Friday, June 26, 2015

Rindu Berblog

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Wah.. dah lama benar tak update blog. Bila dah lama tak berblog ni nak menggerakkan otot otot dan minda ni ada kesukaran sikit.. maklumlah umur bukan semakin muda... bila dah kurang muda ni pergerakan agak terbatas... hehehe... jap eh.. jap eh... nanti dah dapat idea kita masuk balik..

Friday, June 6, 2014

Lotus Desaru kami datang...

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Hari tu sebelum gi bercuti bawa mak ke Aeon... ni antara gambar yang tertinggal...Bawa anak anak tuisyen sekali... tapi gambo yang di save hanya ada satu je.. hehehe... bawa tengok pameran rama rama dan lada hitam...  memula mak taknak ikut.. tapi sebab bosan kat umah, mak ikut juga... nampak la mak happy.. bawa gi jenjalan... berkerusi roda dan bertongkat sesekali...  separuh hari juga g jenjalan ni... sempat makan 2 kali kat sini.. sekali ngeteh kat starbucks..  sesambil makan kek dan minum minum... yelah.. selalu kita sibuk... sesekali berpeluang bawa mak berjimba masa tengah sakit ni seronok juga... dapatlah borong barang barang berasaskan lada hitam.. berbaloi baloi... lagipun beli sekali untuk bawa bercuti nanti...


2,3 dan 4 Jun 2014 kami bercuti ke Lotus Desaru.. bawa staff sekali.. sesekali melepaskan lelah bekerja... seronok juga... awalnya nak ambil bilik asing asing.. tapi tak syok pula.. sebab nanti memasing bawa hal sendiri..

so.. tempahlah kami 1 apartment 3 bilik dan 1 apartment 1 bilik...

selesa juga...

dan yang paling penting...

kecoh sangat sangat...



Yang ini apartment satu bilik...

bawah ruang tamu...

naik atas terus katil... takde pintu...

sesuai untuk mereka yang nak berbulan madu...

dorang dok bilik ni pun untuk tidur je pun...

apartment kami la tempat melepak... 

siap masak masak dan makan makan segala...
                                                                                Perkara pertama tomei saya buat ialah... BERENDAM... BERENDAM dan BERENDAM... ermph... nasiblah.. 3 hari tu rasanya masanya banyak di pantai dan dikolam... entah apa yang seronok sangat... sekali je join dia.. yang lain dia pergi sendiri dan pergi ngan moksu dia.. nasib la staff saya sorang ni layan juga budak budak.. dia temankan juga tomei saya... dialah yang ambilkan gambo ni.. mummy dia tak larat nak layan.. 3 hari berkampung di Lotus Desaru ni tomei dapat la kawan.. siap bagitau nama dan add fb lagi.. katanya next time bercuti boleh la pergi sama sama lagi.. suka la dia...dari pagi sampai ke petang habis semua tempat dia jelajah...  ok... nanti kita sambung eh... ada kerja nak kena buat... ni kira part 1... ada banyak lagi tau... tunggu....

Sunday, June 1, 2014

Mak Sakit ...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

ermph.. bila dah start berblog..tak menang tangan.. Lepas adik meninggal, mak beberapa kali dimasukkan ke ICU.. mungkin sebab terlalu sedih memikirkan arwah Dila.. 

Bulan lepas, sekali lagi mak dikejarkan ke hospital kerana tak sedarkan diri.. masa tu, saya rasa berjalan dah tak jejak bumi rasanya.. sedih jangan cakap... rasa macam tak mampu terima kenyataan kalau apa apa jadi kat mak..

Tambah tambah bila doktor panggil kami anak beranak, doakan yang terbaik buat mak dan mak punya harapan 50-50... berjujuran airmata kami adik beradik...

Syukur Alhamdulillah bila masa masa kritikal berlalu pergi... balik dari hospital mak nak balik rumah saya.. dulu masa buat pembedahan lutut pun saya dan arwah Dila yang jaga dirumah... kali ni saya dan kakak pula yang jaga... 


