Monday, August 16, 2010

A Woman Should Have....

"If you look at what you do not have in life, you don't have anything, If
you look at what you have in life, you have everything."

A WOMAN SHOULD HAVE 
.....one old love she can imagine going back to... 
and one who reminds her how far she has come....

A WOMAN SHOULD HAVE 
.....enough money within her control to move out and rent a place of her own even if she never wants to or needs to... 

A WOMAN SHOULD HAVE 
..... something perfect to wear if the employer or date of her dreams 
wants to see her in an hour... 

A WOMAN SHOULD HAVE 
..... a youth she's content to leave behind... 

A WOMAN SHOULD HAVE 
......a past juicy enough that she's looking forward to retelling it in her old age.... 

A WOMAN SHOULD HAVE 
......a set of screwdrivers, a cordless drill, and a black lace bra... 

A WOMAN SHOULD HAVE 
.....one friend who always makes her laugh ... and one who lets 
her cry... 

A WOMAN SHOULD HAVE 
......a good piece of furniture not previously owned by anyone 
else in her family... 

A WOMAN SHOULD HAVE 
......eight matching plates, glasses, and a recipe for a meal that will make her guests feel honored. 

A WOMAN SHOULD HAVE 
......a feeling of control over her destiny... 

EVERY WOMAN SHOULD KNOW... 
.....how to fall in love without losing herself... 

EVERY WOMAN SHOULD KNOW... 
....how to quit a job, break up with a lover, and confront a friend 
without ruining the friendship... 

EVERY WOMAN SHOULD KNOW... 
.....when to try harder ... and when to walk away... 

EVERY WOMAN SHOULD KNOW... 
....that she can't change the length of her calves, the width of her hips, or the nature of her parents... 

EVERY WOMAN SHOULD KNOW.. 
......that her childhood may not have been perfect... but its over... 

EVERY WOMAN SHOULD KNOW..... 
.....what she would and wouldn't do for love or more... 

EVERY WOMAN SHOULD KNOW... 
.....how to live alone... even if she doesn't like it... 

EVERY WOMAN SHOULD KNOW... 
.....whom she can trust, whom she can't, and why she shouldn't 
take it personally... 

EVERY WOMAN SHOULD KNOW... 
.....where to go... be it to her best friend's kitchen table... or a charming inn in the woods... when her soul needs soothing... 

EVERY WOMAN SHOULD KNOW... 
..... what she can and can't accomplish in a day... a month...and a year... 

"People say what we are all seeking is the meaning of life... 
I think what we're really seeking is the experience of being alive.." 
Rudyard Kipling 

Sunday, August 15, 2010

Sejarah Ramadan

* Ramadan: ertinya panas terik
* Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
* Berlakunya Perang Badar Al-Kubra dan Islam mendapat kemenangan.
* Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin (Fathul Makkah) dan

   berakhirnya penyembahan berhala.
* Di dalamnya terdapat malam al-Qadar yakni malam yg lebih baik dari 1000 bulan.
* Di pilih sebagai kewajipan ibadat puasa.
* Di pilih untuk ibadat-ibadat lain (tadarus Al Quran, Terawih, Zakat Fitrah)


Kelebihan Bulan Ramadhan

* Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia, terlepas dari siksa kubur)
* Bulan penuh keberatan
* Di dalamnya terdapat satu malam al-Qadar
* Ganjaran solat sunat sama dengan solat fardhu
* Manakala solat fardhu diberi 70 kali ganda ganjarannya
* Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
* Bulan menambah rezeki
* Menambahkan pahala dalam buku catatan amal
* Bulan keampunan - doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa, juga doa pada
   sepertiga malam. 
* 10 hari pertama adalah rahmat,
* 10 hari pertengahan - pengampunan daripada Allah
* 10 hari terakhir - kemerdekaan dari api neraka.

