Showing posts with label insurance. Show all posts
Showing posts with label insurance. Show all posts

Friday, March 8, 2013

MyeG oh MyeG

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Mesin MyeG saya telah pun beroperasi sepenuhnya. Alhamdulillah... sekarang step kedua iaitu mencari mereka yang berminat untuk menjadi ejen dan sub ejen  saya. Semoga perjuangan saya ini dalam mengembangkan dan meningkatkan ekonomi orang melayu islam khususnya dipermudahkan Allah.

Andai anda berminat, jom add dan like kami di facebook AL BARR PREMIER atau anda boleh contact admin direct di alamat :

AL BARR PREMIER
600 Jalan Serunai 11
Taman Saleng, 81400
Senai, Johor

atau call 07-5900372 dan 07-5984605

lebih mudah call

019-7760960 dan 019-7910960


Sunday, April 6, 2008

Beza Insuran dan Takaful

Oleh
Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/

Ramai yang kurang memahami beza di antara praktis yang dilakukan oleh syarikat Insuran dan Takaful. Setelah saya menulis tentang terdapat unsur gharar dan riba di dalam insuran konvensional. Maka timbul dakwaan bahawa jika demikian, takaful juga mengandungi proses yang sama. Lalu, bagaimanakah bentuk yang dilakukan oleh syarikat-syarikat Takaful?.

Bukankah ia juga mempunyai elemen meletakkan wang dan menunggu pampasan apabila musibah mendatang.?

Jawapan mudah saya adalah, syarikat-syarikat Takaful telah mengubah aqad ‘Mu'awadah Maliah' yang digunakan oleh syarikat Insuran konvensional kepada aqad Tabarru'at (kontrak derma). Hasilnya, aqad derma tidak terikat dengan syarat-syarat jual beli tadi, tidak juga diperlukan untuk jelas dan terang jumlah itu dan ini semasa serahan derma.

Contoh mudahnya, apabila anda memberikan hadiah kepada seseorang, adakah menjadi syarat agar anda memberitahu kepadanya berapa jumlah yang anda beri? Jawapnya sudah tentu tidak menjadi syarat. Ini kerana, ia adalah sumbangan baik dari satu pihak, tatkala itu tidak banyak syarat diperlukan untuk melaksanakan aqad derma ini. Bagaimanapun bagi memudahkan urusan syarikat Takaful, mereka akan menggunakan gabungan beberapa aqad.

Asas asasnya adalah :
a) Tabarru' dan Mudarabah b)
Wakalah dan Tabarru

Saya tidak akan mengulas kedua-dua bentuknya secara panjang lebar, cukup saya sertakan gambar rajah bagi kedua-dua bentuk agar ia dapat memberi sedikit gambaran awal kepada para pembaca. ( Malangnya saya gagal memasukkan gambar rajah ini )

1) Takaful Model Wakalah dan Tabarru' Keterangan ringkas : Syarikat Pengendali Takaful dilantik oleh pencarum sebagi wakil bagi menguruskan sejumlah wang tertentu untuk didermakan bagi tujuan takaful apabila diperlukan. Untuk melaksanakan tujuan itu syarikat Takaful akan mengambil sejumlah upah (al-Ujr) atas sebagai kos pengurusannya. Di samping itu, ia juga berfungsi sebagai wakil untuk melaburkan wang yang belum didermakan dan atas dasr Ju'alah, syarikat akan mengambil satu lagi jumlah upah sekiaranya ia berjaya mendapatkan untung dari pelaburan yang diusahakannya itu.

2) Takaful Model Tabarru dan Mudarabah Keterangan ringkas : Menurut model ini, pihak pencarum meletakkan wangnya dalam jumlah tertentu atas aqad tabarru', pihak syarikat akan menguruskan tabung takaful dan dalam masa yang sama melaburkannya, jika terdapat lebihan keuntungan (surplus) setelah ditolak semua kos-kos pengurusan, pihak syarikat Takaful akan menghadiahkan sejumlah wang kepada peserta sebagai penghargaan penyertaannya.

Kesimpulan; perubahan dari aqad yang mengandungi ciri jual beli yang diamalkan oleh Insuran konevsnional menjadikannya bermasalah dari sudut Shariah. Ini berbeza dengan yang digunakan oleh Takaful yang menggunakan samada aqad derma (tabarru') atau (wakalah). Berikut pula perbezaan antara keduanya dalam bentuk jadual (silat lihat jadual di laman web ustaz) ;

Demikian penerangan ringkas saya.

