Thursday, May 12, 2011

Busuk Hati...

Assalamualaikum... Hari ni nak share tentang sesuatu yang pernah aku lalui... semoga ceritaku ini dapat dijadikan pengajaran kepada mereka mereka diluar sana... Jangan mudah bersimpati kepada mereka yang bermuka seperti "aku dibawah lindungan kaabah"...berlagak alim tapi hati seperti bangkai....

Sukar untuk aku mempercayai oranglain kerana aku pernah di fitnah... walaupun pernah berlaku 7 tahun yang lepas, aku agak trauma dengan kejadian ini...aku di aniaya hanya kerana perasaan cemburu menguasai diri seseorang..tidak senang dengan kebahagiaan orang lain...cemburu dengan kebahagiaan yang aku miliki...mungkin juga aku terlalu naif ketika itu.. hanya mampu berdiam diri kerana ia membabitkan maruah diri aku dan keluarga...dan ketika itu aku hanya mampu berserah kepada Allah...Berkat kesabaran dan ketabahanku menerima ujian dari Allah ini kepadaku dengan hati yang ikhlas dan terbuka akhirnya mereka yang menganiaya dan memfitnah aku telah menerima balasan yang setimpal dari Allah...

Pengalaman hidup memberikan aku seribu pengajaran untuk aku menjadi kuat dan tabah seperti hari ini..
Hati manusia mengawal pergerakan jasadnya. Jika hati seseorang bersih, jasadnya juga turut melakukan kebaikan, sebaliknya hati yang kotor akan membawanya membuat perkara-perkara yang ditegah agama. Keadaan hati, sama ada bersih atau kotor mempunyai pertalian rapat dengan keimanan dan ketakwaan individu....Niat yang baik insyaAllah Allah lorongkan ke jalan yang baik...

Ingatlah sesungguhnya di dalam jasad manusia itu ada seketul darah, jika ia baik, maka baiklah jasad. Jika ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Itulah dia hati." Hadis ini memberi gambaran bahawa hati manusia yang rosak boleh diibaratkan sebuah komputer yang mempunyai virus. Ia mengganggu sistem komputer dan mencacatkan penggunaannya. Begitulah hati, jika ia dijangkiti, seluruh badan akan rosak...kepada mereka yang menganiaya aku dahulu, aku doakan agar kalian insaf dan ingatlah... Allah balas cash tau....

Hati yang bersih dan luhur memberi gambaran seseorang dapat menepis godaan syaitan. Di dalam diri manusia kita menghadapi dua bisikan iaitu bisikan syaitan dan bisikan malaikat. Bisikan syaitan menggoda manusia. Jika syaitan berjaya menguasai hati, ia akan menguasai seluruh jiwa dan manusia menjadi tidak takut kepada Allah s.w.t. Seterusnya lahirlah manusia yang kejam, tidak berperikemanusiaan, pembohong, pembuat fitnah dan sebagainya.


Dan lebih dasyat lagi jika kita terpengaruh dengan hasutan 'syaitan' bertopengkan  manusia ini dengan mempercayai apa yang di katakan malah sanggup berjumpa dengan bomoh..pawang...atau 'ustaz' semata mata membuktikan fitnah yang dia katakan itu bukan 'fitnah'...muka nampak macam tak bersalah... depan kita baik.. belakang kita.... pergh.... macam kuih talam... talam dua muka....tolong la baca ayat di bawah ini...fahamilah....

وَإِمَّا يَنزَغَنَّكَ مِنَ ٱلشَّيۡطَـٰنِ نَزۡغٌ۬ فَٱسۡتَعِذۡ بِٱللَّهِ‌ۚ إِنَّهُ ۥ سَمِيعٌ عَلِيمٌ 200 إِنَّ ٱلَّذِينَ ٱتَّقَوۡاْ إِذَا مَسَّہُمۡ طَـٰٓٮِٕفٌ۬ مِّنَ ٱلشَّيۡطَـٰنِ تَذَڪَّرُواْ فَإِذَا هُم مُّبۡصِرُونَ 201 

Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (200) Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar)

(Surah Al-Araf 7: Ayat Ke 200-201)

Diharap orang yang berlaku kejam itu,bertaubatlah....insaflah.. takkan tak sedar lagi selama ni Allah balas segala kejahatan yang awak lakukan tu..? Awak diberi sakit, diberi kehidupan merempat, melarat dan susah dalam semua yang awak buat bukan kerana saya 'buat' awak... tapi Allah yang beri semua tu.... sedarlah oi... kuasa siapa yang maha besar dalam ini dunia...? saya ke...? kuat sangat ke saya sehingga mampu untuk memberikan penyakit buat awak..? Dan lebih buruk lagi, tanpa perasaan malu awak minta bantuan suami saya untuk apa? tak malu ke awak..?Awak fitnah isteri dia, awak aniaya isteri dia dan kini tanpa perasaan bersalah awak minta duit dia..? ish..ish...ish....untuk pengetahuan awak, duit yang awak pinjam tak pernah berbayar tu fikir fikirkanlah...hutang tu....

Dalam perjalanan hidup kita ini juga, cubalah beramal dengan kerja-kerja yang mendatangkan pahala. Contohnya pertingkatkan amalan-amalan sunat yang diberi ganjaran pahala yang banyak. Cemburulah kepada mereka yang berjaya membuat banyak ibadah agar kita juga turut bersaing menghapuskan bintik-bintik hitam di dalam hati dan seterusnya melakukan ibadah sebanyak mungkin. Tak payahlah nak jadi kak nam yang suka menabr fitnah sana sini k..?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...