Friday, December 30, 2011

fenomena ombak rindu...



Assalamualaikum guys... nak citer tentang fenomena ombak rindu lak...sementara berkesempatan ni... sempat la saya layan ombak rindu masa baru ditayangkan..bersama ngan famili dan teman. 

Menyaksikan adegan Izzah yang sedang berbaring di katil lusuh di rumah buruk di kampung manakala suaminya Hariz sedang berbaring di katil cantik bersama isteri baru membuatkan saya terfikir apa agaknya perasaan seorang isteri yang sudah berbelas tahun bersama tiba-tiba terbaring sendirian di malam hari memikirkan suami yang sangat disayangi sedang bermesra dengan wanita lain di tempat yang lain... uish... sedih sangat pastinya... 

walaupun babak itu tak berapa senonoh, tapi moral of the story dalam filem itu jelas dan nyata pada pandangan saya ni...Menonton filem ombak rindu menjadikan saya lebih faham makna redha dan pasrah. 

Pengertian redha itu maksudnya menerima ketentuan daripada Allah SWT dengan ikhlas yang merupakan tahap tertinggi iman seorang insan manakala pasrah itu menerima ketentuan hidup kerana sudah tidak mampu berbuat apa-apa.

Hidup Izzah dalam ombak rindu yang sentiasa dirundung masalah demi masalah dan sememangnya kenyataan hidup yang memang ada di muka bumi ini..ramaikah pasangan suami isteri yang masih dilanda ombak rindu? Ramai pasangan sudah hilang rasa rindu kerana setiap hari untuk bertahun-tahun lamanya bersua muka.

Saya sendiri pernah berpisah dengan suami sekali sekala sering terasa rindu .. Benarlah kata orang-orang tua, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan..tapi kalau seringkali ditinggalkan bimbang pula semakin hilang ombak rindunya itu...bimbang  yang tinggal hanya rasa tanggungjawab dan apabila hilang rasa tanggungjawab putuslah sebuah ikatan...ish..takut lak kan..?

Novel ombak rindu yang difilemkan memang ada bezanya tetapi jika dilihat dengan perasaan pasti akan memberi pengajaran dalam meneruskan kehidupan yang sebenar... apapun lagu yang menjadi OST ini memang sedap didengar... jom layan... 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...