Saturday, December 22, 2012

kesibukan berganda cuti sekolah...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..rindunya berblog.. lama sudah saya tak upload cerita terbaru.. kenapa? sebab jawab yang sama... saya sibuk..sibuk..sibuk...

orang lain cuti sekolah.. anak saya pun cuti juga... tapi dipenuhi dengan aktiviti aktiviti dia... huish... banyak sangat aktiviti yang dah diaturkan untuk dia... sampaikan saya yang tak larat..hahaha..

memula dia attend course mokhdar..

attend class ni sangat menyeronokkan buat tomei saya.. kelas ni 7 hari... penat juga la berlari kehulu hilir masa saya...

mana taknya, kelas di pulai indah.. saya tinggal di Kulaijaya..pastu class start jam 8.30 pagi.. fuhh.. penat saya...

kul 4.30petang nak kena pergi ambil dia pula... tu la..ini la dia pengorbanan seorang ibu.. chewah...

saya hantar dia ke kelas mokhdar ni bukan semata nak habiskan masa dia di sini, tetapi nak dia tahu betapa mudahnya belajar matematik jika kita faham dan cintakan subjek itu..beri dia kesedaran awal.. alhamdulillah, setelah attend kelas ni, tomei saya mula menghafal sifir 1 hingga 9 dengan jayanya...

habis kelas mokhdar, tomei di beri rehat beberapa hari sebelum memulakan kem Maybank di Horizon Hill pula...

masa attend kem Maybank ni, pendekatan berbeza sekali untuk tomei dalam sukan Golf...

Kem Maybank ni banyak menggunakan kaedah psikologi untuk membina keyakinan tomei..

Ada lima stesyen yang perlu diselesaikan...stesyen pertama, menguji kekuatan tangan dan kaki, stesyen kedua menguji kecekapan kaki.. stesyen ketiga menguji kecekapan tangan... stesyen keempat menguji kekuatan lutut dan stesyen kelima kepintaran akal dan mindset tomei.. fuhhh....

lepas pergi kem Maybank di Horizon Hill, kami pun chill up di Thistle Hotel.. bagi tomei happy happy... lepas penat belajar sambil cuti... untuk cuti jauh jauh kurang bijak bagi saya dan suami yang bekerja sendiri...yelah.. penat di jalan je.. so, quality time so important to us.. bercuti di dalam johor pun ok.. cara bagaimana kita happykan suasana yang paling penting..

ada la yang kata, dari duduk kat hotel, lebih baik duduk kat rumah je... ermph.. bagi saya pula...sekali sekala kita merehatkan diri dan menggembirakan family kita apa ada hal.. nak berkira dengan anak dan suami? mereka juga berhak atas diri kita dan pendapatan kita... sharing is caring kan...insyaAllah, rezeki ada di mana mana...

lepas puas bergembira di thistle hotel, kami ke grand paragon pula... hihihihi...

menikmati pemandangan indah di tengah tengah metropolitan sekali sekala...tak salahkan?

keseronokan bersama keluarga ditambah dengan kehadiran keluarga kak siti... anak kembar beliau memang memecahkan kesunyian...

keletah sikembar dedek dan angah memang mencuit hati.. walaupun sesekali tomei terasa hati kerana dia rasa terpinggir, tetapi nampak dia sayangkan kembar berdua tu...

bila tak jumpa, rindu.. bila jumpa ada saja yang nak diperkatakan...

lepas attend kelas mokhdar hari tu, saya juga menghantar tomei saya ke kem anak bistari yang bertempat di Kampung Melayu...

rindu bertandang lagi bila tomei ditinggalkan enam hari untuk belajar berdikari dan juga mendalami ilmu alQuran..

hidup bukan bertongkat dunia.. amalan murni juga perlu dipenuhi agar kehidupan menjadi seimbang...

selepas menghadiri kem anak bistari, saya nampak perubahan ketara tomei... antaranya, menjaga solat... menjaga adab pertuturan antara kami.. menjaga aurat... menjaga makan dan minum...

syukur alhamdulillah...

ermph... yang di atas semua citer di Johor Bahru.. kali ni citer keluar johor pula... bulan 11 memang banyak aktiviti di dalam johor... start pertengahan bulan 12 ni banyak pula aktiviti tomei di luar johor..

selama 10 bulan dia berhempas pulas belajar disekolah, mengadap kitab kitab.. buku buku.. apa salahnya sesekali bila cuti panjang sebagai ibu meluangkan masa pula untuk dia.. kerja sampai mati pun tak habis habis...

walaupun penat demi untuk anak tersayang, apa salahnya mengorbankan sedikit masa untuk memberikan satu kenangan yang manis buat dia... perjalanan hidup dia masih panjang... memori semasa zaman kanak kanak ni la akan dia kenang sepanjang hayat...


kali ini kami ke Glenmarie Golf & Country Club... sepatutnya kem ini disertai oleh tomei.. tetapi dek kerana umur , maka penyertaan tomei dibatalkan..

tapi moksu dan afiQ pergi, maka tomei pun dapatlah  juga sedikit sebanyak ilmu yang dikongsikan moksu kepada dia..

excited masa ni... yelah bila tengok player satu Malaysia turun untuk menyertai kem anjuran maybank ni..

walaupun tomei tak join this event, dia tetap bersemangat... chaiyok chaiyok...


balik dari Glenmarie, kami ke i city... memandangkan masih dalam kawasan yang sama iaitu shah alam...

bukan main seronok lagi tomei bila dapat ke sana... yelah... selalu tengok dalam fb dan tv sahaja..

