Assalamualaikum dan salam sejahtera..
ermph.. saya upload spesifik cerita tentang nafkah buat isteri..nampak remeh tapi penting.. kebanyakan orang pandang remeh mentang mentang isteri bekerja.. ish.. ish ..ish...jangan la take for granted..
terjadi tau dalam dunia hari ini.. ini yang menyebabkan kita semua secara langsung atau tidak langsung berdosa sama.. mengapa upload? untuk tatapan saya dan semua.. kita sama sama belajar...
dalam KETEGASANku ada KELEMBUTAN..dalam KEGEMBIRAANku ada SERIBU DUKA PENDERITAAN..JERIT PERIHku menuju puncak KEGEMILANGAN..aku TEGAR untuk terus BERTAHAN dan MELAWAN...semoga terus di RAHMATI dan di PERMUDAHKAN segalanya....
Showing posts with label Hak. Show all posts
Showing posts with label Hak. Show all posts
Friday, October 11, 2013
Nafkah Isteri Selain Wang Yang WAJIB Suami Tahu..
Labels:insuran, takaful, arb, wasiat, pusaka
Hak
Adakah Gaji Isteri Yang Bekerja Menjadi Hak Mutlaknya?
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Haa... ini lagi cerita pasal nafkah isteri...
Ada sebab saya upload... hari ni ada jumpa seorang isteri yang bekerja tetapi duitnya disimpan dan digunakan sepenuhnya oleh suami... isteri yang tidak tahu hak sebagai isteri... malas nak citer panjang panjang jadi upload je la ceritanya...
mudah kan dengan teknologi masa kini...
Haa... ini lagi cerita pasal nafkah isteri...
Ada sebab saya upload... hari ni ada jumpa seorang isteri yang bekerja tetapi duitnya disimpan dan digunakan sepenuhnya oleh suami... isteri yang tidak tahu hak sebagai isteri... malas nak citer panjang panjang jadi upload je la ceritanya...
mudah kan dengan teknologi masa kini...
Labels:insuran, takaful, arb, wasiat, pusaka
Hak
Hukum Guna Duit Isteri Untuk Belanja Dapur
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Ini tambahan bagi cerita buat isteri.. nafkah yang selalu kita pandang remeh...
Ini tambahan bagi cerita buat isteri.. nafkah yang selalu kita pandang remeh...
Labels:insuran, takaful, arb, wasiat, pusaka
Hak
Kenapa saya masih kerja..?
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Kenapa saya masih kerja? .. kenapa saya bekerja keras...? kenapa saya berusaha dan terus berusaha?..
ini jawapan saya...
Saya punya impian besar...
Saya nak tolong keluarga..
Saya nak kayakan mak abah saya...
Saya nak hantar mereka tunaikan haji...
Saya nak balas jasa mak abah saya yang dah besarkan saya dan beri pendidikan terbaik buat saya..
kalau nak jawab memang banyak sangat.. itu hanya sebahagian... sebahagian buat mak abah saya...
tengah tengok video ustaz azhar idrus.. ternampak pula video ni.. saya share tau.. ada kena mengena ngan topik kita hari ini.. hehehe... minta terasa semua..

Saturday, August 7, 2010
Hak Suami Atas Duit Isteri
Assalamualaikum Ustaz,
Harap ustaz dapat jawab kemusykilan saya secara private. Semasa saya kursus kahwin, ustaz di kursus tersebut kata duit suami adalah duit isteri jugak, tetapi duit isteri hak isteri. So, adakah maknanya di sini saya boleh membelanjakan duit gaji saya tanpa meminta kebenaran suami?
Sebab ada rakan lelaki saya berkata duit isteri pun, perlu mintak
kebenaran suami jika nak beli apa-apa. Harap ustaz boleh jawab.
terima kasih.
Wa'alaikumsalaam Wr Wb
Hak memberi nafakah kepada isteri dan anak2 adalah tanggungjawab suami.Suami tiada hak untuk memerintahkan isteri keluar bekerja, menjadi kesalahan dari segi syarak jika ia berbuat demikian. Tetapi apa yang boleh si suami lakukan ialah meminta bantuan, jasa baik, understanding dari isteri supaya membantu dia, dengan si isteri keluar bekerja untuk meringankan beban kewangan. Dari itu, understanding dari pihak isteri amat diharapkan,kerana hidup berumahtangga....susah senang sama-sama merasainya. Jangan ada semacam perasan yang boleh membebankan suami dengan si isteri tetap tidak mahu membantu, tetap dengan kehendak, suami mesti memenuhi segala kewajipan dia.
Si suami pula, jika isteri sudah membantu, hargailah pengorbanan dan jasa baik isteri, sedia membantu isteri dalam kerja dalam rumah. Barulah bahagia hidup, hingga ke syurga.
Syarak melarang suami yang kaya atau yang berkemampuan membenarkan isteri keluar bekerja. Perbuatan ini amat tercela dalam Islam. Isteri tempatnya dirumah suami, menjaga rumahtangga dan anak-anak.Banyak orang tersalah tafsir dengan membenarkan isteri keluar bekerja.Sebenarnya,syarak hanya membenarkan isteri keluar bekerja apabila suami kurang berkemampuan dari segi kewangan. Suami yang mampu, tidak boleh mengizinkan isteri keluar bekerja, hatta apapun alasannya. Alasan boring ke, anak-anak dah besar tidak ada apa nak buat, semuanya tertolak.
Kalau boring, baca Qur'an, khatamkan Qur'an, zikir, muhasabah diri, ingat mati lebih dari keluar bekerja. Boleh juga buat kerja kebajikan secara suka rela dengan izin suami, seperti cari dana rumah anak yatim, beri kaunseling penagih dadah, apa sahaja usaha yang menuju ke khairah ummah.
Saya menolak pendapat "ustaz" kursus rumahtangga itu yang berkata duit isteri...isteri punya, jika isteri bekerja untuk membantu beban kewangan.
1) Duit isteri dari hasil pendapatan sebelum berumahtangga dan harta ibubapa si isteri atau harta faraid adalah milik isteri secara mutlak,suami tiada hak untuk mengunakannya, sebaliknya terpulang kepada isteri untuk memberi secara ikhlas atau hutang kepada suami demi meringankan beban kewangan.
2) Duit dari hasil pendapatan setelah berumahtangga, yakni isteri keluar bekerja dengan izin suami demi membantu beban kewangan, mestilah duit itu dibelanja dengan izin suami, pihak isteri kena faham ini. Bagi suami pula, jangan menzalimi isteri dengan tidak memberi sedikit pun beri apa-apa kepada isteri setelah si isteri susah payah keluar membantu.
Muafakatlah, kerana ia membawa berkat.
Saya harap saudari faham akan penjelasan saya. Kalau isteri kaya, si suami pula miskin,si isteri boleh memberikan zakat harta atau zakat fitrah kepada suami.
Wallaahu'alam.
Syukran.
Unzhur Maa Qiila Walaa Tanzhur Man Qaala
Al Haqiir Wal Faqiir Ilaa Rabbihi, Akhuukum Fil Islaam
Abdul Manaf Bin Abdul Gani
Labels:insuran, takaful, arb, wasiat, pusaka
Hak
Subscribe to:
Posts (Atom)