Lepas beberapa hari berehat kat rumah, mak nak ikut saya ke Aeon..gambar atas tu mak ngan kakak saya, Hayati a.k.a uda.. mujurlah semua kemudahan dah dekat sangat ngan rumah.. so, senanglah.. walaupun mak tak berapa kuat,mujurlah ada kerusi roda.. tongkat dan bantuan yang lain... 

Oleh kerana mak ada semput, kami belikan mesin oksigen untuk kemudahan mak.. Alhamdulillah, lepas adanya mesin tu mak dah sangat ok... 

Harap mak semakin sihat dan sihat...


PW2...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Saya baru saja tamat ambil exam PW2 dan endorsan.. ermph..lulus tak lulus belakang kira... Ambil kelas part time di ABM Malaysia Wilayah Selatan...

Satu satunya perempuan.. tujuan ambil kelas ni sebab nak teman mr.hubby... at last, mr hubby tak datang exam.. sakit hati.. tapi nak buat camana.. dia kena kuarantin di Transformer Batu Pahat sebab letupan di pencawang utama...


Inilah punca mr hubby tak attend exam...


Ini bukti dia ditempat kejadian... hehehe.. tapi dalam gambar tu adik ipar... dia tukang ambik gambar saja... 

Dek kerana dia tak datang, saya mengamuk sakan... yelah.. penat tu attend course berbulan bulan, tiba masa exam ada pula macam macam hal... nak buat camana... redha je...


Sempat buat baju tau group kami... saya dan mr hubby yang cari baju dan hantar silk screen... memang takde rezeki mr hubby dok exam....


Ini semua tinggal kenangan...masa ni mr hubby berusaha sedaya upaya untuk lulus.. Alhamdulillah lulus... kami semua lulus dengan jayanya... ermph.. oranglain termasuk saya guna tangga tau..tapi mr hubby tak pun.. dah tinggi... hehehe.. nampak sangat kami kami ni kurang tinggi...



Semangat yang Hilang...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Selepas berbulan bulan langsung tak update blog... tetiba hari ni terpanggil panggil untuk update... kehilangan adik yang tersayang buat saya buntu dan hilang semangat...

Mencari diri dan mencari arah dikala sepi akhirnya saya bangkit...

Dalam kesibukan meniti hari hari sepi akhirnya dengan penuh redha melepaskan dia pergi...


Kenangan bersama tak mungkin hilang.. lebih lebih lagi dia kesayangan anakku, raziQ...

Fadilah Binti Abu Bakar telah kembali kerahmatullah... hanya doa mengiringi pemergianmu... hanya doa yang mampu ku titipkan buatmu.. semoga dikau tenang di sana..

Doakan dan hadiahkan Al Fatihah buat adik saya ya...


Tuesday, October 22, 2013

Takutnya Tibi...


Assalamualaikum dan salam sejahtera... Hari ni dikejutkan dengan berita dari doktor kawasan Kulai diserang TIBI dan Denggi tertinggi... Kebetulan saya batuk dah lebih dua minggu... Doktor minta saya buat saringan awal bimbang jangkitan Tibi... Rasa sangat down dan tetiba takut... Terus buat research tentang simptom penyakit berkaitan tibi... Batuk kering... Tiroid..tonsil dan paru paru...  Sebab itu antara yang doktorsebut tadi... 

 

APAKAH PENYAKIT TIBI?
* Tibi adalah sejenis penyakit berbahaya yang membawa maut jika tidak dirawat.
* Ianya disebabkan oleh kuman Tibi.
* Kuman Tibi biasanya menjangkiti paru-paru tapi boleh juga menyerang organ-organ badan yang lain seperti tulang, otak, kulit, kelenjar, buah pinggang dan sebagainya.

