Showing posts with label muhasabah diri. Show all posts
Showing posts with label muhasabah diri. Show all posts

Wednesday, November 14, 2012

Doa Awal Tahun





ermph.. dah upload doa akhir tahun, tak sah rasanya kalau tak upload doa awal tahun pula... sharing is caring kan...

ni adalah cara membaca doa awal tahun hijrah. Dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Barang sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata: “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.

so, jom kita beramai ramai membaca doa awal tahun... 

Doa Akhir Tahun





Assalamualaikum, salam maal hijrah kawan kawan... sempena maal hijrah yang bakal menjelma, jom kita baca doa akhir tahun.. semoga sambutan maal hijrah yang mulia ini dapatlah kiranya kita membuka lembaran baru dalam kehidupan kita... insyaAllah...

Semoga apa yang kita lalui dijadikan satu pengajaran dan perbaiki di masa hadapan...segala kekurangan datang dari kita.. so, ambil kesempatan selagi berpeluang ini untuk menjadi seorang yang lebih baik di masa hadapan...

Ini adalah cara membaca doa akhir tahun hijrah. Dibaca 3 kali selepas waktu asar sebelum masuk waktu maghrib akhir bulan zulhijjah. Barang sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:

“Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya selama setahun”

Friday, July 6, 2012

Calon Neraka di kalangan Isteri...

di petik dari Facebook Ustaz Azhar Idrus

Assalamualaikum....

Terbaca artikel di bawah ini... ayuh kita buat pedoman buat diri kita semua....semoga dengan perkongsian ilmu hari ini dapat membuka hati kita sebagai isteri kepada suami agar dapat membaiki kelemahan diri dan juga memperbaiki akhlak kita demi mencari syurga Allah....

Antara calon calon pasti yang tempatnya di neraka kelak adalah seorang isteri yang bersifat seperti dibawah ini:
  • Tidak suka mengerjakan solat
  • Suka bercakap bohong kepada suami
  • Suka berhias untuk selain suaminya
  • Tidak mensyukuri kesenangan yang diberikan oleh suami
  • Tidak menghormati suami
  • Suka mencari musuh
  • Sombong
  • Tidak takut kepada Allah sedikit pun
  • Tidak mahu mengaku salah bila buat salah
  • Tidak mahu minta maaf kepada suami
  • Tidak boleh dinasihati oleh siapa saja
  • Degil dan keras kepala
  • Merasakan diri lebih baik dari orang lain
  • Suka berpoya-poya
  • Malas melakukan amalan baik seperti membaca quran, selawat dan istighfar
  • Suka memandang rendah kepada orang lain
Telah diriwayatkan dari Ibnu Abbas satu hadith marfu bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : 
"Aku melihat neraka dan sama sekali belum pernah melihat pemandangan seperti hari ini. Aku melihat kebanyakkan penghuninya adalah para wanita."

Para sahabat bertanya : "Mengapa wahai Rasulullah?" Baginda menjawab : "Kerana kekufuran mereka." Baginda ditanya, "Apakah mereka kufur terhadap Allah?" Baginda bersabda : "Mereka kufur terhadap suami dan mengingkari kebaikan. Jika engkau berbuat baik kepada salah seorang dari mereka sepanjang masa. Kemudian dia menemukan sesuatu yang dia benci pada dirimu, maka dia akan berkata : Aku sama sekali tidak pernah melihat kebaikan pada dirimu."

Semoga kita semua dijauhkan oleh Allah daripada bersifat dengan sifat yang akan membinasakan kita di dalam neraka Allah…

Wednesday, July 4, 2012

dengarlah wahai pemfitnah...

Assalamualaikum... kepada si pemfitnah hubungan saya dan suami.... kamu seorang islam kan..? cuba baca dan fahami ayat di bawah ni sejelas jelasnya.... 


saya nak jadi macam ni...

janganlah hanya kerana mulut kamu yang busuk itu membuatkan suami saya berprasangka buruk kepada saya... rakan rakan dia... keluarga dia... keluarga kamu sendiri dan sesama umat islam... kamu tak layak berkawan dengan dia jika kamu sendiri bermusuh dan berhasad dengki dengan ahli keluarga kamu sendiri...


jangan la berbuat jahat... henti hentikanlah.... bertaubatlah.... perbuatan kamu tu memakan diri sendiri tau tak.. kasihan saya tengok nasib kamu tu.....beria ia kamu menjaja hal kami suami isteri... sedangkan hakikatnya lain... saya tau kamu beria ia sedondon di majlis perkahwinan adik ipar saya... untuk siapa ye kamu buat? untuk suami saya atau suami kamu? tahukah kamu hukum Allah? 


kalau betul kamu menganggap suami saya ni sahabat kamu, kenapa perlu kamu aibkan dia..? kenapa..?


kamu tahukan Allah dah tetapkan jodoh kami..? kenapa perlu kamu menjadi dalang dalam hubungan kami? mujurlah fitnah yang kamu tabur tu tak mendatangkan kesan terhadap hubungan kami yang intim dan disulami dengan kasih sayang... apa la yang kamu dapat..?


mujurlah ikatan kami ini di bina kerana Allah ta'ala... ingatlah... saya yakin dengan kekuasaan Allah... kamu tak boleh mengatasi kekuasaanNya... hanya kepada Dia saya berserah...

Bersedia menghadapi cabaran...


