realiti, apa yang wujud di dunia ini dan susun aturnya. Antara ilmuwan Islam yang membahaskan perihal metafizik adalah Al-Kindi dalam Kitab fi Falsafat al-UlaRisalah fi al-Ibanah ‘an Sujud al-Jirm al-Aqsa wa Ta’atihi Lillah dan Risalah fi Kammiyyat Kutub Aristatalis wama Yuḥtaju ilayhi fi Taḥsil al-Falsafah. Begitu Ibn Rushd dalam Tafsir Ma’ Ba’d Tabi’at.

Metafizik juga adalah kajian tentang alam ghaib, fenomenanya yang dicerap di alam nyata (secara langsung atau tidak) dan kaitannya dengan hukum-hukum tabi’e alam fizikal. Metafizik mengutarakan soalan-soalan seperti:

  • Apa itu kebenaran?
  • Adakah Tuhan wujud?
  • Siapa itu manusia?
  • Apakah itu kebebasan manusia?
  • Adakah dunia ini semata-mata terdiri daripada jisim sahaja?
  • Adakah manusia mempunyai akal? Apakah hubungan antara akal dan tubuh?

Justeru, secara khususnya metafizik tidaklah hanya membahaskan tentang nombor dan huruf bagi tujuan ramalan sebagaimana kefahaman segelintir masyarakat kita. Ia satu ilmu yang sangat luas mencakupi perbahasan ghaibiyyat dan alam tabi’e dan bukan semata-mata berkaitan ramalan masa depan. Ilmu penggunaan nombor dan huruf bagi tujuan ramalan lebih dikenali sebagai numerologi.

Tanpa menafikan ada sebahagian ulama’ yang menggunakan ilmu abjad/huruf/nombor ini untuk ikhtiar rawatan, ia sebenarnya boleh juga membawa kemudaratan bagi orang awam jika disalahfahami ilmu abjad/huruf/nombor ini sebagai musabbib al-asbab sekiranya terjadi kesembuhan.

Masa depan seseorang adalah termasuk dalam hal ghaib yang tidak diketahui oleh sesiapa pun melainkan Allah SWT. Firman Allah SWT:

قُلْ لَا أَمْلِكُ لِنَفْسِي نَفْعًا وَلَا ضَرًّا إِلَّا مَا شَاءَ اللَّهُ وَلَوْ كُنْتُ أَعْلَمُ الْغَيْبَ لَاسْتَكْثَرْتُ مِنَ الْخَيْرِ وَمَا مَسَّنِيَ السُّوءُ إِنْ أَنَا إِلَّا نَذِيرٌ وَبَشِيرٌ لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ
Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah. Dan kalau aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah (Pesuruh Allah) yang memberi amaran (bagi orang-orang yang ingkar) dan membawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman".

(Surah al-A’raf: 188)

 Kami amat khuatir perbuatan tersebut menghampiri amaran Nabi SAW dalam sabdanya:

مَنْ أَتَى كَاهِنًا، أَوْ عَرَّافًا، فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ، فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ
Maksudnya: “Sesiapa yang datang menemui penilik atau peramal nasib lalu mempercayai apa yang diberitahu olehnya, maka dia telah kufur terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad”

(Riwayat Ahmad, no. 406)

Sabda Nabi SAW:

مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَيْءٍ ، لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلَاةٌ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً
Maksudnya: “Sesiapa yang datang kepada bomoh, lalu bertanya kepadanya sesuatu, maka solatnya tidak akan diterima selama 40 hari.”

(Riwayat Muslim, no. 4144)

Menurut Imam al-Nawawi: “Adapun maksud tidak diterima solatnya adalah orang tersebut tidak mendapatkan pahala. Namun solat yang ia lakukan tetap dianggap dapat menggugurkan kewajiban solatnya dan dia tidak perlu untuk mengulangi solatnya.” (Lihat Syarh Shahih Muslim, 14/227)

 

Kesimpulan

Firman Allah SWT:

قُلْ لَا يَعْلَمُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ الْغَيْبَ إِلَّا اللَّهُ
Maksudnya: “Katakanlah: “Tidak ada seorangpun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah. ”

(Surah al-Naml: 65).

