Thursday, December 24, 2020

Aku bukan siapa siapa

Aku bukan orang yang mudah melupakan. Lebih lagi bagi orang yang telah meninggalkan kesan mendalam di dalam hati ini.  Selama ini aku tak berdaya. Aku bukan siapa siapa.Kerana cinta aku turutkan semua meskipun pun tak bahagia. Meski disakiti dan tersakiti.Setelah ku kau sakiti, kau biarkan aku sendiri. Untuk apa kau kembali kalau sekadar kau beri cinta kau yang penuh kepuraan.

Aku redha

 

Perjalanan hidup seseorang itu berbeza beza. Ada yang bersinar bak mentari. Ada yang berwarna warni bak pelangi. Ada yang menangisi seperti turunnya hujan. Apapun yang jadi dalam hidup ini kita perlu redha, semuanya sudah di atur oleh yang maha esa. Allah dah susun cantik perjalanan hidup kita ni. Enjoy saja ya guys. 

Saat diuji, teguhkan hati. Kuatkan diri. Jangan pernah mengalah dengan kehidupan ini. Jangan pernah berputus asa. Menangislah. Merintihlah. Selepas tu, bangkit lagi. Redha dengan ketentuan Allah. 

Helang oh helang

 Assalamualaikum guys.

Pernah baca tak kitar hidup seekor helang?
Ya. Helang. Kenapa helang? Begini cerita dia. Saya asyik bermimpi tentang helang 2, 3 hari ni. Tertanya tanya. Mengapa. Ada apa dengan helang. Misteri helang. Hasil carian dalam google akhirnya terjawablah teka teki berkenaan ngan helang.
Dalam banyak-banyak spesis burung,
Helanglah yang mampu hidup paling lama.
Sehingga umur seekor helang 70 tahun juga mampu.
Tetapi, untuk mencapai usia yang mencecah 70 tahun itu,
Seekor helang perlu membuat keputusan yang sangat berat dalam hidupnya.

Sebaik sahaja usia helang mencapai 40 tahun,
Kukunya yang fleksibel tidak lagi mampu mencengkam makanan untuk santapannya.
Manakala, paruhnya yang tajam juga mula membengkok.
Sayapnya juga mengalami masalah.
Ia kerana bulu yang terdapat di sayapnya semakin tebal dan berat.Sehingga bulunya terlekat di dadanya.Hal ini akan menimbulkan kesukaran terhadap sang helang untuk terbang bebas di angkasa raya.


Pada ketika ini,sang helang hanya punya dua pilihan.

1. Mati.
2. Melalui proses yang menyakitkan sepanjang 150 hari!

Jika sang helang memilih untuk mati maka matilah dia.Tidak ada lagi proses menyakitkan. Sebaliknya jika sang helang memilih pilihan yang kedua, melalui proses yang menyakitkan maka  proses tersebut akan berlangsung selama 150 hari dan sang helang akan merasai sakitnya melalui proses itu.


Bagaimana proses tersebut berlaku?
Prosesnya bermula apabila ia terpaksa terbang tinggi dan memilih untuk menetap di dalam sarangnya yang kebiasaannya berada di puncak gunung.
Di dalam sarang ini,
Sang helang perlu untuk mengetuk paruhnya yang lama sehingga tertanggal!
Memikirkan sahaja sudah perit rasanya.
Kemudian sang helang terpaksa menunggu paruh yang baru untuk tumbuh.
Menggantikan paruh yang lama.

Seterusnya setelah paruh barunya tumbuh sang Helang perlu pula untuk mencabut kukunya yang semakin tidak fleksibel.

Mencabut kuku!
Masha Allah.
Subhanallah
Membayangkan saja sudah menimbulkan rasa ngilu. Kemudian setelah kukunya tumbuh,
Maka sang helang perlu pula untuk menunggu kuku yang dicabutnya itu tumbuh.
Sekali lagi sang helang perlu proses yang lama. Ya. Menunggu kuku-kukunya tumbuh.
Peritnya. Kemudian setelah kukunya tumbuh sang helang perlu pula mencabut bulu-bulunya yang lebat menggunakan kukunya yang baru saja tumbuh.

Perit.
Sakit.
Penantian.

Setelah melalui proses-proses ini,
Maka,
Barulah sang helang mampu untuk meneruskan kehidupannya.
Lahirlah helang yang baru.
Yang boleh meneruskan kehidupannya.

Kesabaran dan Perjuangan Sang Helang menyedarkan kita.
Dalam kehidupan,
Untuk mencapai sesuatu yang telah ditetapkan,
Kita perlu berkorban.
Kita juga perlu untuk bersabar.

Usaha kadang kala perlukan masa.
Kita berusaha,
Belum tentu buat kali pertama kita berjaya.
Mungkin
Kita perlu usaha kali kedua dan seterusnya.

Hari ni genap umur saya 41 tahun. Ia mengingatkan saya perlu menjadi seperti helang. Terbang bebas tanpa bebanan. Tanpa kesakitan. Kesakitan yang membebani hidup ini haruslah dicantas. Biarkan ia berlalu pergi kali ini. Biarkan semuanya berlalu. Hati yang disakiti perlu diubati.Parut yang ditinggal takkan mampu hilang. Meninggalkan parut dihati lebih sakit dari parut di pipi. 




Thursday, November 2, 2017

Projek Amal Membangun Madrasah Ar Rayyan Bandar Tenggara

Assalamualaikum..

Semenjak mak tak ada ni... semua rasa tak kena.. tapi hidup perlu diteruskan... mak sumber inspirasi dan kekuatan pada saya...Berat nak mulakan balik berblog.. tapi kerinduan berblog membuak buak...
Ok.. try sikit sikit ya.. Sis cuba...hahaha....