Assalamualaikum... lama saya tak update blog kan..? bersawang sawang.. maklumlah.. sibuk sebagai isteri kepada suami tercinta.. ibu kepada anak yang comel... anak kepada ibu bapa saya... dan juga sebagai seorang yang perlu bekerja dan beramal seolah olah saya akan mati esok..

ermph... Kesan Inflasi... saya suka gambar di atas ni... gambar di atas ni menunjukkan kepada kita pentingnya kita menjaga ekonomi rumahtangga kita... kita yang menentukan gaya hidup yang ingin kita nikmati hari ini...esok dan seterusnya...

saya bekerja keras hari ini demi keluarga tercinta... demi membangunkan ummah.. demi meningkatkan taraf hidup kami di samping berkongsi bersama mereka yang lain...

bukan macam seseorang tu yang bergendang menyebarkan fitnah sana sini... memporak perandakan rumahtangga oranglain... apa yang dia dapat tak tau la...

sebelum nak bicara tentang oranglain, ambik cermin... cermin diri sendiri... satu jari menuding ke arah orang, empat lagi jari ke arah diri sendiri... kesian tengokkan nasib dia... bukan senang mana pun... kita sibuk bertungkus lumus menaikkan ekonomi keluarga.. dia? eko no money... hahahaha...

nak bercerita tentang oranglain memang banyak point... the point is, sapa yang berkata kata tu? ermph.. dengar khabarnya berhutang sana sini gak... ke hulu hilir menyusung naik bas gak... nak hand phone canggih manggih tapi berhutang..apa kelas..?

haish...kesian tengok kamu...beria ia menjaja cerita yang salah... akhirnya, siapa yang malu...? sendiri malu kan..?

bukan nak membangga diri atau apa pun.. ingatlah... perkara di bawah ni ye..


saya takut mati... saya tau kamu tak takut mati... sebab tu kamu berani menjaja fitnah sana sini kan..? udah udah le... bawa bertaubat ok..?

Monday, June 18, 2012

kerana dia...

Assalamualaikum...

saya percaya akan ayat ayat di atas... kerana saya memiliki yang ke 5 itu... apabila hidup kita dipenuhi dengan kasih sayang, maka yang no 1-4 akan menjadi mudah buat kita...

kerana kasih sayang si dia, saya mampu melakukan pengorbanan terbesar dalam hidup... menghormati si dia sebagai suami, maka saya beralah walaupun saya tidak bersalah...

ermph.. apapun kerana kasih sayang saya mampu melakukan semua itu...

alhamdulillah... tanpa mengenal erti putus asa dan jemu, akhirnya hari ini saya mampu tersenyum atas kasih sayang yang dicurahkan si dia tanpa berbelah bagi... amin ya Allah.. amin..

kalaulah mereka juga begitu....

Assalamualaikum..... cuba tengok yang ini pula...


kalaulah mereka juga begitu... kan bagus.... haish... usah dikenang barang yang lepas... saya terkilan apabila perjalanan hidup saya dimusnahkan oleh mereka mereka yang mempunyai perasaan hasad dengki.. iri hati dan sentiasa mencari salah saya sehingga memutuskan silaturrahim...

apalah yang mereka inginkan...

apa apapun... biarlah Allah yang menentukan segala galanya...

bangkai gajah, kalau ditutup..lama lama busuk juga... tak perlu la saya bergendang... saya yakin, Allah sentiasa disisi saya... :)

sukar nak buat...

Assalamualaikum.. terbaca lagi.. macam susah sangat nak buat...

 betul kan..?

insyaAllah... insyaAllah akan ku cuba... ye... akan ku cuba perbaiki kelemahan diri ini...

anakku yang tersayang...

Assalamualaikum, bila terbaca ayat di bawah ini tersentuh rasa hati...


tiba tiba teringatkan tomei saya kat rumah... ermph.. hari ni saya ada apppointment ngan client... jadinya anak saya ditinggalkan dirumah dengan dijaga oleh ayah saya... daddy dia outstation... kesian dia... berat hati rasanya nak tinggalkan dia lama lama....

tapi apa boleh buat... dah tuntutan kerjaya...

Friday, June 1, 2012

nafsu....!


Assalamualaikum... hari ni terbaca dalam sebuah blog yang menceritakan tentang perempuan seksi mengundang nafsu serakah...siapa yang salah... haishh... ermph... semua orang mempunyai pandangan tersendiri... bagi saya semuanya berpunca dari diri..

Nasfu mengatakan wanita itu cantik kerana rupa parasnya.
Akal mengatakan wanita itu cantik kerana ilmu dan kepandaiannya.
Hati mengatakan wanita itu cantik kerana akhlak dan imannya.

1001 maksud kecantikan pada wanita itu. hari ni saya nak berkongsi satu mutiara kata.Mutiara kata di atas tu. Macam yang kita tengok, mutiara kata membawa banyak definisi bagi cantik. Cantik yang semestinya tidak hanya pada rupa tetapi ia bernilai subjektif bergantung kepada siapa penilai tu. tidak ada istilah aku cantik, kau hodoh dan aku hodoh kau cantik.Itulah dia nafsu....

Nafsu! sering kali nafsu ni dipengaruhi oleh syaitan. Disebabkan nafsu juga wanita itu cantik pada rupa parasnya. Kenapa rupa yang dijadikan asas kepada cantik itu? Kerana nafsu itu hanya mampu melihat pada yang nyata.

Bukan emas permata di sebalik rupa. ermph... saya teringat, pernah dulu seorang kawan menulis kat status facebook, kenapa perempuan yang cantik itu harus seksi? Ada yang yang menjawab sebab dia kan cantik, jadi tak perlulah segan nak pemerkan apa yang dia ada. Jadi seksi pun menarik sebab semua dah cantik! Pada saya pulak,kenapa yang seksi tu dipanggil cantik? Kalau dia tidak melihat yang seksi tu sebagai cantik, jadi tak perlulah memberi pandangan macam tu. betul tak? So, kita tukar status, kenapa perempuan cantik tu harus bertutup rapi? simple..untuk mempamerkan kecantikannya kepada yang layak sahaja!

