Showing posts with label my story. Show all posts
Showing posts with label my story. Show all posts

Friday, June 6, 2014

Lotus Desaru kami datang...

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Hari tu sebelum gi bercuti bawa mak ke Aeon... ni antara gambar yang tertinggal...Bawa anak anak tuisyen sekali... tapi gambo yang di save hanya ada satu je.. hehehe... bawa tengok pameran rama rama dan lada hitam...  memula mak taknak ikut.. tapi sebab bosan kat umah, mak ikut juga... nampak la mak happy.. bawa gi jenjalan... berkerusi roda dan bertongkat sesekali...  separuh hari juga g jenjalan ni... sempat makan 2 kali kat sini.. sekali ngeteh kat starbucks..  sesambil makan kek dan minum minum... yelah.. selalu kita sibuk... sesekali berpeluang bawa mak berjimba masa tengah sakit ni seronok juga... dapatlah borong barang barang berasaskan lada hitam.. berbaloi baloi... lagipun beli sekali untuk bawa bercuti nanti...


2,3 dan 4 Jun 2014 kami bercuti ke Lotus Desaru.. bawa staff sekali.. sesekali melepaskan lelah bekerja... seronok juga... awalnya nak ambil bilik asing asing.. tapi tak syok pula.. sebab nanti memasing bawa hal sendiri..

so.. tempahlah kami 1 apartment 3 bilik dan 1 apartment 1 bilik...

selesa juga...

dan yang paling penting...

kecoh sangat sangat...



Yang ini apartment satu bilik...

bawah ruang tamu...

naik atas terus katil... takde pintu...

sesuai untuk mereka yang nak berbulan madu...

dorang dok bilik ni pun untuk tidur je pun...

apartment kami la tempat melepak... 

siap masak masak dan makan makan segala...
                                                                                Perkara pertama tomei saya buat ialah... BERENDAM... BERENDAM dan BERENDAM... ermph... nasiblah.. 3 hari tu rasanya masanya banyak di pantai dan dikolam... entah apa yang seronok sangat... sekali je join dia.. yang lain dia pergi sendiri dan pergi ngan moksu dia.. nasib la staff saya sorang ni layan juga budak budak.. dia temankan juga tomei saya... dialah yang ambilkan gambo ni.. mummy dia tak larat nak layan.. 3 hari berkampung di Lotus Desaru ni tomei dapat la kawan.. siap bagitau nama dan add fb lagi.. katanya next time bercuti boleh la pergi sama sama lagi.. suka la dia...dari pagi sampai ke petang habis semua tempat dia jelajah...  ok... nanti kita sambung eh... ada kerja nak kena buat... ni kira part 1... ada banyak lagi tau... tunggu....

Sunday, June 1, 2014

Mak Sakit ...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

ermph.. bila dah start berblog..tak menang tangan.. Lepas adik meninggal, mak beberapa kali dimasukkan ke ICU.. mungkin sebab terlalu sedih memikirkan arwah Dila.. 

Bulan lepas, sekali lagi mak dikejarkan ke hospital kerana tak sedarkan diri.. masa tu, saya rasa berjalan dah tak jejak bumi rasanya.. sedih jangan cakap... rasa macam tak mampu terima kenyataan kalau apa apa jadi kat mak..

Tambah tambah bila doktor panggil kami anak beranak, doakan yang terbaik buat mak dan mak punya harapan 50-50... berjujuran airmata kami adik beradik...

Syukur Alhamdulillah bila masa masa kritikal berlalu pergi... balik dari hospital mak nak balik rumah saya.. dulu masa buat pembedahan lutut pun saya dan arwah Dila yang jaga dirumah... kali ni saya dan kakak pula yang jaga... 


Lepas beberapa hari berehat kat rumah, mak nak ikut saya ke Aeon..gambar atas tu mak ngan kakak saya, Hayati a.k.a uda.. mujurlah semua kemudahan dah dekat sangat ngan rumah.. so, senanglah.. walaupun mak tak berapa kuat,mujurlah ada kerusi roda.. tongkat dan bantuan yang lain... 

Oleh kerana mak ada semput, kami belikan mesin oksigen untuk kemudahan mak.. Alhamdulillah, lepas adanya mesin tu mak dah sangat ok... 

Harap mak semakin sihat dan sihat...


PW2...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Saya baru saja tamat ambil exam PW2 dan endorsan.. ermph..lulus tak lulus belakang kira... Ambil kelas part time di ABM Malaysia Wilayah Selatan...

Satu satunya perempuan.. tujuan ambil kelas ni sebab nak teman mr.hubby... at last, mr hubby tak datang exam.. sakit hati.. tapi nak buat camana.. dia kena kuarantin di Transformer Batu Pahat sebab letupan di pencawang utama...


Inilah punca mr hubby tak attend exam...


Ini bukti dia ditempat kejadian... hehehe.. tapi dalam gambar tu adik ipar... dia tukang ambik gambar saja... 

Dek kerana dia tak datang, saya mengamuk sakan... yelah.. penat tu attend course berbulan bulan, tiba masa exam ada pula macam macam hal... nak buat camana... redha je...


Sempat buat baju tau group kami... saya dan mr hubby yang cari baju dan hantar silk screen... memang takde rezeki mr hubby dok exam....


Ini semua tinggal kenangan...masa ni mr hubby berusaha sedaya upaya untuk lulus.. Alhamdulillah lulus... kami semua lulus dengan jayanya... ermph.. oranglain termasuk saya guna tangga tau..tapi mr hubby tak pun.. dah tinggi... hehehe.. nampak sangat kami kami ni kurang tinggi...



Semangat yang Hilang...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Selepas berbulan bulan langsung tak update blog... tetiba hari ni terpanggil panggil untuk update... kehilangan adik yang tersayang buat saya buntu dan hilang semangat...

Mencari diri dan mencari arah dikala sepi akhirnya saya bangkit...

Dalam kesibukan meniti hari hari sepi akhirnya dengan penuh redha melepaskan dia pergi...


Kenangan bersama tak mungkin hilang.. lebih lebih lagi dia kesayangan anakku, raziQ...

Fadilah Binti Abu Bakar telah kembali kerahmatullah... hanya doa mengiringi pemergianmu... hanya doa yang mampu ku titipkan buatmu.. semoga dikau tenang di sana..

Doakan dan hadiahkan Al Fatihah buat adik saya ya...


