Wednesday, August 18, 2010

Hikmah sujud

Sujud lega sistem pernafasan

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau oleh akal manusia.
Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya.
Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.
Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:

- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut(convulsions) .
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna. 

Tuesday, August 17, 2010

idola ku.......tan sri SYED MOKHTAR AL BUKHARI.....

Tidak ada yang mustahil

Banyak yang diperkatakan mengenai seorang tycoon bumiputera terkenal di Malaysia iaitu Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhari. Namanya terkenal bukan sahaja di Malaysia malah di serata dunia terutamanya bursa-bursa saham. Tidak banyak yang kita ketahui mengenai latarbelakang beliau malah saya (Nik Zafri) sendiri tidaklah mengenali beliau secara rapat tetapi berikut adalah maklumat-maklumat mengenai jutawan dan tokoh korporat Malaysia yang terkenal ini yang dapat saya kongsi bersama dengan pembaca. Saya terlebih dahulu ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan maaf jika terdapat ketidaktepatan fakta- yang dikemukakan lebih-lebih lagi dari pihak Tan Sri Syed Mokhtar sendiri. Jika ada pembaca mempunyai fakta-fakta yang lebih kukuh, saya memohon agar diemailkan kepada saya.

Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhari berasal daripada Alor Setar, Kedah. Memulakan perniagaannya sebagai seorang pengusaha daging pada tahun 1970. Seorang yang terkenal dengan sikap rendah diri, Syed Mokhtar tidak pernah berpuas hati dengan kedudukannya dan sentiasa berusaha keras untuk memperbaiki taraf hidupnya.

Pada tahun 80-an, Syed Mokhtar telah beralih ke bidang pengangkutan yang telah membawa tuah kepadanya sehingga menjadi seorang antara tokoh korporat bumiputera yang terkaya di Malaysia. Karier perniagaannya mula dikenali pada awal 90-an di Johor semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Besar. Beliau yang amat meminati bidang pengurusan dan pembangunan pelabuhan adalah salah seorang manusia yang bertanggungjawab menjadikan Pelabuhan Tanjung Pelepas Johor menjadi terkenal di mata dunia dalam tempoh yang sebentar.

Tidak lama kemudian, Syed Mokhtar telah mengasaskan Yayasan (Islam) Al-Bukhary yang telah membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai RM70 juta di Kuala Lumpur selain banyak menjalankan kerja-kerja amal dan kebajikan terutamanya sekitar Negeri Kedah dan Perak.

Syed Mokhtar juga merupakan pemilik kepada Syarikat Gulf International Investment Group Capital (GIIG) yang mempunyai kepentingan dalam Projek Hidro Elektrik Bakun. Di samping itu, beliau mempunyai kepentingan dalam beberapa buah firma terkenal Malaysia seperti Malaysia Mining Corporation Berhad (MMC), PERNAS, Padiberas Nasional Berhad, Malakoff Berhad, Seaport Terminal Johor Sdn. Bhd., Johor Port Berhad, Impian Teladan Sdn. Bhd., Indra Cita Sdn. Bhd. dan banyak lagi. MMC telah bergabung dengan Gamuda Berhad dan berjaya mendapatkan projek landasan keretapi berkembar bernilai RM14.5 billion sebelum ianya dibekukan oleh kerajaan kerana faktor pemulihan ekonomi. Syed Mokhtar juga dikatakan telah membeli kepentingan majoriti dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor.

Usaha gigih Syed Mokhtar telah berjaya menarik perhatian dan kekaguman bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir yang menggalakkan lebih ramai tokoh korporat bumiputera dapat dilahirkan menerusi usaha keras sebagaimana Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhari.

