Friday, May 31, 2013

You're still the one... cheong dam dong alice... korea oh korea...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...Demam korea telah pun menyerang saya... saya kini mengikuti sebuah cerita di Astro 393.. sebuah cerita yang menyentuh perasaan dan membuatkan saya ternanti nanti sehingga mr hubby juga terpaksa akur untuk bersama sama mengikuti cerita ini.. hehehehe.. penangan cerita korea... dalam kesibukan sempat juga layan cerita ni.. ibarat seperti terapi buat saya... Penat manapun saya, saya tetap menanti penuh setia cerita You're Still The One ni...nak tau? jap eh saya minta tolong mr google..

Sinopsis Cerita :

Demi menyelamatkan suaminya Na Han-joon (lakonan Kim Seung-soo), Cha Soon-young (Shin Eun-gyung) membuat perceraian palsu dengan suaminya. Han-joon kemudiannya meninggalkan Soon-young demi menyelesaikan masalah perniagaannya. Semasa ketiadaan suaminya, Soon-young telah jatuh cinta dengan Kang Woo-jin (Song Jae-hee). Lama kelamaan Han-joon pulang semula kepada bekas isterinya. Apakah Soon-young sanggup mengorbankan cinta barunya ataupun berkahwin semula dengan bekas suaminya yang sudah berubah? Apakah perceraian palsu ini terus jadi perceraian yang sebenarnya?

Setelah menyaksikan episod demi episod, perasaan benci saya semakin bertambah terhadap Kang Chae Rin yang sanggup melakukan apa sahaja untuk kepuasan dan ketamakan diri sendiri. Dia sanggup merampas suami orang, memaksa Na Han Joon bercerai dengan isterinya, mengupah kawan baik Na Han Joon sendiri memerangkap temannya itu sehingga di masukkan ke penjara. Kasihan dengan isteri Na Han-Joon yang banyak berkorban untuk sang suami. Sudahlah ayah mertua tidak sukakannya, adik beradik si suami pula terlalu materialistik dan masalah dengan restoran ayam gorengnya...

Cha Soon-young sentiasa mendapat pertolongan daripada Kang Woo-jin dan mencapai kejayaan membina empayar perniagaan kecantikannya.Kesabaran dan ketabahan Cha Soon-young akhirnya memperoleh kejayaan apabila setelah berkali kali dikhianati, bertemu semula beliau dengan ayah kandungnya yang selama ini berada dekat dengan beliau..

Jalan cerita ini membuatkan saya terharu dan benar benar mengkagumi Cha Soon-young.. saya mungkin tidak setabah dia dalam menghadapi kesukaran hidup.. tetapi, cerita ini saya jadikan ikhtibar agar jika ianya berlaku kepada saya kelak, dapatlah saya mampu untuk menanganginya.. chewah...

semuanya gara gara saya terjebak dengan drama korea yang betul betul menarik perhatian saya iaitu cheong dam dong alice... episod berturut turut menemukan saya dengan you're still the one..hahahha.... klise tak? ....

cheong dam dong alice? ini dia...

cerita ni pun best sangat... cerita ni la yang buat saya kembali muda remaja... hahahha.. mr hubby suka tengok heroin dia.. saya pula suka tengok heronya... memang terbaik... buat saya seperti ingin jatuh cinta sekali lagi... dengan mr hubby la...bukan dengan sesapa pun.. hihihi....




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...