Friday, October 11, 2013

Bila aku takde suara...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

tajuk dia bukan lagu ni... bila aku sudah tiada.... hahaha... tapi bila aku takde suara... haishh.. seksa jiwa dan raga tau...

tetiba nak dengar lagu hujan ni.. ermph.. layan jap eh...

Saturday, August 31, 2013

KL Kami datang...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

lama juga tak berblog.. hari ni 31.08.13 ... saya dan keluarga di Kuala Lumpur.. ada kelas di PJ.. ni pun masa entry dimuat turun, saya di PJ..baru habis kelas... insyaAllah lepas maghrib ni nak ke Damansara Utama... ke rumah cousin saya...

Mak ada kat rumah saya... saya terpaksa tinggalkan dia coz kelas ni hanya ada sekali dan ada di KL saja.. sedih.. tapi terpaksa juga... mujur adik beradik yang lain sudi temankan mak kat rumah.. meriah rumah tanpa kami...

Sepanjang minggu ini, memang sibuk sangat... tambahan beberapa perkara yang tidak terduga berlaku..Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar...

Dalam kepala ni macam macam perkara yang difikirkan... terlalu banyak.. banyak sangat... nak buat itu ini.. nak settlekan itu ini... nak buat paperwork.. assignment dan macam macam lagi... nak outsource kat orang tak sama bahasa... susah juga...

Hari ni hari mengeluh.. mengeluh bukan negatif tau.. yang positif saja... saya suka apa yang saya buat.. saya akan pastikan perancangan saya berjalan lancar... LANCAR selancar lancarnya... insyaAllah...

Tuesday, August 20, 2013

Only Because It's You

Tajuk lain: I Love You / You're My Favorite (117 episod)
Sinopsis & Drama Korea Only Because It's You
Tiga orang rakan dari sekolah menengah bertemu kembali di peringkat usia mencecah 30-an dan menyedari bahawa mereka memiliki jalan hidup yang berbeza. Persahabatan mereka menjadi renggang apabila Yang Soo Bin (Yoon Ji Min) bercerai dengan suaminya dan berkawan pula dengan suami Kang Jin Joo yang merupakan kawan baiknya sejak di kolej dahulu.

Chun Myung Han (Park Hyuk Kwon) bekerja satu syarikat dengan isterinya, Kang Jin Joo (Yoon Hae Young). Disebabkan penstrukturan semula syarikat mereka, Myung Han kehilangan kerja. Kemudian, dia menjalin hubungan dengan bakas rakan sekolah isterinya, Yang Soo Bin (Yoon Ji Min), menyebabkan hubungan mereka suami isteri menjadi kucar kacir.

Seo Ji Hwan (Lee Jae Hwang) pula adalah seorang pewaris keluarga kaya raya daripada syarikat JH Distributing Company dan suami kepada Yang Soo Bin (Yoon Ji Min). Dia tertekan dengan perkahwinannya dan mencurigai tentang identiti anak lelakinya. Dia akhirnya jatuh cinta dengan Kang Jin Joo (Yoon Hae Young) selepas bercerai dengan isterinya, Soo Bin.

Yang Soo Bin (Yoon Ji Min) berkahwin dengan perwaris syarikat JH Distributing Company, Seo Ji Hwan (Lee Jae Hwang). Bagaimanapun, dia tidak bahagia dalam perkahwinannya hingga akhirnya bercerai. Dia dengan sengaja berjumpa semula dengan cinta pertamanya, Chun Myung Han (Park Hyuk Kwon), dan cuba menawan hatinya semula, walaupun lelaki itu telah berkahwin dengan rakan sekolahnya, Kang Jin Joo (Yoon Hae Young).

Kang Jin Joo (Yoon Hae Young) bahagia berkahwin dengan Chun Myung Han (Park Hyuk Kwon) dan memiliki seorang anak perempuan. Sebagai seorang ibu yang berkerja, dia berusaha untuk mengimbangi kerjanya dengan keluarganya. Perkahwinannya mula bergolak apabila suaminya hilang pekerjaan dan terlibat dengan kawan sekolah tingginya dahulu, Yang Soo Bin (Yoon Ji Min).

Dalam mewarnai watak masing-masing, ketiga-tiga watak wanita utamanya memainkan peranan dengan amat berkesan dengan setiap watak berlagak tenang dan seolah-olah tidak kisah dengan apa yang berlaku dalam persahabatan mereka. Namun akhirnya apabila perkahwinan Soo Bin menemui kehancuran dan beliau menggoda suami kawan baiknya sendiri, masing-masing berusaha untuk menggagalkan rancangan Soo Bin itu.

Akhirnya mereka menyedari bahawa persahabatan antara mereka sudah tidak sama seperti dahulu lagi.
Secara keseluruhannya, ‘Only Because It’s You @ I Love You’ menceritakan nilai sebuah persahabatan, keceriaan dan suka duka sebuah kehidupan.

Dibintangi oleh Yoon Hae Young (Love and Ambition), Yoon Ji Min (Paradise Ranch), Lee Jae Hwang (Smile, Mommy!) & Park Hyuk Kwon (Midas).

Waktu Siaran:ISNIN, 17 JUN 2013, 22:10 EPISODE 1
ISNIN, 17 JUN 2013, 22:55 EPISODE 2

Siaran Ulangan:
SELASA, 18 JUN 2013, 09:45 EPISODE 1
SELASA, 18 JUN 2013, 10:30 EPISODE 2
SELASA, 18 JUN 2013, 16:50 EPISODE 1
SELASA, 18 JUN 2013, 17:35 EPISODE 2  dan begitulah seterusnya.

Anda boleh menonton setiap episod di website terpilih seperti Dramastyle & Dramacrazy. Selamat menonton. Saya suka sangat tengok jalan cerita ni. Sanggup tau tunggu sampai jam 12 malam baru tidur. Melampau juga la rasanya. Tapi sebab dah suka, semuanya jadi...

Hensem kan Ji Hwan ni? saya adalah bagitau kat mr hubby, suka sangat tengok muka dia ni tapi tak boleh la kalahkan kehenseman mr hubby saya tu.. suka je tengok... 


Yang dari kanan tu Jin Joo, yang tengah tu Soo Bin dan yang kiri sekali tu Gong Ja.. tiga sahabat baik alam persekolahan yang akhirnya menjadi musuh akibat iri hati. 


Saturday, August 3, 2013

Jatuh katil....

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mula mula nak ketawa dulu..hahahahaha... Itulah dia... Pernah dengar tak pepatah ni? Kalau nak beli barang baru, jangan sampai barang lama tau...kang kena badi...