Kami cenderung untuk menyatakan bahawa mempercayai ramalan nombor, money magnet, amalan “cium duit”, sifat seseorang melalui tarikh atau nombor tertentu melalui ilmu numerologi adalah berdosa di sisi Islam. Begitu juga tidak ada nombor-nombor tertentu yang memberi aura berbeza sebagaimana yang dinyatakan oleh segelintir masyarakat kita dalam program-program motivasi.

Dalam masa yang sama, larangan ini juga dimasukkan dalam Garis Panduan Program Motivasi Berunsur Islam yang dikeluarkan oleh  JAKIM iaitu: Tidak menggunakan apa jua bentuk atau kaedah yang mempunyai unsur-unsur meramal nasib atau masa hadapan seperti kaedah numerologi, rahsia tarikh lahir, matrix code, rahsia abjad, rahsia tahi lalat,rahsia tulisan tangan, ilmu astrologi dan seumpama dengannya.

Semoga kita menginsafi akan kepentingan menjaga aqidah dan lebih berhati-hati ketika melibatkan diri dalam apa-apa program training dan motivasi.


kredit kepada : https://www.muftiwp.gov.my/ms/



Thursday, November 23, 2023

Apa Itu Metafizik? | Apakah Maksud Metafizik? | Pengenalan Metafizik dan Kaitannya dengan Pernomboran (Numerologi)

Assalamualaikum guys..Sebelum saya berkongsi apa itu metafizik, saya nak mengucapkan terima kasih kepada semua peminat ilmu metafizik yang singgah ke blog saya.. saya adalah salah seorang peminat ilmu metafizik pernomboran tetapi saya bukanlah pakar dalam bidang ini. Saya juga ingin memberi klarifikasi bahawa saya bukanlah penasihat dalam bidang ini tetapi saya lebih kepada berkongsi pengetahuan ini di dalam blog personal dan tiktok saya berdasarkan hasil pembacaan dan kelas yang saya ikuti dan mengkaji dalam kaedah tersendiri semata mata.

Saya suka membaca ilmu metafizik pernomboran kerana saya suka mengetahui tentang hal hal yang berkaitan dengan personaliti individu dan diri sendiri.Saya mengamalkan ilmu yang diperolehi sejak tahun 2004 ya. Oleh itu saya membuat keputusan untuk kongsikan di blog ini. Insya Allah saya akan terus terusan berkongsi tentang ilmu ini dari masa ke semasa. Mungkin bermanfaat kepada pembaca dan pengunjung. OK! Tanpa ber basa basi banyak sangat, saya teruskan topik kita pada kali ini, iaitu apakah maksud metafizik dan apa sebenarnya metafizik?

Metafizik merupakan ilmu yang sangat luas dan abstrak. Ia adalah ilmu di bawah cabang ilmu falsafah di mana ia adalah kajian mengenai sesuatu yang luar biasa, hal semulajadi yang berlaku dalam dunia realiti dan mengkaji sesuatu persoalan asas pada zaman kuno. Ia adalah satu ilmu yang mengkaji sesuatu untuk dirungkai seperti bagaimana sesuatu itu boleh terjadi, apakah yang menjadikan sesuatu? atau mengkaji sesuatu hal yang tidak boleh berubah. Sebagai contohnya, kajian mengenai apakah hubungan antara minda atau akal dengan tubuh badan atau fizikal.