Amalan-amalan yg digalakkan di bulan Ramadhan

* Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan sesama Mukmin
* Menempah pakaian untuk Ramadhan
* Niat puasa sebulan pada permulaan Ramadhan
* Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
* Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
* Bertadarus Al-Quran secara bersemak (bukan sendirian)
* Solat berjemaah setiap waktu
* Solat jemaah di masjid/surau
* Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
* Sahur diwaktu akhir
* Sahur - untuk mengelakkan makanan tidak hadam, elakkan makanan pedas dan tutup sahur
  dengan air susu
* Mandi Janabat (hadath) sebelum habis waktu Imsak
* Kurangkan tidur
* Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
* Tunaikan Solat Dhuha
* Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
* Tunaikan solat Rawatib (solat sunat yg mengiringi solat fardhu)
* Jaga pacaindera
* Elakkan gosok gigi pd waktu petang
* Hadiri majlis ilmu / tazkirah
* Buat baik pada ibubapa
* Isteri hendaklah taat pada suami
* Banyakkan bersedekah
* Berbuka dengan 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api
* Berbuka bersama org tua
* Jemput tetamu berbuka
* Kurangkan berat badan - diet
* Banyakkan i ' tikaf di masjid (lelaki sahaja)
* Baiki hubungan suami isteri & keluarga
* Baiki hubungan jiran
* Isteri jauhi daripada keluar memakai mekap & perhiasan
* Elakkan belanja berlebihan
* Kuatkan kesabaran
* Banyakkan selawat,istighfar, bertasbih
* Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
* Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar
* Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu & melalaikan
* Elakkan mendengar radio berunsur hiburan
* Berdoa dengan nada lembut dan merayu
* Jauhkan bercumbu antara suami/isteri pada siang hari
* Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yg meninggal dunia
* Melazimkan solat pada awal waktu
* Sebelum berbuka elakkan bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
* Elakkan banyak berhutang
* Merasa pilu pada akhir-akhir Ramadan kerana ditakuti tidak akan bertemu lagi dengan
   Ramadhan akan datang
* Tunaikan zakat fitrah

Cara Beramal Di Malam Lailatul Qadar (Malam 21-30)

* Kepada Orang Tua yang lemah
* Kerjakan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih secara berjemaah di masjid/surau,
* ini sudah dikira beramal pada malam Al Qadar
* Orang yang tidak sanggup solat malam yang panjang
* Baca ayat akhir surah Al Baqarah
* Baca ayat Kursi
* Baca surah Yaasin
* Baca surah Al Zalazah
* Baca surah Al Qafirun
* Baca surah Al Ikhlas
* Bagi orang yang kuat dan cergas
* Bangunkan isteri dan anak
* Bersihkan badan / mandi
* Solat malam - Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah dan baca Al-Quran


NUZUL Al QURAN ( 17 Ramadhan )

* Tarikh turunnya Al Quran
* Beramallah di malamnya dengan solat malam dan amalan yg baik

 Cara Menyambut Aidil Fitri
Jangan sekali-kali disambut dengan hiburan, mercun, pesta lampu dan berbagai kemungkaran dan kemaksiatan. Pada petang akhir Ramadhan org2 yg meninggal(sudah mati) menangis kerana peluang untuk berehat telah berakhir. Adalah dicadangkan supaya keluarga menziarahi kubur pada petang akhir Ramadhan atau jika kuburnya jauh, hendaklah dibaca doa Tahlil selepas solat Asar. Semoga mereka diampuni. Ibnu Abbas r.a pernah mengatakan bahawa roh orang yg meninggal dunia dibenarkan pulang ke rumah anak2nya dan berdiri di pintu rumah memohon belas kasihan drpd anak2 mengirimkan bacaan doa, sekurang2nya Al Fatihah sekali utk mereka. Oleh itu janganlah terlalu gembira dan ingatlah org2 tua yg sudah meninggal, semoga nanti sampai giliran kita maka anak2 akan ingat kpd kita.

Takbir Di Malam Raya
Banyakkan bertakbir pada malam raya sebagai tanda kesyukuran diatas kejayaan melaksana ibadat dan menundukkan nafsu di sepanjang Ramadan.

Kesimpulannya
Bulan Ramadhan datang setahun sekali dan ia adalah sebaik-baik bulan, bulan penuh keberkatan, pengajaran, dan dapat melahirkan insan yg bertakwa seandainya kita menghayatinya dgn sungguh-sungguh. Oleh itu bersiap sedialah dari awal supaya Ramadan kali ini dapat diisi dgn amalan-amalan seperti yg tersebut di atas & semoga kita menjadi insan yg soleh/solehah.

*Doa utk menghilangkan lekas naik marah/ baran,maklumlah waktu lapar memang lekas naik angin....

Rujuk kepada Surah Al-Anbiya, ayat-69. Sebelum minum, baca doa dan tiupkan pada air (utk diri sendiri,anak, suami dll).
Insyaallah.

Wallahu a ' lam.

Makmurkan malam Ramadhan....

Memakmurkan malam sepanjang Ramadan adalah sunat dan amat dituntut oleh Rasulullah saw. Perkara ini dinyatakan daripada Abu Hurairah bahawa Nabi Muhammad bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang bangun (qiamullail) pada Ramadan dengan keimanan dan pengharapan diampunkan baginya dosa yang terdahulu." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Antara ibadat yang dituntut sepanjang Ramadan adalah solat Tahajud, membaca al-Quran dan mengkhatamkannya sekerap mungkin.


