Showing posts with label takaful. Show all posts
Showing posts with label takaful. Show all posts

Friday, March 8, 2013

MyeG oh MyeG

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Mesin MyeG saya telah pun beroperasi sepenuhnya. Alhamdulillah... sekarang step kedua iaitu mencari mereka yang berminat untuk menjadi ejen dan sub ejen  saya. Semoga perjuangan saya ini dalam mengembangkan dan meningkatkan ekonomi orang melayu islam khususnya dipermudahkan Allah.

Andai anda berminat, jom add dan like kami di facebook AL BARR PREMIER atau anda boleh contact admin direct di alamat :

AL BARR PREMIER
600 Jalan Serunai 11
Taman Saleng, 81400
Senai, Johor

atau call 07-5900372 dan 07-5984605

lebih mudah call

019-7760960 dan 019-7910960


Friday, August 6, 2010

Pengertian Takaful

Definisi Takaful
Dalam bahasa arab, kata dasar bagi perkataan "Takaful" ialah 'kafala' yang bererti untuk menjamin, menjaga atau memelihara. Oleh kerana "Takaful" merupakan katanama yang berasal daripada kata kerja 'takafala', maka ianya juga bererti ' saling menjamin, menjaga atau memelihara'.Menurut Akta Takaful 1984, "Takaful" ertinya satu skim yang berasaskan persaudaraan, perpaduan dan bantuan bersama yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta-peserta jika diperlukan di mana peserta-peserta sama-sama bersetuju untuk memberi sumbangan bagi maksud itu.Secara amnya, Takaful mempunyai tujuan yang sama dengan insurans konvensional di mana kedua-duanya merupakan instrumen untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik kerana ditimpa musibah. Cuma di sini, syarikat Takaful yang disenaraikan oleh Bank Negara Malaysia, akan dikawalselia oleh Badan syariah supaya ditadbir mengikut syariat Islam. Untuk memastikan syarikat takaful anda telah tersenarai dan diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia, anda boleh semak ke laman List of Takaful Operator.

Konsep Asas Takaful
Konsep Takaful mengambarkan satu rancangan perlindungan berasaskan kepada hubungan persaudaraan insan, rasa saling tanggungjawab dan saling bekerjasama di kalangan peserta.


1. Al-Qasamah

Memelihara kehilangan nyawa seseorang dalam qisas. Menurut jumhur ulama', apabila berlaku satu pembunuhan tanpa diketahui siapa pembunuhnya atau tidak ada bukti yang kukuh, maka perlulah bersumpah sebanyak lima puluh orang. Jika tidak terdapat lima pulah orang, maka orang yang berkenaan mesti bersumpah sebanyak lima puluh kali. Qasamah diwajibkan apabila tidak ada keterangan jelas tentang pembunuhnya, iaitu keterangan yang diberikan adalah lemah dan meragukan.

2. Aqilah

Di bawah sistem aqilah pula, setiap ahli masyarakat bersetuju untuk membantu ahli masyarakat yang lain jika berlaku pembunuhan secara tidak sengaja, atau untuk membayar wang tebusan bagi membebaskan tawanan perang Muslimin.

3. Tabarru

'Tabarru' bermaksud menderma secara ikhlas. Dalam konteks Takaful, semua peserta bersetuju untuk saling membantu di kalangan mereka di atas niat yang sama.Di dalam industri Takaful, At-Tabarru' yang diperkenalkan ialah Tabarru' (derma) bertujuan. Derma bertujuan diperkenalkan di mana setiap peserta yang ingin menyertai Takaful menderma sesuai dengan risiko yang dibawanya. Pengendali menetapkan kadar Tabarru' demi memastikan tabung Tabarru' yang disertai oleh semua peserta tidak terjejas bagi memberi keadilan kepda semua pihak. Ini berkonsepkan saling lindung-melindungi.Justeru itu, jika seseorang peserta membawa risiko yang besar kadar sumbangan yang mesti disumbangkan mestilah sepadan dengan risiko tersebut.

