dalam KETEGASANku ada KELEMBUTAN..dalam KEGEMBIRAANku ada SERIBU DUKA PENDERITAAN..JERIT PERIHku menuju puncak KEGEMILANGAN..aku TEGAR untuk terus BERTAHAN dan MELAWAN...semoga terus di RAHMATI dan di PERMUDAHKAN segalanya....
Wednesday, November 10, 2010
Kenapa kita masih bekerja
Sebuah inspirasi daripada cerita oleh Robert T. Kiyosaki tentang Kekayaan
(Pengarang buku Rich Dad's Guide To Financial Freedom ) seorang Self-Made American Multi-Milionnaire.
Sebuah cerita yg membuatkan jiwaku memberontak menuntut perubahan semasa gaya hidupku...
Nak jadikan cerita, buku ini pada mulanya dipinjamkan oleh rakan aku. Dahlah aku tak terer bahasa Inggeris tapi aku cuba bacalah gak. Sekali baca, aku terus tersentak dengan isi kandungannya... Allsome ! Nih, ada sikit petikan dari cerita ni yg aku rasa patut dikongsikan bersama...
Ceritanya begini, dulu ada sebuah kampung. Kampung ni memang selesa untuk didiami kecuali satu perkara, penduduknya tak dapat bekalan air kalau musim kemarau sebab tasik yang berdekatan kering kontang.
Jadi nak jadikan cerita, penghulu dia buat keputusan offer tender kat sesaper yang minat untuk bekalkan air kat penduduk kampung. Offer itu diumumkan dan ada dua orang yang sukarela untuk rebut tender itu. Tok penghulu pun bagilah tender tu kat dua orang mamat nih, sorang nama Ed dan sorang lagi nama dia Bill. Tok Penghulu sengaja buat macam ni pasal untungnya nanti kat dia ngan penduduk kampung jugak sebab ada persaingan.
Gembiranya tak kepalang, Ed ni bila tahu dia dapat tender tu, terus la pegi kedai beli dua buah besen besi yang besar untuk tangguk air kat tasik. Kerja dia, berulang-alik bawak besen tu pergi tasik untuk tangguk air dan bila dia sampai kampung, isi kat satu tangki konkrit yang besar. Dia mula dapat duit dari servis dia tu dari penduduk kampung. Si Bill pulak, sejak dari masa dapat tender tu, tak nampak batang idung buat beberapa bulan. Lagilah Ed suka, sebab dia pulun duit semua.
Rerupanya, Bill masa tu dah buat satu plan bisnes, dapat 4 pelabur, tubuhkan kompeni, upah sorang presiden untuk bekerja, dan pulang 6 bulan kemudian kat kampung tu. Bila sampai jer, Bill dan krew dia terus buat satu paip besar yang boleh supply air terus dari tasik ke tangki konkrit besar air tu. Bila siap jer kerja tu, Bill buat satu ceremony dan umumkan yang dia boleh supply air kat penduduk kampung tu 24 jam sehari, 7 hari seminggu sebab dia tahu Ed cuma kerja pada hari kerja jer tangguk air, weekends dia lepak ler. Masa ceremony tu jugak, Bill cakap dia boleh jamin air dia lagi bersih sebab dia pun tahu ada orang kampung komplen air Ed tu kotor. Pastu, dia tambah lagi, kalau sesaper nak, dia bagi cas 75% lagi murah dari cas Ed. Apalagi, orang kampung pun gila babas suka.
Sebab Bill punya pasal, ngan x nak gak kalah, Ed pun improve servis dia. Dia tambah lagi beli dua lagi besen, cas dia turunkan lagi 75% murah, upah anak dia sendiri kerja shift malam ngan weekends dan beli cover untuk tutup besen dia (jaga kualiti ler citernya). Bila anak dia dapat offer belajar kat u, dia cepat2 pesan kat anak dia tu supaya cepat2 abis belajar sebab satu hari nanti diorang dpt bisnes ayah dia nih. Lain cerita dah jadi, lepas jer abis belajar, dua-dua anak dia x balik2. Dahlah tu, pekerja Ed mula tunjuk perasaan, mintak gaji ngan faedah yang lagi baik. Kerja menangguk air pun nak sekali jer seminggu.
Bill pulak releks jer, tak kira la dia kerja ker tidak, dia tetap dapat duit. Orang kampung pun memang puas hati. Jadi dia terfikir kalau orang kampung puas hati kenapa tidak dia offer servis dia kat kampung2 lain. Jadi dia pun copylah balik bisnes plan dia tu dan offer servis dia kat kampung lain. Pendekkan cerita, servis dia tu dah sampai ke seluruh dunia. Walaupun untung yang Bill ambik tu sikit, tapi berbilion-lion orang guna servis dia. Akhirnya, Bill yang success dan Ed rasanya lingkup kot pasal Robert x pulak cerita ending mamat Ed nih kat bukunya.
Kesimpulannya, kalau koranglah ada peluang macam nih, mana satu karektor yang korang pilih atau kalau ada, korang pernah tak terfikir jalan action korang tu mirip SIAPA dalam cerita nih ?
Mutiara Kata :
Setiap INSAN dilahirkan untuk jadi JUARA. Gagal sekali bukanlah bererti GAGAL selama-lamanya. Kita GAGAL jika kita tidak bangkit/belajar dari KEGAGALAN kita itu.