Qiamullail pada Ramadan juga diberi maksud sebagai mengerjakan solat Tarawih secara berjemaah.


Daripada Aisyah diriwayatkan bahawa Nabi menunaikan solat Tarawih di masjid, lalu diikuti beberapa orang bersamanya. Kemudian Baginda solat lagi dan orang yang solat bersamanya semakin bertambah ramai.


Seterusnya, orang ramai berhimpun pada malam ketiga dan keempat, tetapi Rasulullah tidak keluar untuk solat Tarawih bersama mereka.


Apabila tiba waktu Subuh, Rasulullah bersabda kepada mereka bermaksud: "Sesungguhnya aku melihat apa yang kamu lakukan. Tiada yang menghalang aku keluar kepada kamu selain kerana aku takut ia difardukan ke atas kamu." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Pada zaman pemerintahan Amirul Mukminin Umar bin Al-Khattab, umat Islam pada peringkat awal mengerjakan solat Tarawih secara bersendirian.


Kemudian Umar memerintahkan mereka mengerjakan secara berjemaah dan beliau melantik Ubai bin Kaab sebagai imam.


Solat Tarawih boleh dilakukan secara bersendirian, namun lebih afdal dilakukan secara berjemaah.


Perkara ini berdasarkan hadis Nabi bermaksud: "Seseorang lelaki yang bersolat (Tarawih) bersama imam hingga imam itu pulang (selesai mengerjakan solat), ia dikira telah bangun (beribadat) keseluruhan malam."

RAHSIA BERSOLAT....

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......

1 -
Niat Sembahyang :

Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 -
Berdiri Betul :

Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 -
Takbir-ratul Ihram :

Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 -
Fatihah :

Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 -
Ruqu' :

Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 -
I'tidal :

Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 -
Sujud :

Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 -
Duduk antara 2 Sujud :

Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 -
Duduk antara 2 Sujud (akhir) :

Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 -
Tahhiyat Akhir :

Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 -
Selawat Nabi :

Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 -
Salam :

Memelihara kita di dalam kubur.

13 -
Tertib :

Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :


"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /
Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!" 



kengkadang kita tak perasan kan yang kita ni sebenarnya telah diperbodoh bodohkan secara langsung atau tidak oleh pihak Yahudi yang sentiasa mencari jalan untuk menyesatkan dari sudut akidah dan pemakanan secara langsung atau tidak......


Awal perkahwinan...vs Penghujung perkahwinan

Jom share.....pernahkah kita membandingkan cara layanan suami pada awal perkahwinan dan di ambang permasalahan dalam perkahwinan....dari sudut bacaan dan perkongsian pendapat dengan kawan kawan yang menjadi jururunding perkahwinan...kami dapati....terdapat perbezaan pada mula berkahwin dan penghujung perkahwinan....


Situasi 1
Awal Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Jom..dari duduk rumah, bosan plak.."


Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Abang penat laaa..Ayang pergi sendiri laaa..naik lrt ke..drive ke..teksi ke.."


Penghujung perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "apa shopping moping..?..aku kompang kang..."


Situasi 2 Awal Perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "OK..no problem.."


Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "Awak tak boleh masak ke ?"


Penghujung perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "awak nikah je lah ngan mamak kedai tu..."


Situasi 3 Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang mengandung.."
Suami : "Abang tak sabar nak lihat anak kita.."


Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Abang tolong buat susu anak.."
Suami : "Abang mengantuk laa..ayang buat laaa.."


Penghujung perkahwinan
Isteri : " Cuba awak tegur anak tu sikit.."
Suami : "Haiii..anak awak..memang ikut mak...gerenti bengong nyer..."


Situasi 4 Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "OK..no problem.."


Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "Saya penat, awak ajelahh yang buat.."


Penghujung perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."

Suami : " apa kata awak masak, awak kemas, awak buat sumer ...saya nak kuar ngan maid kita yg baru ni...."..


Situasi 5 Awal Perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Apa yang ayang inginkan.."


Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Setiap tahun saya berikan...tak cukup lagi ke?"


Penghujung perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "kompang nak ?"...


Situasi 6 Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : "takpe, biar abang masak.."


Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : "masak jer la apa2 jer.."


Penghujung perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : " bakar je lar dapur tu..."...

