Saturday, April 30, 2011

perjalanan hidup my tomei.....

Assalamualaikum... ermph.... hari ni buka laptop lama kesayangan ku ini.. ermph.. dapat la tengok gambo gambo lama... phewww... terkenangkan perjalanan my baby... my tomei kini.... jom layan gambo kenangan terindah...  to my tomei... if u read this entry... mom always loved u dear... u ' r my sunshine... my world... my soul....

masa ni tomei mummy dah pandai meniarap... ni masa kat umah nenek... seronok sangat bila mom ambik gambo dia... baru lepas demam masa ni... masa kecik pun sayang mom sowang ni memang semangat... montel... kengkadang geram sangat tengok pipi dia.....

RaziQ, kadang kadang mom marah bukan kerana mom tak sayang.. tapi mom nak raziQ memperbaiki kesilapanmu sayang.... :) mom nak anak mom ni menjadi lebih baik dari hari ke hari.. 


masa ni pulak ngan atuk.... rindu saat saat ni... dulu mom ngan atuk rapat sangat.... atuk baik sangat... mom sayang atuk... walaupun hanya bapa mertua... mom dah anggap macam abah sendiri... walaupun jauh... tetap dekat dihati... hanya Allah yang maha mengetahui... segala yang berlaku mom redha.. mom harap perjalanan hidup raziQ tomei akan lebih baik dari mom k sayang..? ingatlah sayang... seandainya kamu di fitnah atau di aniaya satu hari nanti...seandainya dengan berdiam diri boleh menyelamatkan keadaan, berdiamlah sayang.. tak guna kamu melawan sayang... kerana Allah maha adil... Allah maha mengetahui...bangkai gajah kalau di tutup lama lama orang tau,nak.... biarkan saja... sakit memang menyakitkan.. anggaplah ia sebagai satu jalan Allah menguji hambaNya yang disayangi.... hanya orang orang terpilih yang akan mendapatkannya.. semakin berat dugaanNya.. maka semakin banyak rahmat yang ingin di berikanNya.. 


masa ni raziQ ngan dad.. daddy raziQ memang selalu sibuk... masa ni kita baru balik dari rumah mama ida... masa ni mama ida dok kat kondo bukit saujana... raziQ paling takut pada mama ida.. tapi sekarang tidak lagi kot.. atau mungkin dah kurang sikit perasaan takutnya.... mom harap satu hari nanti daddy raziQ akan mengurangkan aktivitinya..supaya dapat meluangkan banyak masa buat kita... daddy selalu sangat sibuk... kadang kadang dia terlepas peluang melihat tumbesaran anak mom ni..

sayang mummy raziQ sYahMi...mummy sayang sangat pada raziQ...kadang kadang mummy rasa rindu waktu membesarkan raziQ... rasanya baru semalam raziQ menyerikan hidup mummy... kehadiran raziQ memang mummy nantikan.tup tu dah besau dah anak mom ni... dah pandai berkata kata dan berfikir... 

mummy bangga sangat ngan anak mummy... bangga bila dia dah pandai berdikari... membantu mummy.... menunjukkan kasih sayang dia pada mummy.......

raziQ sentiasa di hati mummy... mummy sayang raziQ....


Thursday, April 28, 2011

Ringtones...


Assalamualaikum... tadi i kena tawe... hahahaa...kenapa...? kerana lagu ni....

Masa wat presentation kat sekolah tadi lupa nak silent kan phone... seperti biasa... lagu ni ditujukan khas buat aku la kononnya from my hubby... when mr hubby call kuar lagu ni.... lagu favorite my tomei actually... then lagu ni pun orait je halwa telinga ni menerimanya....

berbalik pasal citer kena ketawakan... gara gara this song... tengah hangat bercakap.. tetiba kuar lagu ni.. merah padam muka mak ngah... hahaha.... then cover line la gak tadi... bagitau... lagu ni membuatkan jiwa terasa muda dan sentiasa di sayangi... bole ke..? 

angkat la gak dengan izin cikgu cikgi yang ado... bukannya apa.. panggilan penting dari orang yang penting.... 

