Sunday, June 19, 2011

Hambamu Allah....



Assalamualaikum.... lately ni suka betul aku dengar lagu ni... power betul lagu ni... buatkan diriku yang kadang kadang alpa ni tersedar diri... Alhamdulillah... terima kasih ya Allah...terima kasih kepada Mawi dan Akhil Hayy kerana mendendangkan lagu yang merdu ini...dan juga kepada Edry Abdul Halim kerana muzik yang dihasilkan ini...begitu kreatif dan innovatif...

Friday, June 17, 2011

nostalgia malam sabtu...

Assalamualaikum.... mr hubby outstation...masih lagi di terengganu katanya.... ermph.... tetiba memalam ni teringat kat dia... dan teringat kat lagu ni masa kitorang gi lepak bersama kat carrefour...




rasa sedih sangat bila berjauhan... tapi bila dekat....hehehe.....faham faham je la.....

Baru perasan syahdunya lirik lagu ni...



Assalamualaikum..bila my tomei suka dengan lagu ni... secara tidak langsung aku dan mr hubby juga selalu mendengar lagu ini... tetapi hari ini baru ku perasan bait bait lagu yang mempunyai pengertian mendalam...

mr hubby ku...insan yang paling ku sayang dan cintai...walaupun sering berjauhan kerana tuntutan kerjaya, tetapi dia tetap bertakhta di hatiku..walaupun ada juga 'nyamuk nyamuk' gatal yang sering cuba untuk mendampinginya, tetapi hatinya tetap teguh dan utuh untukku.. hehehe...


hemsem kan..? kerana itulah ramai yang cuba cuba nak try masuk jarum...hehehehe.....kepada mereka yang cuba try test nak pisahkan hubungan kami, insaflah ye...selagi pintu taubat terbuka luas, bertaubatlah... janganlah jadi perigi yang mencari timba....lebih lebih lagi mereka yang dah ada keluarga sendiri tu...insaf insaflah...sayangilah keluarga anda....

kadang kadang kelakar pun ada... ada yang sanggup bagi mesej serta gambar untuk membuatkan aku berantakan dengan mr hubby... tapi alhamdulillah....semuanya dapat di atasi dengan akal yang waras..hehehe...

ok la.... enjoy k dengar lagu ni... fahamilah maksudnya.... 

Wednesday, June 8, 2011

Kelantan..terengganu....here i come...

Assalamualaikum.. last week bercuti ngan my tomei ke kelantan.. mr hubby tak dapat join coz tuntutan kerja dan jemputan kahwin kat kampung...

anyway... seronok sangat... walaupun tanpa dia... maybe kalau dia ada.. keseronokan berganda.. hahaha... actually bukanlah semata mata bercuti.. menghantar anak my best fwen ever gi bertunang... hantar rombongan cik kiah gi bertunang.. sesambil tu bercuti la gak kann...?


selamat bertunang to izwan n iffah......


bakal pengantin.....

ni la antara rombongan ni... sehari suntuk perjalanan.... penat tapi my tomei tetap bersemangat... :)

gambo bersama bakal pengantin... ermph... i nampak demuk.. tak suka...tak suka..hahaha... tunggu erh... nanti kita kuwuskan badan lak.... bersemangat berkobar kobar ni....

orang lain sibuk bergambar ngan bakal pengantin..tapi i... hahaha... sibuk bergambar ngan satu pemandangan yang begitu menarik minat ... itulah dia... sampai je kat umah pengantin.. terlihat pemandangan yang begitu indah kat belakang tu... pergghhhh.. menarik sangat..... kannn...?

balik dari kelantan terus ke terengganu.... coz mak dah risau... adik accident kat umah.. ermph... tak bole nak berlama lama kat sini....

my tomei ni asyik minta gambo dia di ambil.... sibuk jerk... hehehe

singgah ke masjid terengganu.. masjid kristal ke..? ermph.. tempat menarik....

gambo kenangan di sini... kalau la ada mr hubby kan best..?tapi dia pun ada tanggungjawab.. kena faham jugak kann...?? dalam hidup berumahtangga ni kenalah ada give n take... take bole la nak layan kepala sendiri jerk.... anyway... biar jauh.. tapi dekat di hati... dia sentiasa ada di hati... :)

aku n family.... sayang giler kat dorang... mak..abah... sentiasa ada di sisi aku saat aku memerlukan... mereka ni tulang belakang dalam kejayaan yang aku kecapi sekarang..so... aku tak bole membelakangkan dorang dalam apa jua hal...masa gi kelantan pun dorang ikut tau... menambah kegembiraan buat aku..

sampai johor mr hubby dah tunggu... ambik kitorang n gi lunch kat sini..... tapi kesian kat mr hubby... penat sangat... maklumlah..dia yang paling sibuk menguruskan sesuatu kat kampung... hehehe...

ni entah kali ke berapa dia berulang alik keluar tandas...sakit perut.. entah makan apa sepanjang ketiadaan kami disini.... takde orang jaga makan.... tu yang salah makan....kesian sangat.... nak buat macamana... dah nasib badan kan yang..?

to kak ham.... thanks for the invitation... ima sayang kak ham...walaupun jarang jumpa... kalian tetap dalam ingatan... 