4. Al-Wakalah

Al-Wakalah bermaksud wakil-mewakili.Al -Wakalah merupakan satu perlantikan seseorang untuk mengambil tempat orang yang melantiknya bagi menguruskan sesuatu perkara yang tertentu atau pemberian kuasa kepada seseorang Wakil utuk menegur dan menjaga sesuatu perkara.Dalam konsep ini peserta sebagai satu pihak membuat akad mengizinkan pengendali untuk melabur dan menjaga serta menguruskan dana. Di atas prinsip itu juga mereka memberi kebenaran mutlak kepada pengendali untuk melantik Wakil bagi pihak mereka, jika mereka memerlukannya.Pengendali Takaful adalah dihadkan kepada menguruskan dana bagi pihak Wakil. Manakala Wakil bukan bertindak sebagai ejen kepada peserta , tetapi menjadi wakil kepada Pengendali Takaful.

5. Mudharabah
Mudharabah (Amanah Berkongsi Keuntungan) Bermaksud perjanjian berkontrak antara pemberi modal dan pengusaha untuk bertujuan menjalankan perniagaan dengan kedua-dua pihak bersetuju ke atas peraturan dan pembahagian keuntungan.Dalam kontrak Takaful, pengendali Takaful ditakrifkan sebagai pengusaha yang akan menjalankan aktiviti perniagaan, manakala peserta pula sebagai pemodal yang akan menyerahkan sumbangan mereka melalui sumbangan Takaful. Kontrak Takaful akan menetapkan pembahagian keuntungan yang akan diagihkan antara peserta dengan pengendali Takaful.

Tip memilih Insuran/Takaful

Kami juga ingin memberikan tips-tips terbaik memilih polisi insuran/takaful untuk anda iaitu :-


1. Kenalpasti bajet anda untuk memiliki insurans


Serendah Rm80 sebulan pun anda mampu memiliki polisi insurans termasuk simpanan tetap anda.


2. Kenalpasti jenis perlindungan yang anda kehendaki


Adakah anda berisiko untuk terlibat dengan kemalangan ditempat kerja atau jalanraya , anda terdedah dengan penyakit kritikal kerana corak hidup dan pemakanan anda tidak seimbang?


3. Kenalpasti jumlah perlindungan yang dikehendaki


Adakah tujuan anda mendapat manfaat pulangan yang tinggi pada tempoh matang 3 tahun pertama, pulangan yang tinggi pada hari persaraan anda kelak atau perlindungan anda ketika anda bersara awal atau bersara wajib dan paling penting perlindungan rawatan hospital anda


4. Kenalpasti siapakah yang patut anda lindungi



Siapa yang anda paling sayang? Diri sendiri? Anak-anak? Atau keluarga anda?



Kami di Etiqa Takaful kami komited membantu dengan :

1. Percayakah anda dengan hanya RM3 hingga RM5 sehari anda sudah menyediakan tabungan dan pelindungan untuk perancangan kewangan hari untuk hari esok


2. Pengeluaran simpanan anda boleh dilakukan tanpa menjejaskan amaun polisi perlindungan


3. Setiap pelaburan dikawal selia oleh majlis pengawasan syariah (Diketuai oleh Dato’ Seri Hj Harussani Bin Zakaria)

4. Pengeluaran zakat pada setiap tahun dan pengecualian cukai pendapatan


5. Khairat kematian


6. Pampasan kemalangan


7. Manfaat Elaun harian hospital dan Cuti Sakit (MC) anda kami akan bayar


8. Manfaat hilang upaya kekal atau cacat pun kami akan bayar


9. Manfaat penyakit kritikal (36 jenis) termasuk semua jenis kanser

Thursday, August 5, 2010

Insurans nyawa ada halal, ada haram

SAYA ada membeli insurans nyawa daripada sebuah syarikat. Hanya selepas setahun, saya diberitahu ia haram. Masalahnya sekarang, adakah ia benar? 

Adakah saya perlu berhenti sekarang (dan mengalami kerugian) atau menunggu sehingga ia matang. Bolehkah wang insurans itu dibersihkan melalui sedekah? Apa harus saya lakukan sekarang?