Dengan erti kata lain, bidang ini membincangkan hal hal mengenai menjawab segala persoalan yang muncul pada zamannya. Termasuklah tentang ruang dan waktu. Ermphh...atau lebih jelas kalau saya menggunakan ayat "Another Dimension" = Dimensi yang lain. Lapisan lain atau...la.. susah nak sebut..Contoh yang boleh difahami adalah ia seperti dalam filem Dr. Strange. Ingat tak guru kepada Dr. Strange yang digelar "Ancient One"? Macam mana dia jelaskan mengenai sesuatu di dimensi lain? Jadi, lebih kurang macam tu la.

Keluasan ilmu metafizik ni merangkumi hal hal ghaib, fenomena yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar, sesuatu yang bukan biasa seperti aura, tenaga, frekuensi, gelombang dan banyak lagi. Agak sukar untuk memberikan maksud yang spesifik kerana ilmu ini terlalu luas.

Metafizik juga merupakan cabang utama dalam ilmu falsafah di mana ilmu ini sudah sekian lama dikaji oleh ramai tokoh falsafah dari sebelum masihi lagi. Pada zaman purba atau zaman kuno, Antara persoalan persoalan yang dikaji oleh tokoh falsafah pada zaman tersebut adalah;

Adakah tuhan itu wujud?
Apa itu kebenaran?
Apa itu seseorang individu? Apa yang membuatkan individu itu tetap sama sepanjang masa?
Adakah manusia mempunyai akal? Jika ada, apakah hubungan akal dengan tubuh badan?
Adakah manusia mempunyai kemahuan (free will) - kebolehan untuk membuat keputusan untuk melakukan sesuatu sendiri tanpa dipengaruhi oleh hal hal luar ( Tiada sesiapa mengarahkan untuk melakukannya) atau kebebasan melakukan sesuatu.

Antara tokoh falsafah yang pakar dalam kajian metafizik ini adalah;
Aristotle
Pythagoras
Socratic
Plato
Democritus
...dan banyak lagi.
...serta, ilmuan Islam yang membahaskan tentang metafizik ini, adalah;
Al-Kindi
Al-Ghazali
Ibn Arabi
Fakhr al-Din al-Razi
Ibn Rushd
...dan banyak lagi.

Pada pendapat saya, ilmu metafizik ini akan berkembang mengikut aliran zaman dan mengikut kajian kajian yang bakal digali lagi oleh ilmuan terkini dan akan datang. Mungkin cara membahaskannya juga akan sejajar dengan cara mengikut aliran zaman tersebut.


Tuesday, October 31, 2023

Kadang kadang kita take a break...

Kena tarik hand brake jap then rehatkan minda...


Lagu ni lagu heal saya.... korang ada lagu korang?

If Allah can move you from January to December He can surely move you from shame to fame, insults to results, sorry to glory, disgrace to grace, labour to favour, mockery to victory. Just have faith.

Baru baru ni saya pergi kelas biblioterapi. Apa tu biblioterapi? Mencari penyembuhan melalui kekuatan kata kata. Dunia biblioterapi, satu pendekatan unik yang menggunakan kuasa buku dan tulisan untuk membantu manusia memahami, menyembuhkan dan berkembang sebagai individu. Kehidupan hari ini penuh dengan tekanan dan cabaran yang berbeza beza membuatkan kita merasa sepi, bingung dan hilang arah. Disinilah biblioterapi memainkan peranan penting. Ia konsep baru penyembuhan jiwa melalui kata kata. Baik bait ayat yang tepat menjadi jambatan untuk mencari penyembuhan dan transformasi diri. Dengan menggunakan kata kata yang bermakna kita dapat mencari inspirasi, kebijaksanaan dan pemahaman yang membawa harapan dan penyembuhan dalan hidup kita. Kita tidak bersendirian. Kita ada kata kata yang dapat memberi keselesaan, harapan dan kebijaksanaan yang diperlukan untuk menghadapi kehidupan seharian.

