Wednesday, November 10, 2010

Kenapa kita masih bekerja



Sebuah inspirasi daripada cerita oleh Robert T. Kiyosaki tentang Kekayaan

(Pengarang buku Rich Dad's Guide To Financial Freedom ) seorang Self-Made American Multi-Milionnaire.

Sebuah cerita yg membuatkan jiwaku memberontak menuntut perubahan semasa gaya hidupku...
Nak jadikan cerita, buku ini pada mulanya dipinjamkan oleh rakan aku. Dahlah aku tak terer bahasa Inggeris tapi aku cuba bacalah gak. Sekali baca, aku terus tersentak dengan isi kandungannya... Allsome ! Nih, ada sikit petikan dari cerita ni yg aku rasa patut dikongsikan bersama...

Ceritanya begini, dulu ada sebuah kampung. Kampung ni memang selesa untuk didiami kecuali satu perkara, penduduknya tak dapat bekalan air kalau musim kemarau sebab tasik yang berdekatan kering kontang.
Jadi nak jadikan cerita, penghulu dia buat keputusan offer tender kat sesaper yang minat untuk bekalkan air kat penduduk kampung. Offer itu diumumkan dan ada dua orang yang sukarela untuk rebut tender itu. Tok penghulu pun bagilah tender tu kat dua orang mamat nih, sorang nama Ed dan sorang lagi nama dia Bill. Tok Penghulu sengaja buat macam ni pasal untungnya nanti kat dia ngan penduduk kampung jugak sebab ada persaingan.

Gembiranya tak kepalang, Ed ni bila tahu dia dapat tender tu, terus la pegi kedai beli dua buah besen besi yang besar untuk tangguk air kat tasik. Kerja dia, berulang-alik bawak besen tu pergi tasik untuk tangguk air dan bila dia sampai kampung, isi kat satu tangki konkrit yang besar. Dia mula dapat duit dari servis dia tu dari penduduk kampung. Si Bill pulak, sejak dari masa dapat tender tu, tak nampak batang idung buat beberapa bulan. Lagilah Ed suka, sebab dia pulun duit semua.

Rerupanya, Bill masa tu dah buat satu plan bisnes, dapat 4 pelabur, tubuhkan kompeni, upah sorang presiden untuk bekerja, dan pulang 6 bulan kemudian kat kampung tu. Bila sampai jer, Bill dan krew dia terus buat satu paip besar yang boleh supply air terus dari tasik ke tangki konkrit besar air tu. Bila siap jer kerja tu, Bill buat satu ceremony dan umumkan yang dia boleh supply air kat penduduk kampung tu 24 jam sehari, 7 hari seminggu sebab dia tahu Ed cuma kerja pada hari kerja jer tangguk air, weekends dia lepak ler. Masa ceremony tu jugak, Bill cakap dia boleh jamin air dia lagi bersih sebab dia pun tahu ada orang kampung komplen air Ed tu kotor. Pastu, dia tambah lagi, kalau sesaper nak, dia bagi cas 75% lagi murah dari cas Ed. Apalagi, orang kampung pun gila babas suka.

Sebab Bill punya pasal, ngan x nak gak kalah, Ed pun improve servis dia. Dia tambah lagi beli dua lagi besen, cas dia turunkan lagi 75% murah, upah anak dia sendiri kerja shift malam ngan weekends dan beli cover untuk tutup besen dia (jaga kualiti ler citernya). Bila anak dia dapat offer belajar kat u, dia cepat2 pesan kat anak dia tu supaya cepat2 abis belajar sebab satu hari nanti diorang dpt bisnes ayah dia nih. Lain cerita dah jadi, lepas jer abis belajar, dua-dua anak dia x balik2. Dahlah tu, pekerja Ed mula tunjuk perasaan, mintak gaji ngan faedah yang lagi baik. Kerja menangguk air pun nak sekali jer seminggu.

Bill pulak releks jer, tak kira la dia kerja ker tidak, dia tetap dapat duit. Orang kampung pun memang puas hati. Jadi dia terfikir kalau orang kampung puas hati kenapa tidak dia offer servis dia kat kampung2 lain. Jadi dia pun copylah balik bisnes plan dia tu dan offer servis dia kat kampung lain. Pendekkan cerita, servis dia tu dah sampai ke seluruh dunia. Walaupun untung yang Bill ambik tu sikit, tapi berbilion-lion orang guna servis dia. Akhirnya, Bill yang success dan Ed rasanya lingkup kot pasal Robert x pulak cerita ending mamat Ed nih kat bukunya.

Kesimpulannya, kalau koranglah ada peluang macam nih, mana satu karektor yang korang pilih atau kalau ada, korang pernah tak terfikir jalan action korang tu mirip SIAPA dalam cerita nih ?

Mutiara Kata :
Setiap INSAN dilahirkan untuk jadi JUARA. Gagal sekali bukanlah bererti GAGAL selama-lamanya. Kita GAGAL jika kita tidak bangkit/belajar dari KEGAGALAN kita itu.

Why must WE work for MONEY while MONEY could works for US ? The RICHES never works for MONEY but MONEY works for THEM...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...