Semalam baru berkira kira dan survey nak cari katil baru, tup tup subuh tadi sebelum bangun sahur saya terjelepuk kat bawah katil... Hahahaha.... Entah macamana tetiba boleh jatuh katil....nak kata tidur lasak tak juga....

Rasanya nak beli tilam Getha... Ada juga survey kat Rustica sebab sofa sebelum ni beli kat sana, tapi tak berapa menarik... Berkenan dengan tilam Getha... Nak cuba yang baru la... Tapi regenya mahal sikit... Kalau mahal tapi berbaloi,ok la tu kan..?

Saya memang memilih bab membeli ni... Maklumlah, saya tak boleh pakai tilam spring langsung... Masa memula kahwin dulu, ada bagitau mr hubby yang saya nak pakai tilam air... Ceh...tetiba terkenang citer lama la pula...

Ye,betul...tak caya cer tanya dia..hihihi... Cari punya cari punya cari, tak jumpa...last last mr hubby belikan tilam angin...kan masa tengah malam dulu dulu, ada iklan kat tv3 tu..masa tu la nampak tilam angin tu... Beli kat angsana masa tu, saya ingat lagi....

Dah beberapa tahun lepas tu, tetiba dia jadi kempis... Mr hubby kata sebab badan saya makin gemuk... Hahahaha.....bila check rupanya masuk selumbar.....masa beli memang ada sediakan tampalan untuk kebocoran...senang la..lagipun warranty tilam tu 5 tahun.... Rasanya tilam tu bertahan sampai tomei ada...

Lepas tu mana entah tilam tu...jangka hayat tilam tu bersama kami agak lama...hahahaha..apa la pepagi merepek pasal tilam...  Yang penting, nak tukar tilam baru...nak guna tilam Getha pula lepas ni...rasanya macam bagus pula... Yelah, bantal dia yang saya beli tu selesa yang amat... So, rasanya berbaloi la try tilam pula....

Friday, August 2, 2013

Bila masalah SISTEM melanda...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Argggghhhh... tension.. hehehe..
intro je tu.. 2 minggu ni sistem JPJ memang ada masalah.. menyebabkan saya merasai tekanannya.. mana tak, effect kat pejabat pos dan kiosk myeg seperti kami ni...

tapi, saya pandang dari sudut positif... yelah, secara tidak langsung memberikan promosi percuma kepada syarikat saya... bila orangramai ke pejabat pos untuk perbaharui roadtax mereka tak boleh, maka pihak pejabat pos minta mereka refer ke kiosk myeg kami...jadi secara tidak langsung, apabila mereka datang ke kedai kami dan melihat tawaran perkhidmatan yang kami ada, mereka berminat untuk datang lagi...

one stop center.. itu motto syarikat saya, AL BARR PREMIER.. nak tahu apa itu Al Barr boleh jengah ke laman web kami di www.albarrservices.com.my tau...mana tahu berminat nak jadi ejen kami... kami alu alukan...

disebalik tekanan itu, ada hikmahnya.. so jangan merungut atau fikir sampai lebam biji mata.. ini semua bukan dalam kawalan kita... semua diluar jangkaan.. so, tenang tenang saja.. tak mau pikir susah susah..

Wednesday, July 31, 2013

Yes....!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bagaimana dengan persiapan raya? Semuanya serba sederhana saja... Kalau tahun lepas kami ada la juga tukar barang rumah...itupun bersebab... Hehehe... Nak tau?

Setelah lebih 10 tahun gunakan sofa fella design, kami try pula sofa dari rustica... Ye... Agak mahal juga la pada saya, tapi memang berbaloi... Kini hampir setahun masih lagi cantik malah lebih selesa sebab kulitnya semakin lembut....

Memang tak sangka terbeli sofa tahun lepas...walaupun saya tak berapa berkenan warnanya yang hitam tu...rasanya makin berkenan pula rasanya... Makin lama makin berkilat..dan mr hubby lak yang dulu merungut masa kami memilih sofa, akhirnya menyetujui apa yang saya kata...hehehe..walaupun setelah setahun dia bersetuju, puas hati saya..

Ingatkan tahun ni dia tak mau beli apa apa...rupanya dia beli lagi... Hahahaha... Ketawa besar saya tau.....semata mata nak puaskan hati tomei kami dia sanggup lakukan sekali lagi... Kalau dengan mummy, tak dapat... So dengan daddy dia dapat....

Gini citernya.... Masa berbual dengan tomei, tomei adalah mengadu...tv kami tak glamour...mana musim pakai tv gemuk...semua orang pakai tv nipis katanya...saya dengarkan aje... dan baru baru ni kami tambah pakej astro....kami ada astro beyond... Then kat bilik tidur kami tambah astro njoi...sebab, guna arial biasa gambar tak berapa cantik....so, dari beli arial luar, saya pikir lebih baik tambah njoi je... Sama kos beli arial ... Sekali seumur hidup rm280 saja... Dapatlah 21 siaran termasuk siaran astro..ok la tu...

So, masa ni la tomei merengek manja cari alasan nak beli tv baru... Kebetulan tv kat bilik tidur kami tetiba tak bole on, apa lagi secara konsistennya tomei remind mr hubby.... Hehehe..akhirnya, masa kami beli barang dapur mr hubby belek belek tv dan terambil satu.... Sukanya saya.... Belek punya belek,dia yang pada mulanya nak ambil sony...then tukar samsung... Bila pergi dengan saya, saya cadangkan ambil LG saja. Kenapa nak beli mahal mahal kalau kegunaannya sama? Mencuka juga muka dia...tapi akhirnya dia mengalah....dia ambil juga....begitu juga dengan sound system...

Akhirnya, mr hubby belajar sesuatu...mencari barang berkualiti pada harga yang rendah... Itu yang paling penting..pada saya, hidup sederhana dan berjimat cermat tu penting...banyak benda boleh dipelbagaikan dengan duit yang ada...kembangkan perniagaan contohnya...lagipun saya kan nak buat rumah yang ada swimming pool..so kena la berjimat cermat untuk pastikan hasrat saya tercapai..hihihi...

Monday, July 29, 2013

Rasulullah ku cinta

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bila pagi tadi masa tengok Ustaz Kazim Elias ni, saya suka sangat dengar lagu yang dia nyanyikan.. lagu dibawah ni... awal pagi datang keopis semata mata tak sabar nak google lagu ni...

Semoga perkongsian lagu ni buat kita sama sama mengingat Rasulullah..