Baru je pergi kelas, tiba tiba semalam saya diuji dengan konflik dalaman. Ye. Saya sangat down... sangat sangat...sangat... apa yang saya boleh lakukan?... hibernate.. tak nak jumpa orang. nak bersendirian.tidur. tidur.tidur. then tidur lagi.pagi ni saya bangun.. dengan harapan saya dah ok. but ia semakin worst.. banyak fikiran negatif masuk... dan seuai solat subuh, kalau selalunya saya akan membaca Quran saya tak baca.. ssaya ambil buku pengenalan biblioterapi ni yang saya dapat masa kursus, ia ibarat sinar baru untuk saya.

Get up or give up. Belajar sabar dan redha. Untuk mencapai bahagia kita kena lalui rasa derita..

How to finish everything you start. Kena start balik all over again and again...

F- Focus on one priority task

I- Ignore interruptions or distractions

N-Now is the time, not later or tomorrow.

I-Initiate and innovate so you keep going

S-Stay the course however tough it gets

H-Hail finishing by celebrating your accomplish.

Saat menulis ni saya tengah berperang dengan my weakness actually..

How to instantly feel better? 

Saya praktiskan balik apa yang saya belajar...

Overthinking = Write... so kita dapat keluarkan apa yang terlebih tu dalam bentuk tulisan..

Tired = Nap ... sekejap pun takpe... deep nap...

Anxious = Meditate... trylah.. boleh nampak impak n fast result..

Sad = Exercise.... walaupun hanya angkat tangan atau gelek gelek..

Stressed = Go for a Walk... 

Angry = Liten to music..

Burn out = Read...

Korang pun boleh cuba... walk the talk... jangan pandai cakap... buat.. buat sampai jadi....


Lots of love,

Rahimah Al Barr.



Doakan dan mendoakan..

 Assalamualaikum...

After a few years tak menulis... tiba tiba di pagi hari ni terasa ingin menulis.. 

My life my journey.....
Not easy... kesakitan, keperihan, kepayahan dan keikhlasan dalam melakukannya, buat sampai jadi... slowly but surely kita teruskan langkah demi langkah... 
Hidup ini sebuah perjalanan bukan perlumbaan. Bagaimana kita bermula tidak penting, tapi pengakhiran hidup kita sangat penting. Apa yang kita kejar didunia ini? 
Pangkat?
Kekayaan?
Kejayaan?
Semua itu hanyalah bersifat sementara...

Tak semua yang ada difikiran kita akan difahami oleh semua orang disekeliling kita...inilah masalah saya... mungkinkah apa yang saya fikir tidak setara dengan fikiran oranglain? pandangan saya terlalu berbezakah dengan oranglain? visi dan misi saya sukar dicapai? impian dan angan angan saya ni terlalu jauh?

Saya ada masalah. Saya tak pandai nak pujuk orang yang merajuk. awkward... ya... saya tak pandai.. saya tak pandai bila ia terkait dengan emosi... itulah titik kelemahan diri saya... saya tak boleh control sesuatu benda bila ia touch emosi... ya... mungkinkah kerana pengalaman yang saya lalui hingga tak mampu nak ekspresikan ia... entahlah.. dahlah.. bila ia berkait emosi.. saya akan lari.. lari sejauh mungkin.. sebab tu saya terlihat kuat didepan orang.. sebab saya akan sembunyikan titik kelemahan saya.. bersendirian... menyimpan segalanya jauh dilubuk hati... kesedihan.. kepahitan.. 

Setiap orang ada titik kelemahan diri... 

Kata buku focus on what you can control... saya cuba mempraktiskan seberapa mampu mengikut kemampuan saya...Attitude...habit... selfcare... breath... effort... priorities.. perspektif.. time dan yang paling selalu saya buat talk to yourself... jangan stress dengan apa yang kita tak boleh control... fokus apa yang kita bole control... ya... you yourself... me myself... saya cuba untuk menjaga semua... tapi i lost...

