Saturday, November 27, 2010

SUARA YANG DIDENGAR MAYAT

Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga hal iaitu;


1. Keluarga 

2. Hartanya 

3. Amalnya

Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya iaitu; 

1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali 

2. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.

Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad ... Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan.. 

- Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu 

- Apakah Kau Yang Telah Mengumpul Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Mengumpulmu 

- Apakah Kau Yang Telah Menumpu Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpu kepadamu 

- Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu."

Ketika Mayat diletak Akan Dimandikan ....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan... 

- Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Terkulai Lemah 

- Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara 

- Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa 

- Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini ghaibTak Bersuara" 


Ketika Mayat Siap Dikafan ...Suara Dari Langit Terdengar Memekik,"Wahai Fulan Anak Si Fulan 

- Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Redha 

- Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah 

- Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal 

- Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya 

- Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan."

Ketika MayatDiusung. ... Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan.. 

- Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan

- Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Taubat 

- Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat."

Ketika Mayat Siap Disolatkan ....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan.. 

- Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat 

- Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik 

- Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk."

Ketika MayatDibaringkan Di Liang Lahat .... terdengar Suara Memekik Dari Langit,"Wahai Fulan Anak Si Fulan... 

Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gulita Di Sini Wahai Fulan Anak Si Fulan... 

- Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis 

- Dahulu Kau Bergembira,Kini Dalam Perutku Kau Berduka 

- Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa."

Ketika Semua Manusia Meninggalkannya Sendirian... . Allah Berkata Kepadanya, "Wahai Hamba-Ku.... . 

Kini Kau Tinggal Seorang Diri 

Tiada Teman Dan Tiada Kerabat 

Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap.. 

Mereka Pergi Meninggalkanmu. . Seorang Diri 

Padahal, Kerana Mereka Kau Pernah Langgar PerintahKu 

Hari Ini,.... a
kan Kutunjukan Kepadamu Kasih Sayang-Ku Yang Akan Takjub Seisi Alam Aku Akan Menyayangimu Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya". 

Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman , "Wahai Jiwa Yang Tenang 

Kembalilah Kepada Tuhanmu 

Dengan Hati Yang Puas Lagi Diredhai-Nya 

Maka Masuklah Ke Dalam Jemaah Hamba-Hamba- Ku 

Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku" 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...