memandangkan kami hanya 'singgah' sebentar sebelum pulang ke johor, maka banyaklah games yang tak dapat dimainkan oleh kami..

kekangan masa menghalang kami untuk berlama lama disini, insyaAllah kami akan ke sini lagi...

tomei dah pesan kat saya... lepas ni nak pergi dengan daddy sekali... tak best takde daddy... hihihi.. yelah masa kami ke KL ni daddy tak ikut sebab ada kerja urgent di Kluang.. takpelah....


masa tomei dikhabarkan tak boleh sertai kem di glenmarie, dia sedih sekali.. so, saya dan his dad bawa dia tengok wayang untuk mengurangkan kesedihan dia..

ermph... citer apa ye... jap eh..pikir jap... haa.. sepah the movie.. bukan main gelak sakan dua beranak... saya dalam wayang main i pad... boleh..? hahaha.. yelah.. sempat siapkan paperwork untuk dibentangkan pada boss saya..

nasib baik masa tu mr hubby saya dok tengah antara saya dan tomei.. jadi taklah ketara sangat perbuatan saya tu... hihihi... anyway, citer tu boleh la layan untuk anak saya..

ermph.. ini pula masa iskandar johor open yang di adakan di horizon hill oada  13-16 disember yang lalu..

fuhh.. masa ni saya yang kepenatan... kepanasan.. dan kena sunburn yang amat teruk...nampak redup je.. tapi panas dalam..

suka benar tomei bila dapat jumpa dengan pemain golf handalan dari dalam dan luar negara...

nama nama yang saya sendiri tak tau disebut sebut tomei saya..mum... itu sergio garcia... thongchai jaidee..daniel chopra..jonathan moore..thaworn wiratchant...michael campbell..ernie ells.. entah apa apa lagi nama yang dia sebut... moksu pun excited sama.. diorang masuk tengok sampai last hole... saya tak kuasa.. duduk kat clubhouse sambil berfb..hahahaha.. melampau betul... tak tahan panas...

inilah dia buah hati saya..pengarang jantung saya...tomei saya... dan semuanya ada pada dia... suka duka dia menjadi inspirasi buat saya untuk terus berjuang....memenuhi segala keinginan dan merealisasikan impian si kecik ni untuk menjadi anak yang soleh... yang taat kepada ibu bapa dan berjaya dalam hidupnya...

Tuesday, November 27, 2012

Bergumbira di Deluxe...

Assalamualaikum.. ermph... hari ni saya buat dua kerja dalam satu masa..attend class untuk cukupkan CPD hour di eTiQa dan mengupload citer terbaru..hahahaha...

telinga mendengar, tangan mengetik ngetik komputer... hihihi... bole ke concentrate..? of course la.. citer yang dah berkali kali kita dengar, dah jadi sebati.. cuma masih disini coz setiap kelas pasti ada benda baru yang kita belajar... takpe la kalau tak mau fokus tapi as long as kita bole follow, insyaAllah..

berbalik kepada citer Grand Paragon.. citer dah basi actually tapi sebab dah janji hari tu, so kiranya nak kotakan janji la ni.. hihihi..

 siang di hotel, malam kami semua ke deluxe sesi menyanyi nyanyi melepaskan tension... 

ops.. ni bukan mr hubby tapi kawan mr hubby yang datang nak jumpa mr hubby tapi terjoin pula berjimba dengan kami.. 

hensem..? boleh la.. tapi tak bole kalahkan kehenseman mr hubby saya... hahaha.... (ayat tak boleh blah erk...)

boleh tahan la mamat ni menyanyi.. tapi, still tak boleh kalahkan kemerduan suara mr hubby saya... hahaha.... (kalau menyampah, laju laju turunkan mouse ye)...

mamat ni single but not available eh... kalau ada yang berkenan, putuslah harapan coz tujuan dia datang nak jemput kami ke majlis perkahwinan beliau... hahaha....


ini masa tomei saya menyanyi.... lagu apa ntah... pantai merdeka kalau tak silap saya... mr hubby jadi backup singer... 

menyanyi ke membaca tak tau la.. hahaha.. yelah.. budak budak la katakan... masa ni baru dapat feel nak menyanyi.. memula malu malu... bila dah start menyanyi... tak reti berhenti pula...

suka sangat dia masa ni.. pro golf dia datang sekali join kami...


ni gambar tomei and mr hubby with my son golf teacher.. hihihi..

masa ni dia join kami ... ajak dia sekali... raffizal nama dia.. dia selalu ada Johor Golf Country Club.. so, kepada sesiapa yang nak main golf.. bole la minta dia ajarkan...

tomei saya belajar dengan beliau... boleh lah.. dia tak lokek ilmu... dan lagi, dia tak la berkira... so bole la together gether ngan dia... hahaha.. sesekali berjimba tak salahkan..?

hah... ini dia saya dan mr hubby... hensem kan... hahaha.... walaupun korang kata tak hensem, di mata saya dia tetap hensem... pinky lagi dia...

masa ni dia nyanyi lagu evergreen... lagu pebret kami... tu yang feeling sampai terpejam pejam mata dia...

tomei saya? ada... dah lena tidur masa ni.. suka hati dia bila dapat berjimba jimba cam ni... kalau boleh nak selalu.. hihihi...



 nak selitkan juga la gambo ni... ini gambo masa kat thistle...

hensem kan dua beranak ni.. inilah dia jantung hati saya... mr hubby and my tomei... ada la kesamaan muka dorang ni...

muka tomei ni ada iras iras muka kami berdua... kening dia macam mr hubby... muka tembam macam saya... hahaha.. fair enough... ok la tu kan..

tomei saya ni kalau bole semua nak sama ngan mr hubby.. idola tegar dia.. apa yang mr hubby ada, dia nak juga...

terbaru ni, kami ke JPo beli perfume... so, perfume lama mr hubby dia minta.. merayu rayu dia nak bau mr hubby.. gelak sakan kami berdua... apa la... sudahnya... mr hubby belikan dia satu...

ok... cukup setakat ni... len kali sambung lagi.. kepala dah tepu.. sejuk beku dalam kelas ni....



