Sunday, April 8, 2012

masak masak....

Assalamualaikum.. dah lama tak upload citer.. kengkadang tu, meronta ronta jiwa ni... tapi dek kerana kesibukan masa, tak dan la nak berkongsi cerita.. hehehe... hari ini saya ingin bercerita tentang masak masak....

Saya memang suka masak... cuma dek kerana kesuntukan masa saya jarang masak, kalau ada masa memang saya takkan lepaskan peluang untuk masak dirumah....




ni atas permintaan mr hubby... nak minta masakkan sambal godok ngan sotong goreng tepung.... ni sesi menyiang sotong n udang.. memang saja tak kopek kulit udang tu... baru sedap...a.k.a malas... hehehehe......

ada orang tak  buang kulit sotong tu, tapi saya suka buang kulitnya... bukannya apa, kalau sotong tangkap sendiri takpe, tak perlu siang... tapi kalau beli kat pasar tu mesti disiang, coz menurut seorang kawan rapat saya, sotong yang dibeli di pasar biasanya sudah di campur dan di letak dengan bahan kimia... jadi, perlu la di siang kulitnya...

jadi dah jadi habit, semua orang pun tanya... so jawapan saya sama jer la...






ni antara bahan utama.... kelapa parut.... selalunya saya guna kelapa segera, tapi mr hubby suka guna kelapa parut...so guna la kelapa parut...penat mak memerah noks..hahahaha.....

kelapa parut yang di perah sendiri tu rasanya lebih sedap kot... atau ini yang di panggil mindset...

walhal sama je la... santan kotak ke... santan perah ke.... tapi ikutkan je la kemahuan suami...







ni antara bahan bahan untuk sambal godok...kenapa la namanya godok pun saya tak tau... pelik.. hahaha... tapi tak apalah... yang penting sedap....

semua bahan bahan ni di siang dan di tumbuk... bagi mereka yang kurang rajin tu boleh la blender... tapi mr hubby saya suka sangat ditumbuk.. asli katanya, ikutkan ajelah...

mr hubby saya ni pandai masak, dulu dia yang ajar saya... bila dah pandai saya masak la sendiri....

Alhamdulillah... life is learning process... nak dengan tak nak je...






inilah dia sambal godoknya... rasanya lebih kurang macam lemak cili padi, cumanya sedikit likat dan pekat....

makan ngan nasi panas memang ler sedap....

boleh juga makan ngan pucuk ubi kuahnya.... pucuk ubi yang direbus....di gumpal gumpal dan di tabur dengan kuah godok ni... pergh... memang sedap sangat...

ermph.... lain kali saya upload pula resepi sotong goreng tepung... :) senang... sedap dan mudah disediakan....


Friday, April 6, 2012

Tanggungjawab isteri pula?

Kaum Wanita dan Para Isteri mungkin berkhidmat untuk Suami dan keluarga 24 jam sehari dan sepanjang hayat..Maka kerana itulah Kaum Hawa ini DIMULIAKAN oleh Allah Swt kerana Amalan mereka dalam bentuk Tugas dan Tanggungjawab

Rasulullah Saw dalam hadithnya bermaksud,
“Hak suami atas isterinya (tanggungjawab isteri terhadap suaminya), bahawa isteri tidak boleh meninggalkan hamparan (tilam) suaminya, hendaklah menerima dengan baik pemberian suaminya, hendaklah taat pada perintah suaminya, tidak boleh keluar dari rumahnya kecuali dengan izin suaminya, dan tidak boleh membawa (membenarkan) orang yang dibenci oleh suaminya masuk ke dalam rumahnya.” (Hadith Riwayat Al-Tabrani)
FIRMAN ALLAH SWT

“Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21)

PERHATI SABDA RASULULLAH SAW INI:

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, ” Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya dan aku adalah yang terbaik daripada kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak mempunyai budi pekerti.” (riwayat Abu Asakir).


kredit to :  http://www.facebook.com/DSLQUOTES 

Tanggungjawab Suami?

Syarak melarang suami yang kaya atau yang berkemampuan membenarkan isteri keluar bekerja. Perbuatan ini amat tercela dalam Islam. 

Isteri tempatnya dirumah suami, menjaga rumahtangga dan anak-anak. Banyak orang tersalah tafsir dengan membenarkan isteri keluar bekerja. Sebenarnya, syarak hanya membenarkan isteri keluar bekerja apabila suami kurang berkemampuan dari segi kewangan. 

Suami yang mampu, tidak boleh mengizinkan isteri keluar bekerja, hatta apapun alasannya.

1) Duit isteri dari hasil pendapatan sebelum berumahtangga dan harta ibubapa si isteri atau harta faraid adalah milik isteri secara mutlak, suami tiada hak untuk mengunakannya, sebaliknya terpulang kepada isteri untuk memberi secara ikhlas atau hutang kepada suami demi meringankan beban kewangan.