Azmi,Johor



JAWAPAN

Ada insurans nyawa yang halal dan ada yang tidak halal, bergantung kepada cara ia dilaksanakan dan di mana wang itu dilaburkan. 

Jika sah wang itu pelaksanaan atau pelaburannya haram, haramlah wang berkenaan.

Soal rugi tidak akan timbul jika kita percaya pada keberkatan rezeki. Sesuatu yang dilakukan dengan niat menjauhi yang haram kerana mentaati perintah Allah akan diganti semula oleh Allah.

Hadis ada menyebut yang bermaksud “Jauhilah yang haram, walaupun ianya banyak”. 

Wang akan dapat dibersihkan jika rajin bersedekah dan berzakat



Anda musykil,  Dr Mashitah jawab PEMBACA yang ragu-ragu dan ingin bertanya mengenai perkara berkaitan agama boleh menulis kepada: Pengelola Mimbar Metro Ahad, 31 Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur atau e-mel kepada: mimbar@hmetro.com.my

(Datuk Dr Mashitah Ibrahim, Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri)

PELUANG PERNIAGAAN MELALUI TAKAFUL

RAHSIA MENJANA PENDAPATAN PASIF BERSAMA eTiQa TAKAFUL
Perniagaan Yang Menakjubkan Di eTiQa Takaful


Tahukah anda?
Industri Takaful adalah antara cabang industri yang menjana pendapatan pasif (passive income) untuk anda.



Kami dengan penuh rasa takzim menjemput tuan/puan untuk sertai kami di eTiQa Takaful.

KENAPA BIZ INI?

KENAPA MESTI eTiQa TAKAFUL?

# Pengendali Takaful yang TERBESAR dan TERKUKUH bukan sahaja di Malaysia malah di Dunia.
# Kenaikan pendapatan secara bulanan.
# Pendapatan TIADA HAD pendapatan. Usaha lebih, pendapatan lebih.
# Dapat melancong PERCUMA ke luar negara bagi mereka yang achieve target.
# Jaminan BONUS tahunan, tanpa perlu kelulusan dari Kabinet atau Perdana Menteri (termaktub dalam kontrak wakil).
# Pendapatan boleh DIWARISI oleh suami/isteri atau anak-anak.
# LATIHAN dan BIMBINGAN berterusan (dari seorang yang tak pandai bercakap kepada seorang otai dalam industri takaful) bimbingan dan asuhan akan membentuk anda mengatasi masalah tesebut.
# KENAIKAN PANGKAT berasaskan pencapaian (productions), bukan berapa lama anda dah jadi wakil.
# BOLEH jadi JUTAWAN? .... Sudah tentu.!...tapi bukan dengan sekelip mata. Dah ramai Pengurus Agensi Kumpulan di ETiQa Takaful yang jadi jutawan

KELEBIHAN MENJADI WAKIL eTiQa TAKAFUL?

# Memperkenalkan Produk Islam (Takaful vs Insurans).
# Waktu kerja yang fleksibel (Part Time/Full Time).
# Pakej komisyen, bonus dan insentif yang menarik.
# Bertindak sebagai penasihat kewangan (simpanan, perlindungan & pelaburan).
# Menolong orang dalam menyediakan pelan simpanan dan jaminan kewangan ketika ditimpa musibah (kemalangan atau penyakit).

Kelayakan : SPM dan ke atas

KOMISEN ANDA!

Setiap jualan yang anda buat menghasilkan komisen 35% untuk tahun pertama.
Contoh pengiraan komisen berikut jika anda berjaya mendapat 10 orang clients dengan setiap orang membuat premium bulanan RM 100. Kita lihat apakah potensi pendapatan anda selepas setahun???

10 x RM 100 = RM1000
Komisen : 35% x RM1000 = RM350


Selepas 12 bulan anda menjadi Wakil eTiQa Takaful,
anda akan menerima komisen bulanan RM 4,200.00 setiap bulan.

Lebih banyak jumlah kes yang anda perolehi,
maka lebih banyaklah pendapatan anda. Begitu jugalah sebaliknya.

BONUS TAHUNAN yang lumayan...