Akal! Anugerah Allah kepada umat manusia untuk membezakan antara manusia dan haiwan. Bertuahnya bergelar manusia kepada anugerah akal ni.Dengan akal kita mampu mengenal pencipta, dapat membezakan antara hal baik dan buruk. bagi akal, wanita itu cantik pada ilmu dan kepandaian. Di mana wanita itu mampu untuk membawa diri, dialah wanita yang cantik. Cantik yang bererti hebat pada pandangan mata. Selagi wanita itu mempunyai ilmu pengetahuan, mampu menguruskan pelbagai situasi yang ada, dia wanita cantik pada akal.

Hati! organ dalaman dalam tubuh setiap manusia. hati yang mempunyai penilaian tersendiri. hati menyatakan wanita itu cantik pada akhlak dan imannya dan hati ini jugalah yang menjadi asas kepada pembentukan akhlak dan iman bagi seorang wanita itu. cantiknya wanita itu bukan sekadar luaran tetapi dalaman. selagi dalaman itu bersih dan suci, ia mampu memancarkan kecantikan luaran bagi wanita. tidak guna hanya cantik di mata tetapi hodoh di hati. tetapi jika cantik di hati, hodoh di luar, dia mampu bersyukur dengan pemberian Allah untuknya. dan di situlah kecantikan yang sebenar dapat dilihat.cantik di luar hanyalah satu bonus kerana kerana cantik di hati adalah lebih utama. jaga perlakuan, jaga akhlak, jaga iman, jaga hubungan dengan Allah dan sesama manusia, insyaAllah, kita mampu dikategorikan sebagai CANTIK...

dan ingatlah... ingatlah... ingatlah...


sebagai manusia kita boleh berubah dan mampu berubah.. 

Friday, April 6, 2012

Tanggungjawab isteri pula?

Kaum Wanita dan Para Isteri mungkin berkhidmat untuk Suami dan keluarga 24 jam sehari dan sepanjang hayat..Maka kerana itulah Kaum Hawa ini DIMULIAKAN oleh Allah Swt kerana Amalan mereka dalam bentuk Tugas dan Tanggungjawab

Rasulullah Saw dalam hadithnya bermaksud,
“Hak suami atas isterinya (tanggungjawab isteri terhadap suaminya), bahawa isteri tidak boleh meninggalkan hamparan (tilam) suaminya, hendaklah menerima dengan baik pemberian suaminya, hendaklah taat pada perintah suaminya, tidak boleh keluar dari rumahnya kecuali dengan izin suaminya, dan tidak boleh membawa (membenarkan) orang yang dibenci oleh suaminya masuk ke dalam rumahnya.” (Hadith Riwayat Al-Tabrani)
FIRMAN ALLAH SWT

“Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21)

PERHATI SABDA RASULULLAH SAW INI:

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, ” Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya dan aku adalah yang terbaik daripada kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak mempunyai budi pekerti.” (riwayat Abu Asakir).


kredit to :  http://www.facebook.com/DSLQUOTES 

Tanggungjawab Suami?

Syarak melarang suami yang kaya atau yang berkemampuan membenarkan isteri keluar bekerja. Perbuatan ini amat tercela dalam Islam. 

Isteri tempatnya dirumah suami, menjaga rumahtangga dan anak-anak. Banyak orang tersalah tafsir dengan membenarkan isteri keluar bekerja. Sebenarnya, syarak hanya membenarkan isteri keluar bekerja apabila suami kurang berkemampuan dari segi kewangan. 

Suami yang mampu, tidak boleh mengizinkan isteri keluar bekerja, hatta apapun alasannya.

1) Duit isteri dari hasil pendapatan sebelum berumahtangga dan harta ibubapa si isteri atau harta faraid adalah milik isteri secara mutlak, suami tiada hak untuk mengunakannya, sebaliknya terpulang kepada isteri untuk memberi secara ikhlas atau hutang kepada suami demi meringankan beban kewangan.

2) Duit dari hasil pendapatan setelah berumahtangga, yakni isteri keluar bekerja dengan izin suami demi membantu beban kewangan, mestilah duit itu dibelanja dengan izin suami, pihak isteri kena faham ini.
Bagi suami pula, jangan menzalimi isteri dengan tidak memberi sedikit pun beri apa-apa kepada isteri setelah si isteri susah payah keluar membantu.

TETAPI Ada segolongan SUAMI yang mengizinkan isteri bekerja kerana mahu dirinya DIBANTU untuk menyara keluarga, MALANGNYA Gaji si isteri itu pula DI MONOPOLI oleh suami kerana beranggapan Wang Gaji isteri itu adalah HAKnya berdasarkan keizinan yang dberikannya..Ini adalah suatu pendapat yang salah dan bertentangan dengan Syarak kerana sudah timbul KEZALIMAN suami terhadap isterinya sendiri.

MAKLUMAT TAMBAHAN:

Ini satu lagi petikan Sabda Rasulullah Saw mengenai tanggungjawab lelaki: 

ﻋﻦ ﺃﰊ ﺑﻜﺮﺓ ﻗﺎﻝ: ﻗﺎﻝ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ: ﻟﻦ ﻳﻔﻠﺢ ﻗﻮﻡ ﻭﻟﻮﺍ ﺃﻣﺮﻫﻢ ﺍﻣﺮﺃﺓ

Dari Abu Bakrah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:”suatu kaum tidak akan beruntung kerana mereka menyerahkan urusan-urusan mereka kepada wanita”. (H.R Bukhary, Tarmizi dan Nasa’i)

HAK TERHADAP HARTA ISTERI

Sudah menjadi amalan masyarakat kita hari ini menganggap harta isteri adalah hartasuami dan boleh digunakan oleh suami sebagaimana harta suami yang digunakan oleh isteri. 