Kali ni nak share my plan for 2018. Amal Project.
Diri sendiri tengah susah. Struggle. Hutang bertambun, keliling pinggang. Tapi dok sibuk sibuk arrange buat kerja amal. Kenapa?

Tanggungjawab sosial. Saya memang tak mampu nak keluarkan duit. Tapi saya punya kekuatan kudrat...Allah beri kelebihan mempunyai idea bernas, praktikal dan mampu menjalankan kerja kerja pentadbiran dengan baik... ditambah dengan kelebihan sebagai Pengerusi, Pengurus, YDP dan selalu lead sesuatu task...

Setiap tahun memang kami adakan projek Amal.. menaik taraf masjid, memberi bantuan dan program angkat. Kenapa baru ni nak share? Kan kita diajar agar segala kebaikan yang dibuat jangan dihebah hebahkan bimbang jatuh hukum riak dan menunjuk nunjuk... Sebab terlalu takut menghadapi pelbagai perspektif masyarakat... Takut dipandang serong.. Mulut orang....lain kita buat lain dicanang.... itu semua alasan...

Sebab utama kenapa sekarang?Saya cuba jadi insan yang bertanggungjawab menarik dan mengajak masyarakat sama sama menyalurkan idea, tenaga, wang ringgit dan masa untuk sama sama membangun ukhwah yang kuat dan mantap... foundation bagi pillar mesti kukuh..

Sebab tu saya pastikan bila saya terima task tu saya akan beri sehabis baik.. dari tiada apa apa hingga berdiri megah... Projek Amal sebelum ni fokus kepada membangun Surau Indahpura dan SK Indahpura 2... dan rasanya ia mengambil masa lebih 2 tahun kami terlibat secara langsung dalam memastikan misi tercapai..

Kali ni setelah persepakatan bersama, kami pilih projek baru untuk 2018. Saya namakan ia sebagai PROJEK AMAL MEMBANGUN MADRASAH AR RAYYAN 2018. Sebagai pengurus Al Barr dan juga  selaku Pengerusi WI Al Barr Indahpura saya mewakili pihak Al Barr Premier dengan kerjasama WI Al Barr Indahpura telah sepakat untuk menjalankan Projek Amal membantu menyantuni anak yatim dan murid kurang berkemampuan MADRASAH TAHFIZ AR RAYYAN Taman Anggerik, Bandar Tenggara, Kulai yang dihuni oleh 28 pelajar lelaki.

Kejadian yang menimpa anak-anak syurga Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah bersama 2 orang warden mereka sememangnya suatu tragedi. Bila kali terakhir kita menyumbang kepada pusat tahfiz agar kemudahan dan sistem keselamatan yang lebih baik diguna pakai? Madrasah Tahfiz Ar Rayyan terpaksa menghadkan pengambilan pelajar di pusat pengajian itu kerana tidak mempunyai kemudahan asrama.

Anggaran kos untuk melaksanakan Projek Amal tersebut adalah seperti berikut :
Penyediaan Rehal Pelajar 30 buah = RM 900.00
Dulang talam sebanyak 10 buah = RM 220.00
Katil, tilam, bantal dan sarung 30 buah = RM 7,500.00
Almari Berkunci 30 buah = RM 4,500.00
Karpet Surau = RM 3,000.00
Alat bantuan mengajar = RM 1,500.00
                             
      Jumlah = RM 17,620.00

Sumbangan dalam bentuk kewangan boleh disalurkan melalui akaun Al Barr Premier Maybank 551575003868. Untuk maklumat lanjut, boleh berhubung dengan Pn Rahimah Abu Bakar di talian 013-7410301 atau Bendahari WI Al Barr Puan Idayu Tumirin di talian 012-8744125.

Ikutkan Madrasah tersebut ada nombor akaun sendiri, boleh je direct masuk akaun mereka. Cuma kami mohon salurkan sumbangan ke dalam akaun kami sebab kami akan belikan barang tersebut dan hantar serta memasang barang tersebut sendiri. Kami akan pilih barang yang berkualiti dan terbaik serta tahan lama dan lasak.

Kalau buat sorang, saya tak mampu. Saya belum layak. Tapi sampai bila? Siapa yang akan  ambil tanggungjawab tu? Semakin masa berjalan, semakin kebarangkalian kita meninggal dunia tu tinggi... Selangkah kita melangkah menuju kematian... Sampai bila hidup menongkat dunia? Sampai bila nak tunggu?

Saya ni simple je orangnya.. buat ikut kemampuan.. itu yang termampu... buat sehabis baik... Sebab tu bila saya take challenge untuk lead projek amal ni saya akan pastikan sampai betul betul selesai baru kami beredar mencari projek baru... walaupun keadaan ekonomi sendiri amat meruncing, saya memilih untuk mengetuai projek ini. Terapi diri untuk saya bekerja lebih kuat untuk keluar dari kemelut ekonomi yang melanda...

Semoga sumbangan semua dapat memberi kelengkapan pakaian, pelajaran dan keselesaan kepada anak-anak yatim dan kurang berkemampuan demi melahirkan para tahfiz. Sumbangan semua amat besar ertinya buat insan yang memerlukan. Keprihatinan dan kerjasama pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Terima kasih guys baca dengan gigih...


Friday, June 26, 2015

Rindu Berblog

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Wah.. dah lama benar tak update blog. Bila dah lama tak berblog ni nak menggerakkan otot otot dan minda ni ada kesukaran sikit.. maklumlah umur bukan semakin muda... bila dah kurang muda ni pergerakan agak terbatas... hehehe... jap eh.. jap eh... nanti dah dapat idea kita masuk balik..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...