Sunday, April 17, 2011

Muhasabah diri.....

Assalamualaikum... ermph... hari ini ingin sekali berkongsi tentang sifat munafik... semoga apa yang bakal di kongsi ini memberikan kebaikan dan membantu kita supaya tidak tergolong dalam golongan yang tersebut di bawah ini, inSyaAllah...






Semakin banyak kita bercerita...semakin banyak kelemahan kita yang nampak... bak kata orang.. cakap bila perlu... less is more... u know what..? ibarat kita bercerita dan membuka pekung di dada... lebih lebih lagi mengaibkan orang lain...

Saya ingin sharekan sedikit untuk kita semua... semoga dengan perkongsian maklumat ini memberikan kesedaran kepada mereka yang suka 'masuk bakul angkat sendiri'.... hehehe.... dan kepada mereka yang rasa mereka ni seolah olah di bawah lindungan ka'abah tu... insaflah yerk... niat tidak menghalalkan cara k....

50 tanda-tanda orang munafik menurut Al-Quran dan As Sunnah, di antaranya ialah :


1. Malas beribadah kepada Allah.

2. Lupakan kepada Allah.

3. Lalaikan solat fardhu.

4. Mempercepatkan mengerjakan solat.

5. Gemar meninggalkan solat berjamaah.

6. Meninggalkan solat jumaat.

7. Melakukan dosa dan kemungkaran secara tersembunyi.

8. Menyuruh yang mungkar dan melarang yang makruf.

9. Menyembunyikan Ilmu pengetahuan.

10. Mengamalkan riak.

11. Hasad dengki.

12. Dusta.

13. Mungkir janji.

14. Bakhil.

15. Fitnah.

16. Mencaci maki.

17. Mengumpat.

18. Mengungkit kembali pemberian kepada seseorang dan menyakiti hatinya.

19. Mengengkari Takdir allah.

20. Mempersendakan kesucian Agama.

21. Enggan berjihad dijalan allah.

22. Menghina sahabat Rasullah.

23. Menyembunyikan persaksian pada jalan yang benar.

24. Menangguhkan pembayaran Hutang.

25. Menipu dalam jual beli.

26. Ghasab(Mengambil Tanah Orang lain tanpa Hak).

27. Duduk dan bercampur dengan orang2 yang memperolokan ayat Allah.

28. Memakan harta anak yatim.

29. Membuka rahsia orang lain.

30. Merasa aman dari murka Allah apabila berbuat dosa.

31. Memanggil orang dengan gelaran yang tidak disukai.

32. Menghalang orang dari mengamalkan ajaran Islam.

33. Suka pada kesesatan dan menyesatkan orang.

34. Bermuka dua (talam dua muka).

35. Menyanjung dan memuji orang tanpa diketahui keadaan sebenarnya.

36. Sombong antara sesama manusia.

37. Suka berbantah dan bertengkar sesama muslim.

38. Melampaui batas yang digariskan oleh Allah.

39. Berputus asa dalam menghadapi cabaran hidup.

40. Membazir dalam Memanfaatkan Nikmat Allah.

41. Keluh kesah apabila ditimpa musibah.

42. Menghianati sesuatu amanah.

43. Memutuskan hubungan silaturahim.

44. Memecah belahkan perpaduan kaum muslimin.

45. Menghalalkan perkara yang haram.

46. Membuat kerosakan dimuka bumi.

47. Menuduh orang beriman bodoh.

48. Mengubah dan menyalah gunakan ayat2 Allah.

49. Bersumpah dengan selain nama Allah.

50. Merasa gembira apabila musibah menimpa orang beriman.

so....tepuk dada...tanya iman....

Imam al-Ghazali banyak sekali mengupas mengenai bahaya lidah. Dalam kitabnya lhya Ulumuddin, beliau memberikan tumpuan khusus mengenai bahaya lisan, atau perihal Iidah. Melalui keupayaan akal, manusia berucap atau mengeluarkan kata-kata melalui perantaraan lidah.

