Wednesday, July 4, 2012

Bersedia menghadapi cabaran...


Assalamualaikum... lama saya tak update blog kan..? bersawang sawang.. maklumlah.. sibuk sebagai isteri kepada suami tercinta.. ibu kepada anak yang comel... anak kepada ibu bapa saya... dan juga sebagai seorang yang perlu bekerja dan beramal seolah olah saya akan mati esok..

ermph... Kesan Inflasi... saya suka gambar di atas ni... gambar di atas ni menunjukkan kepada kita pentingnya kita menjaga ekonomi rumahtangga kita... kita yang menentukan gaya hidup yang ingin kita nikmati hari ini...esok dan seterusnya...

saya bekerja keras hari ini demi keluarga tercinta... demi membangunkan ummah.. demi meningkatkan taraf hidup kami di samping berkongsi bersama mereka yang lain...

bukan macam seseorang tu yang bergendang menyebarkan fitnah sana sini... memporak perandakan rumahtangga oranglain... apa yang dia dapat tak tau la...

sebelum nak bicara tentang oranglain, ambik cermin... cermin diri sendiri... satu jari menuding ke arah orang, empat lagi jari ke arah diri sendiri... kesian tengokkan nasib dia... bukan senang mana pun... kita sibuk bertungkus lumus menaikkan ekonomi keluarga.. dia? eko no money... hahahaha...

nak bercerita tentang oranglain memang banyak point... the point is, sapa yang berkata kata tu? ermph.. dengar khabarnya berhutang sana sini gak... ke hulu hilir menyusung naik bas gak... nak hand phone canggih manggih tapi berhutang..apa kelas..?

haish...kesian tengok kamu...beria ia menjaja cerita yang salah... akhirnya, siapa yang malu...? sendiri malu kan..?

bukan nak membangga diri atau apa pun.. ingatlah... perkara di bawah ni ye..


saya takut mati... saya tau kamu tak takut mati... sebab tu kamu berani menjaja fitnah sana sini kan..? udah udah le... bawa bertaubat ok..?

Monday, June 18, 2012

kerana dia...

Assalamualaikum...

saya percaya akan ayat ayat di atas... kerana saya memiliki yang ke 5 itu... apabila hidup kita dipenuhi dengan kasih sayang, maka yang no 1-4 akan menjadi mudah buat kita...

kerana kasih sayang si dia, saya mampu melakukan pengorbanan terbesar dalam hidup... menghormati si dia sebagai suami, maka saya beralah walaupun saya tidak bersalah...

ermph.. apapun kerana kasih sayang saya mampu melakukan semua itu...

alhamdulillah... tanpa mengenal erti putus asa dan jemu, akhirnya hari ini saya mampu tersenyum atas kasih sayang yang dicurahkan si dia tanpa berbelah bagi... amin ya Allah.. amin..

kalaulah mereka juga begitu....

Assalamualaikum..... cuba tengok yang ini pula...


kalaulah mereka juga begitu... kan bagus.... haish... usah dikenang barang yang lepas... saya terkilan apabila perjalanan hidup saya dimusnahkan oleh mereka mereka yang mempunyai perasaan hasad dengki.. iri hati dan sentiasa mencari salah saya sehingga memutuskan silaturrahim...

apalah yang mereka inginkan...

apa apapun... biarlah Allah yang menentukan segala galanya...

bangkai gajah, kalau ditutup..lama lama busuk juga... tak perlu la saya bergendang... saya yakin, Allah sentiasa disisi saya... :)

sukar nak buat...

Assalamualaikum.. terbaca lagi.. macam susah sangat nak buat...

 betul kan..?

insyaAllah... insyaAllah akan ku cuba... ye... akan ku cuba perbaiki kelemahan diri ini...

anakku yang tersayang...

Assalamualaikum, bila terbaca ayat di bawah ini tersentuh rasa hati...


tiba tiba teringatkan tomei saya kat rumah... ermph.. hari ni saya ada apppointment ngan client... jadinya anak saya ditinggalkan dirumah dengan dijaga oleh ayah saya... daddy dia outstation... kesian dia... berat hati rasanya nak tinggalkan dia lama lama....

tapi apa boleh buat... dah tuntutan kerjaya...

Thursday, June 14, 2012

From Zero to Hero....



Assalamualaikum, lama juga saya tak upload citer.. ermph.. tadi masa tengah tengok video Prof.Dr Muhaya, terpandang pula video ni.. ermph... tak mau la cakap banyak tentang Siti Nurhaliza Tarudin ni kerana ramai sekali yang mengenali beliau...

apa yang ingin saya kongsikan disini ialah ketabahan  beliau mengharungi liku liku kehidupan tanpa rasa jemu dan ragu tentang keupayaan beliau...

Moralnya cerita ini... life is a learning process... begitu juga dengan siti nurhaliza.. beliau menjadi seperti hari ini hasil dari pengalaman yang pelbagai menjadikan beliau seperti yang kita nampak...  setinggi mana dia pergi, dia tidak lupa akan keluarganya...keluarga menjadi keutamaan beliau... doa ibu bapa amat penting dalam keberkatan hidup...

dan yang paling penting, dia berjaya mencapai target hidup dia...merealisasikan cita cita dan impian..begitulah yang patut kita contohi.. bukan mencari kesilapan beliau... berbeza dengan video yang cuba menjatuhkan kerjaya beliau, kutukan beliau tidak boleh berbahasa inggeris la...merampas suami orang la.. dan pelbagai lagi.. pada saya, ia hanyalah sebagai satu sumber kekuatan buat beliau untuk bounce balik... beliau tidak peduli apa orang nak kata... kerana itulah beliau berjaya hari ini...

walaupun beliau bukanlah ikon pilihan saya, saya tetap menghormati beliau sebagai seorang survivor....

Friday, June 8, 2012

Motivasi Pagi - Prof Muhaya - Celik Mata dan Jiwa Seorang Isteri



Assalamualaikum...Alhamdulillah... suka sangat kat prof Muhaya.... orangnya lembut... jumpa depan depan pun memang lembut dan sentiasa tersenyum.. saya ambil gambar bersama beliau pun memang beliau seorang yang humble..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...