Malahan terdapat segelintir suami yang sanggup memaksa isteri bekerja dan mengambil wang gaji isteri tanpa keizinannya. 

Ini merupakan suatu amalanyang buruk dan melanggar hak seorang isteri di mana di dalam islam harta isteri merupakan harta khususnya yang tidak boleh digunakan sesuka hati oleh suami melainkan sesudah mendapat keizinannya dan isteri redha menyerahkan hartanya kepada suami. Jika tidak harta itu adalah hak mutlak isteri yang tidak boleh diganggu gugat. 

Menurut Yusuf al-Qardawi tidak halal bagi suami menyusahkan isterinya dan memperlakukannya dengan buruk agar si isteri menebus dirinya dengan mengembalikan harta yang telah diberikan kepadanya seluruhnya atau sebahagiannya sedangkan isteri tidak melakukan perbuatan keji yang nyata. (qardawi.2000.249) Ini jelas dinyatakan di dalam firman Allah: Maksudnya“janganlah kamu menyusahkan mereka kerana hendak mengambil kembali sebahagian dari apa yang telah kamu berikan kepadanya, kecuali jika mereka melakukan perbuatan keji yang nyata” (surah an-nisa’:19) 

Bagi suami yang tidak suka kepada isterinya dan ada hasrat menikah dengan wanita lain, maka diharamkan baginya mengambil kembali apa yang telah diberikannya kepada isterinya. 

Firman Allah yang bermaksud: 

“dan jika kamu ingin mengganti isterimu dengan isteri yang lain, sedang kamu telah memberikan kepada seseorang di antara mereka harta yang banyak, maka janganlah kamu mengambil kembali daripadanya barang sedikit pun....” (surah an-nisa’:20-21)

Zikir Munajat - Ustaz Dzulkarnain Hamzah

Assalamualaikum, sempena hari yang mulia ini... saya ingin berkongsi sangat zikir yang memang menjadi kesukaan saya....

Zikir Munajat... zikir yang memberikan saya kekuatan di kala saya lemah...actually saya sangat suka zikir yang dibaca oleh Arwah Ustaz Asri Rabbani ... tetapi tak kurang ustaz Dzulkarnain Hamzah ni... mana mana pun boleh... asalkan memecah keheningan di petang yang penuh barakah ini...

semoga dengan perkongsian ini mampu memberi ketenangan juga buat anda semua ye..

Wednesday, March 7, 2012

Hargai la diri....

If you look at all the people who have ever lived on planet earth, there's not one other person who is exactly the same as you. You are literally one in a billion. Since Allah made you different from everyone else, don't waste our time trying to be like other people. Their second hand dreams won't work in your life. Allah has a dream for your life that's custom designed just for you, and you don't have to figure everything out by yourself. You simply need to get in agreement with His Master Plan...


Alangkah indahnya kejadian Allah ni kan..? so... please la appreciate diri sendiri... saya sayangkan mereka mereka yang berada di sekeliling saya.. tetapi.. saya sangat sedih bila mereka sendiri tak reti nak menghargai diri sendiri... 

Thursday, November 24, 2011

Pendengar setia?

Assalamualaikum... kerja saya ni kengkadang pelbagai....menjadi penasihat... menjadi pendengar... dan saya sangat suka kerja yang saya ada... saya sangat cinta pada kerja saya ini...

setiap kali berjumpa dengan klien saya, pelbagai cerita tentang mereka... berita gembira...sedih... kalau gembira, saya tumpang gembira... dalam pada itu jika ada cerita sedih,saya turut simpati kepada nasib mereka... dan ia membuatkan saya benar benar menghargai apa yang saya ada......

sekurang kurangnya apabila mereka meluahkan perasaan mereka, mereka akan merasa lega... insyaAllah saya boleh menyimpan rahsia... pelbagai cerita yang saya dengar...nasib yang menimpa mereka diluar sana memberi kesan yang baik kepada saya...membuatkan saya menjadi lebih tabah menghadapi dugaan hidup...

kita mesti bijak dalam memilih orang untuk berkongsi cerita hidup kita.... bimbang tersalah pilih, kita akan menjebakkan diri kepada kesilapan dalam membuat pilihan...kawan ni ada banyak jenis... antaranya kawan ketawa ramai yang ada di sekeliling kita... tapi nak cari kawan menangis sangat payah.. tak ramai yang sudi berdamping dengan kita taktala kita ni ditimpa musibah....

kepada mereka yang ditimpa musibah, sabarlah menghadapi dugaan Allah...orang yang di sayangi Allah memang selalu diberikan sedikit ujian....ujian yang diberikanNya adalah untuk menguji kekuatan iman kita ok... anggaplah ianya semua sebagai cabaran hidup untuk menaikkan darjat kita...insyaAllah.....


doa ini mungkin boleh membantu kita semua, insyaAllah... ini hanyalah sebagai usaha..selebihnya kita minta kepada Allah..hanya Allah yang mampu memakbulkan doa kita semuakan?...ini hanyalah sebagai satu usaha kita sahaja...


dan ini juga salah satu doa...ingat..sebagai satu usaha saja...hanya Allah yang maha mengetahui.....

facebook oh facebook......


Assalamualaikum.....

Terperanjat beruk bila on facebook dan dapat gambar lucah... gambar si anu lelaki dan si anu perempuan... geram pun ada...kurang hajar betul mereka ini..

Laman facebook bukan hanya tempat untuk orang-orang normal, malah jadi tempat orang-orang tidak berakal untuk meluah perasaan, atau buat sesuatu yang tidak senonoh. Carilah, namakan apa saja, pasti anda jumpa. Laman untuk pengkid, lesbian, gay.... macam-macam!