Ustaz Kazim Elias - Lagu Apa Tak Tau

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kelakar betul ustaz ni... dalam ketawa ada maksud yang dia sampaikan dalam keadaan sampai...santai tapi seronok mendengarnya...

Kadang kadang dalam keadaan santai kita beribadah lebih senang diterima dari keadaan serius.. dalam penyampaian juga begitu.. secara tidak langsung, kita belajar untuk menjadi lebih baik...

Awal Pagi....!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat pagi semua.. hari ni awal pagi saya dah sampai kat opis.. jam 7.30 dah sampai.. fuhh.. semangat tau hari ni.. nak settlekan semua kerja supaya tak tertunggak.. insyaAllah..

suka nak share tau, sepanjang ramadhan saya suka sekali tengok Ustaz Kazim Elias jam 5 pagi di Astro Oasis.. suka sangat.. antara lagu yang terbayang bayang lagu kat bawah ni.. sedap betul..

Tuesday, July 16, 2013

Zaman itu sudah berlalu....

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Saya nak share tentang sesuatu kisah.. ini kisah dulu....ini kisah benar, pengakuan ikhlas dari saya....

Setiap kali berbelanja,membuat aktiviti dan apa jua, saya akan upload di facebook...rasa ingin sekali berkongsi kegembiraan,kesedihan dan perasaan dari lubuk hati bersama kawan kawan, sahabat handai dan saudara mara..

Setiap gambar ada ceritanya tersendiri... gambar ini saya ambil dan saya edit dari facebook saya sendiri.. ini antara kasut dan baju tomei saya..

contohnya sandal nike dibawah kanan sekali, ia dibeli masa tomei berumur 3 tahun.. ini sandal kegemaran tomei... dan dia berubah kepada jenis sporty pula bila berumur empat tahun.. dan berubah lagi selera kepada kasual bila berumur 5 tahun dan meningkat umur 6 tahun dia memilih pelbagai jenis kasut.. begitu juga dengan baju, kini brand utama kegemaran tomei ialah polo,bum, puma, adidas dan nike... berbanding dulu sejak dari lahir saya belikan dia baby kiko,kiki lala,poney,miki dan walt disney..

Teringat masa kecil dia amat meminati Ben 10.. saya sanggup ke Singapura semata mata nak belikan barangan Ben 10 di sana.. memang harganya jauh lebih mahal tetapi demi memuaskan hati tomei saya turutkan...

Keterujaan saya berterusan apabila tomei mula bersekolah.. saya inginkan yang terbaik untuk dia.. dari beg sekolah, baju, stoking, dan kasut sukan semuanya sedondon.. baju sekolah dia berpasang pasang... kasut sekolah juga begitu..

Kalau berbelanja, saya pasti akan ambil dua atau lebih untuk dia.. jarang saya beli satu...persis punya anak kembar...


Ini pula barangan keperluan tomei untuk golf pula... ye, dia bermain golf walaupun saya dan suami langsung tidak tahu bermain golf..

Tomei memang berminat untuk belajar bermain golf seawal usia 4 tahun, tetapi pada ketika itu saya masih tidak yakin dengan kesungguhan dia lalu saya biarkan saja. 

Sehingga umurnya 7 tahun, pada cuti akhir tahun saya menghantar dia ke Johor Junior Golf Country Club untuk belajar di sana. Selain itu juga saya turut membayar untuk personal trainer bagi melatih dia menjadi pemain golf. Alhamdulillah, setakat ini dia mewakili sekolah dan daerah Kulaijaya. Walaupun tidak berjaya keperingkat seterusnya, saya berbangga dengan pencapaian tomei setakat ini.. masih panjang perjalanan dia..dia perlu timba banyak pengalaman bagi memastikan dia berjaya kelak...semua terserah pada dia..

Selain bermain golf, saya juga menghantar tomei ke kelas berenang. Alhamdulillah, dia memang boleh berenang dan insyaAllah pada Mac 2014 kami sekeluarga akan ke Pulau Tioman untuk mengambil lesen menyelam pula melalui P.A.D.I..

Saya juga turut menghantar tomei ke kelas melukis.Hingga kini masih meneruskannya. Pernah menghantar dia ke kelas muzik, tetapi hanya sebulan kerana kesuntukan masa..bukan hangat hangat taik ayam.. saya nampak tomei kecewa tetapi dia terpaksa membuat pilihan...

Ada yang bersuara, hidup tomei saya yang aturkan. Sebenarnya tidak, dia yang memilih dan dia sendiri yang mendisiplinkan diri dia untuk mengatur masa dan pelajaran. Saya hanya mendorong dan memberi peluang buat dia...dia hidup seperti kanak kanak lain, bermain psp.. berbasikal bersama kawan kawan.. belajar mengeja sambil bermain..mempunyai barang kesayangan yang dijaga sejak kecil dan pelbagai lagi...

Hidup tomei bukan seperti yang oranglain sangkakan.. kami mempunyai masa bershopping seperti oranglain,menghabiskan masa bersama keluarga, membuat pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan sebagainya..

Saya memberi kebebasan memilih kepada dia.. dia yang memilih kasut, baju , topi, tali pinggang bahkan seluar kecil...cuma adalah limitnya.. 

Saya hidup susah dahulu, jadi saya tak mahu tomei juga mengalami nasib sama... saya sayangkan dia.. dialah nyawa saya.. 

Saya tak layan dia sepertimana ibu lain melayan anak mereka, itu sahaja bezanya.. saya suka mendidik melalui pengalaman dan realiti kehidupan.. Tomei saya agak matang walaupun sikap keanak anakan dia terserlah.. Pemikiran dia dan cara percakapan dia seperti orang tua.. walaupun kadang kadang saya tak mampu nak menjawab atau menangkis persoalan yang dia ajukan, itulah cara dia belajar...itu kisah tomei... 

Ini kisah keluarga kami pula... Kebiasaannya bab membeli barangan dapur, saya akan beli untuk stok sebulan.. pada saya mudah, jimat dan tidak membazir masa.. sekali jalan..dan saya memang suka berbelanja di Angsana.. setiap bulan kami sekeluarga akan berbelanja di Angsana untuk barangan kering dan keperluan harian.

Memandangkan rumah saya jauh dari kedai, saya juga selalu sediakan stok jajan untuk tomei dirumah. Kebiasaannya, dia akan berkongsi dengan kawan kawan sebaya dikejiranan kami.. saya tahu tomei muak untuk makan sendiri.. bila makan beramai ramai pastinya membuatkan dia gembira..itu pendapat saya..

