Thursday, April 3, 2008

Merentasi Garisan Hayat Sebelum Menjadi Mayat

TIADA SIAPA YANG MERANCANG UNTUK GAGAL,
TETAPI RAMAI ORANG YANG GAGAL MEMBUAT PERANCANGAN"


Perancangan Harta Yang Teratur
Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Abiddunya:
“Secerdik2 manusia adalah yang terbanyak ingatnya kepada kematian serta yang terbanyak persiapannya untuk menghadapi kematian itu. Mereka itulah orang2 yang benar2 cerdik dan mereka pergi ke alam baqa dengan membawa kemuliaan dunia serta kemuliaan akhirat”.

Kita tidak tahu bila kita mati…??
Dimana kita mati…??
Apa bentuk kematian kita…??


YANG PASTI KITA MATI !!

Apakah sudah selesai urusan kita selepas ini….???


Ayat al-Quran :
Jika kamu meninggalkan untuk isteri-isteri seperempat dari peninggalan jika tiada mempunyai anak , kalau kamu mempunyai anak maka untuk mereka seperlapan dari peninggalanmu, setelah dikeluarkan wasiat yang kamu wasiatkan atau hutang-hutang mu.
( Surah An-Nisak : 12 )



“ Roh orang mukmin akan tergantung dengan sebab hutangnya, sehingga
dilangsaikan hutang tersebut “
Riwayat Ahmad, Tirmidzi dan Ibn. Majah


Antaranya:
“Diwajibkan atas kamu apabila seorang antara kamu kedatangan (tanda-tanda mati) jika dia ada tinggalkan harta, hendaklah dia berwasiat untuk ibubapa dan keluarganya yang dekat dengan cara yang baik, sebagai suatu kewajipan keatas orang yang bertaqwa!” (al-Baqarah:180)


Antaranya:
Diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah saw bersabda:
“Bahawa tidak patut bagi seorang Muslim
yang mempunyai harta yang hendak diwasiatkan,
kemudian dibiarkan hingga dua malam,
melainkan wasiat itu mestilah tertulis di sisinya!”


FUNGSI WASIAT

1. Memudahkan urusan pembahagian pusaka

2. Menyelamatkan waris-waris dari ‘termakan’
bahagian harta yang bukan hak mereka

3. Menjamin waris bawah umur tidak teraniaya

4. Memendekan tempoh masa pindah milik harta

5. Menyelesaikan hutang pewasiat

6. Menyelamatkan waris-waris dari bersengketa

7. Mengelakkan harta dari terbeku

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...