Lidah bukan sahaja boleh mengungkapkan rasa syukur atas kebesaran Allah s.w.t, malah boleh disalahgunakan dengan pelbagai cara. Tanpa pancaran iman dan nilai etika, menurut Imam al-Ghazali, menerusi lidah akan berlakulah pendustaan atau pembohongan, buruk sangka, permusuhan, fitnah, mencarut, mencela, mengutuk, bertelingkah, mengumpat, melaknat dan membicarakan sesuatu dalam keadaan kesat, kasar dan penuh dengan kesombongan.

Islam menghubungkan akhlak dengan keimanan seseorang individu dan menganggap orang yang paling mulia akhlak itu adalah orang yang paling tinggi darjat keimanannya. Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

“Hendaklah kita menjauhi perkataan-perkataan dusta.” (al-Hajj: 30)

Peribahasa lama Melayu menyebut “kerana pulut santan binasa, kerana mulut (lidah) badan binasa” memberikan satu ingatan yang tegas.

Untuk hidup dalam suasana yang tenteram, aman dan damai, hendaklah diawasi lidah kerana melaluinyalah tutur kata akan menjadi lebih benar, beradab dan bahasanya Iebih bersopan. Sikap suka berbohong bukan sahaja menimbulkan kemarahan orang yang mendengarnya, malah menimbulkan implikasi buruk kepada Si pembohong itu sendiri.

Daripada Abu Hurairah r.a, katanya, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Tidak beriman seseorang itu dengan sempurna sehingga ditinggalkan pembohongan sama ada semasa senda gurau atau semasa bersengketa atau berbalah.”

Malah tabiat suka berbohong termasuk dalam kategori dosa-dosa besar setelah “syirik” menyekutukan Allah dan durhaka terhadap kedua ibu dan ayah. Ini ditegaskan dalam sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Mahukah kamu aku tunjukkan perihal dosa-dosa besar? Kami menjawab: Ya, tentu mahu wahai Rasulullah, Rasulullah menjelaskan: Mensekutukan Allah, durhaka kepada kedua orang tua. Oh ya (ada lagi) iaitu perkataan dusta.” (Muttafaq ‘Alaih)

Jelaslah betapa besarnya pengaruh lidah dalam kehidupan manusia. Manusia yang dapat mengawal lidahnya, tidak mengucapkan kata-kata yang boleh menyebabkan kemarahan orang lain bukan sahaja disanjung malah dianggap mempunyai budi pekerti yang mulia.

Buah fikirannya akan tetap harum semerbak malah menjadi bahan renungan yang mendalam, sebagaimana kita menghormati buah fikiran Buya Hamka, meskipun dituangkannya lebih setengah abad lalu. Katanya:

“Sesekali bukan merdeka seorang yang tidak menjaga kehormatan dan tidak tahu harga diri. Yang tidak mempertahankan pendirian yang timbul dan fikiran sendiri, dan akal yang telah menimbang busuk dan baik. Kalau bertemu suatu perkara yang berlawanan dengan akalnya, tidak juga dinyatakannya keyakinan, alamat kemerdekaannya telah hilang.”

Demikian juga untuk mengenali ciri-ciri munafik ke atas seseorang ialah di mana bila bercakap ia berbohong. Daripada Abdullah bin Amru bin al-Aas, bahawa Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Empat perkara yang menjadikannya seseorang itu munafik dan jika terdapat satu daripadanya maka ia mempunyai ciri nifaq sehingga ditinggalkan, iaitu apabila diberi kepercayaan dia khianati, apabila bercakap dia bohong, apabila berjanji dia mungkir, apabila berkelahi dia kejam.” (Muttafaq ‘Alaih)

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

“Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).” (Qaaf: 30)

lngatlah bahawa setiap pergerakan kita sentiasa diawasi oleh dua malaikat iaitu Raqib dan Atid. Elakkan daripada terjerumus ke dalam dosa termasuk melemparkan tuduhan, prasangka buruk serta bercakap bohong. Setiap apa yang diucapkan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Hanya perkataan-perkataan yang diredai Allah akan dicatat, manakala perkataan-perkataan yang mendatangkan kebencian Allah akan dicatat atas kemurkaan-Nya sampai hari kiamat.