Saturday, November 24, 2012

cuti..cuti..cuti..cuti sampai pengsan...!

assalamualaikum... tajuk entry tak boleh blah kan.. hihihihi...boleh tak buat tajuk lain tapi citer lain..? kali ni nak pampang muka saya sekeluarga... bagi korang bushan... hahahaha...


gambar ni kami ambik di Thistle hari tu... mr hubby makin kurus... makan minum tak terjaga.... yelah, sibuk koje...koje...koje.... kengkadang sedih tengok kesibukan beliau...saya dan tomei makin tembam... mesti orang ingat saya tak bagi dia makan...hahahaha....

lately ni memang mr hubby selalu tak sihat... kena tonsil... mulut pecah pecah... alahan makan... haish.. tu la... noty.... orang tak bagi kerja jauh jauh ambik jugak job jauh jauh...


kami lagi.. masa ni tomei saya jealous sebab dia sebelah tepi... dia nak saya dan daddy dia apit.... hahahaha... tak habis habis jealous... macamana kalau ada adik....? mesti cemburu tahap gaban...

masa ni kami dah nak check out... ambik gambo kenang kenangan... sehari di thistle meninggalkan kenangan terindah.. hihihi...

lepas check out kami tak terus balik... kami menuju destinasi kedua... hihihihihihi.. yelah tajuknya pun cuti sampai pengsan... kami bercuti pula ke grand paragon... mesti ada yang tertanya tanya kenapa semua kat bandar jb..? nak tahu..?

ermph.. macam ni... saya kan selalu sibuk... quality time tu sangat sangat penting... pada saya tak kisah bercuti di mana mana asalkan kami happy... tak perlu la bercuti sampai jauh bagai tapi tak happy...

lagipun kita bercuti kan sebab nak happy... kalau arrange tempat yang jauh jauh, susah... yelah... dengan masa... penat dalam perjalanan... itu semua nak ambik kira.. then bila dah balik, penat lagi... tak best la kan...

ada yang kata membazir, lebih baik tidur kat rumah... macam ni, setiap hari pun kita tidur kat rumah kan.. so, sesekali memanjakan diri dan keluarga tak salahkan... adalah lebih baik kita berbelanja untuk mereka mereka yang kita sayangkan... sedikit peruntukan untuk mereka tak salah... daripada menghabiskan duit untuk kawan kawan.. lagi tak bagus.. apatah lagi menghabiskan duit untuk benda yang tak sewajarnya.. lagi la...

ok la.. got to go.. nak kena bawa anak main golf pula.. nanti kita sambung ye...

Friday, November 23, 2012

Bercuti di Thistle...

Assalamualaikum ... Sempena cuti di Johor hari ni saya dan Family seperti biasa mengambil kesempatan untuk bercuti...kali ni kami bercuti di Thistle...ermph... bukan niat nak menunjuk nunjuk.. tetapi sekadar berkongsi kegembiraan... kalau rasa tak suka nak baca, ada saya kisah..? hahahaha..... jahat erk..

 masa tiba di sini... disambut dengan adik clown yang suweeet ni... ops.. untuk pengetahuan semua.. thistle ni dulu dikenali dengan nama hotel hyatt... sekarang je dah di take over oleh thistle.. rasanya pengurusan hyatt jauh lebih baik dari thistle...

ramai staff di datangkan dari indonesia... dari receptionist sampailah ke ballroom.. rasa macam ada kat indon pula..hihihihi..

ambik mood.. ambik mood positif ok...

tomei saya ni memang tomei sangat... nak suruh ambik gambar dengan clown pun malu malu.. tapi mahu... dah tahu sangat dah perangai dia..

mr clown ni buat pedang.. dia rasa dia dah besar so dia tak mau ambik pedang tu.. hihihihi.. bagi kat adik saudara kembar dia saja..


ni masa tengah tunggu nak naik lif... nak check in... saja upload gambo ni.. sama tak.. inilah dia pepatah... like father like son...

tomei saya ni kalau bole nak sama sepesen ngan dad dia... actually dia pun pakai kasut gak.. tapi kena paksa tukar sandle... tu yang monyok jer...

hish.. nak smart memanjang.. tau la dia memang dah smart tapi "cit" sikit.. buncit... hahahahaha...

daddy pakai cermin mata.. dia pun nak pakai cermin mata... daddy pakai jam.. dia pun nak pakai jam juga...

daddy pakai baju hijau.. dia pun nak pakai sama juga... kalau ikutkan semua nak sama.. semua nak senada...


ni view dari bilik kami.. kami ambik connecting room... 0719 dan 0720.. nice view..

nampaklah pemandangan indah... dataran bandaraya... hospital... laut.. hahaha... macam tak pernah tengok erk...

seronok juga la tomei saya... sampai sampai jer nak mandi kolam.. pergh.. cer tengok kolam tu.. besau... seronok la dia...

yang penting.. happy.. tomei saya happy, saya pun happy sama..

bila dia dah turun ke kolam... dapatlah mum and dad dia bermanja manja jap erh.. tetttt.. takde maknanya... kejap kejap tomei tipon soh turun... adoiiii.. spoil... sudahnya, mum pun terjun sama... hahahaha.. habis merah mata... sunburn kulitku...