Walaupun kami tinggal bertiga, kami tak pernah sunyi kerana rumah kami sering didatangi oleh kawan kawan tomei... apa yang ada kami share bersama mereka.. asalkan tomei saya bahagia...

Kenapa Angsana? saya ada sebab tersendiri.. saya suka berbelanja di Angsana sebab semuanya ada di situ. Selain komuniti Melayu,saya boleh kumpul mata ganjaran dan paling penting makanan pun sedap sedap belaka.. inilah cara membantu menaikkan ekonomi orang Melayu secara tak langsung...

Begitu juga dengan gadget.. ini tak termasuk lappy dan desktop yang ada.. ini kategori barangan yang kami miliki... dari yang murah hingga yang mahal, seajajar dengan perkembangan semasa kami miliki.. 

Saya suka kongsikan apa yang saya miliki dan cerita disebalik barang yang saya ada ni.. 

Bukan niat menunjuk nunjuk (walaupun ada sesetengah menganggap ayat itu kebenaran disebaliknya) .. berkongsi agar dapat dijadikan panduan bagi mereka yang ingin memiliki atau membeli barangan tersebut...

Saya tak malu mengakui saya gunakan Blackberry Torch yang saya dapat secara percuma dari Celcom.. memang tahan lama.. hampir 3 tahun barulah dia buat hal.. selepas itu, saya ambil pula Galaxy Note II.. yang saya beli juga di Celcom pada separuh harga dari harga pasaran sebenar... saya upload gambar tersebut untuk berkongsi dengan mereka tentang bagaimana berjimat dengan cara yang betul... itu niat sebenar saya yang mungkin disalah tafsir oleh sesetengah pihak...nak menunjuk nunjuk la tu... Menjadi ahli Celcom membuatkan saya menikmati penjimatan dalam pembelian handphone atau gadget yang saya ingini...benda baik pada saya perlu dikongsi... 

Sebelum menggunakan i pad 2 lebih setahun dulu, saya juga beli e pad (china stuff).. saya tak malu pun..saya beli untuk main angry bird..hahaha... saya beli masa tomei 4/5 tahun macam tu.. dan masa tu game popular ialah angry bird...psp dia tak boleh main, so saya beli semata mata nak main angry bird...

Seperti yang saya katakan, apa jua yang saya upload mempunyai cerita tersendiri.. 

Minyak wangi ini sebahagian yang saya upload di facebook.. ada yang saya dapat dari teman sebagai hadiah, ada yang saya beli sendiri... 

begitu juga alat make up dan penggunaan muka.. sebagai contoh, dahulu saya memang gunakan produk shiesido.. selepas tu beralih arah kepada produk elken dan SK II.. mahal, memang mahal... peruntukan membeli barangan tersebut je tidak berbaloi apabila muka saya teruk...

akhirnya saya terpaksa mendapatkan khidmat doktor pakar di century garden.. dek kerana perubahan hormon, saya dipantau dan menghentikan serta merta penggunaan barangan tersebut dan memulakan menggunakan barangan dari klinik tersebut.. produk Neo Strata memang berkesan.. hingga kini saya masih menggunakan barang tersebut dan muka saya tidak dicalit alat make up langsung.. 100% asli.. tak perlu berbedak tebal bagi menutup segala cela yang ada..walaupun  terdapat bekas jerawat dan scar lama..itu tidak menghalang saya untuk kelihatan cantik..chewah.. saya cuma perlu bergincu untuk nampak disolek.. jadi peruntukan membeli alat solek saya alihkan membeli wangi wangian..pada saya ia boleh membantu mereka yang mempunyai masalah kulit agar tidak tertipu dengan barangan berjenama..sebaliknya mendapat khidmat nasihat yang pakar.. 

Saya turut gemar meng'upload' handbag dan wallet.. ini sebahagian koleksi yang sempat saya ambil... kalau ikutkan memang lebih dari apa yang saya paparkan ini.. ini sebahagian kecil...

ye, saya peminat tegar barangan berjenama Bonia.. adalah terselit barangan LV, Coach, Valentino Creation, Braun Buffel,Polo dan Guess.. tetapi saya berbangga dengan produk Bonia..

Walaupun ada yang mengata, Bonia produk orang tua.. saya tak kisah.. kenapa Bonia? 

Bonia produk keluaran Malaysia. Saya sokong produk Malaysia.. ramai yang tak tahu.. Bonia berasal dari Malaysia.. sejak tahun 1998 memang saya gunakan barangan Bonia.. Beg hitam tengah tu ialah barang hantaran perkahwinan saya dan suami... masih boleh diguna sehingga kini.. masih cantik lagi.. 

Abah saya pesan, kalau nak beli sesuatu barang lihat pada kualiti pembuatannya, dari beli barangan biasa memang dapat banyak tapi perlu dibeli berulangkali..berbeza beli barang yang bagus pembuatannya, boleh diguna bertahun tahun lamanya..

Begitu juga dengan kasut.. Mr hubby suka kasut dari jenama Camel, Bonia, Red Wing , Nike dan Adidas.. tapi kadang kadang dia juga berselipar jepun sahaja.. itu memang trademark dia.. Kaki dia besar.. jadi susah nak dapat kasut yang sesuai.. hanya brand tertentu saja yang boleh dibeli..

Kalau saya pula tak kisah.. asalkan selesa dan boleh digunakan dah cukup.. tapi saya juga ada favorite brand.. antaranya Clarks, Scholl, Bonia, Pierre Cardin, Carlo Rino dan Polo...

Ini pula koleksi jam yang sempat di upload di facebook... memang saya ada upload jam jam yang saya miliki... yelah, bila dikumpul kumpul gambarnya banyak juga jam yang kami miliki... 

Kebanyakan jam ini saya beli masa offer.. dapatlah harga murah sikit...

Dan banyak juga jam yang hadiahkan buat ahli keluarga.. contohnya jam dibawah tengah tu.. itu jam yang dihadiahkan buat abah saya... 

Abah saya jarang tanggalkan jam dia.. dia suka memancing, sebelum ini dia gunakan jam besi.. jadi lama kelamaan jam dia menjadi kasar dipermukaan... itu jam Bonia... dia masih pakai sebab menghargai pemberian saya sehinggalah mak saya beritahu yang jam tersebut membuatkan kulit abah saya luka... dapat saja tahu tentang itu, saya belikan jam baru yang talinya bukan lagi besi... Alhamdulillah... dia masih gunakan hingga kini... dan dia sangat sukakan jam itu..