Pada pendapat saya, Syed Mokhtar merupakan seorang yang tidak pernah mengenal erti kegagalan dan beliau sentiasa belajar dari apa juga kesilapan yang dilakukan. Beliau juga merupakan seorang yang berhati-hati dalam perniagaan terutamanya soal pembelian dan pengambilalihan kepentingan dalam sesebuah syarikat dan projek. Beliau seolah-olah memikirkan kepentingan orang ramai terutamanya bumiputera sebelum membuat apa-apa keputusan penting dalam perniagaan. Dari beberapa sumber dan setahu saya, Syed Mokhtar merupakan seorang yang taat kepada suruhan agama, pemurah, menggemari perkara-perkara amal dan kebajikan, kuat bekerja, merendah diri dan tidak sukakan publisiti. (Tidaklah menghairankan jika beliau dicemburui dan dikagumi oleh ramai orang)

Mungkin inilah antara rahsia kejayaan beliau. Sebagai role model, beliau terlalu humble di mata aku....dan aku ingin menjadi seperti beliau...semakin beliau berharta semakin beliau bersyukur dan berkongsi kekayaan yang beliau perolehi dengan mereka mereka yang layak.....(dipetik dari blog : Nik Zafri)

SERANGAN JANTUNG!!!!.

Secara logik..., mungkin ada kebenarannya.. Orang-orang China dan Jepun mengamalkan minum teh panas sewaktu makan... dan bukannya air berAIS.Mungkin sudah tiba masanya kita meniru amalan minum air panas sewaktu menikmati hidangan!!!!Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah akan mendapat faedah dari amalan ini.

Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca.Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan.Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan.Ia akan memperlahankan penghadaman kita.Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita
semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.

Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.

Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!

Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada serangan pertama serangan jantung.Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidapSAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur.Marilah kita berwaspada dan berhati-hati.Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup...

PAKAR SAKIT JANTUNG berkata, jika semua orang yang mendapat e-mail inimenghantar kepada 10 orang yang lain, beliau yakin akan dapat menyelamatkan satu nyawa.Baca ini.... ia juga mun gkin dapat menyelamatkan nyawa anda!!!!.hahahaha......ni saja jer tambah je ni.....buat rencah.... 

Produk Halal.....Ya Allah......sesungguhnya aku tak tahu......

Status kehalalan restoran dan pemakanan seperti Kedai Mamak Lotus (dekat Nikko Hotel depan Ampang Park), San Francisco Steak House, Dome, Starbuck, La Boheme, Jusco, Foodcourt KLCC

JAWAPAN JAKIM
􀂄 Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM
􀁺 McDonald
􀁺 A&W
􀁺 Secret Recipe

􀂄 Restoran & Syarikat berikut telah DITARIKBALIK sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal
    mematuhi syarat dan piawaian halal
􀁺 Victoria Station
􀁺 Kam Lun Tai (lihat di bawah)
􀁺 Lotus Family Restoran (sebelah Nikko Hotel depan Ampang Park)

􀂄 Restoran & Syarikat berikut TIDAK PERNAH mendapat pengesahan halal JAKIM
􀁺 San Francisco Steakhouse
􀁺 Chicken Rice Shop
􀁺 Kiwi Express

􀂄 Minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti Coke dan 100 Plus telah mendapat pengesahan halal
    JAKIM

􀂄 Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh    yang dikeluarkan oleh syarikat KG Pastry atau Noraini's Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo     halal JAKIM kecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah DITARIKBALIK pengesahan halalnya    disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan

􀂄 Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah Sdn. Bhd.     Syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM

􀂄 Pewarna rambut yang di pasaran biasanya akan tertulis pada kotak permanent dye atau semi permanent    dye. Mengikut kajian, jenis yang Semi-Pamenent Dye adalah jenis yang tidak menyerap air dan ianya tidak    boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya. JAKIM sendiri TIDAK PERNAH mengeluarkan    sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ianya di kilangkan di luar negara. Untuk pengetahuan,    JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal untuk produk yang diproses di Malaysia sahaja

􀂄 Sehingga kini pengeluar supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM    adalah syarikat Upha. Kebanyakan supplement food dari syarikat Upha telah MENDAPAT    PENGESAHAN halal JAKIM dan telah dipastikan ‘soft gel’ untuk kapsul yang digunakan adalah halal.    Bagi produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, 21 Century tidak pernah Mendapat pengesahan    halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa    bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak. Produk yang tidak    mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar    bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan Islam di negara asal produk tersebut diimport

􀂄 Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, maka kerana     itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan /minuman yang disediakan di restoran ini