actually ringtones dalam my handphone memang lain lain.. untuk kawan kawan lain bunyinya... untuk klien lain bunyinya... untuk family lain bunyinya... dan untuk yang tersayang...of course le lain bunyinya... hahaha.....

so that kalau panggilan tak bape penting masa yang tak penting... bolehlah abaikan... hehehe.. :)

Konflik Rumahtangga

Rujukan dari : JAKIM
www.islam.my

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Tadi semasa membuat sesi taklimat di salah sebuah sekolah ada yang bertanya tentang konflik rumahtangga.. ermph.. jauh sekali soalan yang dikemukakan dengan tajuk taklimat hari ini..hehehe... anyway... jawapan yang aku berikan tak jauh dari apa yang aku dapatkan di dalam laman web berkaitan....

oleh itu, disini aku kongsikan apa yang aku fahami dan rumuskan tentang punca-punca yang menimbulkan Konflik Rumah Tangga.Punca-punca yang selalu menimbulkan  konflik rumah tangga yang sering diadukan ke mahkamah-mahkamah syariah ialah seperti:

i) Ketidakfahaman dan sikap cuai kedua suami isteri tentang tanggungjawab perkahwinan seperti perkahwinan ketika usia terlalu muda.

ii) Campur tangan mertua.

iii) Sikap suami yang bengis.

iv) Suami/isteri yang suka berpoya-poya.

v) Isteri yang terlalu cemburu.

vi) Suami mempunyai hubungan dengan wanita lain.

vii) Suami yang tidak mampu memberi nafkah.

viii) Perzinaan.

ix) Ketidakseimbangan dalam kemampuan seksual.

x) Isteri enggan dimadukan.

xi) Isteri mandul.



Berbanding dengan Masalah-masalah Rumah Tangga yang sering wujud ini boleh dibahagikan kepada empat bahagian yang besar seperti:

a) Ekonomi

b) Peribadi (emosi dan fizikal)

c) Seks

d) Sosial..

untuk mengetahui dengan lebih jelas, bolehlah rujuk ke laman yang berkaitan...

Kalau berkawan.....

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Hari ini kita buka topik berkenaan dengan berkawan... bersahabat atau berteman.. semunya membawa maksud yang sama... Pilihan di tangan kita.. andainya kita ingin berkawan..di bawah ini ada 3 jenis kawan... so.....pilihlah......

1.Kawan yang ada ilmu

Bila kita berkawan dengan dia, dia sentiasa bagi ilmu dan nasihat kepada kita. Imam Al-Ghazali kata jangan lepas kawan ini.

Berkawanlah kerana kebaikan yang banyak bakal diperolehi.
2.Kawan yang tidak ada ilmu tapi terima ilmu kita bagi.

Dia tidak berilmu tapi kita ada ilmu dan dia terima ilmu dan nasihat agama yang kita sampaikan kepada dia. Imam Al-Ghazali kata jangan lepas kawan ini.

Berkawanlah kerana dengan kita sampaikan ilmu dan nasihat kepada dia, dia dapat laksanakan perintah Allah.

3.Kawan yang tidak ada ilmu dan tidak mahu menerima ilmu.

Kita ada ilmu tapi bila kita bagi ilmu dan nasihat kepada dia, dia tak terima dan macam-macam lagi alasan iaitu dia menolak ilmu dan nasihat yang kita bagi.

Iman Al-Ghazali kata jangan kawan dengan orang macam ini kerana tiada bagi manafaat kepada kita dan dia. Dan takut-takut kita pula yang terikut cara dan tingkahlaku dia yang membawa kemaksiatan kepada Allah s.w.t




Nabi s.aw. bersabda...