Koleksi tudung pun saya upload.. pada saya, tiap kali ada offer di Ariani saya pasti akan share dengan teman facebook.. dan saya juga membeli pada harga diskaun.. buat apa nak malu? Berjimat sambil itu dapat menggunakan produk berkualiti.. ada la yang cakap tudung offer tu kiranya dah habis season... alahai.. kecilnya pemikiran macam tu...

selama saya pakai tudung ni, belum pernah ada orang cakap "Mah, tudung kau ni kan tudung dah habis season.."

Kenapa perlu takutkan apa orang nak kata? Kita perlu takut pada Allah.. setiap kali saya beli tudung baru, pasti ada tudung lama yang akan diberikan kepada mereka yang nak... 

Walaupun trend tudung Fareeda meletop letop dipasaran, saya masih setia dengan tudung Ariani.. dan kini beralih arah kepada Tudung Kak Ani.. hehehe... Kak Ani yang jahitkan tudung saya sekarang.. nak juga pakai tudung ala ala Fareeda.. yelah tudung dia singkat... jadi saya minta kak ani jahitkan tudung labuh tapi ikut pattern tudung Fareeda.. dapat juga bantu Kak Ani secara tak langsung.. serious cakap, dia ni memang hebat dalam membuat baju, seluar dan tudung.. baju sekolah tomei saya tempah kat dia... pendek kata puas hati dengan jahitan dia...

Moral of the story : 

Apa yang ingin saya kongsikan semoga dapat memberi pengajaran buat semua... walaupun jauh dilubuk hati hanya ingin berkongsi kegembiraan, tetapi seringkali disalah tafsir.. apapun ayat dibawah ini benar benar memberi pengajaran buat saya... agar tidak lagi melakukan kesilapan yang sama...

Sekarang, saya jarang nak upload gambar gambar seperti dulu.. bukan sebab business saya merudum seperti desas desus yang saya dengar. Tidak benar sama sekali.. tetapi sebab saya takut di anggap riak.. saya takut di tuduh menunjuk nunjuk... 

cukuplah dulu saya melakukan kesilapan secara tidak langsung dengan mempamerkan gambar di atas untuk tatapan umum...begitu juga hari ini.. anggaplah apa yang saya tunjuk ini sebagai pengajaran buat semua..

Niat tidak menghalalkan cara.. walaupun niat kita baik, caranya tak kena maka akan jatuhlah hukum dari mereka yang memandang.. cukuplah hanya saya dan keluarga terdekat yang tahu...

Kini saya cukup berhati hati dalam berbicara atau mengeluarkan status.. entah kenapa saya malu dengan diri.. malu pada Allah... mungkin keterujaan saya dan fikiran yang terlalu positif dengan menganggap oranglain juga seperti saya mungkin menyebabkan saya terpukul apabila terpandang gambar di atas...

Ampunkanlah jika saya menjengkelkan anda semua... Terlalu kecil diri ini apabila tersedar dari 'mimpi indah' ini... terima kasih Ya Allah kerana memberikan ku kesedaran awal... semoga apa yang berlaku ini dijadikan pengajaran buat kita semua... insyaAllah....

Saturday, July 13, 2013

Mr Hubby birthday...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

cerita dah basi tapi masih mahu dikongsi.. birthday mr hubby saya hari tu saya sertakan majlis doa selamat dan doa kesyukuran sempena menyambut ramadhan al mubarak.. dibuat pada hari sabtu 29 jun 2013 dirumah saya..

kalau dua tahun lepas di terengganu, tahun lepas di negeri sembilan.. alhamdulillah, tahun ini dirumah kami.. tambah meriah dihadiri saudara mara, keluarga,jiran tetangga dan sahabat handai..

gambar saya yang agak blur... maklumlah yang tolong ambilkan gambar tak pakar guna i pad.. hihihihi... terimalah dengan redha...

kan cantik gambar yang saya ambilkan..? hihihi... ni antara yang hadir.. mr hubby yang berbaju oren tu.. dan disebelah dia yang memakai cermin mata tu cousin saya.. berkongsi hari lahir yang sama dengan mr hubby saya... tomei saya dan adik ipar serta ibu mertua juga turut serta... dan juga cousin saya yang datang dari batu pahat..

inilah dia birthday boys... md noor tu single lagi.. yang dia pangku tu anak saudara ye.. so, single and available.. berminat pm saya tau...

sengaja beli dua kek dari secret recipe... sebab mr hubby suka makan cheese cake.. dan satu lagi tu cake kegemaran kami sekeluarga.. chocolate indulgence... 

ini antara gambar yang sempat di ambil dan di edit.. itupun digabungkan dalam fb gambar yang diambil ni... kami sekeluarga tak sempat nak bergambar bertiga... tak apalah...memori yang indah ini pun dah cukup rasanya...

mujur adik saya yang bongsu ambil kesemua gambar ni...kalau tidak, tak adalah gambar...ok dari kiri atas tu makcik saya, dia orang kuat selain mak dan kakak ipar yang membantu saya memasak... yang kedua of course la saya dan mr hubby.. seterusnya ahli kumpulan yassin sedang menjamu selera.. birthday cake dan goodies untuk para tetamu.. atuk kesayangan saya yang tiba awal dan akhir sekali ibu mertua yang kepenatan... terima kasih semua..!

ops... belum habis lagi...memandangkan kami tak sempat bergambar berdua, makanya setelah majlis selesai kami pun berposing sakan berdua.. dan ketika ni la baru perasan yang mr hubby terlupa tukar baju.. baju dia baju basahan dok rumah.. kesian dia.. sepatutnya dia juga berbaju merah sedondon dengan saya dan tomei.. tak apa la dad...yang penting kita semua happy.. kalau tak suka gambar tu, cepat cepat scroll ke bawah tau... masa ni tinggal ahli keluarga terdekat je.. potong satu lagi kek...

tadaa....ini la sebahagian hadiah yang mr hubby terima... dari saya dan tomei...joran untuk memancing dan jam untuk dia ingat pada waktu waktu penting.. dari ibu mertua tasbih, sejadah dan yassin untuk mengingati yang maha esa..dan saya turut mendapat tudung baru dari ibu mertua...terima kasih mama...

ada lagi... ada lagi la.. ini yang paling best..gini citernya... saya nak hadiahkan handphone sony xperia Z untuk mr hubby... tapi dia letak syarat.. dia nak saya beli sekali sebuah lagi handphone untuk diri saya.. nampaknya birthday mr hubby tahun ni saya dapat dua hadiah... hahaha..satu tudung dari ibu mertua.. satu lagi handphone dari diri sendiri.... boleh?

hadiah bukan la ukuran pun... yang penting doa dan keikhlasan itu yang utama... saya bersyukur pada hari kelahiran mr hubby diiringi dengan bacaan yassin, tahlil dan doa selamat.. semoga mr hubby sentiasa dirahmati dan diberkati olehNya...

buat mr hubby ku sayang...shamrul sihar samurin...


tak lupa juga yang ini ye sayang...