Nabi Muhammad s.a.w memberi amaran menerusi dua buah hadis yang bermaksud:

“Seseorang hamba yang membicarakan sesuatu yang belum jelas baginya (hakikat dan akibatnya) akan dilempar ke neraka sejauh antara timur dengan barat.” (Riwayat Muslim)

“Seseorang sudah cukup disebut dusta (bohong) jika ia berbicara hanya atas dasar setiap apa yang didengar.” (Riwayat Muslim)

Daripada Muaz, katanya, Rasulullah s.a.w memegang tanganku sambil berjalan lalu bersabda (yang bermaksud):

“Wahai Muaz! Aku wasiatkan kamu supaya bertakwa kepada Allah dan bercakap benar menepati janji, menunaikan amanah, meninggalkan khianat dan mengasihi anak-anak yatim, memelihara jiran tetangga, mengawal kemarahan dan lembut percakapan, menyebarkan salam dan taat setia terhadap pemimpin, bertafakur memahami al-Quran, kasih akan akhirat, takut hari hisab, pendek angan-angan, baik amalan. Aku larang kamu daripada memaki-hamun orang Islam atau mempercayai pembohong atau mendustakan orang yang benar atau menderhakai raja yang adil atau melakukan kerosakan di muka bumi. Wahai Muaz! lngatlah Allah pada setiap pokok dan batu, dan bertaubatlah setiap dosa yang sabit secara sulit, yang terang secara terang.” (Riwayat Baihaqi)

Rasulullah s.a.w pernah menghadapi dilema dan mengganggu perasaannya ketika menghadapi fitnah atau pembohongan golongan munafik mengenai isterinya yang paling dicintai dikatakan telah berbuat serong dengan sahabat Rasulullah s.a.w yang masih muda bernama Safawan. Namun Allah Taala sendiri yang membersihkan Aisyah daripada tuduhan yang hina itu menerusi wahyunya dalam surah an-Nur, ayat 11 hingga 23.

lnilah tipu daya dan kerosakan serta kejahatan yang datang dari golongan munafik dalam mana-mana masyarakat dan adalah kewajipan untuk menjaga daripada kemudaratannya serta daripada fitnah dan pembohongan yang dilemparkan untuk memecahkan perpaduan umat Islam.

Saturday, April 16, 2011

thanks sayang.. :)


Assalamualaikum... ermph.. cuba hayati bait bait lagu ini.. syahdu kan... mr hubby nyanyikan dan tujukan khas untuk saya... terima kasih sayang... i love u... u will always be mine... always... :)


Tuesday, April 12, 2011

berseronok ngan family....

Assalamualaikum...aktiviti 3.4.2011 .. dah lama dah tak upload... ni baru berkesempatan nak chat chat sikit pasal aktiviti hari ni... kiranya kuar berpoya poya ngan family terchenta.. hihihi......

Memula g umah abang long.. hantar dokumen serta mengambil dokumen.... dan mengambil kunci yang tertinggal dalam keta dia.... ermph.. lepas tu kitorang pun gi berpoya poya..bole gitu..? hehehe... tak ler... gi berjalan jalan meluangkan masa bersama......


memula sekali kitorang gi main gigit gigit kaki..hahaha...yang gigit tu ikan ler... bukan orang lain.... :) ok sangat tempat ni.. ikan dia memang pandai... pandai makan kaki kitorang... yang paling banyak sekali kat kaki mr hubby i... memang banyak giler ikan kat kaki dia.. tu mesti ikan betina..hahahaha.... 



lepas tu kitorang gi berkaraoke..mr hubby i menyanyi bagai nak rak... tapi memang kelas... suara dia tetap menjadi pujaan hatiku... hahahaha... mr hubby nyanyi lebih dari 10 lagu... dan lagu lagu yang dia nyanyikan sarat dengan pengertian dan maksud mendalam... :) 
anyway... memang ler menjadi favorite saya sume lagu yang dia nyanyikan tuh... i love u la sayang... 