MARI! MARI! MARI!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,Selaras dengan tuntutan Islam dalam persediaan menghadapi sebarang musibah, eTiQa Takaful menawarkan skim simpanan berperlindungan Islam yang mana operasi kendaliannya dipantau oleh Majlis Pengawasan Syariah serta keuntungan perniagaannya dibahagikan secara Mudharabah dan juga perlaksanaan pembayaran zakat di dalam perniagaan. Simpanan berperlindungan yang ditawarkan oleh eTiQa Takaful terdiri daripada tabungan pendidikan anak-anak dan simpanan berperlindungan individu yang merangkumi beberapa manfaat seperti dibawah:- Manfaat kematian biasa dan kemalangan(Khairat Kematian yang tinggi)- Manfaat Hospital- Manfaat Bertempoh- Manfaat Penyakit Kritikal- Pembayaran urusan pengkebumian segera (RM1000).- Simpanan dan keuntungan Mudharabah- Pengeluaran dibenarkan sehingga 80% tanpa menjejaskan amaun perlindungan

"DAHULU..................... Aku milik seseorang yang ku kenali sebagai abang Man. Pertemuan kami diatur oleh satu Agency. Aku mungkin hanya dilihat sebagai sekeping kertas bercetak seolah-olah tidak bererti apa-apa pada ketika itu. Adakalanya aku berhabuk disimpan di dalam almari usang dan hanya bertemankan lipas, cengkerik dan anai-anai. Dan juga mungkin Abang Man sudah melupai dimanakah diriku berada kini. Ramai sudah sahabatku yang senasib denganku. Dari hasil keringatnya mebanting tulang saban bulan, abang Man mengambil sedikit hasil keringatnya untuk menyediakan sedikit simpanan keatasku tanpa menduga atau menjangka apa-apa akan berlaku keatas dirinya. Aku sangat menghargainya kerana aku sedar, aku masih lagi dihatinya. KINI......................... abang Man telah pergi buat selama-lamanya............SEKARANG....................... tibalah masa untuk aku bekerja. Membalas jasa abang Man yang tak pernah ku lupa.

Dengan kemampuan dan kudrat yang ku ada, aku berjaya membantu keluarga yang ditinggalkannya. Aku berjaya melangsaikan segala hutangnya dan meringankan bebanan keluarga. Alhamdulillah, dengan bantuanku juga Isterinya telah berjaya membesarkan anak-anaknya. Anaknya kini telah berjaya ke menara gading. Sekiranya abang Man masih ada...... pasti dia akan tersenyum bangga, kerana pernah memiliki ku satu ketika............... Polisi Etiqa Takaful......"Ayuh, marilah kita bersama menegakkan muamalah Islam. Milikilah "Policy Etiqa Takaful" hari ini yang mana ianya bukan sahaja memberi manfaat ketika anda masih hidup, malah juga ketika anda telah tiada.

Jangan berlengah lagi dan perluang hanya datang sekali.

Untuk mereka yang berminat memiliki Polisi Simpanan Berperlindungan ini:

1. Apakah perkhidmatan yang disediakan? Menawarkan perkhidmatan 24 jam, 7 hari seminggu untuk semua proses pendaftaran dan tuntutan merangkumi semua DUN.

2. Apakah kelebihan perkhidmatan ini?Kemudahan peserta dan prospek kerana semua urusan pendaftaran dan tuntutan dapat dilakukan diluar waktu bekerja dan terus ke tempat anda.

3. Apakah yang saya perlu sediakan sekiranya saya berminat untuk menyertai simpanan berperlindungan Etiqa Takaful?Sediakan semua dokumen yang diperlukan seperti Kad Pengendalan, Kad Kredit (Bagi permotongan melalui kad kredit),Biro Angkasa dan Kad ATM.

4. Bagaimanakah urusan tuntutan manfaat dibuat?Cuma perlu hubungi pihak eTiQa yang terhampir dengan anda

5. Bagaimanakah Pembayaran sumbangan bulanan dibuat?Di Etiqa Takaful, kami menggalakan pembayaran melalui 'auto debit' dari akaun simpanan peserta atau melalui kad kredit. Atau melalui Online System.Ini bertujuan memudahkan peserta membuat pembayaran bulanan tanpa perlu ke kaunter.

6. Bagaimanakah caranya sekiranya saya berminat untuk menyertai atau mengetahui mengenai Simpanan berperlindungan ini?

Sila hubungi...

Rahimah Abu Bakar
0137410301
rahimbak@agent.etiqa.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...