masa ni kami dah puas mandi... dah puas melenjan... nak pergi makan... masa untuk makan.... memula nak makan kat hotel je, memandangkan dah dekat dengan tepian tebrau... kami pun kesana... phewwww... thanks to my beloved abang saudara... abang ham kerana belanja makan yang kalau ikutkan pepatah... makan sampai pengsan...

order punyalah banyak lauk.. penuh 2 meja dengan pelbagai jenis lauk pauk... sampai rasa nak muntah pula saya sebab makan...makan...dan makan lagi... ayoyoyoyo.. macamana nak kurus..? hahahaha

kalau macam ni la gayanya... tahun 2015 pun tak kurus lagi...simpan lemak sampai tahun depan..

hahahaha... jangan marah tau... saya suka bergurau..

ok.. got to go.. nanti kita sambung versi kedua...



Wednesday, November 21, 2012

Klinik Kaedah Mokhdar

Assalamualaikum, terlanjur petang hari sementara nak tunggu balik ni sempat la juga saya mengetik ngetik meng upload citer dalam blog... hihihihi... nak citer tentang tomei dan kelas mokhdar yang dia attend baru lepas ni... alhamdulillah, sehingga hari ni dia masih mempraktiskan apa yang dia belajar di klinik mokhdar tersebut..

inilah dia kaedah mokhdar.. berkesan.. sangat berkesan... saya tak tipu.. tomei saya sudah mampu mengira cepat dan mampu menghafal sifir... dari sifir 1 hingga sifir 9.... rasa bangga... kembang hidung rasanya... hahahaha... yelah.. mana tak bangga bila tengok hasil yang diterima selepas melaburkan sedikit wang untuk kebaikan bersama..

ermph.. bab melabur ni.. inilah dia pelaburan yang kita kena buat untuk pastikan anak anak tersayang kita mampu untuk menjadi lebih baik.. terkadang, kita lihat pada zaman yang serba canggih ni masih ramai ibu bapa yang masih berkira kira untuk menghantar anak ke kelas atau kem yang baik...

ada yang memberikan alasan.. "kau banyak duit.. takpe.." hish.. bila dengar macam tu rasa baran pun ada... bukan apa... memberi alasan untuk sesuatu memang mudah.. cuba kita tukar alasan kepada sesuatu yang lebih positif...

kalau nak ikutkan, saya juga tak mampu.. gaji saya pun tak seberapa... duit yang ada tu alhamdulillah cukup cukup makan pakai dan berbelanja ala kadar ikut kemampuan..apa yang saya buat, setiap bulan saya allocate sedikit duit yang mana disimpan untuk perkembangan dan pembelajaran tomei saya... nak bagi lagi alasan.. beribu alasan bole diberi.. tapi saya tak mahu alasan yang saya cipta membuatkan tomei saya menjadi biasa sahaja... saya nak dia jadi luar biasa.. jadi, saya kena pimpin dan tunjuk arah yang wajar kepada dia...

biar saya susah, takpe.. saya tak mahu dia hidup susah macam saya dulu dulu...saya nak dia dapat apa yang dia nak...tapi bukan dengan cara yang mudah... ada la patutnya... ada masa susah nak dapat... ada masa senang la nak dapat...

ini gambar masa last day di klinik kaedah mokhdar.. yang lelaki hensem tu anak pengasas... hensem ke..? hihihihihi.... boleh la.. tapi still tak bole lawan mr hubby saya punya kehenseman tau... hahahaha.. jangan marah ye izham ...

anyway, tomei saya sangat sangat happy.. saya pun turut happy sama...

bangga dengan kesungguhan pengasas kaedah ini.. lebih membanggakan bila anak beliau turut sama menjayakan program ini.. terbaik sungguh.. apapun, tahniah kepada mereka kerana bersungguh sungguh memartabatkan bangsa dan agama... meninggal dunia kita cuma bawa tiga perkara je.. doa anak yang soleh dan solehah, ilmu yang memberi manfaat dan sedekah jariah.. semoga usaha murni mereka ini dirahmati dan diberkati.. insyaAllah..

ini la gambar kami.. hahaha.. muka saya yang tembam... tapi tak apalah.. tembam pun tembam la.. asalkan cik abang sayang... adik saya yang bongsu ikut serta.. dan anak kak siti pun ikut serta... sekarang ni mereka bertiga dah jadi 3 musketeer... hahaha... sana sini muka mereka bertiga je...

ermph.. kalau di lihat dek mata kasar saya ni, ehem ehem.. macam izham dan balQis ni ada apa apa jer.. hahahaha... jangan marah.. gurau je.. kalau ada apa apa baguslah.. semoga kesinambungan pelajaran ni dapat dikembang kembangkan....

ini pula gambar masa first day.. tomei saya kena jadi model.. ingatkan kena denda.. hihihii... suka sangat tengok dia begitu teruja dengan kelas ni...

balik balik terus je mempraktiskan ilmu yang ada.. sampai saya yang terpinga pinga dengar mereka berbual menggunakan kaedah nombor...

adoi... pening jap.. tapi takpe, saya juga akan belajar bagi memastikan saya juga mampu untuk berbahasa nombor seperti mereka.. jaga tau korang...