Satu lagi aktiviti ditawarkan melalui facebook ialah khidmat ..... di rumah. Dan, yang melakukannya ialah murid sekolah, budak perempuan form 4/5. Sekali berkhidmat, tu dia dapat RM250 ke RM800. Memanglah boleh beli I-phone, I-pad, pakai pakaian berjenama.

Terperanjat bila membaca link ini....pikat dan ke banyak duit. Memang tak sangka sangat..

Sepatutnya gunakanlah fasiliti yang ada dengan sebaik baiknya..

Friday, October 28, 2011

pilihan di tangan kita!

Persoalan yang sering bermain-main di fikiran adakah kebahagiaan itu perlu dicari atau ianya akan datang dengan sendirinya??...dan bagaimana pula jika kebahagiaan yang dimiliki adalah sebenarnya penderitaan...

Kebahagiaan apa yang sebenarnya dicari dalam hidup ini, adakah jika kita memiliki wang ringgit yang banyak, kita akan bahagia...ataupun jika kita memiliki rupa paras yang menarik akan menjanjikan hidup kita akan sentiasa bahagia....dan bagaimana pula dengan mereka yang mengalami kesempitan dalam hidup, mereka yang sentiasa ditimpa dengan pelbagai musibah, kesakitan dan penyakit...adakah mereka tidak berpeluang untuk merasa bahagia?

Setiap orang diberi peluang untuk bahagia, tiada seseorang pun yang ingin memilih untuk hidup menderita namun jalan untuk menuju bahagia itu adakalanya memerlukan pengorbanan yang cukup besar dan kadang kala jalan itu dipenuhi dengan onak yang berduri, tidak kelihatan namun sakitnya cukup dirasai....

Setiap detik dan saat yang diberikan oleh Allah S.W.T adalah satu anugerah yang cukup bernilai sekali dalam kehidupan kita, setiap saat yang telah berlalu tidak mungkin akan kembali lagi...oleh kerana itu, setiap apa pun yang kita lakukan dalam hidup ini, biarlah memberikan makna dan berharga untuk kita kenang...

Setiap masa bersama keluarga adalah satu kebahagiaan, dan mungkin juga kebahagiaan yang hanya dapat kita rasai di dunia ini sahaja, begitu juga masa bersama dengan kawan-kawan...kebahagiaan yang cukup bernilai sekali....namun kebahagiaan itu adalah sementara sahaja, dan tiba masanya nanti semua itu akan tinggal menjadi sebuah kenangan yang paling indah dalam hidup...Ambillah masa yang masih ada untuk menikmati saat kita bersama dengan keluarga dan kawan-kawan....Kita sudah diberi peluang oleh Allah, jadi belajarlah untuk menghargainya......Walau secebis kebahagiaan yang kita dapat di dunia ini, itu sudah cukup kerana mungkin kebahagiaan yang sebenar telah Allah sediakan di sana kelak...

Jika ditanya, sudah tentu setiap orang inginkan kebahagiaan namun semudah itukah kita akan dapat...tidak semua perkara di dunia ini mampu kita miliki tetapi itu bukan bermaksud kita harus menyerah begitu sahaja kerana Allah itu Maha Mendengar...Dia sentiasa mendengar rintihan hamba-hambaNya...Oleh itu, rintihlah kepadaNya..luahkan segala kegelisahan di dalam jiwa...Insya Allah, hati-hati yang gelisah pasti akan merasa tenang..

Hati ini juga ada masanya merintih, hanya padaNya tempat mengadu, adakalanya ingin lari dari semua ini namun adakah semudah itu jalan penyelesaiannya..adakah kita harus lari dari semua masalah yang berlaku dalam hidup ini, yakinlah walau sesukar mana pun masalah yang kita hadapi, pasti Allah S.W.T telah sediakan jalan penyelesaiannya....jangan mengharapkan kebahagiaan datang secara tiba-tiba, berusahalah untuk mendapatkannya..Insya Allah, dengan izinNya, kebahagiaan itu pasti akan dapat dirasai juga...semoga suatu hari nanti diri ini akan dapat merasai kebahagiaan yang abadi..

Pilihan di tangan kita... so pilih lah......

Penderitaan mengundang bahagia?

Jatuh yang tidak ada orang simpati ialah jatuh cinta. Sebab jatuh cinta indah, tidak macam jatuh tangga atau jatuh pokok, sakit. Cinta banyak perkara cinta. Tidak ada siapa pun yang dapat larikan diri daripada mencintai dan dicintai. Kemuncak cinta, ada orang masuk syurga kerana cinta dan tidak kurang ramai orang yang akan dihumbankan ke neraka gara-gara cinta. Cinta yang bagaimana boleh bawa seseorang ke syurga dan kenapa ada yang masuk neraka lantaran kerana cinta?

Cinta, rasa yang ada dalam hati yang tidak boleh disukat-sukat. Hati yang merasainya, sehingga boleh terhibur atau terseksa kerananya. Datangnya dari dua sumber yakni dari nafsu dan dari Allah.

Cinta yang diilhamkan oleh nafsu berlaku bila hati kotor, sering melakukan dosa dan tidak pula bertaubat. Sifat-sifat keji seperti sombong, ujub, riak, gila puji, hasad dengki dan lain-lain sifat jahat bersarang dalam hati tidak dikikis, maka ketika itu nafsulah yang akan jadi Tuhan dalam diri sehingga apa saja yang dilakukan mengikut arahan nafsu,termasuk dalam meletakkan cinta, ukuran yang diberi dan sebab jatuh cinta pun ikut selera nafsu.

