Thursday, April 28, 2011

Konflik Rumahtangga

Rujukan dari : JAKIM
www.islam.my

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Tadi semasa membuat sesi taklimat di salah sebuah sekolah ada yang bertanya tentang konflik rumahtangga.. ermph.. jauh sekali soalan yang dikemukakan dengan tajuk taklimat hari ini..hehehe... anyway... jawapan yang aku berikan tak jauh dari apa yang aku dapatkan di dalam laman web berkaitan....

oleh itu, disini aku kongsikan apa yang aku fahami dan rumuskan tentang punca-punca yang menimbulkan Konflik Rumah Tangga.Punca-punca yang selalu menimbulkan  konflik rumah tangga yang sering diadukan ke mahkamah-mahkamah syariah ialah seperti:

i) Ketidakfahaman dan sikap cuai kedua suami isteri tentang tanggungjawab perkahwinan seperti perkahwinan ketika usia terlalu muda.

ii) Campur tangan mertua.

iii) Sikap suami yang bengis.

iv) Suami/isteri yang suka berpoya-poya.

v) Isteri yang terlalu cemburu.

vi) Suami mempunyai hubungan dengan wanita lain.

vii) Suami yang tidak mampu memberi nafkah.

viii) Perzinaan.

ix) Ketidakseimbangan dalam kemampuan seksual.

x) Isteri enggan dimadukan.

xi) Isteri mandul.



Berbanding dengan Masalah-masalah Rumah Tangga yang sering wujud ini boleh dibahagikan kepada empat bahagian yang besar seperti:

a) Ekonomi

b) Peribadi (emosi dan fizikal)

c) Seks

d) Sosial..

untuk mengetahui dengan lebih jelas, bolehlah rujuk ke laman yang berkaitan...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...