"Seseorang itu akan ikut siapa yang dia kawan. Jika kamu berkawan dengan tukang jual minyak wangi dan kamu tidak mampu membeli minyak wangi itu tetapi setidak-tidaknya bau harum minyak wangi akan kena juga pada pakaian kamu DAN jika kamu berkawan dengan tukang ketuk besi, biarpun percikan api daripada ketukan tidak kena pada kamu tetapi bau asap api akan kena juga pada pakaian kamu "

Kesimpulan hadis: -

Umpama berkawan dengan tukang jual minyak wangi iaitu kita berkawan dengan orang yang baik-baik iaitu orang yang selalu ingat pada Allah, orang yang selalu pergi masjid, selalu ikut kuliah agama, selalu bagi nasihat dan ajak ke arah kebaikan. Jadi bila kita berkawan dengan orang macam ini kita akan ikut dia pergi masjid dan buat perkara-perkara yang disuruh oleh Allah dan tinggal perkara-perkara yang dilarang oleh Allah.
Umpama berkawan dengan tukang ketuk besi iaitu kita berkawan dengan orang yang tidak ingat kepada Allah, orang yang selalu buat maksiat dan selalu ajak kita ke arah kejahatan. Jadi bila kita berkawan dengan orang macam ini kita akan ikut cara dia. Kalau dia kaki karaoke, kita pun akan jadi kaki karaoke, kalau dia kaki perempuan kita pun akan jadi kaki perempuan dan sebagainya.

Oleh itu, ambillah iktibar, dan jangan tersilap pilih kawan di dunia ini.

Biskut vs Payung

Dlm berkawan... kita kena ingat... kawan tu banyak definasinya... 
Ermph.... ini ada sedikit perumpamaan yang dapat ku terjemahkan... 
Jom hayatinya....


Ada kawan yang hadir umpama B I S KU T . . .

Sekejap ada... kadang-kadang menghilang... 
Bila rangup... sedap dimakan... 
Bila dah lemau... kita pulak dibuang... 

Ingatlah teman... itu bukan kawan... tetapi lawan ! ... 


Ada juga kawan yang hadirnya ibarat SEKAKI P A Y UN G . . .

Yang setia memberi khidmat tak kira panas ataupun hujan... 
Ia hadir disaat kita benar-benar memerlukan... 
Melindungi kita dari terik sang mentari... 
Dan memayungi kita dari kebasahan... 
Sentiasa bersama tak kira suka mahupun duka... 
Walaupun adakalanya kita membiarkannya... 
Terperuk sendirian disaat dia tak diperlukan... 
Dan tanpa rajuk... dia sedia memaafkan... 
Dan sanggup membantu k i t a. . .

Ingatlah rakan... itu bukan k a w a n . . .Tetapi TEMAN ! ….

Teman yang sanggup berkorban demi sebuah PERSAHABATAN... 

Dimanakah kategori kita... BISKUT ker... atau SEKAKI PAYUNG...????? 

Persahabatan hanya dapat dibeli dengan persahabatan,

Seseorang mungkin menguasai oranglain, tetapi dia tidak akan memiliki hati mereka, jikalau dia tidak menjual hatinya terlebih d a h u l u. . .

hayatilah rangkap rangkap yang ada di dalam ayat di bawah ini....


atau juga yang ini... 


atau jadilah seperti ini....



Tuesday, April 26, 2011

he love me too.....



Assalamualaikum.. tadi lagu yang aku buka untuk mr hubby dengar... ni dia nyanyi live for me this song.... touching....... mr hubby love me... love you too dear.....

teringatkan sesi karaoke kitorang kat sutera mall.... salah satu lagu yang mr hubby nyanyikan ialah this song.... my mr hubby..great man  and great gift for me... thanks Allah give me this opportunity to be his side....all the time i pray to Allah..may Allah bless our relationship...

lately ni ada banyak gak entry untuk my story... why..? WHY...? coz... this month adalah bulan perkenalan aku dan mr hubby...  kenangan terindah aku dan mr hubby...

I miss u sayang........




Assalamualaikum..... mr hubby outstation... pergi ke pahang.... dia baru jerk lepas tipon.... sambil tipon i bukak la lagu ni untuk dia... hahaha... rindu sangat kat mr hubby terchenta.....

ermph... masa kerja tak terasa... tapi once balik umah... mesti terasa sunyi.... nasib baik wall paper handphone me n my tomei gambo mr hubby...me... n my tomei.... ermph.. gambo apa..? gambo ni...


tu yang kengkadang tak ler terasa sangat... tapi malam ni... windu... windu sangat kat dia... balik cepat ler sayang...  (*_*) 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...