Lelaki akan jatuh cinta pada perempuan yang mendedahkan kecantikannya hingga tubuh badan perempuan itu sudah tidak terlindung lagi pada pandangan nafsunya. Cinta diberi ialah untuk mengisi keinginan nafsu seks lelaki kepada perempuan. Begitu juga wanita, jatuh cinta sebab lelaki kaya, handsome bergaya, ada jawatan dan lain-lain keistimewaan yang disenangi oleh nafsu. lantas cinta diberi dengan harapan mereka dapat tumpang kemewahan dan kesenangan hidup lelaki tersebut. Jelasnya, cinta yang datang dari nafsu ditujukan untuk kesenangan nafsu semata-mata.

Bila bertaut dua cinta yang dilahirkan oleh nafsu yang punya kepentingan masing-masing maka berlangsunglah babak-babak melahirkan rasa cinta. Dari surat menyurat, telefon, ziarah, keluar makan-makan, berdua-duaan di taman bunga, dalam keadaan saling rindu merindukan.. Ketika itu tak ada lain dalam ingatan melainkan orang yang dicintai. Sehari tak jumpa atau tidak telefon rasa berpisah setahun. Sudah tidak malu pada orang sekeliling, apa lagi pada Allah yang Maha Melihat. Lagi mereka tidak ingat dan takut. Lantaran itu mereka sanggup buat apa saja untuk membuktikan kecintaan pada pasangan masing-masing.

Hatta yang perempuan sanggup serah maruah diri konon untuk buktikan cinta pada lelaki. Yang lelaki pula rela bergolok bergadai untuk memberikan kemewahan pada perempuan sebagai bukti cinta. Akhirnya bila yang perempuan telah berbadan dua, lelaki serta merta hilang cintanya. habis manis sepah dibuang. Kalau pada lelaki pula, ada duit abang sayang, tak ada duit abang melayang. Kalau pada suami pula, isteri seorang suami disayang, bila hidup bermadu kasih pada suami dibenci.

Itulah falsafah cinta nafsu yang melulu. Cintanya hanya selagi nafsu ada kepentingan. Cinta inilah yang banyak melanda orang muda yang dilambung asmara. Hingga sanggup buat apa saja, sekalipun bunuh diri, kalau kecewa dalam bercinta. Walhal sedap dan indahnya sekejap. Sakitnya lama, sakit yang paling dahsyat ialah di neraka kelak. Inilah kemuncak cinta yang paling malang dan memalukan.

Cinta nafsu kalau pun boleh bersambung sampai membina rumahtangga ia tetap akan menyeksa. Kerana suami akan cinta pada isteri selagi isteri masih muda, seksi dan manja. Yelah selagi nafsu dapat disenangkan. Bila isteri tua, kulit berkedut, tampal make-up lagi hodoh, rambut putih dan gigi pun sudah banyak gugur seperti opah, badan pun sudah kendur, maka cinta suami akan beralih pada gadis muda yang menarik. Sekaligus hilanglah cinta suami. Menderitalah isteri yang hilang perhatian suami apalagi kalau terang-terang depan mata suami kepit perempuan lain, lagilah isteri terseksa.

Begitu juga si isteri. Cintakan suami selagi suami boleh membahagiakan dan menunaikan segala keinginan nafsu. Selagi suami kasih dan sayang padanya. Andainya suami hilang kuasa, jatuh miskin, masuk penjara atau suami kahwin lagi seorang maka serta merta hilang cinta pada suami. Sebaliknya berbakul-bakul datang rasa benci pada suami yang dulu dipuja tinggi melangit. Begitu mudah cinta bertukar jadi benci. Akibatnya berlakulah pergaduhan, masam muka, kata-mengata, ungkit mengungkit, suami tidak pedulikan isteri dan isteri pun hilang hormat pada suami. Rumahtangga panas dan menunggu saat untuk ditalqinkan ke kubur perceraian. Ketika itu tak ada lagi pujuk rayu, cumbu mesra sebagaimana waktu cinta tengah membara. Maka doktor yang menulis pun dituduh merendahkan wanita, jangan marah tau.

Itulah gara-gara cinta nafsu yang sudah menyusahkan manusia di dunia lagi.

Sebaliknya cinta yang dialirkan oleh Allah ke dalam hati, itulah cinta yang benar, suci lagi murni. Cinta yang bukan diukur ikut pandangan mata, tapi ikut pandangan Allah. Ia bersebab kerana Allah dan cinta diberi pun untuk dapat keredhaan Allah. Cinta begini tiada batasannya. Tidak pula kenal jantina dan kedudukan. Dan cinta lahir hasil dari sama-sama cinta pada Allah.

Boleh berlaku pada lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan, lelaki dengan perempuan, antara murid dengan guru, suami dengan isteri, sahabat dengan sahabat, rakyat dengan pemimpin, antara umat dengan Nabinya dan yang paling tinggi antara hamba dengan Tuhannya.

Kalau berlaku antara lelaki dengan perempuan yang tidak diikat oleh tali perkahwinan, mereka tak akan memerlukan untuk berjumpa, bercakap atau melakukan apa saja yang bertentangan dengan kemahuan Allah. Cinta mereka tidak akan dicelahi oleh nafsu berahi. Sebaliknya cinta itu ialah tautan hati yang berlaku walaupun tak pernah kenal atau baru kenal tapi hati rasa sayang dan rindu. Hati sedih kalau orang yang dicintai ditimpa susah, senang kalau yang dicinta itu senang. Sanggup susah-susahkan dan korbankan diri untuk senangkan orang yang dicintai.