saya sentiasa pegang dan jaga 5 M dalam diri saya... Mouth.. Mind.. Mood.. Manner and Money..
my mouth.. saya cuba untuk jaga segala percakapan, lidah dan hati saya..selalu mencuba untuk bercakap yang baik baik.. berhati hati dalam mengeluarkan perkataan... menjaga hati orang disekeliling... tiap patah ayat disulam dengan sebaiknya... entahlah... terkadang ayat dikeluarkan oleh orang menghiris hati jadi sebolehnya saya menjauh dari mengeluarkan ayat yang menyakiti diri dan oranglain...my mind... i can control my mind.. tapi bukan mind orang... to become the best version of yourself, u need to change... me too.. try hard to give the best.. not easy ya teman teman untuk mengekalkan mind dalam kondisi yang baik.. mental health nowadays sick! .. kalau mental health kita down, everything goes wrong... saya tak salahkan oranglain, saya salahkan diri saya sebab saya tak boleh nak control my mind.. overthinking, kengkadang sampai berhari hari tak boleh tidur... takut... takut kehilangan.. takut mengguris hati.. takut tak diterima... banyak na takut... akhirnya setelah berkorban segalanya akhirnya kau ditinggalkan.. akhirnya kau hadap ugutan dan dimomokkan dengan ayat ayat sentap... akhirnya ia akan mengubah mood yang dalam keadaan baik kepada yang kurang baik... demoralised.. mood happy yang kita tengah build tetiba di ranapkan dengan ayat yang keluar dari mouth orang dan mengganggu mental kita... ermph... dimanakah mannernya? mengapa kita tak kekalkan good manner itu? apapun yang kita buat, mind our language.. dalam keadaan apapun... baik buruk diri kita hanya kita yang tahu.. don't judge a book by its cover.. saya selalu bersangka baik pada orang.. but always remember don't take thing for granted... coz what u give, u get back... what goes around comes around... hidup ini keras... ujian kecil melanda kita dah goyang macamana nak hadap ujian besar dalam hidup?saya ni nak hidup tenang.. nak enjoy life.. nak live a life.. saya dah lalui macam macam dalam hidup ni.. penat.. memang penat... tapi saya tetap melangkah.. langkah demi langkah.. walau sakit.. walau dalam keadaan mental health yang tak berapa nak ok... walau my mind serabut gila... walau tengah down...kenapa? sebab kalau layan perasaan mana nak ada duitnya.. bila kau tak berduit... sengsara dik...  Everything need money...Nilai duit hari hari ni...
-.. Duit ..  tak boleh bawa mati tapi tak ada duit rasa nak mati.
-.. Duit .. tak   boleh beli kasih sayang tapi kasih sayang boleh melayang bila tak ada duit.
- ..Duit .. tak boleh beli tidur tapi tak ada duit tidur pun tak lena.
- ..Duit .. tak boleh beli kesihatan tapi utk sihat perlukan duit. 
- ..Duit .. tak boleh beli kebijaksanaan tapi utk dapatkan ilmu perlukan duit. 
- ..Duit .. Orang bodoh nampak cerdik bila ada duit tapi orang cerdik nampak bodoh bila tak ada duit.
- ..Duit .. bukan segalanya tapi segalanya perlukan duit. 

..D-don't.
..U-use.
..I-intelligence.
..T-the wrong way.
Don't... please stop jadi negatif... selalulah amalkan...
..D-Doa
..U-Usaha
..I-Istiqamah
..T-Tawakal...
Just DO IT then DUIT will comes and terbang pada kita...
Allah bagi akal gunakan sebaiknya... Allah kurniakan kebijaksanaan gunakan sebaiknya... 
Yang membaca, tak untung
Yang bercakap, pun tak untung
Yang mendengar, pun tak untung
Yang untung, orang yang mempratikkannya, in sha Allah.

Luahan hati pagi ni.. moga yang membaca dikurniakan kesihatan tubuh badan, akal fikiran dan keupayaan untuk mengejar mimpi.. terjemahkan mimpi yang indah kepada realiti kehidupan.. hidup ini indah jika kita melihat dan memandang yang indah indah..

Lots of love,
Rahimah Abu Bakar


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...