Thursday, November 15, 2012

Adam dan Hawa episod 46

Assalamualaikum... hai.. dah baca dah doa awal dan akhir tahun..? Alhamdulillah... ermph... memandangkan hari ni hari cuti..korang buat apa? ermph.. saya seperti biasa...saya memang takde cuti.. hehehe.. pagi pagi tadi hantar tomei saya ke kelas Mokhdar.. then balik masak masak simple dish aje..

hari ni masak kerang rebus, siput sedut masak lemak cili padi.. sayur goreng dan sotong goreng tepung...

then ke office coz kontraktor datang nak betulkan wiring yang dia salah buat... sementara tunggu dia siapkan wiring, saya seperti biasa online...

sempat la tengok citer adam dan hawa.... haish.. giler suka kat adam.. dan dalam banyak banyak episod saya suka giler kat episod 46... so suweeeeetttt.....

tak percaya? jom layan dalam daily motion ni... hihihi... kalaulah mr hubby macam adam sure saya tak kerja... follow dia ke hulu hilir.. berkepit tak lepas lepas...hahaha... alangkan mr hubby tak macam adam pun saya cinta setengah mati kat dia....

bersyukur dikurniakan suami yang sempurna seperti dia... hebat dan gagah... berani dan penyayang... walaupun terkadang terasa diri terasing dari dunianya, mencari titik persamaan yang agak sukar ditemui, masa dan waktu sebagai saksi indahnya mempunyai teman hidup walaupun tidak sempurna imannya, dia mahu untuk terus belajar membaiki kelemahan diri...

saya juga bukanlah sempurna pun, tapi kami sama sama belajar dan cuba untuk menerokai kesempurnaan hidup... melengkapi antara satu sama lain... mencari titik keserasian... belajar mencintai dan dicintai setiap hari.. haish.. selagi tak pejam mata buat selamanya, selagi itu kita akan terus belajar dan menikmati keindahan dunia yang penuh pancaroba ni... merewang entah ke mana la saya ni.. ha... jom la layan.. mesti jatuh cinta ngan "Adam"... dah la hensem... baik... jiwang... haish.. semuanya ada.... manja... itu yang bila mr hubby ada kat sebelah, tetiba terpeluk dia.. hahahaha... dia kan adam saya...



AH46 - Video Dailymotion














ops... ini la adam dalam citer Adam dan Hawa tu... tapi ini "Adam" saya...


hensem kan..? hahahaha... ni namanya masuk bakul angkat sendiri.. tapi tak salah saya puji melambung suami sendiri kan.? dari puji suami orang, lebih baik saya puji suami sendiri.. hihihihihi...

penenang jiwa tau... bila takde rasa rindu...bila ada, ada je... hahaha...

suka tengok muka mr hubby masa dia tidur... muka innocent.... yelah.. time berkesempatan ni la kita kena tatap puas puas wajah dia.. esok esok bila dia takde, baru nak meratap sedih buat apakan..?

kepada mereka yang rasa pening.. loya atau nak muntah dengan citer saya.... ada saya kesah..? hahaha... tak la... gurau je.. hidup kena ceria guys... assalamualaikum...

Wednesday, November 14, 2012

Doa Awal Tahun





ermph.. dah upload doa akhir tahun, tak sah rasanya kalau tak upload doa awal tahun pula... sharing is caring kan...

ni adalah cara membaca doa awal tahun hijrah. Dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Barang sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata: “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.

so, jom kita beramai ramai membaca doa awal tahun... 

Doa Akhir Tahun





Assalamualaikum, salam maal hijrah kawan kawan... sempena maal hijrah yang bakal menjelma, jom kita baca doa akhir tahun.. semoga sambutan maal hijrah yang mulia ini dapatlah kiranya kita membuka lembaran baru dalam kehidupan kita... insyaAllah...

Semoga apa yang kita lalui dijadikan satu pengajaran dan perbaiki di masa hadapan...segala kekurangan datang dari kita.. so, ambil kesempatan selagi berpeluang ini untuk menjadi seorang yang lebih baik di masa hadapan...

Ini adalah cara membaca doa akhir tahun hijrah. Dibaca 3 kali selepas waktu asar sebelum masuk waktu maghrib akhir bulan zulhijjah. Barang sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:

“Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya selama setahun”

Tuesday, November 13, 2012

happy deepavali...

Assalamualaikum, rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan selamat bercuti kepada semua sempena cuti sekolah... deepavali dan maal hijrah yang bakal menjelma beberapa hari lagi...

ermph.. hari ni baru rasa nikmat bercuti.. maklumlah.. tomei saya ke kelas mokhdar.. dapatlah saya berehat sebentar sambil menyiapkan apa apa kerja yang ada di pejabat..

dan langkah pertama yang ingin saya lakukan.. meng hap det blog yang dah rasa macam bersawang sawang ni.. hihihihi.. maklumlah.. kesibukan menjadi punca penghalang utama untuk saya meneruskan berblogging sepanjang masa..

ok.. rasanya citer as usual... random dan apa yang terlintas di dalam kotak fikiran saya...

ermph... masa ni kami mengeteh di Tutti Frutti... salah satu tempat hang out kegemaran tomei saya... dah lah musim hujan.. sempat lagi dia nak makan aiskrim.. nak marah tak boleh coz ikut kata majoriti...

rasanya rege kat sini dah murah sikit berbanding dulu.. memang mahai... kali ni makan tak semahal sebelum ni.. :)

sekali sekala... apa salahnya.. untuk yang tersayang saya juga...

citer tomei saya lagi... masa ni kami bercuti hujung minggu di kuala sedeli... saja je crop muka mom and dad.. hehehee... tak mau enterprame dalam ini cerita...

rasa macam tomei saya dah besar sangat... tapi asyik la nak berkepit dengan mom and dad dia..

tengok la tu.. duduk celah kelengkang pun jadi... yang penting nak ada bau... hihhihi....

masa ni 3 november.. hari anugerah sekolah tomei saya...

