Sunday, September 30, 2012

Pengurusan Kewangan dan Pemilikan Harta Dalam Kalangan Wanita Islam: Satu Tinjauan Awal



  • Penulis: Siti Fatimah Abdul Rahman 
  • Penerbit: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)


  • Duit isteri, duit isteri dan duit suami, duit isteri. Ada melihat hakikat ini sebagai jenaka menyebabkan wanita sering terkeliru mengenai hak mereka terutama apabila suami bijak memanipulasi fakta menyebabkan fakta sebenar akhirnya diubah.

    Islam tidak menghalang pemilikan harta oleh lelaki dan perempuan asal niatnya untuk kebajikan di samping memenuhi keperluan hidup. Biar apa juga ketetapan termasuk bahagian dalam hukum faraid, ia tidak mengehadkan pemilikan harta oleh wanita.

    Dalam Islam, harta wanita termasuk pendapatan mereka adalah hak mutlak dirinya yang bermaksud mereka boleh melakukan apa saja dengan harta itu tanpa perlu mendapat keizinan sesiapa sama ada bapa atau suaminya.

    Kajian mendapati, majoriti faham mengenai perkara itu namun jika diteliti dengan mendalam, keadaan sebenarnya tidak sedemikian kerana kebanyakan keliru konsep ‘hak mutlak’ dan keperluan izin suami terhadap harta mereka.

    Buku Pengurusan Kewangan dan Pemilikan Harta Dalam Kalangan Wanita Islam: Satu Tinjauan Awal ada penjelasan bahawa wanita Islam bebas membuat keputusan sendiri ke atas harta mereka atau dalam bahasa mudah dalam Islam suami tiada hak terhadap harta isteri.

    Suami adalah pemimpin, tanggapan ramai, suami mempunyai kuasa atau hak mengatur harta isterinya.

    Timbul pendapat isteri memerlukan keizinan suami mengatur hartanya sendiri. Malah, keizinan suami membenarkan isteri bekerja turut menjurus kepada fahaman bahawa pendapatan isteri turut menjadi milik suaminya. Justeru, isteri perlu meminta izin suami untuk membelanjakan pendapatannya.

    Dalam kes lebih serius, ada suami tidak memberi nafkah kepada isteri dengan anak kerana beranggapan isteri perlu menggunakan wang sendiri kerana mereka sudah mengizinkan isteri mencari pendapatan sendiri.

    Bagi memahami kedudukan sebenar mengenai hukum mengikut Islam dan realiti disebabkan kejahilan wanita, buku Pengurusan Kewangan dan Pemilikan Harta Dalam Kalangan Wanita Islam: Satu Tinjauan Awal, boleh dijadikan rujukan.

    Buku hasil penyelidikan dijalankan Siti Fatimah Abdul Rahman bertujuan mencari jawapan kepada persoalan sejauh mana wanita memahami hak mereka terhadap harta, adakah kefahaman diterjemahkan untuk menambah harta dan kemahiran menguruskan kewangan.

    Bab dua yang membincangkan tajuk Kefahaman Tentang Hak Wanita Terhadap Harta Dalam Islam mendapati kebanyakan wanita faham mengenai kedudukan mereka dalam hukum pembahagian harta tetapi tidak arif bahagian yang sepatutnya mereka terima.

    Pemilikan harta yang dikembangkan dalam bab empat buku ini turut menyelitkan cadangan untuk meningkatkan pemilikan harta dalam kalangan wanita serta cara bagaimana perlu dilakukan supaya mereka mempunyai harta sendiri.

    *jadi tidak timbul isu apabila isteri menghabiskan duit suami ok?.....

    Kepada mereka yang suka suki mempermainkan hukum ni, harapnya selepas membaca entri ni cepat cepat la bertaubat...

    Lebih lebih lagi kepada adik beradik, saudara mara, kawan kawan yang suka ambil kesempatan kepada seseorang yang bergelar suami orang, walaupun kamu pinjam duit lelaki itu, ingat.. Ada bahagian isteri yang dia gunakan untuk memberi wang itu kepada kamu, kalau si isteri tidak menghalalkan bahagian itu, maka haramlah kamu menggunakan wang tersebut...

    Yelah, biasalah kan... Adik beradik tak berkira... Itu yang manjang ambik kesempatan... Kereta kena tarik, pinjam abang duit.. Nak bayar hutang pinjam abang... Anak sakit minta abang duit..sendiri sakit minta abang...Mentang mentang abang tak berkira... Ngan akak ipar tak hormat.. Duit dia nak disakau... Haish... Apa la.. Buat malu je... Apa guna ada suami tapi masih bergantung kat abang..?

    Kalau janda tak apa gak... Dahlah mulut macam longkang... Rumahtangga abang sendiri nak dirobohkan... menjaja fitnah sana sini...kain sendiri koyak tak nampak tapi dok sibuk citer kain orang...Apa nak jadi tak taulah... entah apa yang dia sakit hati sangat...Tak nampak nampak lagi bala yang Allah dah turunkan kat dia... macam macam bala....Tak serik serik....

    **hehehe...cerita ni tak de kena mengena ngan saya tetapi kisah klien saya ni... Saya yang terlebih emosi....kepada yang terasa tu, cepat cepatlah pulangkan hak kepada mereka yang berhak... jangan nak makan hak oranglain sangat... tak berkat hidup... takut kena sumpah seranah...macamana nak kaya kalau manjang makan hak oranglain... cari la harta sendiri kan bagus?.. dari menjaja fitnah... pergilah kerja... ada hasilnya.... ini dok mengumpat dapat dosa je... haish...

    Berbalik kepada kisah di atas, moralnya ialah.. Sebagai seorang Islam lelaki atau perempuan, Kita kena tahu hak Dan hukum  untuk apa sahaja yang berkaitan dengan rumahtangga Supaya Kita tidak tertindas Dan Menindas....


    No comments:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...