Sunday, April 7, 2013

Helang oh helang....

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
kita jangan selalu mengharap..kerana mengharap tidak pasti tertunai..tetapi kita boleh..bersabar..kerana kesabaran itu mengajar kita erti kehidupan
Alhamdulillah... dalam kepayahan dan kesusahan, Allah masih memberi ruang untuk kita sama-sama mendekatkan diri denganNya. Bagaimana hidup anda hari ini, adakah lebih baik dari semalam atau lebih buruk daripada semalam? Rasanya macam dah lama tak menulis, tapi cerita yang saya dengar ini membuatkan saya teruja, tangan tidak penat untuk menulis. Kisah ini tentang RAHSIA yang Allah sembunyikan dalam alam ini untuk manafaat kita.

Adakah anda tahu binatang apakah paling panjang umurnya? Ermph...rasanya semuanya boleh jawab pasal dah ada kat tajuk. Ini nak ceritakan bahawa helang ini umurnya 70 tahun. Entah-entah lahir sama kita, kita yang mati dulu. Walaupun umurnya panjang tetapi keputusan itu dibuat semasa umurnya 40 tahun. Rupanya ada rahsia semasa berumur 40 tahun. Patutlah orang-orang tua kata, umur dah 40 tahun tua berubahlah, kalau malas solat, rajin-rajinkanlah.

Semasa umur 40 tahun burung helang perlu memilih antara 2, satu hidup lagi selama 30 tahun atau tunggu mati. Kenapa? Bila umurnya 40 tahun, kukunya sudah tumpul,menjadi lebih pendek...kontot... Paruhnya dah terlalu panjang dan kadang-kadang ada yang dah hampir bertemu dada. Nak terbang berat kerana sayapnya berat dengan bulu yang banyak. Maka, untuk terus hidup dia perlu bermujahadah, berkorban dan menderita. 

Membuat perubahan yang memerlukan keberanian dan kesabaran yang tinggi. Burung helang tadi akan pergi ke bukit yang tinggi dan duduk di satu tempat di kawasan yang berbatu. Mula-mula dia akan mematuk batu sehingga paruhnya tercabut. Kemudian dalam masa 120 hari ia terpaksa tunggu paruhnya tumbuh. Setelah tumbuh ia akan mengunakan paruhnya untuk mencabut kukunya satu persatu… oohhhhhh. Bayangkan kuku kaki kita tercabut.. bagaimana? Kalau kuku kita dicabut? Subhanallah. Setelah selesai tunggu lagi sehingga kukunya tumbuh. Boleh sambung lagi? Jangan baca cerita ini sambil makan nasi.

Selepas itu, setelah kukunya tumbuh ia akan gunakannya untuk mencabut bulu-bulu dibadannya. Selepas 5 bulan bulunya tumbuh dan dia kembali kuat dan hebat meneruskan hidupnya selama 30 tahun. Subhanallah… kenapa helang begitu berani dan sanggup menghadapinya. Kerana kebenaran, bahawa selepas semuanya, hidupnya masih ada 30 tahun.

Bagaimana dengan kita, adakah berani dan sabar kita menanggung kesusahan ujian daripada Allah? Kita meningkat atau semakin lemah? Keberanian ini datang daripada kebenaran, dan kebenaran datang daripada pengetahuan. Sebab itu kita belajar untuk menjadi insan yang hebat dengan bersedia berubah, menanggung risiko. Bukan berani membabi buta membuta tuli, tetapi dengan belajar dan niat untuk kebenaran.

Dan hari ini, saya mendapat info terbaru tentang helang.. Dan harapnya orang lelaki mencontohi sikap helang...hehehehe... Helang ni hidup berpasangan, jika pasangan helang ini mati, mereka takkan mencari pengganti lain, wallahualam... Samada mitos atau kebenaran, hanya mereka yang menyampaikan kepada saya yang tahu....helang setia sebagai pasangan....












No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...