Statistik WHO

Menurut statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), hari ini terdapat lebih kurang 20 juta kes tibi aktif di seluruh dunia. Penyakit ini dikatakan menjangkiti antara 50 hingga 100 juta penghuni dunia terutama kanak-kanak secara tahunan.


3 juta kematian berlaku setiap tahun disebabkan penyakit jangkitan tibi dan 80% daripadanya melibatkan negara-negara membangun. WHO juga menyatakan hampir 26% kematian di negara dunia ketiga boleh dielakkan sekiranya pesakit tibi mendapatkan rawatan sewajarnya.


Apakah punca utama penyakit yang sudah wujud sejak zaman kuno ini terus bertahan? Bagaimana pula peranan kita dalam usaha untuk memastikan penyakit ini tidak lagi menjadi antara pembunuh utama penyakit berjangkit ini?



Organ serangan
BAGAIMANA PENYAYIT TIBI MEREBAK?
* kuman Tibi di sebarkan melalui udara.
* Pesakit Tibi akan mengeluarkan berjuta-juta kuman Tibi ke udara ketika bersin atau batuk.
* Orang yang menyedut udara tercemar dengan kuman Tibi akan berisiko untuk dijangkiti penyakit Tibi.
TANDA-TANDA PENYAKIT TIBI
*Batuk berterusan Iebih dari 2 minggu
*Kahak berdarah
*Demam dan berpeluh di sebelah petang dan malam
*Hilang selera makan
*Susut berat badan
*Sakit dada apabila menarik nafas atau batuk
*Mudah Ietih.
BAGAIMANA MENGESAN PENYAKIT TIBI
*Jika anda mengalami tanda-tanda yang disebutkan, anda perlu melakukan pemeriksaan berikut:-
*Pemeriksaan doktor
*pemeriksaan kahak untuk pastikan kuman Tibi
*Pemeriksaan X-ray dada.

Pemeriksaan doktor
RAWATAN PENYAKIT TIBI
*Penyakit Tibi boleh dirawat dengan sempurna sekurang-kurangnya selama 6 bulan iaitu:-
*2 bulan pertama -makan ubat setiap hari
*4 bulan berikutnya-makan ubat 2 Kali seminggu
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN
*Memberi suntikan BCG kepada bayi yang baru lahir
*Segera ke hospital, jika mengalami batuk yang berterusan lebih dari 2 seminggu
*Sesiapa yang tinggal bersama dengan pesakit Tibi perlu melakukan pemeriksaan di klinik atau hospital kerajaan
*Memastikan rumah mempunyai pengudaraan yang sempurna
*Membiarkan banyak cahaya matahari masuk ke dalam rumah kerana cahaya boleh membunuh kuman Tibi.
*Mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang.
*Mendapatkan rehat yang cukup.
*Elakkan tinggal bersesak-sesak dalam rumah yang sempit
KEMUDAHAN KESIHATAN
*Pemeriksaan kahak dan rawatan penyakit Tibi boleh didapati secara
percuma di semua hospital dan klinik kesihatan kerajaan.
Kemudahan Kesihatan
FAKTA PENTING
*Penyakit Tibi tidak boleh berjangklt melalul makanan dan minuman.
*Penyakit Tibi bukan sejenis penyakit keturunan
*Pesakit Tibi yang telah menerima rawatan lebih dari 2 minggu, tidak lagi menjangkiti orang lain.
*Anda berpeluang untuk sembuh jika anda mematuhi rawatan yang disediakan.

Friday, October 11, 2013

Nafkah Isteri Selain Wang Yang WAJIB Suami Tahu..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

ermph.. saya upload spesifik cerita tentang nafkah buat isteri..nampak remeh tapi penting.. kebanyakan orang pandang remeh mentang mentang isteri bekerja.. ish.. ish ..ish...jangan la take for granted..

terjadi tau dalam dunia hari ini.. ini yang menyebabkan kita semua secara langsung atau tidak langsung berdosa sama.. mengapa upload? untuk tatapan saya dan semua.. kita sama sama belajar...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...