......ermph.....renung renungkan k...di mana kita sekarang..? adakah masih sama di awal perkahwinan... pertengahan perkahwinan ataupun di penghujung perkahwinan...? buat sesuatu untuk mengembalikan situasi sekarang kepada situasi awal perkahwinan...jangan sampai kita berada di situasi bahaya.......(nasihat ini untuk diri sendiri dan untuk dikongsikan bersama anda...hehehehe)

AHLAN WASAHLAN MARHABAN YA RAMADHAN

Ampun dan maaf jua yang dipinta semoga setiap detik Ramadhan yang bakal tiba akan memberikan limpahan rahmat yang berterusan InsyAllah.
Tips Kejutkan orang bersahur
Puasa pun nak dekat, tapi time untuk bangunkan orang bersahur adalah time paling critical sekali. Dibawah ni ada2 tips menarik untuk dicuba:-)

Kalau nak kejutkan orang bangun tidur especially sahur..cam ni antara caranya
.. 
1. pegang anak jari kiri/kanan sambil tu panggil nama dia perlahan lahan..
2. sentuh bahu org tidur tu..dan goyangkan perlahan lahan..sambil panggil nama dia...
3. renjis air kat muka dia...sambil panggil nama dia...
4. tampar tampar manja pipi dia..sambil panggil nama dia...
5. tutup kipas/air cond


tapi kalau still tak ada effect
1. jerit nama dia kuat kuat...
2. gigit ibu jari kaki dia..cam antu toyol gigit
3. simbah air sebaldi...kalau boleh air rendam baju korang
4. tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam
5. goyang badan dia kuat2 then jerit gempa bumi! gempabumi! tsunami!tsunami!
6. jerit api! api! api!
7.. letak kfc ke mcd ke xpun ikan patin masak tempoyak yg baru dibeli sebelah hidung dia..bgi ambik bau sikit


tapi kalau still tak gerak gak

1. pergi kat telinga dia...then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia byk kali...
2. pergi kat dia, baca je surah yaa sin! then laungkan azan ke


tapi kalau still tak ada effect gak...ni je la cara terakhir

1. panggil je orang masjid/surau untuk uruskan...terimalah hakikat krn tuhan lbh menyayanginya....

hehehehe....gurauan bulan puasa... maaf kan saya kalau terperanjat....
.

Adakah ada yang Akan Mendoakan Kita?

