Thursday, December 24, 2020

Helang oh helang

 Assalamualaikum guys.

Pernah baca tak kitar hidup seekor helang?
Ya. Helang. Kenapa helang? Begini cerita dia. Saya asyik bermimpi tentang helang 2, 3 hari ni. Tertanya tanya. Mengapa. Ada apa dengan helang. Misteri helang. Hasil carian dalam google akhirnya terjawablah teka teki berkenaan ngan helang.
Dalam banyak-banyak spesis burung,
Helanglah yang mampu hidup paling lama.
Sehingga umur seekor helang 70 tahun juga mampu.
Tetapi, untuk mencapai usia yang mencecah 70 tahun itu,
Seekor helang perlu membuat keputusan yang sangat berat dalam hidupnya.

Sebaik sahaja usia helang mencapai 40 tahun,
Kukunya yang fleksibel tidak lagi mampu mencengkam makanan untuk santapannya.
Manakala, paruhnya yang tajam juga mula membengkok.
Sayapnya juga mengalami masalah.
Ia kerana bulu yang terdapat di sayapnya semakin tebal dan berat.Sehingga bulunya terlekat di dadanya.Hal ini akan menimbulkan kesukaran terhadap sang helang untuk terbang bebas di angkasa raya.


Pada ketika ini,sang helang hanya punya dua pilihan.

1. Mati.
2. Melalui proses yang menyakitkan sepanjang 150 hari!

Jika sang helang memilih untuk mati maka matilah dia.Tidak ada lagi proses menyakitkan. Sebaliknya jika sang helang memilih pilihan yang kedua, melalui proses yang menyakitkan maka  proses tersebut akan berlangsung selama 150 hari dan sang helang akan merasai sakitnya melalui proses itu.


Bagaimana proses tersebut berlaku?
Prosesnya bermula apabila ia terpaksa terbang tinggi dan memilih untuk menetap di dalam sarangnya yang kebiasaannya berada di puncak gunung.
Di dalam sarang ini,
Sang helang perlu untuk mengetuk paruhnya yang lama sehingga tertanggal!
Memikirkan sahaja sudah perit rasanya.
Kemudian sang helang terpaksa menunggu paruh yang baru untuk tumbuh.
Menggantikan paruh yang lama.

Seterusnya setelah paruh barunya tumbuh sang Helang perlu pula untuk mencabut kukunya yang semakin tidak fleksibel.

Mencabut kuku!
Masha Allah.
Subhanallah
Membayangkan saja sudah menimbulkan rasa ngilu. Kemudian setelah kukunya tumbuh,
Maka sang helang perlu pula untuk menunggu kuku yang dicabutnya itu tumbuh.
Sekali lagi sang helang perlu proses yang lama. Ya. Menunggu kuku-kukunya tumbuh.
Peritnya. Kemudian setelah kukunya tumbuh sang helang perlu pula mencabut bulu-bulunya yang lebat menggunakan kukunya yang baru saja tumbuh.

Perit.
Sakit.
Penantian.

Setelah melalui proses-proses ini,
Maka,
Barulah sang helang mampu untuk meneruskan kehidupannya.
Lahirlah helang yang baru.
Yang boleh meneruskan kehidupannya.

Kesabaran dan Perjuangan Sang Helang menyedarkan kita.
Dalam kehidupan,
Untuk mencapai sesuatu yang telah ditetapkan,
Kita perlu berkorban.
Kita juga perlu untuk bersabar.

Usaha kadang kala perlukan masa.
Kita berusaha,
Belum tentu buat kali pertama kita berjaya.
Mungkin
Kita perlu usaha kali kedua dan seterusnya.

Hari ni genap umur saya 41 tahun. Ia mengingatkan saya perlu menjadi seperti helang. Terbang bebas tanpa bebanan. Tanpa kesakitan. Kesakitan yang membebani hidup ini haruslah dicantas. Biarkan ia berlalu pergi kali ini. Biarkan semuanya berlalu. Hati yang disakiti perlu diubati.Parut yang ditinggal takkan mampu hilang. Meninggalkan parut dihati lebih sakit dari parut di pipi. 




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...