Friday, March 1, 2013

cepatnya masa berlalu


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Rindu berblog bertamu lagi dihati saya... banyak yang ingin dikongsi tetapi masa sentiasa mencemburui saya. Nak cerita tentang kesibukan saya memang takkan habis dari pagi sampai ke petang, lajak ke malam.. tetapi inilah pengorbanan yang perlu dilalui untuk memastikan misi dan hasrat tercapai.

Mesin MyeG sudahpun sampai beberapa minggu lepas... dan setiap hari di datangi oleh pelbagai jenis lapisan  masyarakat. Pelbagai ragam dan cerita yang saya dengar..baik mahupun buruk... alhamdulillah, Allah makbulkan doa saya untuk memanfaatkan sepenuhnya masa dan peluang yang diberi dengan aktiviti yang memberi kebaikan kepada diri, keluarga dan masyarakat.

Saya berasa sangat bersyukur dengan apa yang saya lalui kini. Hidup menjadi lebih teratur dan tenang. Mr hubby juga sangat menyokong apa yang saya lakukan. Alhamdulillah. Dia juga memperkenalkan beberapa klien baru dari kalangan ahli keluarga. Saya di bawanya ke Rengit berjumpa pak su dan nenek yang dah lama saya tak jumpa. Saya juga dibawanya ke hospital menziarahi atuknya. Walaupun sibuk menyelesaikan kes pusaka, sempat juga kami berdua singgah menyinggah menziarahi kaum keluarga. Terasa macam pengantin baru..hehehe...

Dengan kesibukan tomei yang menjalani latihan untuk Golf peringkat MSSJ baru baru ini... memang tak menang tangan...walaupun tak terpilih, ianya satu pendedahan dan ruang untuk tomei...

ermph.. cukup sampai disini, nanti kita sambung bila berkesempatan yerk.. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...