Cinta yang begini ada diceritakan dalam hadis, iaitu seorang lelaki yang bertemu dan berpisah dengan sahabatnya kerana Allah maka mereka akan mendapat perlindungan  di arasy Allah di padang mahsyar nanti, hari di amana masing-masing orang mengharap sangat lindungan dari matahari yang sejengkal saja dari
kepala.

Kalau berlaku antara suami isteri maka isteri akan letak seluruh ketaatan pada suami, berkhidmat dan melayan suami tanpa jemu-jemu. Sama ada waktu suami tunjukkan sayang atau masa suami marah-marah. Sama ada suami kaya atau miskin, atau suami kahwin lagi, cinta isteri pada suami tidak belah bagi. Salah satu contohnya penderitaan mengundang bahagia. Kerana cintanya pada suami datangnya dari Allah hasil dari ketaqwaan isteri. Datanglah ribut taufan, angin puting beliung melanda rumah tangga, isteri tetap memberikan cintanya yang utuh dan teguh.

Begitu juga suami, cinta pada isteri tidak kira isteri itu muda atau tua. Samada pada hatinya. Selagi isteri taat pada Allah, isteri tetap dikasihinya. Kalau dia ada empat isteri, tentulah isteri-isteri akan tertanya-tanya, pada isteri manakah yang suami paling cinta? Kalau cinta itu bersumber dari Allah, tentu isteri yang paling taqwalah yang paling layak dicintai oleh suami lebih dari isteri-isteri lain. Sebagaimana Rasulullah lebih mencintai Aisyah kerana taqwa Aisyah lebih tinggi dari istei-isteri lain. Rasulullah saw akui sendiri hanya bersama Aisyah saja, dalam satu selimut baginda pernah diberi wahyu. Tapi tidak pernah berlaku semasa baginda satu selimut dengan isteri-isteri yang lain.

Sumber cinta yang datang dari Allah akan meletakkan Allah yang paling tinggi dan utama. Bila berlaku pertembungan antara cinta Allah dengan cinta pada makhluk maka cinta Allah dimenangkan. Misalnya seorang isteri yang cinta suaminya. Tiba-tiba suami larang isteri melakukan ketaatan pada Allah dalam hal tutup aurat, walhal tutup aurat itu Allah tuntut. Maka kecintaan pada Allah itu akan mendorongnya untuk laksanakan perintah-Nya walaupun suami tidak suka ataupun terpaksa kehilangan suami. Sanggup dilakukan sebagai pengorbanan cintanya pada Allah. Sebaliknya kalau dia turut kemahuan suami ertinya kata cinta pada Allah hanya pura-pura, cintanya bukan lagi bersumberkan Allah tapi datang dari nafsu.

Cinta yang datang dari Allah menyebabkan seseorang cukup takut untuk melanggar perintah Allah yang kecil, apalagi yang besar, lagi dia gerun. Seorang yang sudah dapat mencintai Allah, cinta yang lain-lain jadi kecil dan rendah padanya.

Sejarah menceritakan kisah cinta Zulaikha terhadap Nabi Yusuf. Sewaktu Zulaikha dibelenggu oleh cinta nafsu yang berkobar-kobar pada Nabi Yusuf, dia sanggup hendak menduakan suaminya, seorang menteri. Bila Nabi Yusuf menolak keinginannya, ditariknya baju Nabi Yusuf hingga terkoyak. Akibat dari peristiwa itu Nabi Yusuf masuk penjara. Tinggallah Zulaikha memendam rindu cintanya kepada Yusuf.

Penderitaan cinta yang ditanggung oleh Zulaikha menyebabkan dia bertukar dari seorang perempuan cantik menjadi perempuan tua yang hodoh. Matanya buta kerana banyak menangis terkenangkan Yusuf, hartanya habis dibahagi-bahagikan kerana Yusuf. Sehingga datanglah belas kasihan dari Allah terhadapnya. Lalu Allah mewahyukan agar Nabi Yusuf mengahwini Zulaikha setelah Allah kembalikan penglihatan, kemudaan dan kecantikannya seperti di zaman gadisnya. Peliknya, bila Zulaikha mengenal Allah, datanglah cintanya pada Allah sehingga masanya dihabiskan untuk bermunajat dengan Allah dalam sembahyang dan zikir wirid sehingga terlupa dia hendak melayan kemahuan suaminya Yusuf yang berhajat kepadanya. terpaksa Nabi Yusuf menunggu Zulaikha menghabiskan sembahyangnya, hingga hampir hilang kesabaran Nabi Yusuf lantas ditariknya baju Zulaikha sehingga koyak; sebagaimana Zilaikha pernah menarik baju Nabi Yusuf seketika dulu.

Begitulah betapa cinta yang dulunya datang dari nafsu dapat dipadamkan bila dia kenal dan cinta pada Allah. Cinta Allah ialah taraf cinta yang tinggi. Kemuncak cinta ini ialah pertemuan yang indah dan penuh rindu di syurga yang dipenuhi dengan kenikmatan.

Cinta pada Allah akan lahir bagi orang sudah cukup kenal akan Allah. Kerana cinta lahir bersebab. kalau wanita cinta pada lelaki kerana kayanya, baiknya, tampan dan sebagainya dan lelaki cinta wanita kerana cantik, baik, lemah lembut dan sebagainya maka bagi mereka yang berakal akan rasa lebih patut dicurahkan rasa cinta pada Allah kerana segala kenikmatan itu datangnya dari Allah.

Ibu bapa, suami, isteri, sahabat handai dan siapa saja yang mengasihi dan mencintai kita, hakikatnya itu semuanya datang dari Allah. Kebaikan, kemewahan dan kecintaan yang diberikan itupun atas rahmat dan kasihan belas Allah pada kita. Sehingga Allah izinkan makhluknya yang lainnya cinta pada kita. Walhal Allah boleh bila-bila masa menarik balik rasa itu dari hati orang-orang tadi kalau Allah mahu.