dia terlibat dalam menjayakan program ni.. ermph.. menyanyi dua lagu...

muara hati dan teman pengganti... boleh la.. not bad... hahaha...

ada bakat cam daddy dia... tak sangka pula...


masa ni dia menang tempat pertama dalam kutipan tertinggi untuk Tabung PIBG sekolah..

suka bukan main bila hajat tercapai... nak basikal pixy... masa besday dia last month memang dia wish nak basikal pixy tapi saya dan his dad buat tak tau.. coz saya tau dia akan dapat this present.. so, we just ignored him...kononnya nak bikin surprise...

memang ler terkejut + gembira + excited melampau...
ikutkan planning, dia dapat basikal ni warna biru atau hijau.. tapi stok dah habis, jadi ini je yang tinggal...

syukur alhamdulillah..

apapun terima kasih kepada Sekolah Kebangsaan Indahpura 2 yang sudi merealisasikan hasrat tomei saya...

(save budget mom and dad kan?) hahahaha...

 masa ni pula masa jamuan akhir tahun kelas tomei saya....tomei minta saya celebrate birthday dia sekali... alamak...dah sebulan dah.. tapi tak apalah.. demi tomei ku turutkan jua.. hahaha....

banyak sangat reQuest nya.... nak kfc.. nak jajan... nak kek... nak bagi cikgu hadiah... haishh...

masa hantar semua tu saya terlambat..masa sampai jer muka dia dah berubah.. ingatkan saya takde.. bila tengok saya dan his dad sampai... senyum sampai ke telinga...
 ermph.. ni pula cup cake yang di hantar ke taska dia.. sebenarnya cup cake ni yang sepatutnya di hantar ke sekolah dia... tapi sebab salah arrangement itu yang terlebih..

anyway tiada pembaziran... cup cake ini dihantar ke taska.. cumanya dua hari berturut turut tomei saya makan kek dan kfc.. hahaha...

nasib baik dia kawan baik ayam, so suka la dia....

ermph.. ini pula sebahagian kawan kawan tomei di taska...

ada ramai lagi.. tapi ada yang tidur... ada ke sekolah agama dan ada yang bermain...

semoga perjalanan hidup tomei saya menjadi sempurna dan dilimpahi dengan kasih sayang berpanjangan...

happy sangat tengok dia happy....

Thursday, November 8, 2012

Penangan Adam dan Hawa...

Asalamualaikum ... Ermph... Betul.. Betul... Jangan betulkan masa anda.. Sekarang jam 2.49 pagi... Hihihi... Kenapa saya tak tido lagi walaupun mr hubby n tomei di ulit mimpi indah? Sebab saya dah gila..! Gilakan citer Adam dan Hawa lakonan mantap Aaron Aziz....


Ermph... Kenapa saya suka citer ni? Coz saya dah baca novel ni... Happiness dan happy ending setelah mengharungi onak dan duri untuk mencapai dan menagih cinta dari orang yang kita sayangi... Mencabar dan tercabar...

Setiap kali melihat lakonan mantap Aaron pasti menjadi igauan seorang wanita yang inginkan suami mereka menjadi seperti Adam Mukhriz yang charming.... Yang mampu membimbing isteri serta ketabahan menghadapi kerenah isterinya yang ego dan degil...

Sweet sangat bila tengok Adam dalam versi Aaron... Hehehehe.... Yang tak bole blah tu, mr hubby dapat tempias sama... Baik baik nama dia Shamrul dah jadi Shamron.... Hahahahahahaha....

Ok ler.. Tak mau citer panjang g coz mr hubby dah berdehem....Maksudnya...? TIDO! Sudah pagi.... Ermph... Ok... Nite... Nak peluk dia ketat ketat encik Shamron saya.... Tangan diakan bantal kepala saya... Badan dia bantal peluk saya.....rasa aman je dapat bau dia... Ops..... Tettttttt.... Cut... Citer bebudak 18 tahun ke atas eh...... Sorry...menjeng sikit...terbawa bawa Mood Adam dan Hawa....hahahahahahaha..... Ok....muaaahhhhh...

Sunday, October 28, 2012

Best lagu ni...

Assalamualaikum,

Jom hayati lirik lagu ni





Ku coba ungkap tabir ini
Kisah antara kau dan aku
Terpisahkan oleh ruang dan waktu

Menyudutkanmu meninggalkanku

Ku merasa telah kehilangan
Cintamu yang tlah lama hilang
Kau pergi jauh karena salahku
Yang tak pernah menganggap kamu ada

Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu telah merasuk jantungku

Sejujurnya ku tak 
bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita
Takkan kusia-siakan kamu lagi

Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu telah merasuk jantungku

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa

Mengulang kembali lagi cinta kita


Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila

Takkan kusia-siakan kamu lagi
Takkan kusia-siakan kamu lagi..


Ermph... Rasanya macam kena je lagu ni ngan saya... Saya kan sayang giler kat mr hubby saya tu... Tak dapat dibayangkan kalau dia takde.... 

Biarlah saya pergi dahulu... Bila saya dah takde senang la dia cari pengganti... Hihihi.. Kalau dia pergi dahulu, gelaplah dunia saya.... Tanpa dia saya mungkin takkan bertahan lama....

Gambar kenangan...

Assalamualaikum...hari ni saja je upload gambar ikut suka... seharian meng hapdet gambar gambar lama... nak gi hantar cuci... beribu ribu gak la gambo nya... haish... sedia je la duit..