Seorang pengarah yang berjaya jatuh di kamar mandi dan akhirnya stroke. Sudah 7 malam dirawat di RS di ruang ICU. Di saat orang-orang terlelap dalam mimpi malam, dalam dunia roh seorang malaikat menghampiri si pengarah yang terbaring tak berdaya. 
Malaikat memulakan pembicaraan, Kalau dalam waktu 24 jam ada 50 orang berdoa buat kesembuhanmu, maka kau akan hidup. Dan sebaliknya jika dalam 24 jam jumlah yang aku tetapkan belum terpenuhi, itu berertinya kau akan meninggal dunia!
Kalau hanya mencari 50 orang, itu sangat mudah.'kata si pengarah ini dengan yakinnya.
Setelah itu Malaikat pun pergi dan berjanji akan datang 1 jam sebelum batas waktu yang sudah disepakati.
Tepat pukul 23:00, Malaikat kembali mengunjunginya; dengan bangganya si pengarah bertanya, Apakah esok pagi aku sudah pulih? Pastilah banyak yang berdoa buat aku, jumlah pekerja aku punya lebih dari 1000 orang, jadi kalau hanya mencari 50 orang yang berdoa pasti bukan perkara susah.
Dengan lembut si Malaikat berkata, Anakku, aku sudah berkeliling mencari suara hati yang berdoa buatmu tapi sampai saat ini baru 3 orang yang berdoa buatmu, sementara waktumu tinggal 60 minit lagi. Rasanya mustahil kalau dalam waktu dekat ini ada 50 orang yang berdoa buat kesembuhanmu.
Tanpa menunggu reaksi dari si pengarah, si malaikat menunjukkan layar besarberupa TV siapa 3 orang yang berdoa buat kesembuhannya. Di layar itu terlihat wajah duka dari sang isteri, di sebelahnya ada 2 orang anak kecil, putera puterinya yang berdoa dengan khusuk dan nampak ada titisan air mata di pipi mereka.
Kata Malaikat, Aku akan memberitahukanmu, kenapa Tuhan rindu memberikanmu kesempatan kedua? Itu kerana doa isterimu yang tidak putus-putus berharap akan kesembuhanmu.
Kembali terlihat dimana si isteri sedang berdoa jam 2:00 subuh, Tuhan, aku tahu kalau selama hidupnya suamiku bukanlah suami atau ayah yang baik! Aku tahu dia sudah mengkhianati pernikahan kami, aku tahu dia tidak jujur dalam kerjanya, dan kalaupun dia memberikan sumbangan, itu hanya untuk popularity dan menaikkan namanya saja untuk menutupi perbuatannya yang tidak ben ar dihadapanMu. Tapi Tuhan, tolong pandang anak-anak yang telah Engkau berikan pada kami, mereka masih memerlukan seorang ayah. Hambamu ini tidak mampu membesarkan mereka seorang diri.
Dan setelah itu isterinya berhenti berkata-kata tapi air matanya semakin deras mengalir di pipinya yang kelihatan cengkung karena kurang rehat.
Melihat peristiwa itu, tampa terasa, air mata mengalir di pipi pengarah ini. Timbul penyesalan bahwa selama ini bahawa dia bukanlah suami yang baik. Dan bukan ayah yang menjadi contoh bagi anak-anaknya. Malam ini dia baru menyadari betapa besar cinta isteri dan anak-anak padanya.
Waktu terus berlalu, waktu yang dia miliki hanya 10 minit lagi, melihat waktu yang makin sempit semakin menangislah si pengarah ini,penyesalan yang luar biasa. Tapi waktunya sudah terlambat ! Tidak mungkin dalam waktu 10 minit ada yang berdoa 47 orang!
Dengan sedihnya dia bertanya, Apakah diantara pekerjaku, kaum kerabatku, teman kerja ku, teman organisasiku tidak ada yang berdoa buatku?
Jawab si Malaikat, Ada beberapa yang berdoa buatmu.Tapi mereka tidak ikhlas. Bahkan ada yang mensyukuri penyakit yang kau derita saat ini. Itu semua karena selama ini kamu mementingkan diri, sombong, mengainaya pekerja, kejam, ego dan bukanlah pihak atasan yang baik. Bahkan kau sanggup memecat pekerja yang tidak bersalah dan yang tidak setimpal dengan kesalahannya. Si pengarah tertunduk lemah, dan pasrah kalau malam ini adalah malam yang terakhir buat dia. Tapi dia minta waktu sesaat untuk melihat anak dan si isteri yang setia menjaganya sepanjang malam.
Air matanya tambah deras, ketika melihat anaknya yang sulung tertidur di kerusi hospital dan si isteri yang kelihatan lelah juga tertidur di kerusi sambil memangku si bongsu.
Ketika waktu menunjukkan pukul 24:00, tiba-tiba si Malaikat berkata, Anakku, Tuhan melihat air matamu dan penyesalanmu! ! Kau tidak jadi meninggal,karena ada 47 orang yang berdoa buatmu tepat jam 24:00.
Dengan hairan dan tidak percaya, si pengarah bertanya siapakah yang 47 orang itu. Sambil tersenyum si Malaikat menunjukkan suatu tempat yang pernah dia kunjungi bulan lalu.
Bukankah itu Pusat Asuhan Anak Yatim? kata si pengarah perlahan. Benar anakku, kau pernah memberi bantuan bagi mereka beberapa bulan yang lalu, walau aku tahu tujuanmu saat itu hanya untuk mencari populariti saja dan untuk menarik perhatian kerajaan dan pelawat luar negeri.
Pagi tadi , salah seorang anak pusat asuhan tersebut membaca di surat khabar bahawa seorang pengarah terkena stroke dan sudah 7 hari di ICU. Setelah melihat gambar di surat khabar dan yakin kalau orang yang sedang koma adalah kamu, orang yang pernah menolong mereka dan akhirnya anak-anak yatim pusat asuhan sepakat berdoa buat kesembuhanmu.
Doa sangat besar kuasanya. Kita malas. Tidak ada waktu. Beban untuk berdoa bagi orang lain. Ketika kita mengingat seorang sahabat lama/keluarga, kita fikir itu hanya kebetulan saja padahal seharusnya kita berdoa bagi dia. Mungkin saja pada saat kita mengingatnya dia dalam keadaan memerlukan doa dari orang-orang yang mengasihi dia.
Disaat kita berdoa bagi orang lain, kita akan mendapatkan kekuatan baru dan kita boleh melihat kemuliaan Tuhan dari peristiwa yang terjadi. Hindarilah perbuatan menyakiti orang lain... Sebaliknya perbanyaklah berdoa buat orang lain.
Kerana pahlawan sejati, bukan dilihat dari kekuatan fizikal dan hartanya,tapi dari kekuatan hatinya. Katakan ini dengan perlahan, 'Ya TUHAN saya mencintai-MU dan memerlukan- MU, datang dan terangilah hati kami sekarang...! !!'
WASSALAM  (di ambil dalam salah satu bacaan di Virtualfriends.net)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...