Sunday, November 28, 2010

Ukuran Kejayaan

Assalamualaikum.. hari ni aku ingin berkongsi tentang sesuatu... ia berkenaan dengan ukuran kejayaan....Ukuran kejayaan seseorang boleh diukur dengan berbagai bagai cara.. ada yang mengukur kejayaan mereka dengan kereta... rumah..harta benda atau sebagainya.. tetapi.. buat diri aku secara peribadi.. ukuran kejayaan aku di ukur dengan kekuatan aku mempraktiskan apa yang aku syorkan kepada mereka diluar sana...

aku selalu berkongsi tentang kebaikan perancangan kewangan islam.. pada aku, setiap butir bicara yang keluar dari mulut ini akan dijadikan kayu ukur buat mereka diluar sana.... ada yang bertanya dan memperlekehkan penampilan aku... tapi pada aku.. aku tak peduli.. kerana aku tahu siapa aku... aku tahu sejauh mana kekuatan kewangan aku.. dan aku tahu menggunakan harta yang aku miliki kejalan yang benar...

dahulu.... aku mungkin mementingkan imej.. ingin memakai kereta mewah.. pada aku dengan memandu kereta mewah ini memberikan pandangan yang tinggi pada mereka.. tetapi.. setelah lama aku mengkaji dan mendalami tentang perancangan kewangan islam ini, akhirnya aku akur untuk mengubah gaya hidup mewahku itu kepada kehidupan yang sederhana...

Zaman mengukur kejayaan melalui kereta telah ku tinggalkan.. pada aku ia satu tabiat yang amat buruk.. nah inilah hasilnya... antara kereta yang pernah aku gunakan satu ketika dahulu...

memang bergaya memiliki kereta sederhana mewah ni.. tapi... ia bukanlah satu perancangan yang bijak sebenarnya... bukan aku bermegah diri.. tetapi pada aku, zaman untuk bermegah ni dah berlalu... memang aku minat giler kat kereta ni.. dan kebanyakan kereta yang aku miliki berwarna hitam... 

ford ranger ni pun warnanya hitam.....tomei aku suka sangat naik kereta ni... aku pun suka... tapi mr hubby tak suka.. penat katanya.... :)



dan kereta ini juga warnanya hitam.. kia optima.... kereta ni amat amat aku sukai.. kerana apa... amat selesa dipakai.. tetapi... risikonya tinggi... 2 kali dalam 2 minggu cermin kereta aku ini dipecah... satu semasa bawa kawan kawan, adik dan anak g bercuti ke gunung pulai... habis wallet adik aku dirompak.. kali kedua, seminggu selepas kejadian sedih di gunung pulai, cermin yang sama dipecah sekali lagi di Plaza Seni, Johor Bahru.. ketika melihat cermin aku pecah, aku jatuh rebah... dan pitam... hahahaha... tak boleh lupa kejadian semasa pakai kereta ni.. dahlah cerminnya mahal giler... cermin penumpang RM420... 



aku juga pernah menggunakan kereta ini juga... cuba teka kereta apa ni ye... betul... Alphard ..suka sangat dengan kereta ni... tapi pun tak lama aku pakai... setakat untuk membuktikan yang aku mampu untuk menggunakan kereta mewah... kerana ada mulut yang merendahkan aku apabila mereka melihat aku hanya memakai kereta buruk.. pada aku ukuran kejayaan bukan diukur melalui kereta, tetapi sekuat mana kewangan kita.... kalau la memakai kereta mewah tapi tak berduit, apa gunanya kan?

kereta ni berwarna biru.. cantik jugaklah... tapi besau....

dan kereta kereta ni semua dah jadi sejarah.. dah pun dijual... cuma kereta kereta dibawah ini yang masih tinggal dan masih digunakan... hutang dah abis... so.. senanglah sikit.... tak lah pening kepala nak fikirkan hutang piutang... boleh simpan duit lebih sikit... malu..? aku tak pernah malu pun.... malah aku berbangga kerana aku tak terus hanyut untuk mengubah kehidupan ini... menjadi lebih baik... :)

kereta ni mr hubby letak kat kampung... sebelum ni kereta ni aku pakai untuk bekerja... 

dan kereta ni kereta sejarah cinta aku dan mr hubby.. kereta pertama mr hubby berikan pada aku selepas perkahwinan kami.. toyota SE Limited Edition... JCC6898.. dari enjin standard ke twin cam dan memacam lagi... dan kereta ni dah 2 tahun tersadai dibengkel... 


ermph... cukuplah setakat gambo gambo ni.. kalau nak citer banyak lagi kereta buruk yang masih dalam simpanan.. tapi malas ler... untuk apa..? setakat untuk memberitahu kepada mereka mereka diluar sana... 
DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER... 
bukan kerana orang yang pakai kereta buruk ni mereka tak berduit wokey... kengkadang orang orang ni lebih berduit dari kamu kamu yang memakai kereta mewah.... 

dan ada lagi kereta yang malas untuk di update gambonya... antaranya proton saga.. wira dan sebagainya... kerana kereta buruk jerk.... alkamlumlah.....hehehe.....

dan kini, inilah kereta yang aku bawa... dan aku tak pernah malu... aku berbangga... bangga walaupun kereta buruk pada pandangan kamu semua... 

 dulu pun kereta ni warna hitam juga... cuma tahun ni kereta ni dah di tukar cat warna putih... :) so kalau nampak kereta ni di jalan raya... itulah dia AKU... jangan cuba cuba nak ajak berlumba tau... kereta ni POWER.. nampak jerk buruk... mr hubby dah tukar enjin dia... so kalau setakat kereta yang tak bertauliah lupakan saja nak ushar ushar... hahahaha.....



hasilnya...setelah aku mengubah mengukur kejayaan dari menggunakan kereta demi mengubah gaya hidupku... aku kini berbahagia dan amat amat bersyukur kerana aku berjaya mengubah gaya hidupku yang dulu banyak membazir kepada amalan hidup sihat dan bersederhana...

so..  to u olz... janganlah mengekalkan keegoan anda untuk sesuatu yang tidak bermoral... gunakanlah di jalan yang baik dan memberikan kebaikan di dunia dan akhirat....

maaf jika anda terasa dengan ceritaku ini.. marilah kita bersama sama mengubah gaya hidup kita demi masa depan yang cemerlang.. gemilang dan terbilang... :)

1 comment:

FadzilahMamat said...

Good sharing Imah. Pasti dapat menyedarkan orang-orang yang selalu memandang rendah pada pemandu kereta buruk.

Berdasarkan pengalaman saya juga sebagai seorang Unit Trust Consultant, biasanya yang mampu melabur banyak adalah dari golongan yang pakai kereta biasa-biasa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...