Tuesday, June 7, 2011

Jatuh cinta lagi....


Assalamualaikum.... fuhhhhhh.............berhabuk la blog i ni.. hehehe.... dah lama tak update.... so kini ada masa baru la bersedia untuk kemaskinikan blog ni... tambah lagi mr hubby on the way balik from kluang...

ermph....suka sangat sangat citer yang kat atas tu... best sangat.... mengingatkan aku kat arwah lan... dan ah keong yang kini sudah pun memeluk agama islam... dan yang paling penting, besar harapanku jika mr hubby i menjadi seperti AHMAD SETH TAN BIN ABDULLAH...bole gitu..?

macam dalam alam fantasi jer.....harap ia muncul dalam hidup ini....

Wednesday, May 25, 2011

Sekejapnya dah besau....

Assalamualaikum...ermph...hari ni gi tempah baju untuk aku...my tomei n mr hubby.... tahun ni tak beli kain baru pun...yang nak dihantar ni, kain yang beli untuk raya tahun lepas..hahaha... bagus sangat... tahun lepas tak sempat nak hantar...dan 2 pasang dari terengganu yang dibeli oleh adik ku pun ku hantar sekali... thank you nin... :) ... nanti belikan lagi yerk... dan baru perasan ada hadiah kain dari klien yang masih tak sempat nak buat lagi... ketawa besar pakcik tu terima tempahan melampau ku... rasanya lebih 7 pasang yang di tempah... pergh... tak tau bila la pula masa nak pakainya pula...coz aku ni bukan jenis yang suka pakai baju kurung...memandangkan nak ukur badan, ambik tomei  i tu balik cepat...nak tempah kat taman ungku tun aminah.. tempat yang biasa kakak iparku hantar... nasib baik la ada tempat...

ambik tomei pun kul 5... gedebak debuk sampai kat sana kul 5.30 petang.. kalau dah berjumpa regunya... uish.. macam macam yang tomei tomei i tu bualkan... kelakar pun ada...antara perbualan yang tersimpan dalam memori...

Perbualan 1:
aleeya: RaziQ, periksa hari ni macamana senang ke susah?

RaZiQ: ermph.. bolehlah.. just like like je... compiden je boleh la...

mummy: confident la...

RaZiQ: ala sama je...aleeya macam mana? boleh jawab tak?

aleeya: kacang goreng je...

RaZiQ: mana la bole makan masa exam....ellleh...ya tipu erh...?

pastu dorang terus sambung berbual....mummy tak sempat nak pasang telinga... mummy sibuk berbual ngan ibu la pulak...then bila maghrib...

RaZiQ: ya..jom kita sembahyang...raziq jadi ustaz, ya ikut...

mummy: bukan ustaz la... imam...

RaZiQ: imam muda ke raziq ni ?

mummy: ye lah tu.. tapi kena pandai baca dulu baru boleh jadi imam...

RaZiQ: ala...bolehlah mummy ye...

aleeya: raziq tunggu ya k...?

RaZiQ: yelah..jom...

faizal: ijal nak itut...tapi ijal cuma nak tengok je..

dorang pun gi toilet...ambik air sembahyang pastu naik atas nak gi sembahyang maghrib.. aku ngan kakak iparku hanya tersenyum melihat gelagat tomei tomei kami tu..tomei ku itu masih dipantau dan masih dalam proses belajar sembahyang dengan betul mengikut tertib dan amalan dalam sembahyang...habis jer sembahyang dorang sambung lagi citer..

RaZiQ: masa raziq berumur 4 tahun kan ya, raziq suka duduk atas kepala mummy masa dia sembahyang...

aleeya: kenapa?

RaZiQ: entahlah..raziq suka...rasa macam naik kuda...

aleeya:tak baik tau..habis tu sekarang masih lagi ke buat macam tu..?

RaZiQ: ish tak boleh la... nanti patah leher mummy..raziq kan CHOMEL...

hahahahahahahahahaha....melekek aku ngan kakak iparku ketawa....

on the way balik, aku terpikir... kesian kat tomei aku sorang tu... badan dia agak besar... dia kuat makan... dan dia suka makan coklat...that's why aku hantarkan dia swimming class... tapi masih tidak memadai.. badan dia semakin berisi....macamana nak control pemakanan dia...? risau gak... takut dia demoralized dengan diri sendiri... takut la gak kan..? apa apa hal jadi kat dia..uish... salah aku ke kerana membiarkan dia makan....makan......dan makan....... dan natijahnya... badan dia semakin besar dan terus membesar... dan akhirnya aku sendiri yang takut dan diselubungi rasa bersalah....

Thursday, May 12, 2011

Busuk Hati...

Assalamualaikum... Hari ni nak share tentang sesuatu yang pernah aku lalui... semoga ceritaku ini dapat dijadikan pengajaran kepada mereka mereka diluar sana... Jangan mudah bersimpati kepada mereka yang bermuka seperti "aku dibawah lindungan kaabah"...berlagak alim tapi hati seperti bangkai....

