Sunday, November 28, 2010

Ukuran Kejayaan Edisi 2

Assalamualaikum.. nak sambung citer pasal ukuran kejayaan ni.... untuk diri ini... pastinya... kejayaan yang aku ukur sekarang berdasarkan kepada berapa banyak ilmu yang ku terima dan mempraktiskannya dalam kehidupan sehari hari.... jom... layan....

Antara kursus yang telah dijalani......



Awareness Before Changes.....

Satu kursus yang memberi impak amat besar dalam perubahan hidupku.... aku amat amat bersyukur kerana dapat menghadiri kursus yang amat amat baik... yang mengubah 360 darjah kehidupanku..... seronok sangat... yang banyak mengubah diriku yang negatif ini kepada positif....

ABC versi MAA Takaful... seronok attend kursus ni.. rasa kalau boleh... masa tengah 'down' nak jerk pergi kursus ni.. sentiasa bermotivasi bila hadir kursus ni....

yang dahulunya selalu berfikiran negatif..tetapi kini banyak berfikiran positif...mencari jalan penyelesaian jika ditimpa masalah......seronok sangat bila kita dapat mencari solution dalam tiap masalah yang kita hadapi..... kursus yang di adakan di Janda Baik ini amatlah memberi kesannya dalam hidup aku.. :)

Awareness Before Change Part 2

Yang ini pula ABC sesi eTiQa Takaful... masa ni tengah sibuk dengan group presentation....seronok bila berjumpa dengan pelbagai orang dari pelbagai latar belakang...memberi kita pengalaman hidup yang amat manis....... :)

antara kumpulan yang didenda kerana melanggar undang undang dalam kursus.. kalau la kita bole implement dalam kehidupan seharian kita sekiranya kita gagal melaksanakan apa yang patut kita laksanakan dan didenda sebegini... pastinya kita akan cepat belajar dan boleh berubah untuk menjadi lebih baik dan dapat memajukan diri kita bukan..? 


Kenangan kenangan ini yang dapat membuatkan aku lebih kuat dan bersedia untuk menghadapi hari muka....




dan ini lah antara kejayaan yang kuperolehi setelah mempraktiskan apa yang ku belajar selama ini..... seronok juga hadir majlis seperti ini... kita di raikan dan diberikan motivasi untuk menjadi lebih baik dan bernilai dimata masyarakat.. dan diri kita sendiri...

bersama dengan lagenda insuran... Rizal Naidu.... tak rugi apabila sekali sekala kita luangkan masa untuk menghadiri kursus motivasi untuk memotivasikan diri kita... berjumpa dengan orang berjaya pasti kita sedikit sebanyak dapat aura kejayaan..hehehe.... 

bersama dengan kawan sejati.. Jamilah Parman dan idola dan sifu yang banyak membentuk dan mengubah diri aku from nothing to know everything... En.Zulkfle Abdul Galib.... ketika ni attend course untuk How To Be A Good Leader.. leadership class...

yang ini pula masa attend kursus Pensijilan Halal yang diadakan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor.. seronok sangat... dengan menghadiri kursus ni membuatkan aku berhati hati menjaga pemakanan aku khususnya... coz dari kursus ni buatkan kita menjadi orang2 yang menjaga kepentingan dalam pemakanan halal dan mengikut syara' dan undang undang islam....

yang ini pula kursus yang amat amat aku hargai.. kerana mr hubby sudi temankan aku attend this course... komunikasi dan khidmat pelanggan... uish.. memang memberi kenangan paling manis dalam hidupku ini....

yang ini pula masa menghadiri kursus produk pemakanan Islam iaitu HPA... walaupun bukan dalam bidang berkaitan modus operandinya... tapi aku menghadiri kursus ini untuk memahami kepentingan menjaga pemakanan kita sehari hari... 

Sebenarnya.. siapapun kita.. sekiranya kita sentiasa mengambil peluang untuk memperbaiki diri kita sudah cukup sebenarnya.....semua terletak pada hati... jika kita instruct hati kita mempercayainya... pasti  tubuh dan akal kita menggerakkan minda kita untuk mencapai apa yang kita fikirkan.... 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...