Friday, May 31, 2013

muda kembali..

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


hah... ni gambar motor mr hubby saya..motor ni motor yang dibeli masa kami mula mula kawin dulu... dan motor ni dah lama mr hubby tak pakai.. maybe dia simpan kat kampung.. beri adik adik dia pakai.. hehehe... yelah.. masa beli motor ni, saya hanya naik 2 kali saja... lepas tu motor ni hilang.. agaknya dah jumpa balik la tu.. atau dia beli yang baru sekali lagi.. hihihi...

masa mr hubby bawa balik motor ni.. rasa macam nak pitam... dah buang tebiat ke apa laki aku ni?.. yelah bertahun tahun tak dibawa motornya tetiba sekarang sibuk bermotor pula... dan anak kami punyalah suka mengalahkan beruk mak yeh.. terlompat lompat nampak motor.. hadoiii... pening kepala mummy...

apa yang berlegar legar dalam kepala ni.. apasal dia bawa balik motor? motor kan untuk 2 orang je... conform la saya tak berkesempatan langsung naik motor ni.. yelah... tomei n mr hubby je yang muat.. hahahaha... saya dahlah demuk.. muat ke? ermph...

tak kisahlah.. asalkan dia selamat pergi dan balik... mr hubby ni hobi dia pelik pelik... bermusim.. kalau time suka main badminton, itulah yang dia akan main... kalau mancing.. semuanya tentang mancing dia akan ambil tau... dulu masa sibuk suka dengan kereta... habis berpuluh ribu untuk mencantikkan kereta... dengan sport rim... dengan ab-sober ..dengan tayar.. dengan stereng.. dengan enjin.. pendek kata semuanya nak perfect... ni ngan motor pula... nak rasa muda kembali la tu ( mood tuan tanah bengang) ...hahahahaha....

anyway, asalkan dia happy... saya sokong penuh je apa yang dia buat (walau hati tak rela)keh keh keh...

You're still the one... cheong dam dong alice... korea oh korea...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...Demam korea telah pun menyerang saya... saya kini mengikuti sebuah cerita di Astro 393.. sebuah cerita yang menyentuh perasaan dan membuatkan saya ternanti nanti sehingga mr hubby juga terpaksa akur untuk bersama sama mengikuti cerita ini.. hehehehe.. penangan cerita korea... dalam kesibukan sempat juga layan cerita ni.. ibarat seperti terapi buat saya... Penat manapun saya, saya tetap menanti penuh setia cerita You're Still The One ni...nak tau? jap eh saya minta tolong mr google..

Sinopsis Cerita :

Demi menyelamatkan suaminya Na Han-joon (lakonan Kim Seung-soo), Cha Soon-young (Shin Eun-gyung) membuat perceraian palsu dengan suaminya. Han-joon kemudiannya meninggalkan Soon-young demi menyelesaikan masalah perniagaannya. Semasa ketiadaan suaminya, Soon-young telah jatuh cinta dengan Kang Woo-jin (Song Jae-hee). Lama kelamaan Han-joon pulang semula kepada bekas isterinya. Apakah Soon-young sanggup mengorbankan cinta barunya ataupun berkahwin semula dengan bekas suaminya yang sudah berubah? Apakah perceraian palsu ini terus jadi perceraian yang sebenarnya?

Setelah menyaksikan episod demi episod, perasaan benci saya semakin bertambah terhadap Kang Chae Rin yang sanggup melakukan apa sahaja untuk kepuasan dan ketamakan diri sendiri. Dia sanggup merampas suami orang, memaksa Na Han Joon bercerai dengan isterinya, mengupah kawan baik Na Han Joon sendiri memerangkap temannya itu sehingga di masukkan ke penjara. Kasihan dengan isteri Na Han-Joon yang banyak berkorban untuk sang suami. Sudahlah ayah mertua tidak sukakannya, adik beradik si suami pula terlalu materialistik dan masalah dengan restoran ayam gorengnya...

Cha Soon-young sentiasa mendapat pertolongan daripada Kang Woo-jin dan mencapai kejayaan membina empayar perniagaan kecantikannya.Kesabaran dan ketabahan Cha Soon-young akhirnya memperoleh kejayaan apabila setelah berkali kali dikhianati, bertemu semula beliau dengan ayah kandungnya yang selama ini berada dekat dengan beliau..

Jalan cerita ini membuatkan saya terharu dan benar benar mengkagumi Cha Soon-young.. saya mungkin tidak setabah dia dalam menghadapi kesukaran hidup.. tetapi, cerita ini saya jadikan ikhtibar agar jika ianya berlaku kepada saya kelak, dapatlah saya mampu untuk menanganginya.. chewah...

semuanya gara gara saya terjebak dengan drama korea yang betul betul menarik perhatian saya iaitu cheong dam dong alice... episod berturut turut menemukan saya dengan you're still the one..hahahha.... klise tak? ....

cheong dam dong alice? ini dia...

cerita ni pun best sangat... cerita ni la yang buat saya kembali muda remaja... hahahha.. mr hubby suka tengok heroin dia.. saya pula suka tengok heronya... memang terbaik... buat saya seperti ingin jatuh cinta sekali lagi... dengan mr hubby la...bukan dengan sesapa pun.. hihihi....




BBIM....

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Seronok akhirnya dapat juga saya upload cerita baru... kalau nak cerita tentang sibuk, memang sampai bila bila pun akan sibuk memanjang... hari ni nak cerita tentang baucar buku...