2) Duit dari hasil pendapatan setelah berumahtangga, yakni isteri keluar bekerja dengan izin suami demi membantu beban kewangan, mestilah duit itu dibelanja dengan izin suami, pihak isteri kena faham ini.
Bagi suami pula, jangan menzalimi isteri dengan tidak memberi sedikit pun beri apa-apa kepada isteri setelah si isteri susah payah keluar membantu.

TETAPI Ada segolongan SUAMI yang mengizinkan isteri bekerja kerana mahu dirinya DIBANTU untuk menyara keluarga, MALANGNYA Gaji si isteri itu pula DI MONOPOLI oleh suami kerana beranggapan Wang Gaji isteri itu adalah HAKnya berdasarkan keizinan yang dberikannya..Ini adalah suatu pendapat yang salah dan bertentangan dengan Syarak kerana sudah timbul KEZALIMAN suami terhadap isterinya sendiri.

MAKLUMAT TAMBAHAN:

Ini satu lagi petikan Sabda Rasulullah Saw mengenai tanggungjawab lelaki: 

ﻋﻦ ﺃﰊ ﺑﻜﺮﺓ ﻗﺎﻝ: ﻗﺎﻝ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ: ﻟﻦ ﻳﻔﻠﺢ ﻗﻮﻡ ﻭﻟﻮﺍ ﺃﻣﺮﻫﻢ ﺍﻣﺮﺃﺓ

Dari Abu Bakrah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:”suatu kaum tidak akan beruntung kerana mereka menyerahkan urusan-urusan mereka kepada wanita”. (H.R Bukhary, Tarmizi dan Nasa’i)

HAK TERHADAP HARTA ISTERI

Sudah menjadi amalan masyarakat kita hari ini menganggap harta isteri adalah hartasuami dan boleh digunakan oleh suami sebagaimana harta suami yang digunakan oleh isteri. 

Malahan terdapat segelintir suami yang sanggup memaksa isteri bekerja dan mengambil wang gaji isteri tanpa keizinannya. 

Ini merupakan suatu amalanyang buruk dan melanggar hak seorang isteri di mana di dalam islam harta isteri merupakan harta khususnya yang tidak boleh digunakan sesuka hati oleh suami melainkan sesudah mendapat keizinannya dan isteri redha menyerahkan hartanya kepada suami. Jika tidak harta itu adalah hak mutlak isteri yang tidak boleh diganggu gugat. 

Menurut Yusuf al-Qardawi tidak halal bagi suami menyusahkan isterinya dan memperlakukannya dengan buruk agar si isteri menebus dirinya dengan mengembalikan harta yang telah diberikan kepadanya seluruhnya atau sebahagiannya sedangkan isteri tidak melakukan perbuatan keji yang nyata. (qardawi.2000.249) Ini jelas dinyatakan di dalam firman Allah: Maksudnya“janganlah kamu menyusahkan mereka kerana hendak mengambil kembali sebahagian dari apa yang telah kamu berikan kepadanya, kecuali jika mereka melakukan perbuatan keji yang nyata” (surah an-nisa’:19) 

Bagi suami yang tidak suka kepada isterinya dan ada hasrat menikah dengan wanita lain, maka diharamkan baginya mengambil kembali apa yang telah diberikannya kepada isterinya. 

Firman Allah yang bermaksud: 

“dan jika kamu ingin mengganti isterimu dengan isteri yang lain, sedang kamu telah memberikan kepada seseorang di antara mereka harta yang banyak, maka janganlah kamu mengambil kembali daripadanya barang sedikit pun....” (surah an-nisa’:20-21)

Zikir Munajat - Ustaz Dzulkarnain Hamzah

Assalamualaikum, sempena hari yang mulia ini... saya ingin berkongsi sangat zikir yang memang menjadi kesukaan saya....

Zikir Munajat... zikir yang memberikan saya kekuatan di kala saya lemah...actually saya sangat suka zikir yang dibaca oleh Arwah Ustaz Asri Rabbani ... tetapi tak kurang ustaz Dzulkarnain Hamzah ni... mana mana pun boleh... asalkan memecah keheningan di petang yang penuh barakah ini...

semoga dengan perkongsian ini mampu memberi ketenangan juga buat anda semua ye..

Orang sukses VS Orang Tidak Sukses



Assalamualaikum, hari ni kita memotivasikan diri boleh... jom layan video ni.. mudah mudahan memberikan inspirasi kepada kita semua ok?..

semoga kita semua tergolong dalam golongan orang orang yang sukses...tak payah la layan perkara perkara yang men condemn kita... biarlah apa orang nak kata.... jangan layan... kalau awak layan, awak sama dengan mereka semua tu....

hehehe.... pesanan ini untuk diri sendiri dan juga kepada mereka yang sudi mendengarnya.. ikhlas dari saya ok..? astalavista babe...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...