Allah yang menciptakan kita makhluk-Nya, kemudian diberinya kita berbagai-bagai nikmat seperti sihat, gembira, dan macam-macam lagi. Samada masa kita ingat pada-Nya ataupun masa kita lalai, tetap diberi-Nya nikmat-nikmat itu.

Besar sungguh jasa Allah dari menciptakan, menghidupkan dan memberi rezeki, suami, isteri, rumah dan macam-macam lagi yang dengannya kita boleh lalui kehidupan dengan aman bahagia. Alangkah biadapnya kita kalau segala pemberian Allah itu kita ambil tapi lupa untuk ucapkan terimakasih, lupa pada yang memberi. Walhal, Allah boleh saja menyusah dan menyenangkan kita dengan kehendaknya.

Oleh itu orang yang betul kenal dan beradab, dia malu pada Allah. malah kerana malunya itu dia tidak nampak yang lain lebih hebat dari Allah. Cintanya tertumpu pada Allah, dan penyerahan diri pada Allah sungguh-sungguh. Setiap saat menanggung rindu lalu masanya dihabiskan untuk berbisik-bisik dengan kekasihnya. Sehingga kerana terlalu mendalam cinta pada Tuhan ada hamba Allah yang berkata, "Wahai Tuhan, aku mencintai Engkau bukan kerana takutkan neraka-Mu. tapi kerana Zat-Mu, ya Allah. Aku rela masuk neraka kalau itulah kemahuan-Mu."

Itulah rintihan hati seorang wali perempuan Rabiatul Adawiyah dalam munajatnya dengan Allah. Dia menyatakan dua cinta tidak boleh duduk dalam satu hati. Bila cinta Allah sudah penuh dalam hatinya, maka tidak ada tempat lagi untuk cinta selain dari itu.

Ada orang mangatakan: "jika kau berikan hatimu ataupun cintamu pada manusia nescaya dia akan merobek-robekkannya. tapi kalau hati yang pecah itu diberikan kepada Allah nescaya dicantum-cantumkan-Nya. Ertinya cinta dengan Allah pasti berbalas. Dan Allah tidak membiarkan orang yang dicintai-Nya menderita di akhirat."

Jadi seorang yang bijak dan beradab akan meletakkan kecintaan yang besar pada Allah, pada Rasulullah dan barulah pada makhluk-makhluk lain di samping-Nya. Itulah perletakan cinta yang betul dan menguntungkan di dunia dan juga di akhirat. Itulah dia cinta kita pada Allah swt yang patut kita letakkan.


CINTA.....ramai berpendapat ianya amat membahagiakan tapi benarkah begitu? Sebenarnya makna cinta itu sendiri terlalu luas. Ada kalanya cinta boleh membawa bahagia dan ada ketikanya ia membawa sengsara.

Cuma apa yang boleh,cerita yang ada, yang pernah kita dengar dan lihat kita kutip semuanya sebagai iktibar. Jadikan panduan hidup. Sebenarnya bukan semua cinta bawa bahagia....malah ada yang membawa derita dan dendam. Bercinta bagai nak rak pun kalau Allah kata bukan jodoh kita, takkan menjadi. Apa yang penting kita terus berdoa dan berdoa agar hidup kita sentiasa mendapat petunjuk Allah dan apa yang sedang kita lakukan bukanlah sia-sia . 

Dan dalam hidup ini dengan siapapun kita bercinta janganlah kita lupa MENCINTAI ALLAH SWT. Cinta padanya adalah cinta hakiki yang tidak akan ada sia-sia dan PASTI MEMBAWA BAHAGIA.

Ubahlah persepsi yang ada. Mengubah derita yang kita lalui menjadi sesuatu yang membahagiakan.

Thursday, October 13, 2011

Petua Imam Shafie...

Assalamualaikum...
Pagi pagi bila online... terbaca dari entry kawan fb...Ermph... kredit to Md Noor Bin Hamdan...

Petua Imam Syafi'e.... 

Empat perkara menguatkan badan... 

1. makan daging 
2. memakai haruman 
3. kerap mandi 
4. berpakaian dari kapas 

Empat perkara melemahkan badan... 

1. banyak berkelamin (bersetubuh) 
2. selalu cemas 
3. banyak minum air ketika makan 
4. banyak makan bahan yang masam 

Empat perkara menajamkan mata... 

1. duduk mengadap kiblat 
2. bercelak sebelum tidur 
3. memandang yang hijau 
4. berpakaian bersih 

Empat perkara merosakkan mata... 

1. memandang najis 
2. melihat orang dibunuh 
3. melihat kemaluan 
4. membelakangi kiblat ... ... 

Empat perkara menajamkan fikiran... 

1. tidak banyak berbual kosong 
2. rajin bersugi (gosok gigi)
 3. bercakap dengan orang soleh 
4. bergaul dengan para ulama 

4 CARA TIDUR... 
1. TIDUR PARA NABI 
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi. 

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH 
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

 3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan. 

4. TIDUR SYAITAN Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka. 


* Kalau ada kesudian .. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Wednesday, October 12, 2011

Pesanan Buat Suami...

Assalamualaikum...Online facebook jap tadi...tetiba terbaca satu entry... so i share kat sini tau...pesanan buat suami suami terutamanya suami saya yang tercinta....

1. Selalu menghargai usaha dan penat lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali - kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan atau cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami & lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal.

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah atau menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dgn isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dgn ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati.. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
hahahaha....kelakar dengan bahasa yang digunakan... tetapi boleh la.... just like like je kata orang jawa..hehehehe... anyway, good input...walaupun agak keras bahasanya...sesekali tak apa kan..?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...