Saya kan student.. hehehe.. yelah... saya sambung belajar di UUM ambik PJJ... course financial... doakan saya berjaya tau.. insyaAllah... dalam kesibukan berbisnes, saya rasa saya juga perlu mengutamakan pelajaran dan penambahan ilmu pengetahuan... bukan apa, selagi berkemampuan ni... ilmu la yang akan membantu kita dalam menghadapi pelbagai situasi... tanpa ilmu, pincanglah segalanya...

seronok sangat bila dapat baucar ni.. yelah... masa oranglain dapat BRIM, saya tak layak dapat... kali ni tetiba saya dapat.. wah.. bukan main seronok rasanya... agaknya gitulah perasaan oranglain bila dapat baucar BRIM agaknya.. hihihi..walaupun tak banyak, rasanya banyak benda yang boleh di beli dari baucar ni...

dan inilah dia hasilnya dari baucar tersebut...


baucar yang diterima untuk menambah ilmu dan mempertingkatkan pengetahuan.. tapi bukan untuk saya saja.. berkongsi baucar untuk tomei tersayang.. hihihi.. sharing is caring kan?.... buku yang ada ni memang berkaitan dengan ilmu yang saya dalami kini... mudah mudahan Allah permudahkan segalanya.. Amin...

Tuesday, May 7, 2013

hari mengundi..

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

ermph.. rasanya masih lagi dalam mood mengundi kan.. saya pun sama juga.. hari ni saja nak share... yelah.. orang tak ramai datang kedai time hujan lebat macam ni... itu yang ada masa sikit.. so, boleh lah mengular buat sesuatu yang kita suka... hihihihi..

bercerita tentang hari mengundi... yang sesungguhnya sangat excited ialah tomei kami... pagi pagi dia dah bangun... dok sibuk kejut mom n dad dia...pagi pagi lagi dah ajak mengundi.. ceh...nak tak nak kena la kami turutkan juga...

sampai ke tempat mengundi kami di SMK Kulai Besar.. pergh.. manusia punya la ramai.... tak sanggup menunggu.. so, kami pun ambil kesempatan pergi breakfast sementara tunggu shopping mall buka...

kali ni ke cowboy saja... mr hubby nak cari pelampung untuk tangki air kami, bocor agaknya.. ni gelagat dua beranak.. tomei buat apa yang dad dia buat.. keh keh keh.. semangat betul... semangat soh kami satu family berbaju biru.. tanda sokongan kepada parti yang ada kena mengena dengan rumah sukan tomei.. hahahaha... oleh kerana rumah sukan dia biru, kami semua kena pakai baju biru.. nasib baik la daddy dia layan je...


balik dari cowboy, kami singgah sekali lagi ke tempat mengundi.. masih lagi ramai.. so, mr hubby ajak balik rumah dulu.. masak masak.. hari ni malas sangat nak masak... so, masak kari ikan n caru bakar saja... cicah sambal kicap dan bawang lada kicap... perghhh... memang sedap.. sebab, ikan baru... semalamnya mr hubby memancing... jadi... ikan fresh ler yang kami masak... caru besar dua ekor habis licin....

lepas makan, rehat rehat jap then baru pergi mengundi.. orang pun dah tak ramai... sangat tak ramai.. so, senanglah tugas kami.. tak perlu beratur panjang... terus ke bilik mengundi dan membuang undi..


tadaaa... inilah bukti kami dah mengundi.. beza sungguh jari kami berdua.. mr hubby nya jari hitam..hahahahaha.... kesian dia... hitam pun hitam janji hati dia putih bersih... hitam pun kesayangan hamba tau.. hihihii....

balik dari mengundi, mr hubby bawa kami pergi berjalan... kemana..? cer teka..cer teka.. hehehehe.. mana lagi...JPO la... tak lama ada la lagi satu tempat lepak kami.. Jusco dalam pembinaan.. jalan kaki pun sampai.. hihihii...


ermph... seperti biasa.. kalau dua beranak ni ada, saya terasing la.. hahahaha.. yelah.. kan saya perempuan.. mereka tu boy.. ada geng.. saya sorang sorang... dengan daddy dia berkepit je.. kalau dengan saya.. cer tengok gambar tu.. kan dia ambil gambar jauh jauh ngan saya.... geram..!

mr hubby beli sepasang kasut... sama warna.. sama brand ngan tomei... suka la dia... 

ok la yerk... sambung lagi nanti tau.....

Sunday, April 21, 2013

Mr HubbY dan ikan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Bulan April memang menguji ketahanan mental dan fizikal saya... hehehe... yelah, projek mr hubby di PTP.. dah tu, sempat pula dia menjalankan aktiviti kegemaran.. MEMANCING.. so, setiap hari la saya kena masak..hahaha....

tapi saya suka... suka sebab dia order makanan macam kat restoran... "ma... hari ni abang nak makan ikan masak kari ye.." "ma... hari ni masak sotong goreng tepung... yang lain ikut suka awak tau.." "ma.. tekak ni teringin nak makan ikan goreng garing..."

manjakan?

hehehe.. haruslah dia bermanja ngan saya.. kang minta manja ngan oranglain... camne? harus ku ketuk kepalanya.. sanggupkah?

derhaka... tak mau derhaka... tak bau syurga...


ermph.. inilah hasil tangkapan mr hubby hari tu.. lupa la hari apa.. yang penting dalam bulan April... ada satu ikan tu tulangnya warna biru.. kebetulan, adik ipar saya tidur di rumah saya.. dah habis makan, baru dia tanya kenapa tulang ikan tu warna biru..? saya pun tak perasan.. yang saya tau... masak dan makan...hahaha....

saya ni kalau ditanya jenis ikan, minta ampun.. minta mahap..memang tak tau.. yang tau, bila mr hubby cakap.. "ma,ikan ni masak kari sedap... ikan ni masak asam pedas.. ikan ni masak 3 rasa... ikan ni masak lemak cili padi..ikan ni masak kicap.." .. itu je la... namun spesis atau jenisnya idok le teman tau...

mr hubby memang rajin memancing, yang tak suka tiap kali balik dari memancing... hanyir.. nak buang perut dulu sebelum simpan dalam peti ais.. itu je yang lemahnya.. mujurlah mr hubby ni sangat memahami.. selalunya dia akan sama sama tolong saya buang perut ikan... sambil berbual dan bercerita tentang keseronokan memancing dia.. cara dapat ikan.. itu lebih menyeronokkan...

bergurau senda dan menggunakan masa yang ada dengan baik... masa ni la kami berdua.. tomei confirm tak mau dekat.. dia tak tahan hanyir... lari terus.. hehehe...pastinya dia akan dok mengadap tv...lebih rela dia berkurung dalam bilik dari muntah muntah bau hanyir..

ermph... gitulah citer dari hamba.. hehehe...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...