Why must WE work for MONEY while MONEY could works for US ? The RICHES never works for MONEY but MONEY works for THEM...
Labels:insuran, takaful, arb, wasiat, pusaka
motivasi
perjalanan hidup ku
assalamualaikum.. alhamdulillah.. dugaan Allah padaku ini membuat aku berasa sangat dekat denganNya.. Ya Allah.. sesungguhnya dengan peringatan dariMu ini membuatkan aku kembali bertakafur kepadaMu ya Allah...
Monday, November 8, 2010
Melaka oh Melaka....
Assalamualaikum... hari ni tercipta satu sejarah baru dalam lembaran hidup sebagai seorang muslim... :)
sesambil dok dengar ceramah hari ni.. sesambil menyambung siri pembacaan dari buku yang telah berdikit dikit dibaca.. THE MAGIC OF THINKING BIG...
walaupun aku dah biasa didedahkan dengan ilmu motivasi.. tetapi hari ni sedikit berbeza... tak seperti biasanya... totally different... tiap butir bicara dipenuhi dengan ilmu ilmu baru... terima kasih ya Allah...
sebuah buku menjadi pilihan aku pada minggu ni.. HALAL DAN HARAM dari Majlis Pengawasan Syariah dari Pulau Pinang.. isinya begitu padat.. terbuka sedikit pandangan mata kasarku selama ni...
sesambil dok dengar ceramah hari ni.. sesambil menyambung siri pembacaan dari buku yang telah berdikit dikit dibaca.. THE MAGIC OF THINKING BIG...
walaupun aku dah biasa didedahkan dengan ilmu motivasi.. tetapi hari ni sedikit berbeza... tak seperti biasanya... totally different... tiap butir bicara dipenuhi dengan ilmu ilmu baru... terima kasih ya Allah...
sebuah buku menjadi pilihan aku pada minggu ni.. HALAL DAN HARAM dari Majlis Pengawasan Syariah dari Pulau Pinang.. isinya begitu padat.. terbuka sedikit pandangan mata kasarku selama ni...
Labels:insuran, takaful, arb, wasiat, pusaka
my story
Wednesday, November 3, 2010
info yang boleh dikongsi bersama kawan2
Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimum 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, solat,berzikir, dan berdo'a.
Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berbicaralah kepada Allah SWT dengan zikir dan do'a.
Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlakku). (HR Ahmad). - DOA TENGOK CERMIN
Untuk memiliki bibir cantik , bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.
Agar tubuh langsing , mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.
Untuk mengembangkan diri , sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.
Labels:insuran, takaful, arb, wasiat, pusaka
muhasabah diri
Tuesday, November 2, 2010
Wanita oh wanita...
1. Bila si dia sibuk……..
Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah.
2. Bila si dia ego…….
Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah utk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.
3. Bila si dia romantik……..
Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama.
4. Bila si dia panas baran……..
Jgn membuat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.
5. Bila si dia penat…….
Jgn mengadu perkara ataupun bercerita ttg hal yg remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yg secukupnya dan jgn memaksa dia membuat sesuatu yg boleh menambah kepenatan.
6. Bila si dia pentingkan diri sendiri………
Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jgn lupa utk bertoleransi antara satu sama lain.
7. Bila si dia mengongkong…..
Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Utk itu, kamu perlu berkata padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.
8. Bila si dia selamba…….
Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya. Orang yg selamba ini selalunya ingin kita yg memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana utk menarik perhatiannya.
9. Bila si dia curang…..
Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yg berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.
10. Bila si dia lurus bendul……
Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat
Apapun jua...kita saling lengkap melengkapi... Lelaki..ibarat tangan kanan.. Wanita ibarat tangan kiri..saling memerlukan.... selamilah perasaan mereka... insyaAllah... mudahlah urusan kita.... :)
Labels:insuran, takaful, arb, wasiat, pusaka
muhasabah diri
7 AYAT- AYAT CINTA
SABDA RASULULLAH S.A.W.
Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah
dan malaikat serta akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan....
1. BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM:
Pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. ALHAMDULILLAH:
Pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.
3. ASTAGHFIRULLAH:
Jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.
4. INSYAALLAH:
Jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.
5. LAHAULAWALAQUATAILLAHBILLAH:
Bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang
buruk.
6. INNALILLAH:
Jika menghadapi musibah atau melihat kematian.
7. LAAILAAHAILLALLAH:
Bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya.
Amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong di kalangan orang yang
terpilih oleh Allah. Anda ada dua pilihan sama ada:
1. Biarkan dalam inbox anda tanpa bermanfaat utk org lain.
2. Anda sebarkan @ forwardkan pada semua kenalan anda.
Sabda Rasulluah S.A.W. siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang yang
mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada...
InsyaALLAH semoga ALLAH menerima amalan kita,
AMIN AMIN AMIN YA RABBAL ALAMIN
sakit...sakit....sakit.......
beberapa hati ni.... tiba tiba sakit tekak sangat sangat ni.... hari ni sakit nya dah sampai tahap gaban... ermph..macam tonsil aku membengkak balik...dah lama tak sakit macam ni... kenapa lar tetiba sakit pulak... mr hubby laks outstation... ermph... tinggal berdua beranak ngan tomei sorang ni... tu pon dia dah tido... :)
Subscribe to:
Posts (Atom)