Sunday, April 6, 2008

Beza Insuran dan Takaful

Oleh
Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/

Ramai yang kurang memahami beza di antara praktis yang dilakukan oleh syarikat Insuran dan Takaful. Setelah saya menulis tentang terdapat unsur gharar dan riba di dalam insuran konvensional. Maka timbul dakwaan bahawa jika demikian, takaful juga mengandungi proses yang sama. Lalu, bagaimanakah bentuk yang dilakukan oleh syarikat-syarikat Takaful?.

Bukankah ia juga mempunyai elemen meletakkan wang dan menunggu pampasan apabila musibah mendatang.?

Jawapan mudah saya adalah, syarikat-syarikat Takaful telah mengubah aqad ‘Mu'awadah Maliah' yang digunakan oleh syarikat Insuran konvensional kepada aqad Tabarru'at (kontrak derma). Hasilnya, aqad derma tidak terikat dengan syarat-syarat jual beli tadi, tidak juga diperlukan untuk jelas dan terang jumlah itu dan ini semasa serahan derma.

Contoh mudahnya, apabila anda memberikan hadiah kepada seseorang, adakah menjadi syarat agar anda memberitahu kepadanya berapa jumlah yang anda beri? Jawapnya sudah tentu tidak menjadi syarat. Ini kerana, ia adalah sumbangan baik dari satu pihak, tatkala itu tidak banyak syarat diperlukan untuk melaksanakan aqad derma ini. Bagaimanapun bagi memudahkan urusan syarikat Takaful, mereka akan menggunakan gabungan beberapa aqad.

Asas asasnya adalah :
a) Tabarru' dan Mudarabah b)
Wakalah dan Tabarru

Saya tidak akan mengulas kedua-dua bentuknya secara panjang lebar, cukup saya sertakan gambar rajah bagi kedua-dua bentuk agar ia dapat memberi sedikit gambaran awal kepada para pembaca. ( Malangnya saya gagal memasukkan gambar rajah ini )

1) Takaful Model Wakalah dan Tabarru' Keterangan ringkas : Syarikat Pengendali Takaful dilantik oleh pencarum sebagi wakil bagi menguruskan sejumlah wang tertentu untuk didermakan bagi tujuan takaful apabila diperlukan. Untuk melaksanakan tujuan itu syarikat Takaful akan mengambil sejumlah upah (al-Ujr) atas sebagai kos pengurusannya. Di samping itu, ia juga berfungsi sebagai wakil untuk melaburkan wang yang belum didermakan dan atas dasr Ju'alah, syarikat akan mengambil satu lagi jumlah upah sekiaranya ia berjaya mendapatkan untung dari pelaburan yang diusahakannya itu.

2) Takaful Model Tabarru dan Mudarabah Keterangan ringkas : Menurut model ini, pihak pencarum meletakkan wangnya dalam jumlah tertentu atas aqad tabarru', pihak syarikat akan menguruskan tabung takaful dan dalam masa yang sama melaburkannya, jika terdapat lebihan keuntungan (surplus) setelah ditolak semua kos-kos pengurusan, pihak syarikat Takaful akan menghadiahkan sejumlah wang kepada peserta sebagai penghargaan penyertaannya.

Kesimpulan; perubahan dari aqad yang mengandungi ciri jual beli yang diamalkan oleh Insuran konevsnional menjadikannya bermasalah dari sudut Shariah. Ini berbeza dengan yang digunakan oleh Takaful yang menggunakan samada aqad derma (tabarru') atau (wakalah). Berikut pula perbezaan antara keduanya dalam bentuk jadual (silat lihat jadual di laman web ustaz) ;

Demikian penerangan ringkas saya.