lepas shopping mopping kat sutera mall...kitorang singgah ke TJ Mart belanja barang dapur... then my tomei merengek... nak makan.. lapo.... lapo.... so... walaupun kat umah dah masak nasi... tetapi mr hubby nak layankan my tomei ke Secret Recipe.. tak jauh ler dari rumah... kalau jalan kaki berpeluh la jugak... tapi ni la destinasi terakhir sebelum sampai ke rumah... masing masing ngan kek kegemaran memasing... mr hubby dengan cheese kek... i ngan ice cream kek... my tomei ngan kek yang pelbagai...


ni la lagak 2 hero i ni.. mr hubby tak letak creamer n sugar dalam air dia.. tada... ni la hasilnya... hahaha...my tomei pun sama.. buat muka macam his dad... hensem kan...? hahaha.......


ni dinner mr hubby... ermph... lazat.. enak... habis licin tau.... 

.
.
.
.
.
nanti sesenang kita sambung citer... nak keje lagi.. sesambil buat keje.. tangan tu sempat ler nak upload 1 citer... :) semoga kita sentiasa happy selalu....


Saturday, April 9, 2011

Thanks Mr Hubby.....

Assalamualaikum.... semalam... jumaat... mr hubby tak keje... dok umah... tapi aku laks kena keja.... ermph.. :( tapi dah tuntutan kerja kan... terpaksa ku tinggalkan mr hubby yang tercinta tuh... tapi 1/2 hari jerk... pagi pagi lepas hantar my tomei ke sekolah.... mr hubby bawak keta aku g tukar bearing n chamber keta... a day before tu aku dah tukar dua bijik tayar depan... tapi tak buat alignment...maklumlah....yang pompuan macam i ni mana ler pandai bab bab tu... so... when i called mr hubby dia dah pesan.. tak yah buat apa apa... tunggu dia balik....nasib baik mr hubby ada.. kalau tak... ermph.. susah ler jugak.... so... sementara dia pi betulkan keta tu... sempat gak ler aku memasak.....

masak ikan caru goreng dan ikan tenggiri masak kari... favorite mr hubby i tuh.. ikan yang dia pancing tuh....macam charlie chaplin gamaknya....hahaha....sambil tuh... membasuh..mengemas...dan apa apa yang patut ler.... dan paling penting... sambil tu... bukak tv... mata tak tengok tv pun tak pe... yang penting dapat dengar sore... hahaha.....

makan panas panas sedap..... makan berdua laks tu.. my tomei sekolah... sunyi sepi rasanya.... :) apa pun bila dah siap keje semua kat umah...barulah selesa kita nak buat keje... dah selesai semuanya... barulah aku g keje...

actually banyak perkara yang nak dibuat....nak upload gambo mancing mr hubby... celebrate besday adik n abang aku... dan memacam lagi..tapi belum berkesempatan... tak dan... banyak sangat kejenya... keluar umah keje... balik umah keje... lebih lebih lagi bila mr hubby ada... memang ler tak sempat.... dari layan lappy... lebih baik i layan dia... hahaha....

cuma bila dah beberapa hari tak jengah dalam ni.. windu lak.. upload ler satu dua citer... hehehe... so... wait eh... bila dah senang senang nanti kita upload lagi gambo... :)

Monday, April 4, 2011

Berfoya foya bersama orang orang yang tersayang.....


Assalamualaikum.... ermph.... sepanjang dua hari ini adalah hari yang amat panjang rasanya.... hari sabtu mr hubby pergi memancing bersama sama ngan abang long aku... balik... wah.... hasil tangkapannya amatlah lumayan... nanti eh kita download gambar tu semua...

hari ni just nak share... share pasal lagu ni... hihihi... semalam seharian bersama lelaki lelaki yang amat ku sayang... mr hubby n my tomei... kami bertiga berseronok berjalan... sambil melepaskan tekanan yang ada... 

dan paling best sekali... sempat berkaroeke kat sutera mall... ok lar selesa tempat nya.... mr hubby nyanyi lebih 9 lagu.. antara lagu yang membuatkan aku merasa sedih dan hiba adalah lagu di atas... ni versi broery yerk... versi mr hubby akan di download kemudian... huhuhu....