􀂄 SOALAN: Saya ingin tahu samada semua stall di FoodCourt Suria KLCC halal kerana tiada papan tanda     yang membezakan gerai yg halal dengan yang tidak halal. Saya juga ingin tahu samada semua restoran di     Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak), seperti Madam     Kwan's, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California Pizza, Kelantan Delights, Chakri's Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne's Pretzels, Cinnabon, Al-Marjan, Bong Sen (Vietnamese),ChinOz On the Park, Dome Café, Genki Sushi, Gloria Jean's Coffees, House of Sudanese Food, San    Francisco Steak House, Santini
JAWAPAN: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC TIDAK ADA yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu

􀂄 Baker's Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor), La Boheme     tidak dapat dipastikan status halal kerana TIDAK PERNAH mendapat pengesahan halal JAKIM. King's    Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Status makanan yang disediakan di Giant dan    Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM, manakala Jusco hendaklah    merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco TIDAK PERNAH    mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus

􀂄 Kedai Bread Talk & Bread Story TIDAK PERNAH mendapat pengesahan halal JAKIM

􀂄 Sehingga kini JAKIM TIDAK PERNAH memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King. Maka   dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual

􀂄 Pernyataan mencampurkan minyak babi untuk pembuatan sausage ayam, fishballs dan lain-lain adalah tidak    benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan    Ayamas, memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi    peraturan halal JAKIM

􀂄 Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan    adalah halal tetapi Starbuck memang TIDAK PERNAH MEMOHON pengesahan halal JAKIM, maka    tidak dapat dipastikan kehalalan bahan /produk di tempat tersebut


Waallahua'lam
Selasa, 2 September, 2008



Pengalaman Bercakap di khalayak ramai.....

Assalamualaikum....
Hari ni aku nak berkongsi pengalaman aku berdiri di hadapan orang ramai......sesungguhnya aku malu nak berkongsi tetapi hati ini mendesak untuk aku kongsikan....mungkin akan memberi manfaat kepada mereka mereka diluar sana untuk memotivasikan diri mereka.....
ni masa kat KUITHO

Dulu...aku memang tak mampu untuk bercakap dikhalayak ramai kerana aku ni pemalu orangnya....Menggigil gigil rasa lutut...apatah lagi bibir aku menggeletar bila disuruh bercakap...hinggalah terjadinya satu peristiwa yang membuatkan aku mengatasi masalah itu..bertitik tolak dari situ aku tak lagi menoleh kebelakang malah aku terus maju sehingga aku mampu mengatasi kelemahanku ini....

Tahun 2008 ...bulan ogos...Kerjasama pihak Amanah Raya Berhad  dan Jabatan Pelajaran Negeri untuk mempromosikan Wasiat Terakhir di Wilayah Persekutuan...dan syarikat kami dilantik sebagai wakil terpilih... memandangkan syarikat kami beroperasi di Johor Bahru, maka pihak syarikat telah memilih beberapa orang wakil Johor Bahru untuk dihantar kesana selama lebih kurang sebulan.... dan aku salah seorang yang terpilih....

untuk melayakkan diri ke Wilayah Persekutuan(WP) kami dikehendaki untuk membuat taklimat di hadapan pegawai pegawai yang berkenaan... pada masa tu.....ramai jugaklah orang...undi dicabut...dan aku orang pertama yang kena buat taklimat mengikut skrip yang diberi....semua bahan diberi...tinggal kita olah mengikut ayat kita...bayangkan...masa tu ada la beberapa peserta kena berlakon jadi cikgu....apa lagi... bila nama aku disebut untuk berdiri dihadapan orang....pucat lesi muka aku...kalau ditoreh pisau..rasanya tak berdarah...

aku mulakan dengan mukadimah...macam tak terkeluar ayat yang aku nak ucapkan....dan ketika itu pen yang aku pegang ditangan nampak bergoyang goyang....menggigil gigil badan aku...ayat yang aku keluarkan pada masa tu....assalamualaikum....lepas tu suara aku tak lagi kedengaran...semua ketawakan aku..ada yang turut bersimpati...tapi tersenyum kambing....dan ada satu mamat ni...ketawakan aku terbahak bahak sampai jatuh kerusi.....siap dia sound aku..."rahimah....hak' alah...aku ni beriya iya nak tulis apa yang kau bakal cakapkan...tapi hampeh...siol la kau...buat lawak tul...hahahahahaha..." merah padam aku masa tu... sampai boss aku kata..takpe...dok la dulu......