MARI! MARI! MARI!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,Selaras dengan tuntutan Islam dalam persediaan menghadapi sebarang musibah, eTiQa Takaful menawarkan skim simpanan berperlindungan Islam yang mana operasi kendaliannya dipantau oleh Majlis Pengawasan Syariah serta keuntungan perniagaannya dibahagikan secara Mudharabah dan juga perlaksanaan pembayaran zakat di dalam perniagaan. Simpanan berperlindungan yang ditawarkan oleh eTiQa Takaful terdiri daripada tabungan pendidikan anak-anak dan simpanan berperlindungan individu yang merangkumi beberapa manfaat seperti dibawah:- Manfaat kematian biasa dan kemalangan(Khairat Kematian yang tinggi)- Manfaat Hospital- Manfaat Bertempoh- Manfaat Penyakit Kritikal- Pembayaran urusan pengkebumian segera (RM1000).- Simpanan dan keuntungan Mudharabah- Pengeluaran dibenarkan sehingga 80% tanpa menjejaskan amaun perlindungan

"DAHULU..................... Aku milik seseorang yang ku kenali sebagai abang Man. Pertemuan kami diatur oleh satu Agency. Aku mungkin hanya dilihat sebagai sekeping kertas bercetak seolah-olah tidak bererti apa-apa pada ketika itu. Adakalanya aku berhabuk disimpan di dalam almari usang dan hanya bertemankan lipas, cengkerik dan anai-anai. Dan juga mungkin Abang Man sudah melupai dimanakah diriku berada kini. Ramai sudah sahabatku yang senasib denganku. Dari hasil keringatnya mebanting tulang saban bulan, abang Man mengambil sedikit hasil keringatnya untuk menyediakan sedikit simpanan keatasku tanpa menduga atau menjangka apa-apa akan berlaku keatas dirinya. Aku sangat menghargainya kerana aku sedar, aku masih lagi dihatinya. KINI......................... abang Man telah pergi buat selama-lamanya............SEKARANG....................... tibalah masa untuk aku bekerja. Membalas jasa abang Man yang tak pernah ku lupa.

Dengan kemampuan dan kudrat yang ku ada, aku berjaya membantu keluarga yang ditinggalkannya. Aku berjaya melangsaikan segala hutangnya dan meringankan bebanan keluarga. Alhamdulillah, dengan bantuanku juga Isterinya telah berjaya membesarkan anak-anaknya. Anaknya kini telah berjaya ke menara gading. Sekiranya abang Man masih ada...... pasti dia akan tersenyum bangga, kerana pernah memiliki ku satu ketika............... Polisi Etiqa Takaful......"Ayuh, marilah kita bersama menegakkan muamalah Islam. Milikilah "Policy Etiqa Takaful" hari ini yang mana ianya bukan sahaja memberi manfaat ketika anda masih hidup, malah juga ketika anda telah tiada.

Jangan berlengah lagi dan perluang hanya datang sekali.

Untuk mereka yang berminat memiliki Polisi Simpanan Berperlindungan ini:

1. Apakah perkhidmatan yang disediakan? Menawarkan perkhidmatan 24 jam, 7 hari seminggu untuk semua proses pendaftaran dan tuntutan merangkumi semua DUN.

2. Apakah kelebihan perkhidmatan ini?Kemudahan peserta dan prospek kerana semua urusan pendaftaran dan tuntutan dapat dilakukan diluar waktu bekerja dan terus ke tempat anda.

3. Apakah yang saya perlu sediakan sekiranya saya berminat untuk menyertai simpanan berperlindungan Etiqa Takaful?Sediakan semua dokumen yang diperlukan seperti Kad Pengendalan, Kad Kredit (Bagi permotongan melalui kad kredit),Biro Angkasa dan Kad ATM.

4. Bagaimanakah urusan tuntutan manfaat dibuat?Cuma perlu hubungi pihak eTiQa yang terhampir dengan anda

5. Bagaimanakah Pembayaran sumbangan bulanan dibuat?Di Etiqa Takaful, kami menggalakan pembayaran melalui 'auto debit' dari akaun simpanan peserta atau melalui kad kredit. Atau melalui Online System.Ini bertujuan memudahkan peserta membuat pembayaran bulanan tanpa perlu ke kaunter.

6. Bagaimanakah caranya sekiranya saya berminat untuk menyertai atau mengetahui mengenai Simpanan berperlindungan ini?

Sila hubungi...

Rahimah Abu Bakar
0137410301
rahimbak@agent.etiqa.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...