mr hubby menyanyi dengan penuh perasaan dan nampak keikhlasan dalam menyampaikan lagu ini... ermph... masa dia menyanyi.... tiba tiba aku rasa sedih... menitis air mata tanpa ku sedari...hahahaha... jiwang lar pulak.. nasib baik bilik tu gelap... kalau tak... sure kena tawa ngan mr hubby n tomei i tu... dorang ni suka sangat menyakat... 

menangis kegembiraan bukan sedih....wokay..? hahaha.... ada banyak lagu yang mr hubby bawa hari tu semua yang membawa maksud tersirat... pergh... berat bebanan perasaan yang terkandung dalam lagu lagu tu.. hehehe... anyway... think positive... rasanya mr hubby ni ada something wrong somewhere ni.. hahaha... lain macam jerk..... alhamdulillah.. mungkin Allah beri dia hidayah... hidayah untuk menjadi MR HUBBY dan DADDY yang lebih baik...insyaAllah.... :)

so...kepala ku masih berputar putar... sambil melayan lagu ni rasanya ada maksud tersirat yang ingin di sampaikan... ermph... apa yerk...??? 

Tuesday, March 29, 2011

Tak mo 'HOT' di dunia....kerana takut 'HOT' di Akhirat...

Assalamualaikum.... sedang aku mengemaskinikan blog...sesambil tu jengah jengah jugak ler kengkawan nya blog.....dalam banyak banyak yang di jengah ada satu yang ingin di share...... jom share......

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ. Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan. Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut oleh Allah. Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik? Tidak kunafikan sebagai wanita, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.

Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat lelaki-lelaki berhidung belang ingin mendekati diriku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi mereka tetap tidak berputus asa. Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristighfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan. Kehadiran mereka membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku. Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki-lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki penggoda itu bukan teman hidupku kelak.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu. Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.

Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu kerana kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu. Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi. Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu hanya kepadaku semata-mata.

Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu kerana dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga. Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya, cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah.

Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama. Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata. Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati. Yang diharap, bukan berapinya jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat. Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang penuh luka. Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia. Dan yang akan terjadi, andai sama ataupun tidak dengan kehendak hati, Insya Allah ku redha kemahuan pilihan Illahi…

Wahai wanita, ku ingatkan diriku dan dirimu, peliharalah diri dan jagalah kesucian… Semoga redha Allah akan sentiasa mengiringi dan memberkati perjalanan hidup ini. Amin.


Monday, March 28, 2011

Rock!!!

Assalamualaikum.... pagi pagi ni dah layan rock.... hahaha...........ye lah.... malam tadi dengar lagu ni... pagi ni terus jer update... sedap gak lagu ni.... dengar mr hubby nyanyi... tu yang excited mencari lagu ni... boleh tahan gak mr hubby i yang tercinta tu.... suka sangat dengar lagu2 baru... actually lagu2 lama... tapi lagu2 lama yang baru jadi favorite songs dia....

ermph....lately ni dia suka menyanyi lagu lagu yang indirectly di tujukan pada aku.... dan lagu2 yang dia nyanyi membawa maksud mendalam.... kengkadang as a woman.. kita nak dengar dia luahkan dengan kata kata... tapi.... susah sangat nak dengar dia mengucapkan perkataan yang romantis... mungkin bila selalu mak andeh ni mengomel... maka dia pun mengambil pendekatan dengan menyanyi... kan...? hahaha.....

susah kan...??? anyway... aku bersyukur.... at least adalah peningkatan... mr hubby ni bukan orang yang romantis... tapi caring.... nampak cam tak caring.. tapi dia prihatin....cuma kengkadang kita yang tak puas hati... protes dan mula la minta perhatian.... macam budak budak.... tapi sekali sekala tak pe kannnn...???

ok ler... to my lovely husband... i love u dear... jangan pernah serik untuk melayan kerenah isterimu yang rencam ni k...??? teruskan usaha menjadi suami dan daddy yang soleh ye....!!! chaiyok..chaiyok....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...