Gambar pertama... kenangan dulu dulu.. mr hubby selalu pergi mancing... sampai sekarang la kesukaan dia ni... inilah dia geng mancing mr hubby... my dad and big bro...

kalau dah jumpa regu... habislah kami.. tak dapat la nak campur... manjang citer pasal joran..boat... ikan... dan apa sahaja berkenaan ngan ikan....

nak buat camne... terima je dengan redha... hihihihi...


ini pula gambar saya ngan tomei... masa kurus la jugak...hahahaha.... gambar ni la gambar yang mr hubby simpan dalam handphone.. profile picture dia... bertahun juga la...

ermph.. nampak suci je kan... hahahahaha... sapa lagi nak puji diri sendiri kalau bukan kita sendiri...

gambar ni gambar hari raya di rumah best friend saya... puan jamilah parman...


ni pula gambar kenangan masa saya attend kelas motivasi dari Dr Fadzilah Kamsah... idola kesayangan saya... nama tomei dulu saya dapatkan dari beliau... masa ni saya tengah tunggu hari... tapi sebab dah dirancang awal maka saya menggagahkan diri untuk menghadiri seminar beliau... seronok bukan kepalang kerana tomei juga telah didedahkan awal tentang motivasi sejak dalam kandungan lagi... suka sangat kat beliau.. semoga tomei juga menjadi seperti beliau... kagum dengan kesungguhan beliau menaikkan ekonomi islam melalui cara dan idea brilliant beliau...

ni pula gambar berbulan madu bersama tomei saya dan mr hubby.. chewah.. hahahaha.. jangan muntah pula... masa ni saya rasa sangat ayu dengan baju suci bersih tu... hahahaha... masa ni kami di Melaka... bercuti sambil attend course di sana... hilang segala keletihan bila bangun dari tidur, mr hubby dan tomei ada depan mata... saya sayangkan mereka ni... mr hubby hensem sangat kan... ermph.. kerana itulah ramai sangat yang tergila gilakan dia.. dan alhamdulillah... dia telahpun memilih saya untuk menjadi isteri dan ibu kepada anak anak dia... ermph.. mudah mudahan kasih dan sayang kami berterusan hingga ke akhir hayat kami.. amin...

Saturday, October 27, 2012

Golf Tournament....

Assalamualaikum... berlum terlambat rasanya nak update sikit tentang tournament baru baru ni yang tomei join... ermph.. 20.10.2012.... di Tanjung Puteri Golf Resort... Pasir Gudang, Johor...

hehehe.. mummy nak enterprame jugak... sibuk juga naik buggy... melaram jerk.. hahaha.. daddy yang jaga tomei... dia yang bawa tomei masuk padang...

ni dia mr hubby yang hensem tu... tomei saya pula membelakangkan kamera.... masa ni baru start tournament... ngengada tomei tu... yelah daddy ada...


practice make perfect... ni masa ni tengah practice... without ball...

ok... dia memang sangat ok... walaupun masih baru lagi dalam sukan golf ni..

tadi dari depan.. ni pandangan belakang... daddy dia tukang pegang bendera... hahaha.... terbaik la mr hubby saya ni..

yang ini cousin raziQ tomei.. Muhammad AfiQ Hakimi.. dia pun main sama gak.. dan yang kat belakang tu, Pro dia.... yang ajar anak saya , adik saya dan afiQ bermain golf..

dan ini pula moksu... dia pun join this game... walaupun masing masing bukan top three... tapi yang penting mereka suma bersemangat dalam join this game... menang kalah adat pertandingan.. yang penting keinginan yang kuat mendorong mereka untuk menjadi lebih berdaya saing...


hah... jangan jealous... hihihihi... ni mummy n daddy... masa ni muka saya nampak comel kan... so.. bole upload walaupun mr hubby tak tengok kamera... dok sibuk berbual.... hahahahaha.....masa ni sibuk nak makan.... daddy dah kepanasan.... muka pun dah burn... burn pun burn la.. yang penting tak burn kan hati mummy lagi... hihihi...

love u dear husband... dear tomei...

ok.. cukup la ye... tak mau banyak banyak upload gambo... nanti orang menyampah... hihihihi... kalau rindu, selalu selalu la jengah blog saya tau...

Friday, October 26, 2012

Legoland... oh... Legoland...

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

ermph.. lama tau saya tak upload citer... ni ambik kesempatan sempena hari raya Qurban... berkumpul di rumah mak dan berchatting.... sambil mengetik ngetik keyboard untuk upload new story.. hihihhi....

sibuk dengan kerjaya baru.. sibuk dengan rakan rakan... sibuk dengan keluarga... sibuk dengan semuanya la... banyak nak citer, tapi rasanya berkobar kobar nak citer pasal legoland... johor...

first sekali, saya nak upload gambo ni.. for intro... yeah..

ermph.. teddy bear... mr ted, mrs ted dan anak dia tomei ted... hihihihi... ni tomei saya , raziQ yang beri nama...

yang mr ted tu untuk daddy... yang mrs ted tu untuk mummy dan brilliant ted tu untuk tomei...

mana dapat teddy bear semua ni..?

ermph... yang coklat tu ibu bagi raziQ masa baby... then raziQ bagi daddy dia...

mummy punya pulak dapat kat Legoland... hah.. ini la ada kaitan ngan citer hari ni...

yang brilliant ted...raziQ tomei dapat masa hari graduation day dia di sekolah tadika sinar ideal...

berbalik pada citer Legoland...ermph.. semalam saya sekeluarga bersama kak sitie sekeluarga ke legoland... siapa kak sitie..? ermph... isteri kepada cousin saya... merangkap antara klien saya yang paling setia... dan juga antara orang yang banyak memberi khidmat nasihat percuma di kala saya perlukan... dan yang paling penting kini menjadi business partner saya... hihihi... dan satu lagi... dia juga menjadi mentor saya pula... mentor dalam conversation... yang melibatkan bahasa belok belok.. hahahahaha....

