Friday, June 1, 2012

nafsu....!


Assalamualaikum... hari ni terbaca dalam sebuah blog yang menceritakan tentang perempuan seksi mengundang nafsu serakah...siapa yang salah... haishh... ermph... semua orang mempunyai pandangan tersendiri... bagi saya semuanya berpunca dari diri..

Nasfu mengatakan wanita itu cantik kerana rupa parasnya.
Akal mengatakan wanita itu cantik kerana ilmu dan kepandaiannya.
Hati mengatakan wanita itu cantik kerana akhlak dan imannya.

1001 maksud kecantikan pada wanita itu. hari ni saya nak berkongsi satu mutiara kata.Mutiara kata di atas tu. Macam yang kita tengok, mutiara kata membawa banyak definisi bagi cantik. Cantik yang semestinya tidak hanya pada rupa tetapi ia bernilai subjektif bergantung kepada siapa penilai tu. tidak ada istilah aku cantik, kau hodoh dan aku hodoh kau cantik.Itulah dia nafsu....

Nafsu! sering kali nafsu ni dipengaruhi oleh syaitan. Disebabkan nafsu juga wanita itu cantik pada rupa parasnya. Kenapa rupa yang dijadikan asas kepada cantik itu? Kerana nafsu itu hanya mampu melihat pada yang nyata.

Bukan emas permata di sebalik rupa. ermph... saya teringat, pernah dulu seorang kawan menulis kat status facebook, kenapa perempuan yang cantik itu harus seksi? Ada yang yang menjawab sebab dia kan cantik, jadi tak perlulah segan nak pemerkan apa yang dia ada. Jadi seksi pun menarik sebab semua dah cantik! Pada saya pulak,kenapa yang seksi tu dipanggil cantik? Kalau dia tidak melihat yang seksi tu sebagai cantik, jadi tak perlulah memberi pandangan macam tu. betul tak? So, kita tukar status, kenapa perempuan cantik tu harus bertutup rapi? simple..untuk mempamerkan kecantikannya kepada yang layak sahaja!

Akal! Anugerah Allah kepada umat manusia untuk membezakan antara manusia dan haiwan. Bertuahnya bergelar manusia kepada anugerah akal ni.Dengan akal kita mampu mengenal pencipta, dapat membezakan antara hal baik dan buruk. bagi akal, wanita itu cantik pada ilmu dan kepandaian. Di mana wanita itu mampu untuk membawa diri, dialah wanita yang cantik. Cantik yang bererti hebat pada pandangan mata. Selagi wanita itu mempunyai ilmu pengetahuan, mampu menguruskan pelbagai situasi yang ada, dia wanita cantik pada akal.

Hati! organ dalaman dalam tubuh setiap manusia. hati yang mempunyai penilaian tersendiri. hati menyatakan wanita itu cantik pada akhlak dan imannya dan hati ini jugalah yang menjadi asas kepada pembentukan akhlak dan iman bagi seorang wanita itu. cantiknya wanita itu bukan sekadar luaran tetapi dalaman. selagi dalaman itu bersih dan suci, ia mampu memancarkan kecantikan luaran bagi wanita. tidak guna hanya cantik di mata tetapi hodoh di hati. tetapi jika cantik di hati, hodoh di luar, dia mampu bersyukur dengan pemberian Allah untuknya. dan di situlah kecantikan yang sebenar dapat dilihat.cantik di luar hanyalah satu bonus kerana kerana cantik di hati adalah lebih utama. jaga perlakuan, jaga akhlak, jaga iman, jaga hubungan dengan Allah dan sesama manusia, insyaAllah, kita mampu dikategorikan sebagai CANTIK...

dan ingatlah... ingatlah... ingatlah...


sebagai manusia kita boleh berubah dan mampu berubah.. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...