bertitik tolak dari situ...ia memberikan aku satu rangsangan semangat untuk mengubah diri aku..sikap aku dan perilaku aku untuk menjadi "seseorang...".....aku kata dalam hati..."kau tunggu la...aku akan buktikan yang aku mampu lakukan yang terbaik dari korang yang ketawakan aku dulu....."

aku ke WP juga...bukan sebagai penceramah...tetapi sebagai pembantu....dan semasa di WP aku minta izin untuk memberi ceramah di beberapa sekolah......alhamdulilllah....aku yakin aku mampu..... dan akhirnya aku mampu lakukan...sekolah pertama: aku menggigil...dada aku macam nak runtuh...berdebak debuk...tapi masa 1-10 minit yang pertama je....selepas tu...bila aku rasa selesa...aku dah tak menggigil lagi..... kesekolah kedua pun macam tu...betullah kata orang... practice make perfect....hari hari aku buat benda yang sama....akhirnya...kegigilan itu pergi sendiri....

bermula dari itu..aku sedar kemampuan diri aku..aku perlu berubah...berfikir di luar kotak....dan aku perlu mempositifkan diri....setiap kali aku berdiri dan berucap....aku akan memastikan kesilapan yang pernah aku buat tidak lagi aku ulangi....aku akan memperbaiki mutu ucapan aku setiap kali aku dapati ucapan itu perlu diperbaiki...dan kita perlu ingat.....hari ini mesti lebih baik dari semalam dan kita kena pastikan hari esok lebih baik dari hari ini....itu prinsip yang aku pegang...semakin kita berpengetahuan...semakin itu kita perlu lebih merendah diri...jangan la bongkak....jangan cepat megah diri....

alhamdulillah...setelah 2 tahun berlalu...dah lebih 100 sekolah yang aku kongsikan kepentingan menguruskan pentadbiran harta pusaka....melalui wasiat terakhir....dan ramai dikalangan masyarakat melayu islam khususnya yang telah berwasiat....dan itu aku rasakan jihad terbesar aku....memastikan mereka diluar sana dan waris waris mereka ditinggalkan dalam keadaan tidak meminta minta........

dan aku harap..kepada mereka mereka yang memperjuangkan muamalah islam ini melalui takaful....islamic unit trust...dan apa apa yang berkaitan dengan perancangan kewangan islam....marilah kita bersama sama memperjuangkan dan mempertahankan masyarakat islam khususnya....untuk memastikan mereka memilih apa jua yang mereka inginkan..samada melalui pemakanan....kewangan...dan apa sahaja melalui....halalan toyyibah atau yang dibenarkan mengikut syara'....Wallahualam...

Berkat

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT. 
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat. 
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat. 
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.

Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.
Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.
Apabila pembangunan pun meningkat,kemajuan menjadi pesat. 

TETAPI AWAS , apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat, 
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat. 

Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.

Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,
KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.
Apabila manusia telah mengubah tabiat,ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat. 
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat. 
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat. 
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat. 
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat. 
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla minyak gamat. 

Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat. 
Semua nak tunjuk kuat. 
Bila berjudi, percaya unsur kurafat. 
Tapi hidup pula yang melarat. 
Tali kasut dah tak berikat. 
Rambut pun jarang sikat. 

Yang perempuan, pakai mini sekerat. 
Suka pakai baju ketat. 
Suka sangat menunjukkan pusat. 
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat. 
Pakai pulak yang singkat-singkat. 
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'. 

Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat. 
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat. 
Duduk jauh berkirim surat. 
Bila berjumpa, tangan berjabat. 
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat. 
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat. 
Usah peduli agama dan adat. 
Usah takut Allah dan malaikat. 
Yang penting apa kita nak buat? 
Kita 'bukti' lah kita buat. 
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat. 
Apabila perut kempis dah jadi bulat,

maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat. 
Bila anak-anak tak cukup sifat,

jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat. 

MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT. 
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat. 
Habis manusia telah tersesat. 
Inilah dia fenomena masyarakat. 
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat, 
Marilah kita pakat mengingat, 
Bahawa dunia hari ini makin singkat, 
Esok atau lusa mungkin kiamat, 
Sampai masa kita semua akan berangkat! . 
Berangkat menuju ke negeri akhirat. 

Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat. 
Masa tu, sindri mau ingat. 