Sukar untuk aku mempercayai oranglain kerana aku pernah di fitnah... walaupun pernah berlaku 7 tahun yang lepas, aku agak trauma dengan kejadian ini...aku di aniaya hanya kerana perasaan cemburu menguasai diri seseorang..tidak senang dengan kebahagiaan orang lain...cemburu dengan kebahagiaan yang aku miliki...mungkin juga aku terlalu naif ketika itu.. hanya mampu berdiam diri kerana ia membabitkan maruah diri aku dan keluarga...dan ketika itu aku hanya mampu berserah kepada Allah...Berkat kesabaran dan ketabahanku menerima ujian dari Allah ini kepadaku dengan hati yang ikhlas dan terbuka akhirnya mereka yang menganiaya dan memfitnah aku telah menerima balasan yang setimpal dari Allah...

Pengalaman hidup memberikan aku seribu pengajaran untuk aku menjadi kuat dan tabah seperti hari ini..
Hati manusia mengawal pergerakan jasadnya. Jika hati seseorang bersih, jasadnya juga turut melakukan kebaikan, sebaliknya hati yang kotor akan membawanya membuat perkara-perkara yang ditegah agama. Keadaan hati, sama ada bersih atau kotor mempunyai pertalian rapat dengan keimanan dan ketakwaan individu....Niat yang baik insyaAllah Allah lorongkan ke jalan yang baik...

Ingatlah sesungguhnya di dalam jasad manusia itu ada seketul darah, jika ia baik, maka baiklah jasad. Jika ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Itulah dia hati." Hadis ini memberi gambaran bahawa hati manusia yang rosak boleh diibaratkan sebuah komputer yang mempunyai virus. Ia mengganggu sistem komputer dan mencacatkan penggunaannya. Begitulah hati, jika ia dijangkiti, seluruh badan akan rosak...kepada mereka yang menganiaya aku dahulu, aku doakan agar kalian insaf dan ingatlah... Allah balas cash tau....

Hati yang bersih dan luhur memberi gambaran seseorang dapat menepis godaan syaitan. Di dalam diri manusia kita menghadapi dua bisikan iaitu bisikan syaitan dan bisikan malaikat. Bisikan syaitan menggoda manusia. Jika syaitan berjaya menguasai hati, ia akan menguasai seluruh jiwa dan manusia menjadi tidak takut kepada Allah s.w.t. Seterusnya lahirlah manusia yang kejam, tidak berperikemanusiaan, pembohong, pembuat fitnah dan sebagainya.


Dan lebih dasyat lagi jika kita terpengaruh dengan hasutan 'syaitan' bertopengkan  manusia ini dengan mempercayai apa yang di katakan malah sanggup berjumpa dengan bomoh..pawang...atau 'ustaz' semata mata membuktikan fitnah yang dia katakan itu bukan 'fitnah'...muka nampak macam tak bersalah... depan kita baik.. belakang kita.... pergh.... macam kuih talam... talam dua muka....tolong la baca ayat di bawah ini...fahamilah....

وَإِمَّا يَنزَغَنَّكَ مِنَ ٱلشَّيۡطَـٰنِ نَزۡغٌ۬ فَٱسۡتَعِذۡ بِٱللَّهِ‌ۚ إِنَّهُ ۥ سَمِيعٌ عَلِيمٌ 200 إِنَّ ٱلَّذِينَ ٱتَّقَوۡاْ إِذَا مَسَّہُمۡ طَـٰٓٮِٕفٌ۬ مِّنَ ٱلشَّيۡطَـٰنِ تَذَڪَّرُواْ فَإِذَا هُم مُّبۡصِرُونَ 201 

Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (200) Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar)

(Surah Al-Araf 7: Ayat Ke 200-201)

Diharap orang yang berlaku kejam itu,bertaubatlah....insaflah.. takkan tak sedar lagi selama ni Allah balas segala kejahatan yang awak lakukan tu..? Awak diberi sakit, diberi kehidupan merempat, melarat dan susah dalam semua yang awak buat bukan kerana saya 'buat' awak... tapi Allah yang beri semua tu.... sedarlah oi... kuasa siapa yang maha besar dalam ini dunia...? saya ke...? kuat sangat ke saya sehingga mampu untuk memberikan penyakit buat awak..? Dan lebih buruk lagi, tanpa perasaan malu awak minta bantuan suami saya untuk apa? tak malu ke awak..?Awak fitnah isteri dia, awak aniaya isteri dia dan kini tanpa perasaan bersalah awak minta duit dia..? ish..ish...ish....untuk pengetahuan awak, duit yang awak pinjam tak pernah berbayar tu fikir fikirkanlah...hutang tu....

Dalam perjalanan hidup kita ini juga, cubalah beramal dengan kerja-kerja yang mendatangkan pahala. Contohnya pertingkatkan amalan-amalan sunat yang diberi ganjaran pahala yang banyak. Cemburulah kepada mereka yang berjaya membuat banyak ibadah agar kita juga turut bersaing menghapuskan bintik-bintik hitam di dalam hati dan seterusnya melakukan ibadah sebanyak mungkin. Tak payahlah nak jadi kak nam yang suka menabr fitnah sana sini k..?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...