ni kali pertama saya dapat encik TED... hehehe... ni semua gara gara tamparan drama Adam dan Hawa... ermph.. dah lama dah saya buang tabiat membaca novel ni... tapi sejak saya buka office di Saleng, semangat membaca kini datang semula....

ermph... Novel Adam dan Hawa benar benar membuat saya teruja dan perasan muda.. hahahaha.... (ayat tak bole blah kan?) .....

bila tengok Ain Hawani dapat encik Ted, biasa biasa saja... tapi masa kami di Legoland ni, saya terpandangkan Encik TED ni...spontan saya bersuara.. "abang, ima nak Encik TED ni... sweet sangat..." .. dan akhirnya saya dapat... semuanya kerana jasa baik kak sitie... hehehehe... thanks akak...akak memang baik... terbaik di pasaran.... hahahahaha...

bila sampai rumah, dengan perasaan berbunga bunga saya letak Encik TED di bilik saya... tomei saya yang cemburu, pergi masuk bilik dia dan ambik Mr TED... dan beri nama Mrs TED pada Encik TED saya dan Brilliant TED untuk TED dia... hahaha.. kreatif....

inilah dia kami semua... saya sekeluarga dan kak sitie sekeluarga... kak sitie ada anak kembar tak seiras yang sangat comel... Angah dan Dedek... anak sulungnya Muhammad AfiQ Hakimi.. manakala tomei saya pula Muhammad RaziQ Syahmi... kebetulan hampir hampir nama mereka...

masa ni bujang kami ni buat muka ketat coz  banyak kamera yang nak ambik gambar mereka... hahahaha.. di tambah pula tak sabar sabar nak main...

saya bawa adik bongsu saya... memeriahkan majlis... seronok la walaupun dibawah panas mentari yang memangnya terang benderang...tapi kami tetap setia berada seharian di sini....



ni semua orang kenal.... mr hubby saya yang tersayang... bersama tomei saya yang paling comel.... tomei tak tahan panas katanya... habislah burn kulit dia.. hihhihi... nak ajak balik tak mau... jadinya daddy dia la yang jadi tempat berlindung...

inilah mereka yang menjadi kekuatan buat saya mengharungi cabaran sehari hari...

dikelilingi jejaka jejaka hensem ni susah... ramai peminat.. hahahaha.... mr hubby saya dah dapat nama baru... semuanya gara gara suka benar saya pada Aaron Aziz yang berlakon cerita Adam dan Hawa... Adam Mukhriz... yang hensem.. yang romantik.. yang suci... hahahaha...

Saya ada la update satu gambar dalam facebook saya... "bila tengok Aaron Aziz terbayangkan suami saya ... Shamrul... " dan ada la one of my friend dalam fb tu bagi mr hubby nama baru... "ok la tu.. encik Shamron... Shamrul + Aaron...." hahahahaha... thank kak BalQis.... melekat nama tu.....

tadaaa.... inilah dia saya dan keluarga saya.... jangan menyampah ye tengok gambo ni... kalau rasa rasa menyampah, cepat cepat scroll ke bawah aje.. hihihihihi...

masa ni saya nak ambik gambar berdua je ngan tomei, tapi mr hubby ada.. masuk ler sekali... itu yang dalam keadaan sedia tak sedia...

saya je yang tak together gether warna baju ngan mr hubby n tomei saya...tapi tetap senada....

ok la tu kan...

cermin mata saya tu tak boleh tahan nak gelak....beli untuk teman tomei masa kat padang golf... tapi bagus gak pakai masa ni... memang terbaik... waktu benar benar panas.... redup je walaupun rasa nak terbakar kulit ni..

ni lagi sekali gambar kami sekeluarga... comel sangat tomei saya... kan? setuju kan? kami berdua selalu berebut kasih sayang mr hubby... bila saya pegang tangan mr hubby, dia pun berlumba lumba nakkan perhatian mr hubby saya....

tengok la tu... masa ni bila dia tengok saya peluk tangan mr hubby, dia pun sama... padahal pada ketika tu dia tengah sibuk baca map legoland...

tomei saya pun sibuk nak cermin mata saya sebab nak sama ngan daddy dia... bagi cermin mata bonia tak mau... katanya itu gigirl punya..... hahaha... dah tu yang mummy pakai pun gigirl punya... cermin mata dia tertinggal.. padan muka dia.. hihihihi....

apapun kami bahagia.. bahagia dengan kehidupan kami kini... walaupun kengkadang berjauhan kerana mr hubby selalu jer outstation.... so, apa ada hal... bila berkesempatan kami akan bersama sama meluangkan masa bergembira seperti semalam...

hah.... inilah dia tomei saya.... muka happy... dia memang la sangat hebat... walaupun panas terik tidak menghalang dia dan yang lain lain bergembira dengan cara mereka tersendiri...

gambar lain? woohooo.. memang banyak... tapi saya cuma upload beberapa keping saja....

kenapa? haish.. penat la... kang ada pula yang bosan lebih lebih bila tengok manjang gambo saya , anak, suami dan mereka mereka disekeliling saya....

ok la guys... bila saya berkesempatan, insyaAllah saya akan upload gambar dan berita terkini dari saya dan keluarga...

cukup setakat ini saja ye, saya akan upload lagi kemudian... saya nak keluar dating ngan mr hubby berdua... anak kami yang tomei ni saya tinggalkan di rumah mak... nak berdua duaan jap.. hihihihi.. assalamualaikum guys....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...