Umur mu banyak mana mu buat ibadat...? 
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...? 
Harta benda anta, dari mana anta dapat...? 
Ilmu anta, adakah anta manafaat...? 

Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera 
meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat. 

(Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa. Pastikan masyarakat 
kita akan menjadi sebuah masyarakat yang bukan sahaja maju dari segi 
duniawi malah ukhrawi. Insya-Allah...Allahhuakbar! Allahhuakbar! 
Allahhuakbar!) 

Monday, August 16, 2010

raziQ n cake....


assalamualaikum...ermph...hari ni nak citer pasal kek... sebab...dah nak dekat birthday my big boy... Muhammad RaziQ Syahmi..... ermph...kek yang pernah dibuat untuk dia....masa birthday dia....

ingat lagi masa ni....gambar yang dah penat penat ambik siang hari telah di format oleh suami tercinta.... dia kata dia ter"format"...arghhhh.....sayangnya......kenangan yang ada hilang begitu saja......cuma terpahat di dalam memori kami saja.....sedey.....:( 
masa ni pada tahun 2006....masa ni kek raziQ ialah gambar Ultraman...sebab dia minat sangat kat Ultraman....kek 4 segi.....besar.....kalau tak silap...kek 2 kg......

masa ni lak...pun sama ada kisah sedey... masa ni ada dua kek... satu kek untuk raziQ... satu kek lagi yang share dengan yang sambut birthday sama ngan raziQ..kalau tak silap ada 6 orang....mak uda raziQ..aunty nana... ibu shalwa...abang aleh(anak kak mila)..ct solehah...dan aziQ...so...kononnye nak potong kek sesama... dah potong potong kek baru ler aku perasan...gambar kek tak ambik lagi...hahahahhaaaaa...... 
satu lagi kisah sedey...nasib baik sempat ambik gambar kek ni...hahahaha...itupun kek tak cantik....hahahaha....masa ni kek dia kek Ben10...masa tahun ni dia minat giler kat Ben10..semua baju...seluar....kasut...stokin...jam...even dia nye seluar kecik pun Ben10....havoc giler kat Ben10 masa ni.......pendek kata sume Ben10....


dek kerana pengajaran 2 tahun lepas..aku berhati hati...kalau last year Ben10 sorang...kali ni Ben10 and the group laks....memang havoc lar...kek ni pun kek besar....last year kek empat segi..tapi this year...kek bulat....dan gelihati...kek ni terpenyek bila bebudak nyanyi lagu birthday untuk raziQ...excited sangat bebudak nak tengok kek RaziQ....hahahahaha....

masa ni suka nya raziQ..masa ni eksyen je ni...nak ambik gambar dia sorang sebenarnya...tapi sume datang...nak join the group...kekeke...tapi tak pe la...anyway masa ni happy sangat...

patutnya birthday boy tak leh main game...tapi beriya iya dia nak main gak masa ni...masuk final lak tu.....tapi tak pe lah raziQ.......asalkan raziQ bahagia sudah ler....

ni lak main kotak beracun....masa ni raziQ menangis sebab dia tak dapat kotak tu...hehehe....apa la....main la dik... orang suka suka je.....

finally...masa beri hadiah.......semua yang hadir dapat merasa hadiah....memang saja bagi hadiah pada budak budak ni...buat dorang suka...tak cukup...tapi minta adik aku gi kedai dan beli lagi bagi cukup......

ni birthday cake last year raziQ..tahun  lepas takde tema....coz...dia nak sume nya... ultraman... ben10...car....entahlah..tahun ni camne la pulak......

antara kawan kawan sekolah yang hadir......seronok....1 malaysia....

masa ni main rebut kerusi...ni dah tinggal 6 kerusi...kecoh tul masa ni........masing masing pegang kerusi...takut muzik berhenti...hahahaha.....

masa ni laks main campak bola beracun....ramai laks dari bulat jadi empat segi sebab ramai nak main..hehehhe....seronok tengok gelagat anak anak ni sume....

finally..masa bagi hadiah.....semua yang datang tak pulang dengan tangan kosong..masing masing bawa balik hadiah masing masing...menang kalah  tak kira..yang penting...semua happy.....

ermph...kira kira tahun ni apa pula tema yang raziQ nak agaknya..?...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...